12/09/2026
🇲🇾 MERDEKA WALL CLIMBING CHALLENGE MELAKA 2026 ( SEMPERNA PROGRAM WAKIL RAKYAT UNTUK RAKYAT DUN AYER LIMAU)
Program Merdeka Wall Climbing Challenge Melaka 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 6 September 2026 (Ahad) bertempat di Padang Bola Taman Datuk Setia, Masjid Tanah, Melaka.
Program anjuran Persatuan Mendaki Negeri Melaka (PMNM) ini telah menghimpunkan para peserta daripada pelbagai peringkat umur untuk menyahut cabaran dalam sukan Speed Climbing.
Penganjuran program ini bukan sahaja menjadi platform untuk mencungkil bakat baharu dalam sukan mendaki, malah turut menyemarakkan semangat kesukanan, keberanian dan perpaduan dalam kalangan peserta serta masyarakat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kerjasama dalam menjayakan program ini, khususnya kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Rakan Muda, para peserta, urus setia serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah, yang hadir mewakili EXCO Negeri Melaka merangkap ADUN Ayer Limau, YB Datuk Hameed MK Basheer. Turut hadir Encik Mohd Zaidi Kamarudin Presiden Persekutuan Mendaki Malaysia (PMM)
Terima kasih atas sokongan dan nantikan program-program menarik daripada Persatuan Mendaki Negeri Melaka pada masa akan datang!
Jiwa Merdeka, Tetap Mendaki, Gemilang Bersama!