Zero4 X Academy

Zero4 X Academy ZERO4X Academy Development
Building skills, discipline, and character. From Grassroots to Greatness

πŸ† TAHNIAH ZERO4X! πŸ†Alhamdulillah, tahniah dan syabas kepada Team ZERO4X U8 & U12 atas kejayaan membawa pulang gelaran JO...
01/10/2026

πŸ† TAHNIAH ZERO4X! πŸ†

Alhamdulillah, tahniah dan syabas kepada Team ZERO4X U8 & U12 atas kejayaan membawa pulang gelaran JOHAN Piala Kiddo Kickers 2026! πŸ₯‡πŸ†

πŸ… ANUGERAH PEMAIN TERBAIK

⭐ Areeq (U8) – Pemain Terbaik
⭐ Ilman (U12) – Pemain Terbaik

πŸ‘ Tahniah juga buat Team ZERO4X U10 yang berjaya menamatkan saingan di tempat ke-4. Teruskan usaha dan jadikan pengalaman ini sebagai pembakar semangat untuk kejohanan akan datang! πŸ’ͺ⚽

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua coach atas komitmen, tunjuk ajar dan pengorbanan dalam membimbing anak-anak sepanjang kejohanan.

Tidak lupa juga buat ibu bapa dan penyokong ZERO4X yang hadir memberikan sokongan serta semangat kepada pasukan. Kehadiran anda semua amat kami hargai. ❀️

Tahniah anak-anak ZERO4X!
Teruskan berjuang, teruskan bermimpi dan teruskan melangkah! πŸ”₯⚽

πŸ’šπŸ–€ ZERO4X β€” ONE TEAM, ONE DREAM! πŸ†

πŸ† TAHNIAH ZERO4X! πŸ†Setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat ZERO4X U12 & U14 atas pencapaian membanggakan dalam Piala Lig...
01/10/2026

πŸ† TAHNIAH ZERO4X! πŸ†

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas buat ZERO4X U12 & U14 atas pencapaian membanggakan dalam Piala Liga Akar Umbi, anjuran Persatuan Bola Sepak Negeri Melaka.

πŸ₯ˆ ZERO4X U12 β€” NAIB JOHAN
πŸ… Membawa pulang Medal & Wang Tunai RM700

πŸ… ZERO4X U14 β€” TEMPAT KE-4
πŸŽ–οΈ Membawa pulang Medal

Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, pengurusan dan ibu bapa atas komitmen serta sokongan yang diberikan.

Teruskan berjuang, teruskan berkembang dan teruskan mencipta kejayaan! ⚽πŸ”₯

πŸ’šπŸ–€ ZERO4X β€” ONE TEAM, ONE DREAM!

πŸ† TAHNIAH ZERO4X! πŸ†Tahniah buat ZERO4X U8 TITAN atas kejayaan meraih Tempat Ketiga (Cup) di Warriors Merdeka Cup 2026! πŸ₯‰...
07/09/2026

πŸ† TAHNIAH ZERO4X! πŸ†

Tahniah buat ZERO4X U8 TITAN atas kejayaan meraih Tempat Ketiga (Cup) di Warriors Merdeka Cup 2026! πŸ₯‰πŸ‘

πŸ“… 5 September 2026
πŸ“ Kompleks Padang F5, Presint 5, Putrajaya

Syabas juga buat ZERO4X U8 ROVERS yang mara hingga SUku Akhir Bold dan ZERO4X U12 ROVERS yang berjuang hingga Pusingan Kalah Mati Plate. πŸ’ͺ⚽

Terima kasih kepada semua coaches dan ibu bapa atas bimbingan, komitmen dan sokongan sepanjang kejohanan. πŸ™β€οΈ

Daripada Pengurusan ZERO4X, kita teruskan usaha dan kembali lebih kuat untuk perlawanan akan datang! πŸ”₯⚽

ZERO4X β€” TERUS BERJUANG! πŸ’ͺπŸ†

πŸ”™βš½ THROWBACK | 30 OGOS 2026 πŸ†Kenangan manis ZERO4X U13 di Merdeka Challenge 2026, anjuran Bed Hill FC.Alhamdulillah, ana...
06/09/2026

πŸ”™βš½ THROWBACK | 30 OGOS 2026 πŸ†

Kenangan manis ZERO4X U13 di Merdeka Challenge 2026, anjuran Bed Hill FC.

Alhamdulillah, anak-anak berjaya memberikan saingan terbaik dan menamatkan kejohanan sebagai NAIB JOHAN πŸ₯ˆπŸ† serta membawa pulang wang kemenangan RM200 dan medal.

Tahniah buat semua pemain atas perjuangan dan semangat yang ditunjukkan! πŸ’ͺ🏻πŸ”₯

Terima kasih yang tidak terhingga buat coaches atas segala bimbingan dan komitmen, serta parents ZERO4X yang sentiasa hadir memberikan sokongan kepada anak-anak. β€οΈπŸ‘πŸ»

Menang atau kalah adalah sebahagian daripada perjalanan. Yang penting, kita terus belajar, terus berjuang dan terus melangkah. πŸ’™βš½οΈ

ZERO4X U13 β€” WE FIGHT, WE BELIEVE, WE ACHIEVE! πŸ”₯πŸ†

πŸ† TAHNIAH ZERO4X U12! πŸ†Alhamdulillah, tahniah buat ZERO4X U12 atas kejayaan muncul sebagai JUARA JX CUP 2026, yang berla...
01/09/2026

πŸ† TAHNIAH ZERO4X U12! πŸ†

Alhamdulillah, tahniah buat ZERO4X U12 atas kejayaan muncul sebagai JUARA JX CUP 2026, yang berlangsung pada 29 Ogos 2026 di Padang Parit Nawi, Muar, Johor.

ZERO4X U12 berjaya membawa pulang:

πŸ† Piala Juara
πŸ… Anugerah Pemain Terbaik
πŸ… Anugerah Jurulatih Terbaik
πŸ’° Wang Tunai RM500

Terima kasih kepada barisan coaches atas segala bimbingan dan komitmen, serta ibu bapa atas sokongan padu sepanjang kejohanan. ❀️⚽

Tahniah ZERO4X U12!
πŸ”₯ Perjalanan masih jauh. Ini baru permulaan! πŸ”₯

WE FIGHT, WE BELIEVE, WE ACHIEVE! πŸ†βš½



28/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ TAHNIAH & SELAMAT BERJUANG! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Tahniah diucapkan kepada tiga pelatih ZERO4 X Academy yang mewakili Negeri Melaka ke Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) di Pulau Pinang, pada 28 Ogos hingga 4 September 2026. πŸ‘βš½οΈ

⚽ Muhammad Zharif Norfal
⚽ Louis Sebastian Thomas
⚽ Muhammad Norhafiz

Seluruh pengurusan ZERO4 X Academy amat berbangga dengan pencapaian kalian. Teruskan berusaha, kekalkan disiplin dan berikan yang terbaik untuk membawa nama Melaka.

Semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kejayaan dalam kejohanan MSSM nanti.

Selamat berjuang, anak-anak ZERO4 X! πŸ’™β€οΈ
Bawa nama Melaka dengan bangga! πŸ‡²πŸ‡Ύ






πŸ†βš½ TAHNIAH ZERO4 X ACADEMY U12! βš½πŸ†Tahniah dan syabas kepada ZERO4 X Academy U12 yang berjaya muncul sebagai JUARA PLATE ...
19/08/2026

πŸ†βš½ TAHNIAH ZERO4 X ACADEMY U12! βš½πŸ†

Tahniah dan syabas kepada ZERO4 X Academy U12 yang berjaya muncul sebagai JUARA PLATE πŸ₯‡πŸ† dalam Melaka GP Unity Cup!

πŸ’° Membawa pulang Piala dan wang tunai RM300 sebagai hadiah kemenangan.

πŸ“… 16 Ogos 2026
πŸ“ Stadium Hang Tuah, Melaka

Syabas kepada semua pemain, jurulatih dan pengurusan atas semangat juang serta usaha yang ditunjukkan. πŸ”₯πŸ’ͺ

Terima kasih juga kepada semua ibu bapa dan penyokong atas sokongan yang diberikan. ❀️

TERUSKAN BERJUANG, ZERO4 X U12!
ONE TEAM, ONE DREAM! ⚽πŸ”₯






THROWBACK βš½πŸ†Throwback pada 25 & 26 Julai 2026, ZERO4 X telah menyertai kejohanan yang berlangsung di Football Hub, anjur...
19/08/2026

THROWBACK βš½πŸ†

Throwback pada 25 & 26 Julai 2026, ZERO4 X telah menyertai kejohanan yang berlangsung di Football Hub, anjuran Mega Empire 5.0.

Alhamdulillah, ZERO4 X U10 dan U12 berjaya muncul sebagai NAIB JOHAN! πŸ₯ˆπŸ”₯

Tahniah dan syabas juga buat adik Muhammad Fayyad (U10) yang telah dinobatkan sebagai Pemain Terbaik! πŸ†πŸ‘

Terima kasih tidak terhingga kepada para jurulatih yang banyak membantu dan membimbing pasukan, serta ibu bapa yang sentiasa hadir memberikan sokongan dan semangat kepada anak-anak. β€οΈπŸ‘

Perjalanan masih jauh. Teruskan berjuang, ZERO4 X! πŸ’™βš½πŸ”₯





.0

πŸ† TAHNIAH U9 ZERO4X! πŸ†Alhamdulillah, tahniah kepada pasukan U9 ZERO4X yang berjaya muncul JUARA Mega Empire 5.0 pada 25 ...
27/07/2026

πŸ† TAHNIAH U9 ZERO4X! πŸ†

Alhamdulillah, tahniah kepada pasukan U9 ZERO4X yang berjaya muncul JUARA Mega Empire 5.0 pada 25 Julai 2026 di Puchong Football Hub. βš½πŸ’™

Terima kasih kepada barisan jurulatih, semua pemain atas semangat juang yang tinggi, serta ibu bapa yang sentiasa hadir memberikan sokongan dan doa.

Kejayaan ini adalah milik kita bersama. Terus melakar lebih banyak kejayaan! πŸ’ͺπŸ†






✨ THROWBACK | MILO SUPER CUP 2026 βš½πŸ’™πŸ“… 30 Mei – 1 Jun 2026Alhamdulillah, perjalanan ZERO4X U8 & U12 di MILO Super Cup 202...
27/07/2026

✨ THROWBACK | MILO SUPER CUP 2026 βš½πŸ’™

πŸ“… 30 Mei – 1 Jun 2026

Alhamdulillah, perjalanan ZERO4X U8 & U12 di MILO Super Cup 2026 berakhir di Pra Separuh Akhir Plate.

Walaupun langkah kami terhenti di sini, ia menjadi satu pengalaman yang sangat berharga buat semua pemain. Ibu bapa, jurulatih dan pihak pengurusan amat berpuas hati dengan semangat juang, disiplin serta prestasi yang dipamerkan oleh anak-anak sepanjang kejohanan.

Kalah adalah proses pembelajaran, manakala kemenangan adalah bonus. Perjalanan ini masih jauh dan kami tidak akan berhenti di sini.

Simpan di sini sebagai kenangan, dan jadikan ia pembakar semangat untuk terus melangkah lebih jauh pada masa hadapan. πŸ’™βš½πŸ”₯







Address

Malacca City
75000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zero4 X Academy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category