17/10/2026
UCAPAN TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Puan Lydia Anak Aling atas pelantikan sebagai Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang baharu.
Kelab Mechatech mewakili seluruh mahasiswa dan mahasiswi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal ingin merakamkan ucapan tahniah serta mendoakan agar Puan Lydia Anak Aling dapat menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan penuh dedikasi, kebijaksanaan dan kecemerlangan.
Semoga di bawah kepimpinan beliau, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal terus melakar kejayaan, memperkukuh kecemerlangan akademik serta melahirkan graduan yang berkemahiran, berdaya saing dan berkualiti.
Selamat menjalankan tugas dan semoga terus maju jaya dalam memimpin Jabatan Kejuruteraan Mekanikal ke arah kecemerlangan yang berterusan.
Sekian, terima kasih.
" Serving Mechanical Mind "
Ikhlas daripada:
Kelab Mechatech
Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
Politeknik Mukah
Sesi I || 2026/2027
🔗Link di bio
🔗Rujuk bio untuk maklumat lanjut