02/04/2022
Bulan suci Ramadhan sudah tiba,
bulan yang penuh rahmat,
bulan yang penuh ampunan.
Selamat menjalani ibadah puasa kami ucapkan buat seluruh umat Islam.
Semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik dan dilimpahkan rezeki yang melimpah ruah serta kebahagiaan yang tidak terkira sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini.
Salam Ramadhan Al Mubarak✨
31/12/2021
Hari, bulan dan tahun silih berganti,
Ada tangis dan tawa yang dilalui,
Tidak terasa tahun 2021 telah terlewati.
Tibanya kita memperbaiki kegagalan menjadi kejayaan,
Buka lembar kisah baru dengan semangat dan keceriaan,
Selamat Tahun Baru 2022✨
30/08/2021
31 Ogos tarikh keramat Hari Kebangsaan,
Malaysia Prihatin tema rasmi kemerdekaan,
64 tahun kita bebas dari penjajahan,
Semoga negara Malaysia terus aman dan sentiasa maju kehadapan✨
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 64 tahun Malaysiaku 🇲🇾
Kekal patuh SOP dan sentiasa mengamalkan kawalan kendiri
19/07/2021
Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.
Selamat Hari Raya Aidiladha dan
sambutlah dengan penuh kegembiraan meskipun tidak boleh bersama yang tersayang✨
Patuhi SOP dan sentiasa amalkan kawalan kendiri
12/04/2021
Marhaban ya Ramadhan.
Bulan suci kembali tiba.
Saat tepat mensucikan diri dari segala dosa.
Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu kerahmatan dan keinsafan meskipun disambut dalam norma baharu.
Ramadan Kareem✨
Sentiasa patuh SOP dan amalkan kawalan kendiri.
11/02/2021
Gong Xi Fa Chai! Semoga tahun baru ini diraikan dengan hati yang penuh positif dan harapan baharu✨
Kekal patuhi SOP dan jom kita bersama-sama putuskan rangkaian virus Covid-19.
12/10/2020
12 Oktober 2020 "End of Program"
Program "certified JomKira practitioner" inisiatif penjana HRDF melabuhkan tirai pada hari ini.
Tahniah kepada semua peserta yang berjaya mengharungi selok belok ilmu tentang digital sistem asas Jomkira selama 3 hari.
Terima kasih kepada semua peserta yang berjaya, kami mendoakan agar semua lebih cemerlang dan membangun sebagai usahawan digital yang berjaya dimasa akan datang.
10/10/2020
"Kick-off" Program "certified JomKira practitioner" inisiatif penjana HRDF berjalan dengan lancar pada hari ini.
Terima kasih kepada peserta yang datang dari jauh dan bersemangat untuk mempelajari tentang sistem JomKira.
Semoga Maju dan Jaya kepada semua mengharungi program hari ini sehingga tamat bersama Jomkira. Jom kita membangun sebagai Usahawan Digital yang cekap, berjaya Dan berwawasan!
18/09/2020
PROGRAM PENDIGITALAN PERNIAGAAN DENGAN JOMKIRA
Satu Program PENJANA bagi "Upskilling & Reskilling: Industrial Revolution 4.0 (IREV 4.0)"
SCOMA mengalu-alukan peniaga tempatan untuk menyertai skim PENJANA bagi membantu melatih
pekerja dalam pendigitalan Perniagaan bagi meningkatkan produktiviti dan kelestarian perniagaan.
Peserta yang layak akan menyertai program Latihan Pengurusan Kewangan Peniaga Kecil dan
Sederhana (PKS) selama 3 hari. Peserta akan didedahkan dengan perkara berikut:
* Pengurusan Stok
* Pengurusan Jualan
* Pengurusan Perbelanjaan
* Pengurusan Hutang
* Analisa Perniagaan
Program ini adalah dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Selain dari kursus yang disediakan,
syarikat akan juga akan diberikan Langganan Percuma untuk sistem Jomkira selama setahun.
Sekiranya anda berminat, sila hantarkan maklumat berikut kepada kami untuk menempah tempat anda:
* Nama Syarikat/Perniagaan
* Nama Penuh
* No IC
* No Telefon
* Alamat Emel
Bertindak segera! Program ini terhad kepada 100 orang sahaja!
Hubungi kami
03-8066-9090
[email protected]
https://jomkira.com
17/09/2020
16 Sep 2020
Alhamdulillah selesai sudah sesi latihan jomkira bersama .
Mereka tampak bersemangat dan bersungguh sungguh demi memahami kepentingan simpan kira didalam perniagaan dan pasti mudah dengan Sistem Jomkira.
Terima kasih
Anda bila lagi?Jom join sekarang❕