01/12/2020
Testimoni Ayam Jerai@Akar Putra
Antara testimoni dari pembeli anak ayam Akar Putra™️ ketika di UPM dahulu (sebelum November 2018) dan pembeli anak Ayam Jerai (Ayam Jerai adalah branding setelah operasi bermula di Rukambu Ranch,di Lereng Gunung Jerai selepas November 2018.
15/02/2020
AYAM JERAI adalah ayam kampung asli yang dicorakkan bagi menepati ciri2 ekonomik:
1. Hanya perlu satu jenis veksin (veksin ND/Sampar)
2. Tidak perlu diberi veksin Mareks
3. Tidak perlu diberi veksin IBD/Gumboro
4. Daya tahan tinggi kpd koksidiosis/berak darah
5. Mewarisi kecergasan, kelincahan dan keenakan serta kekenyalan daging ayam hutan.
6. Penyelidikan melampaui 20 tahun berjaya memendekkan pencapaian berat badan 1 kg dalam masa 8 minggu
7. Rupa/fisikal dan bermacam warna bulu ayam kg asli adalah corak tradisional yg dikekalkan dlm Ayam Jerai.
8. Tempoh sembelihan mulai umur 60 hari yg disyorkan memastikan tekstur/kekenyalan daging yg baik.
9. Walaupun dipelihara secara berkurung, Ayam Jerai kekal aktif (bentukkan otot yg kenyal).
10. Bijak mencari makanan dari sumber semulajadi jika dipelihara berlepas.
09/12/2019
DNA Profiling Ayam Kampung Asli Premium
5 dari Pure Lines (Titisan Tulin) Ayam Jerai@Akar Putra terlibat.
Tujuan Pure Lines:
1. Kekalkan kesamaan fisikal (corak/warna bulu, tumbesaran) secara berterusan dalam kalangan generasi Pure Lines.
2. Agar anak2 utk tujuan komersil adalah lebih produktif melalui fenomena heterosis (hybrid vigour)- cepat membesar, banyak telur.
3. Mengekalkan ciri ayam kampung asli seperti cergas, cerdas, imuniti tinggi, tekstur daging yg kenyal serta rasa daging yg enak.
11/11/2019
Ayam Jerai@Akar Putra konsisten dalam keseragaman berat badan.
Ramai pelanggan kami berpuas hati sebab saiz Ayam Jerai lebih besar, berisi disamping tidak ada perbezaan ketara antara dua ekor jantan atau antara dua ekor betina yg sama umur.
Pelanggan kami yg beli ayam frozen (siap sembelih) berpuas hati sebab daging pejal dan memang enak bila dicuba dlm pelbagai jenis masakan....maklumlah Ayam Jerai ialah 100% ayam kampung asli.
28/09/2019
Dedak ayam/unggas “Larvie Feed” sudah ada dalam pasaran. Ia diperkuatkan dgn BSFL (larva lalat askar hitam). BSFL terbukti lindungi ayam dari jangkitan kuman salmonella dan cepatkan pembesaran ayam. Harga promosi RM110/beg (50kg) sekitar Lembah Klang. Hubungi 0122989141
06/09/2019
KEMBARA 2 AYAM JERAI AKAN HALA KE SELATAN TANAH AIR PADA 17 SEPT INI.
Boleh buat tempahan anak ayam Jerai (ayam kampung asli warisan Akar Putra UPM) mulai sekarang.
Anak ayam akan diturunkan pada RnR dan Tol yg berhampiran.
28/08/2019
PROGRAM KEMBARA AYAM JERAI - boleh buat tempahan anak ayam kampung mulai sekarang.
Program ini diadakan bagi tujuan membawa anak ayam kampung asli (Ayam Jerai) ke destinasi permintaan bermula dari ladang pembiak kami di Rukambu Ranch, Yan, Kedah.
Sebelum ini pada 23 Ogos 2019, edisi sulung program Kembara Ayam Jerai telah menjelajah Selangor, Pahang dan Negri Sembilan.
Rakan2 sekelian bolehlah buat tempahan anak ayam kampung mulai sekarang.