Puchong Jaya Wicket Titans

Puchong Jaya Wicket Titans

Share

Sebuah pasukan kriket yang berpangkalan di Puchong Jaya,Selangor. Jom main kriket dengan kami!

Photos from Puchong Jaya Wicket Titans's post 24/12/2025

[Appreciation Post]

Ustaz Shafiq....
Bermula dengan sebuah amanah untuk memimpin pasukan kriket,
tanpa asas, tanpa pengalaman,
hanya berbekalkan kesungguhan yang dipelajari sendiri,
ditimba daripada layar YouTube dan tunjuk ajar coach otai.
Namun, sebab minat dan jiwa sudah berputik,semangat kian membara.

Ustaz Shafiq adalah tulang belakang pasukan ini.
Bukan sekadar jurulatih dan pengurus di tepi padang,
bahkan fisioterapi yang memulihkan,
pemberi motivasi yang menyuntik keyakinan.Beliau menjadi tempat kami bangkit saat rebah,menjadi api ketika semangat mulai pudar,
dan menjadi seorang bapa yg
lembut, penyayang.
Tempat kami meluah rasa dan mencari jalan keluar setiap masalah.

Jatuh dan bangun,
kalah dan menang,
dikecam dan dipuji,
dibawah dan diatas.
segala asam garam sebuah pasukan
dihadapi dengan penuh ketenangan dan kebijaksanaan.
Asalkan para pemain terus menikmati permainan dengan lancar,
Ribuan nasihat dan dorongan
kekal tersemat di hati kami semua.

Berat hati untuk melepaskan pergi,namun demi berbakti kepada amanah keluarga tercinta di kampung halaman. Kami doakan semoga Ustaz Shafiq terus cemerlang dalam dunia Kriket.

Terima Kasih atas segalanya, jasamu dikenang baktimu disanjung.

Photos from Puchong Jaya Wicket Titans's post 24/12/2025

Kejohanan Kriket Piala Juara Sekolah Selangor Lelaki u11.
22-24 Disember 2025
@ SK Bdr Banting & SK Jugra

Pencapaian
1. SKPJ2 naib johan keseluruhan.
2. Anugerah Pembaling Terbaik Kejohanan
: Alif Qawi
3. Anugerah Penjaga Wiket Terbaik Kejohanan
: Ammar Muzhaffar

Photos from Puchong Jaya Wicket Titans's post 24/12/2025

Champion School Kriket Perempuan
16-17 Disember 2025
SK Bandar Banting

Alhamdulillah..pasukan kriket perempuan kita telah memenangi tempat ke-3 keseluruhan buat julung kalinya penyertaan dalam kejohanan Kriket Juara-Juara Sekolah Peringkat Negeri Selangor🔴🟡 Tahniah diucapkan kepada wakil sekolah kita!

21/09/2025
Photos from Puchong Jaya Wicket Titans's post 19/09/2025

🏆Selangor U12 Champion MSSM 2025🥇
Alhamdulillah tahniah kepada semua pemain & barisan pegawai yg terlibat. Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada ibubapa,penyokong dan semua pihak yg membantu & menyokong team kita.

Tahniah kepada 2 pemain SKPJ2 Adam Danial & Ali Qayyum, semoga menjadi motivasi kepada pemain lain utk terus cemerlang.

Photos from Puchong Jaya Wicket Titans's post 11/09/2025

Pergerakan kontinjen kriket selangor ke kejohanan kriket MSSM di Setiu Terengganu.
Mohon doa semua semoga kami selamat sampai dan membawa pulang kejayaan.

Pemain dari SKPJ2
1.Muhammad Adam Danial Bin Mohd Akmal (6 Apatite)
2. Muhamad Ali Qayyum Ata'ullah Bin Abdul Hakim (6 Apatite)

Jurulatih
1.Cikgu Muhammad Faizal Bin Ramli.

Photos from Puchong Jaya Wicket Titans's post 26/08/2025

Pemilihan pemain MSS Selangor.🔴🟡

Tahniah dan syabas kepada 2 pemain SKPJ2 Wicket Titans kerana berjaya terpilih mewakili pasukan MSS Selangor ke Kejohanan MSSM 2025 di Terengganu nanti.

1.Adam Danial
2.Ali Qayyum

Mari kita sama2 doakan semoga mereka bermain dengan baik seterusnya membawa pulang kejayaan ke negeri selangor.

Photos from Puchong Jaya Wicket Titans's post 09/08/2025

Majlis Sukan Sekolah Selangor 2025 🥉

Tahniah kepada 4 pemain wicket titans yg mewakili pasukan petaling perdana u12 di MSS Selangor mendapat tempat ketiga cup.

Adam Danial : 1 wicket & 39 run.
Ali Qayyum : 17 wicket & 4 run
Aqif Amsya : 7 wicket & 7 run
Syahmie : 5 wicket & 1 run

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Puchong?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Puchong Jaya
Puchong
47170