19/08/2026
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Dukacita dimaklumkan bahawa Puan Nor Idaryna binti Harun, Penolong Pengarah Kanan E10, Biro Statistik Buruh Malaysia (MBLS) telah kembali ke rahmatullah pada 18 Ogos 2026 bersamaan 5 Rabiulawal 1448H.
Seluruh barisan Jawatankuasa dan Ahli Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarhamah. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat beliau. 🤲🏼
15/07/2026
Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBrs. Encik Wan Mohd Shahrulnizam Wan Mohd Najuri atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Perangkawan Malaysia (Program Ekonomi), berkuat kuasa 15 Julai 2026.
Semoga pelantikan ini menjadi pemangkin kepada kecemerlangan sektor statistik ekonomi negara serta memperkukuh usaha Jabatan Perangkaan Malaysia dalam menyediakan statistik rasmi yang berkualiti, relevan dan dipercayai.
Selamat menjalankan amanah dan semoga terus cemerlang dalam menerajui pembangunan statistik ekonomi negara.
Ikhlas daripada:
Jawatankuasa Kerja
Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (PPJPM)
Sesi 2025–2026
15/07/2026
Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBrs. Puan Norhayati Jantan atas pelantikan sebagai Timbalan Ketua Perangkawan Malaysia (Program Sosial dan Pembangunan Teknikal), berkuat kuasa 15 Julai 2026.
Semoga pelantikan ini terus memperkukuh pembangunan statistik sosial negara serta memacu inovasi, integrasi data dan kecemerlangan sistem statistik rasmi demi kemajuan negara.
Selamat menjalankan amanah dan semoga terus cemerlang dalam menerajui pembangunan statistik rasmi negara.
Ikhlas daripada:
Jawatankuasa Kerja
Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (PPJPM)
Sesi 2025–2026
we
15/07/2026
Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada YBrs. Puan Siti Asiah Ahmad atas pelantikan sebagai Ketua Perangkawan Malaysia Ke-10, berkuat kuasa 15 Julai 2026.
Semoga kepimpinan YBrs. Puan Siti Asiah Ahmad terus memperkukuh kecemerlangan sistem statistik negara, memacu inovasi berasaskan data dan membawa Jabatan Perangkaan Malaysia ke arah pencapaian yang lebih gemilang.
Selamat menjalankan amanah dan semoga terus cemerlang dalam memimpin statistik rasmi negara.
Ikhlas daripada:
Jawatankuasa Kerja
Persatuan Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (PPJPM)
Sesi 2025–2026
13/07/2026
"Dalam menghasilkan statistik rasmi, prinsip utama yang perlu dipertahankan ialah integriti, profesionalisme, ketelusan dan kebebasan metodologi."
Prinsip inilah yang sentiasa menjadi pegangan YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin sepanjang 36 tahun menabur bakti dalam perkhidmatan awam dan menerajui Jabatan Perangkaan Malaysia.
Di bawah kepimpinan beliau, penghasilan statistik rasmi bukan sekadar memenuhi keperluan data negara, malah berlandaskan nilai integriti, profesionalisme dan ketelusan yang menjadi asas kepada kepercayaan masyarakat terhadap statistik rasmi.
Beliau turut menekankan bahawa statistik yang berkualiti bukan sahaja perlu tepat dan boleh dipercayai, malah perlu disampaikan secara tepat pada masanya agar kekal relevan dalam menyokong pembuatan keputusan, perancangan pembangunan dan kesejahteraan negara.
Terima kasih atas segala jasa, kepimpinan dan dedikasi yang telah dicurahkan dalam memperkukuh Sistem Statistik Negara.
Selamat Bersara, YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin.
13/07/2026
Dalam membina hubungan strategik dengan pelbagai pihak, aspek paling penting ialah kepercayaan, persefahaman dan diplomasi."
Kata-kata ini bukan sekadar sebuah ucapan, malah menjadi prinsip kepimpinan yang diterjemahkan sepanjang 36 tahun perkhidmatan YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin dalam memacu pembangunan statistik negara.
Di bawah kepimpinan beliau, DOSM terus memperkukuh hubungan strategik bersama kementerian, agensi kerajaan, sektor swasta, institusi akademik, rakan antarabangsa dan masyarakat. Kepercayaan yang dibina melalui kerjasama dan persefahaman telah menjadi asas kepada pengukuhan Sistem Statistik Negara.
Segala jasa, dedikasi dan komitmen yang dicurahkan akan terus menjadi inspirasi kepada seluruh warga DOSM untuk meneruskan agenda transformasi statistik demi kemajuan negara.
Selamat Bersara, YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin.
13/07/2026
Setelah 36 tahun menabur bakti dalam perkhidmatan awam, tibalah saat untuk mengucapkan selamat bersara kepada YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin, Ketua Perangkawan Malaysia. Sepanjang perjalanan perkhidmatan, beliau telah memimpin transformasi statistik negara dengan penuh dedikasi, integriti dan wawasan, sekali gus memperkukuh peranan Jabatan Perangkaan Malaysia sebagai peneraju Sistem Statistik Negara.
Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan kepimpinan yang telah dicurahkan sepanjang 36 tahun perkhidmatan kepada negara. Selamat Bersara, YBhg. Dato' Sri Dr. Mohd Uzir Mahidin. Semoga dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, kebahagiaan bersama keluarga dan terus cemerlang dalam apa jua lapangan yang diceburi.