Kelab Sukan dan Kebajikan KPK

Kelab Sukan dan Kebajikan KPK

Share

Kelab Sukan dan Kebajikan KPK

Photos from Kelab Sukan dan Kebajikan KPK's post 29/08/2026

AJK MENYANTUNI ANAK MERDEKA SEMPENA HARIJADI BULAN OGOS ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Berkibar megah Jalur Gemilang,
Merdeka disambut penuh bermakna;
Buat warga KPK yang kami sayang,
Selamat hari jadi, moga bahagia! ๐ŸŽ‰

Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan & Selamat Hari Jadi buat seluruh Warga KPK yang lahir pada bulan Ogos! ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐ŸŽ‚

Presiden Kelab KPK, En. Saravana Kumar, bersama barisan AJK Kelab KPK, telah meluangkan masa untuk menyantuni Warga KPK serta menyampaikan hadiah kepada warga yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Ogos.

Semoga setiap langkah terus dipermudahkan, setiap usaha membuahkan kejayaan dan setiap pertambahan usia membawa lebih banyak kebahagiaan, kesihatan dan keberkatan. ๐ŸŽ‰๐ŸŽ‚โœจ โค๏ธ

โ€œMerdeka Jiwa, Teguh Berbakti, Bersama Membina KPK.โ€ ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Photos from Kelab Sukan dan Kebajikan KPK's post 29/08/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KELAB KPK KALI KE-40 TAHUN 2026

KPK, Putrajaya | 28 Ogos 2026 (Jumaat)

Kelab Sukan dan Kebajikan, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab KPK kali ke-40 bagi Tahun 2026.

Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh YBhg. Dato' Yusran Shah bin Mohd Yusof, Penasihat Kelab Sukan dan Kebajikan KPK serta telah dihadiri oleh semua warga KPK secara fizikal dan dalam talian.

Penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan ini menjadi platform penting untuk membentangkan laporan dan perkembangan aktiviti kelab, di samping memperkukuh hubungan silaturahim serta semangat kebersamaan dalam kalangan warga KPK.

Semoga Kelab Sukan dan Kebajikan KPK terus menjadi wadah yang menyatukan warga KPK melalui pelbagai aktiviti kebajikan, kesukanan dan kemasyarakatan, selaras dengan aspirasi untuk membina warga KPK yang lebih prihatin, cakna dan bersatu hati.

Photos from Kelab Sukan dan Kebajikan KPK's post 31/07/2026

๐ŸŒธ Salam Julai, Salam Istimewa ๐ŸŒธ

Pagi indah mentari berseri,
Burung berkicau riang bernyanyi;
Bertambah usia semoga diberkati,
Dipenuhi rezeki, bahagia dan dirahmati.

๐ŸŽ‰ Selamat Hari Lahir kepada seluruh Warga Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Julai.

Semoga setiap langkah sentiasa dipermudahkan, dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berpanjangan, rezeki yang melimpah, serta kejayaan dalam setiap amanah yang dipikul.

Photos from Kelab Sukan dan Kebajikan KPK's post 15/07/2026

๐ŸŽ‰ SELAMAT HARI LAHIR ๐ŸŽ‚

Pagi hari memetik melati,
Harum mewangi di laman desa,
โ€œHappy birthdayโ€ ucapan dari hati,
Semoga sentiasa berjaya dan bahagia.

Buat semua Warga Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Julai.

Semoga ulang tahun ini membawa sinar kebahagiaan, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan, dipermudahkan segala urusan, dilimpahi rezeki yang berkat serta terus cemerlang dalam setiap langkah kehidupan dan kerjaya.

Photos from Kelab Sukan dan Kebajikan KPK's post 14/07/2026

KPK, Putrajaya | 14 Julai 2026 (Selasa)

Kelab Sukan dan Kebajikan, Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) telah menganjurkan Program Kendurian khas buat semua warga KPK.

Turut hadir YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, Menteri Perladangan dan Komoditi, bersama barisan Pengurusan Tertinggi KPK bagi sama-sama memeriahkan Program Kendurian anjuran Kelab Sukan dan Kebajikan KPK.

Program yang berlangsung dalam suasana santai dan penuh kemesraan ini bukan sahaja memberi peluang kepada warga KPK menikmati juadah durian bersama-sama malah menghargai sokongan padu yang telah diberikan oleh semua ahli serta warga KPK kepada kelab.

Selain mengeratkan silaturahim, program ini turut memupuk semangat kebersamaan dan memperkukuh hubungan sesama warga KPK.


Photos from Kelab Sukan dan Kebajikan KPK's post 02/07/2026

Bunga melati harum mewangi,
Mekar indah di taman seri;
Selamat hari lahir kami ucapkan ikhlas di hati,
Semoga bahagia, berjaya dan diberkati setiap hari

๐ŸŽ‰ Selamat Hari Lahir buat Warga KPK yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Jun! ๐ŸŽ‚
Semoga dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta sentiasa diberi kebahagiaan, kejayaan dan keberkatan dalam setiap langkah kehidupan.

Ikhlas daripada,๏ฟฝKelab Sukan dan Kebajikan KPK๏ฟฝSesi 2025/2027 ๐Ÿ’œ

Photos from Kelab Sukan dan Kebajikan KPK's post 08/06/2026

๐ŸŽ‰ Selamat Hari Jadi kepada semua warga KPK yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Mei! ๐ŸŽ‚

Ceria semua ahli Kelab KPK tika menerima hadiah masing-masing.

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, rezeki yang melimpah serta kejayaan dalam setiap langkah kehidupan. Semoga usia yang bertambah membawa lebih banyak keberkatan dan kegembiraan bersama insan tersayang. โœจ

Photos from Kelab Sukan dan Kebajikan KPK's post 08/06/2026

Bunga mekar di tepi perigi,
Harum mewangi sepanjang hari;
Selamat Hari Jadi kami ucapkan lagi,
Semoga bahagia mengiringi diri. ๐ŸŒน

๐ŸŽ‰ Selamat Hari Jadi kepada semua ahli Kelab KPK yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan Jun! ๐ŸŽ‚

Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, kejayaan serta keberkatan dalam setiap urusan. Semoga segala impian dan cita-cita dipermudahkan serta menjadi kenyataan. โœจ

Photos from Kelab Sukan dan Kebajikan KPK's post 04/06/2026

Putrajaya, 4 Jun 2026 (Khamis)

Majlis Ukhuwah Jalinan Mesra KPK telah berjaya dilaksanakan hasil kerjasama erat antara Kelab Sukan dan Kebajikan KPK, Surau Muhammadi KPK dan Puspanita KPK.

Sempena majlis ini, Menteri Perladangan dan Komoditi, YB Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad telah menyampaikan sumbangan berupa daging korban kepada 53 orang kumpulan pelaksana Gred 1.

Turut hadir bersama YBhg. Datoโ€™ Yusran Shah Mohd Yusof, Ketua Setiausaha KPK, barisan Pengurusan Tertinggi, pegawai-pegawai Kanan KPK serta warga kementerian yang bersama-sama memeriahkan majlis pada hari ini.

Semoga ukhuwah dan silaturahim dalam kalangan warga KPK sentiasa terjalin erat serta terus diperkukuhkan melalui penganjuran majlis-majlis seumpama ini pada masa akan datang.

Photos from Kelab Sukan dan Kebajikan KPK's post 14/05/2026

Putrajaya, 14 Mei 2026

Mesyuarat Jawatankuasa Kelab KPK Sesi 2025/2027 Bil 1/2026 telah diadakan pada hari ini melibatkan Ahli Jawatankuasa (AJK) Kelab KPK yang baharu.

Antara intipati dan hasil mesyuarat pada hari ini adalah perbincangan berkaitan aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang tahun 2026.

Di samping itu, Presiden Kelab KPK turut menyampaikan Sijil Pelantikan kepada barisan AJK Sesi 2025/2027 yang telah dilantik. Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan sebaiknya bagi memastikan kebajikan serta semangat kesukanan dalam kalangan ahli Kelab KPK terus diperkasakan.

Nantikan pengumuman dari semasa ke semasa buat semua daripada Jawatankuasa Kelab.

๐Ÿซถ๐Ÿผ

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Putrajaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address

Putrajaya