Hari-Hari Mimpi Pancing

Hari-Hari Mimpi Pancing

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Hari-Hari Mimpi Pancing, Outdoor & Sporting Goods Company, No29 Jalan inai 5, Rawang.

Photos from Hari-Hari Mimpi Pancing's post 22/04/2021

ADMIN NK SHARE SATU JENIS REEL NI.. KITE PANGGIL BAITRUNNER/BAITFEEDER..

NI ANTARA REEL HARGA PASAR MALAM TERBAIK PERNAH SY TGK.. DARI SEGI BUILD UP KE PERFORMANCE.. 100% PUAS HATI..

HARI NIE ADMIN WINDOW SHOPPING KAT SHOPPE USHA² LA BRAND KASKING NI..HAAAA TGH SALE.. ALMOST 50% GAK!! TUNGGU APE LG.. HARGA DARI 200++ TURUN KE 100++ JE.. RUGI LA SAPE TAK AMBIK KESEMPATAN UTK BELI.. (LINK ADA DI BAWAH)

PADA PEMANCING YG BARU NK BERJINAK BLEH LA SAMBAR SATU.. YG TEGAR² PUN ADMIN GALAKKAN BELI SATU.. SEBAB MCM ADMIN KATA REEL NI COMPEM PUAS HATI...

BRAND KASKING.. MADE IN CHINA
MODEL SHARKY 3 (BAITFEEDER)
HARGA SUMPAH MURAH RM120-140 (ikot saiz) JE.. COMPEM TAKKAN DPT TEMPAT LAIN...

LINK SHOPEE BLEH TEKAN BAWAH...

https://shopee.com.my/product/264003008/3734808489?smtt=0.74957271-1619103514.9

27/10/2020

Puas hati mancing mcm ni.... Sape nk tahu lokasi bleh pm sy.. Hehehe.. Kite set time cun cun

27/08/2020

Saya akan start buat review barang-barang pancing kat sini/youtube.. Setuju tak?? Cuba like kalau setuju..

Photos from Hari-Hari Mimpi Pancing's post 16/08/2020

Bila kite pergi mancing kite naik keli... Esok mancing keli lg... Tapi bila org tua tua pergi... Elok naik kelah sungai selangor ni.... Petua ape diaorg guna nie.... Siapa boleh bg tahu sikit... Bantu admin naik ikan idaman... 😅😅

Photos from Hari-Hari Mimpi Pancing's post 19/03/2020

Admin tegas menyokong PM....

benti la j*p mancing..... Duk diam diam dlm rumah.. Jgn jd B*** menyusahkan masyarakat...

15/03/2020

CIRI CIRI PEMANCING YG BIJAK...a.k.a pemancing yang handsome!!!!! 😬😬..

Untuk mengenal seseorang itu layak bergelar pemancing sejati bukanlah dengan melihat hasil pancingan atau kekerapannya memancing. Banyak lagi ciri yang perlu diperhatikan dan perlu ada dalam diri seseorang pemancing untuk bergelar seorang pemancing sejati.

Tidak Membazir Stok Ikan:-

Pemancing sejati tidak perlu untuk menangkap ikan secara berlebihan walaupun untuk dijadikan makanan. Jika ingin membawa p**ang, amalkan konsep beg limit. Malah, ikan yang bersaiz kecil dan tidak sesuai dimakan, lebih wajar untuk dilepaskan kembali. Cukup sekadar bergambar sebelum dilepaskan untuk dijadikan kenangan jika perlu.Sesetengah spesies mengalami ancaman kepupusan. Mungkin bagi sesetengah tempat atau kawasan masih banyak, namun ia perlu dilihat secara menyeluruh kerana mungkin ia telah sukar didapati bagi kawasan lain p**a.

Tidak Mencemarkan Alam:-

Peringatan mudah ini sering dipandang remeh, namun ia merupakan asas dan perkara paling mudah untuk dilakukan. Jika anda pergi memancing di hutan atau di mana-mana, pastikan anda membawa p**ang sampah atau menanamnya. Jangan sesekali membiarkan sampah merata-rata terutama jenis plastik dan polimer.Begitu juga dengan botol minuman berkaca, jangan sesekali membuangnya terus ke dalam air dan membiarkannya tenggelam kerana ia lebih memburukkan keadaan dasar sungai. Inilah sebenarnya sifat seorang pemancing sejati.

Patuhi Peraturan Memancing:-

Peraturan dan etika memancing wujud untuk memelihara ikan dan sumbernya agar kita terus dapat menikmati dan berkongsi keseronokan memancing. Tiada sebab untuk anda memancing secara semberono tanpa mengikut etika dan peraturan memancing. Keseronokan memancing perlu seiring dengan etika dan peraturan terhadap sumber dan ikan itu sendiri.

Jauhi Kegiatan Tidak Bermoral:-

Setiap pemancing perlu melaporkan sebarang kegiatan tidak bermoral terhadap sumber. Pemusnahan sumber seperti kegiatan menuba, bom ikan, penggunaan elektrik dan lain-lain perlu dicegah bersama-sama.Walaupun di Malaysia, pemancing tidak diiktiraf, tidak ada salahnya jika kita pemancing, mengambil peranan ini terlebih dahulu untuk melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan. Siapa tahu suatu hari nanti, kerajaan melihat pentingnya peranan pemancing, mungkin akan ada ‘Jabatan Pemancing’ untuk kita berhubung terus untuk sebarang masalah.

Lindungi Kawasan Sekitar Perairan:-

Jangan sesekali memusnahkan atau menokok tambah kecantikan asli sesuatu kawasan. Kita sering melihat lakaran atau torehan nama pada batu atau pokok di hutan kononnya sebagai kenangan abstrak pernah ke sana. Ia tidak patut berlaku malah sebenarnya perbuatan ini lebih mencacatkan persekitaran dan nilainya. Biarkan pokok-pokok atau bunga-bunga tumbuh meliar dan jangan sesekali memetik atau merosakkannya.

Gali Maklumat Dan Teknik:-

Seorang pemancing yang bagus akan sentiasa terus belajar untuk menambahkan ilmu dalam memancing. Ini termasuk meningkatkan teknik memancing, meluaskan ilmu tentang sifat ikan dan sentiasa tahu jika apa yang pemancing lakukan boleh mendatangkan akibat buruk kepada sumber.Dengan ini, anda mampu menjadi sebahagian daripada penyelesaian dan bukan sebahagian daripada punca masalah. Anda tidak perlu untuk terus tahu tentang segalanya, namun anda mampu untuk belajar sesuatu daripada setiap trip yang anda lalui.

Sentiasa Berkongsi Ilmu:-

Setiap pemancing perlu berkongsi tentang kesedaran dan ilmu dengan pemancing lain. Malah ia mampu menarik perhatian bagi individu lain untuk terjun ke dunia memancing. Berkongsi ilmu sebegini lebih mendatangkan manfaat berbanding hanya kita yang tahu dan praktikkannya. Jika anda mampu melakukan ini tanpa sebarang kepentingan peribadi, maka barulah anda layak bergelar pemancing sejati.

24/02/2020

Bila takde ikan.. Salahkan cuaca??? Yg pi tuba.... Karen...... Sapu bersih pakai pukat sampai benih anak ikan pun kira halal... Tu siapa????

14/02/2020

Besar plak hari ni.... Syok kalau ada geng nak teman mancing baung mlm nie.... Heheh ada yg sudi????

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Rawang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address

No29 Jalan Inai 5
Rawang
48300