09/08/2026
KEJOHANAN SUKAN PETANQUE PIALA PEGAWAI PEMERINTAH BATALION 15 PGA SANDAKAN TAHUN 2026
KETETAPAN
▫️Tarikh : 08/08/2026
▫️Masa : 0800-1900 Hrs
▫️Tempat : Gelanggang Petanque Batalion 15 PGA Sandakan
AGENDA / AKTIVITI
1. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh pengadil jemputan, Encik Latif (KBTA), kepada semua pemain berkaitan tatacara dan peraturan pertandingan.
2. Kehadiran Pegawai Pemerintah BN15 telah diumumkan, diikuti kata-kata aluan daripada Pengelola Sukan Petanque BN15, ASP Nik Azli bin Nik Soh, serta ucapan semangat kepada semua pemain.
3. Pegawai Pemerintah BN15 telah menyampaikan ucapan dan kata-kata semangat kepada semua pemain sebelum seterusnya merasmikan Kejohanan Sukan Petanque Piala Pegawai Pemerintah Batalion 15 PGA Sandakan.
4. Acara pertandingan petanque kemudiannya diteruskan mengikut jadual dan ketetapan yang telah ditetapkan sehingga selesai.
KEPUTUSAN KEJOHANAN
1. Johan: Alpha Team
2. Naib Johan: Trans Wira Boules
3. Tempat Ketiga dan Keempat: HQ Team dan Eagles Boules
4. Tempat Kelima: Kem Kom Team.
5. Tempat Keenam: Team Pengait.
6. Tempat Ketujuh: Bravo Team