16/12/2025
Latihan bolasepak bukan sekadar main bola.
Latihan yang betul, dengan drill yang betul, akan membina pemain dari usia muda dengan asas yang kuat.
Di Soccer Ace Bandar Teknologi Kajang, setiap drill disusun mengikut peringkat umur dan tahap perkembangan pemain.
⚽️ Bawah 8 Tahun (U8)
Fasa awal untuk membina minat dan keseronokan terhadap bolasepak.
- Drill fokus kepada:
—Kawalan bola asas seperti sentuhan, dribble dan henti bola
—Koordinasi badan dan keseimbangan
—Keyakinan diri ketika bermain
Latihan dibuat secara santai dan menyeronokkan supaya pemain belajar tanpa tekanan.
Hasilnya, pemain lebih aktif, fokus dan mempunyai asas bolasepak yang betul.
⚽️ Bawah 10 Tahun (U10)
Fasa membina kemahiran dan kefahaman permainan.
-Drill fokus kepada:
—Passing dan receiving yang kemas
—Dribble dalam ruang sempit
—Positioning asas dan kerja berpas**an
Latihan lebih mencabar untuk meningkatkan teknik dan disiplin pemain.
Hasilnya, pemain lebih yakin membuat keputusan, tidak panik bila menguasai bola dan mula bermain sebagai satu pas**an.
⚽️Bawah 14 Tahun (U14)
Fasa persediaan ke arah permainan yang lebih kompetitif.
-Drill fokus kepada:
—Kawalan bola, kelajuan dan ketangkasan
—Kefahaman taktikal dan situasi permainan
—Pembentukan mentaliti disiplin dan fokus
Latihan disusun bagi menyediakan pemain untuk perlawanan dan kejohanan sebenar.
Hasilnya, pemain lebih matang, memahami permainan dan bersedia bersaing di peringkat lebih tinggi.
Drill yang konsisten akan membentuk pemain yang progresif. Bakat sahaja tidak mencukupi tanpa asas yang betul.
-Soccer Ace Bandar Teknologi Kajang-
Membina pemain dari usia muda, bukan sekadar pandai bermain, tetapi memahami permainan.
Untuk maklumat kelas dan pendaftaran, sila PM atau hubungi:
+60 19-280 2817 (Nazrul)
14/12/2025
🌤️ Selamat Pagi!
Pagi yang baik bukan sekadar bangun awal, tapi mula dengan rutin yang sihat 💪⚽
Zaman sekarang, ramai anak-anak lebih banyak duduk rumah, main gadget, kurang bergerak.
Sedangkan badan kecil mereka perlukan larian, peluh, dan cabaran untuk membesar dengan seimbang.
⚽ Latihan Bola Sepak Kanak-Kanak
Kami sediakan latihan ikut peringkat umur, supaya anak belajar dengan cara yang betul & menyeronokkan:
👶 Bawah 8 Tahun
– Bina minat & keyakinan
– Latihan asas motor skill & koordinasi
– Belajar disiplin sambil bermain
🧒 Bawah 10 Tahun
– Tingkatkan fokus & keseimbangan
– Asas teknik bola sepak
– Kurang masa skrin, lebih masa aktif
👦 Bawah 12 Tahun
– Bina stamina & kekuatan mental
– Kerjasama berpas**an
– Kawal emosi & disiplin diri
🧑 Bawah 14 Tahun
– Latihan lebih tersusun & mencabar
– Kepimpinan & tanggungjawab
– Gaya hidup aktif, bukan pasif
📱 Main gadget beri hiburan sementara
⚽ Bers**an bina badan, minda & sahsiah jangka panjang
Kalau anak ada tenaga lebih, biar mereka lepaskan di padang,
bukan habiskan masa di depan skrin.
💬 Nak tahu jadual & lokasi latihan?
PM je, kita borak santai 😊⚽
0192802817 (Nazrul)
11/12/2025
Kadang-kadang kita tengok anak banyak masa dengan gajet… bila bawa keluar main, barulah kita nampak jiwa mereka sebenarnya s**a bergerak.
Di kelas bola ni, fokus kami simple:
• bagi anak enjoy s**an
• belajar asas bola dengan cara fun
• bina keyakinan & teamwork perlahan-lahan
• kenal kawan baru dalam suasana selamat & positif
Tak perlu hebat, tak perlu ada skill pun.
Asal anak s**a cuba benda baru — itu dah cukup. ✨
Kalau nak tahu jadual atau nak tengok dulu macam mana flow kelas,
📩 PM je ye
0192802817
Kita sembang santai-santai. 😊
07/12/2025
Nak berjaya kena merasai susah dahulu.
Orang dulu, lepas subuh terus membanting tulang,
Orang sekarang, sama je macam orang dulu,
Pagi pagi, dah lari atas padang
Orang tak nampak usaha kita.
Tapi satu hari nanti, orang pasti tahu hasil kita.
Semua player Soccer ACE BTK, 8 pagi semua dah terpacak.
Kita ada satu misi, untuk berjaya!
———-
Berminat nak hantar anak masuk latihan bola sepak?
Umur kalau dah masuk 7 tahun dah boleh join.
Lagi lagi kalau duduk Kajang 2 atau sekitar Bandar Teknologi Kajang
Hubungi 019-280 2817
12/10/2025
Harini semua player All out
Masing masing tengah memberikan yang terbaik sebab tak lama lagi kita akan masuk liga. Dari U8, U10, U14 semuanya memberikan komitmen yang penuh.
Bukan tu je,
Semua coach coach harini tekankan tentang strategi dan taktikal dalam bola sepak untuk semua peringkat
Harini,
Semua player kena train shoot bola sambil lari,
Semua yang shoot, keeper kena tahan, save bola.
Lepastu, kita main game ikut kategori masing masing. Nak tengok fitnesa masing masing, game harini memang all out.
Tahniah semua coaches, player dan ibu ayah yabg memberikan komitmen!
Nak join kami?
PM COACH NAZRUL +60 19-280 2817
11/10/2025
Alhamdulillah,
Malam ni kita ada anjurkan kelas intensif di Court Futsal berdekatan dengan Teratai. Jalan dalam nak ke mydin Bandar Tek tu. Kita mula tadi jam 9 malam, habis 10:30 malam.
Kami dari soccer Ace BTK amat menghargai komitmen semua yang sudi menjayakan latihan pada hari ini.
Jumpa pada latihan yang seterusnya!
06/10/2025
SAMBUTAN LUAR BIASA!
Alhamdulillah, syukur pada Allah.
Klinik Bolasepak percuma , bersama Lagenda Bola Sepak Tanah Air mendapat sambutan luar biasa!. Dalam 100 orang hadir bagi merasai sendiri bagaimana latihan Bola Sepak yang sebenar.
Bukan calang calang coach kita bawak, Khalid Jamlus tau. Satu masa dulu, sebelum Safee Sali, Khalid Jamlus !
Tak menang tangan kami raikan semua anak anak yang hadir berasama ibu dan ayah mereka. Lepasni kalau nak train bola setiap minggu boleh contact terus coach Nazrul pada talian
+60 19-280 2817