29/07/2022
Alhamdulillah..Hari yang dinantikan telah tiba..pada tanggal 23/07/2022..Program Karnival Perdana telah berjaya dilaksanakan..terima kasih kepada peserta yang telah mengambil bahagian didalam acara futsal dan juga acara sukaneka..pada bahagian malam telah diadakan forum perdana bersama 3 ahli panel jemputan khas diatas topik “Islam Perkasa, Masyarakat Sejahtera”. Dan juga kepada pengunjung yang turut hadir memberi sokongan secara tidak langsung menjayakan program..
29/07/2022
Alhamdulillah pada tarikh 19/07/2022, persatuan telah mengadakan perjumpaan untuk pembahagian tugas kepada AJK2 yang akan bertugas pada hari Program Karnival Perdana yang dibuat pada 23-24/07/2022 ini..
29/07/2022
Alhamdulillah pada tarikh 15/07/2022, Persatuan telah membuat perjumpaan bersama wakil - wakil jabatan kerajaan yang akan bersama dalam Program Karnival Perdana anjuran Persatuan Komuniti Sukan Rekreasi Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama KRT Pangsapuri Rakyat Sri Perdana Paroi yang akan berlansung pada 23-24/07/2022 di Hotel Klana Resort Seremban..Terima Kasih pada Jabatan yang terlibat.
13/02/2022
Program makan malam yang dianjurkan oleh Persatuan Komuniti Sukan Rekreasi Negeri dengan kerjasama Restoran Nud Kitchen serta ProTech Agro..
Terima kasih serta tahniah kepada NSW FC diatas kemenangan FAS Womens Super League 2022.. Terima kasih juga kepada Ultras Nogori 9 kerana memberi kata semangat kepada pasukan NSW FC kita pada malam tersebut di restoran Nud Kitchen..Semoga terus berjaya dan peroleh segala kemenangan..Aminn