17/07/2026
ποΈ Majlis Penyerahan Bendera & Lafaz Ikrar Kontinjen Negeri Sembilan ke SUKMA Selangor 2026
Alhamdulillah, pada 16 Julai 2026 telah berlangsung Majlis Penyerahan Bendera dan Lafaz Ikrar Kontinjen Negeri Sembilan bagi menghadapi Temasya SUKMA Malaysia XXII Selangor 2026 di Arena Premier Hotel, Seremban.
Majlis penuh bermakna ini menjadi simbol amanah, semangat dan iltizam seluruh kontinjen Negeri Sembilan untuk membawa cabaran negeri dengan penuh disiplin, dedikasi dan rasa bangga.
Penyerahan bendera kontinjen telah disempurnakan oleh pihak kepimpinan Kerajaan Negeri Sembilan kepada Pengarah Majlis Sukan Negeri Sembilan merangkap Ketua Kontinjen, sebelum lafaz ikrar diketuai sebagai tanda kesediaan seluruh atlet dan pegawai untuk memberikan yang terbaik sepanjang temasya.
Persatuan Angkat Berat Negeri Sembilan (PABNS) telah diwakili oleh:
ποΈ Dr. Rossyam Ahmad
Presiden Persatuan Angkat Berat Negeri Sembilan
ποΈ En. M. Rizal Bin Musa
Timbalan Presiden Persatuan Angkat Berat Negeri Sembilan
ποΈ En. Amir Firdaus Bin Abas
Jurulatih Pasukan Angkat Berat Negeri Sembilan
PABNS merakamkan ucapan selamat maju jaya kepada seluruh Kontinjen Negeri Sembilan yang bakal berjuang di pentas SUKMA Malaysia XXII Selangor 2026.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan, kekuatan, ketabahan dan kejayaan kepada semua atlet, jurulatih serta pegawai. Semoga segala usaha dan pengorbanan membuahkan kejayaan serta mengharumkan nama Negeri Sembilan di pentas SUKMA.
Berjuanglah dengan penuh semangat. Harumkan nama Negeri Sembilan. Demi Nogori! β€οΈπ€π