NSWFA

NSWFA

Share

Negeri Sembilan Walking Football Association
(Registration No : N-NSN-15916)
Since 20.05.2025)

30/08/2026

SELAMAT HARI KEBANGSAAN KE-69! πŸ‡²πŸ‡Ύ

31 Ogos 2026
Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati

Semangat Merdeka bukan sekadar pada kibaran Jalur Gemilang, tetapi pada semangat perpaduan, persahabatan dan kebersamaan yang kita bina bersama. β€οΈπŸ‡²πŸ‡Ύ

Melalui sukan, kita bersatu tanpa mengira usia, latar belakang dan perbezaan. Walking football mengajar kita bahawa semangat kesukanan tidak pernah mengenal usia. ⚽🀝

Ayuh terus melangkah bersama, kekalkan semangat perpaduan dan jadikan Malaysia sebuah negara yang lebih harmoni dan sejahtera.

Selamat Hari Kebangsaan ke-69!
πŸ‡²πŸ‡Ύ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Salam patriotik daripada
Negeri Sembilan Walking Football Association (NSWFA) βš½πŸ–€πŸ’›

22/08/2026

πŸ† JUARA MERDEKA CUP 2026! πŸ‡²πŸ‡Ύβš½

Alhamdulillah! Syukur atas kemenangan pasukan NSWFA – Kategori Lelaki 40s yang berjaya dinobatkan sebagai JUARA Johor Walking Football Merdeka Cup 2026! πŸ†πŸ₯‡

Tahniah buat semua pemain yang telah memberikan komitmen, semangat juang dan permainan terbaik sepanjang kejohanan. πŸ’ͺπŸ”₯

Kemenangan ini adalah hasil daripada kerjasama, disiplin dan semangat satu pasukan. Terima kasih juga kepada semua yang sentiasa memberikan sokongan kepada NSWFA. ❀️

πŸ† NSWFA MEN’S 40 – CHAMPION
πŸ‡²πŸ‡Ύ MERDEKA CUP 2026

Photos from NSWFA's post 16/08/2026

Alhamdulillah, selesai sudah Friendly Match Walking Football yang berlangsung pagi tadi! πŸ”₯

πŸ† Rembau WFA vs NSWFA
πŸ“… 16 Ogos 2026 (Ahad)
⏰ 10:00 pagi – 12:00 tengah hari
πŸ“ RKS Futsal FIFA Court, Senawang

Perlawanan berlangsung dengan penuh semangat, persahabatan dan sporting spirit. πŸ’ͺ⚽ Walaupun bertanding, yang paling penting ialah respect, enjoy the game dan mengeratkan silaturahim antara pemain.

Terima kasih kepada semua pemain, urusetia dan yang terlibat menjayakan perlawanan pagi tadi. πŸ™Œ

RESPECT ⭐ WALK ⭐ ENJOY TOGETHER

Photos from NSWFA's post 09/08/2026

LATIHAN DEMI LATIHAN, MENUJU SASARAN! πŸ”₯⚽

Sesi latihan pasukan Negeri Sembilan Walking Football telah berlangsung dengan penuh semangat di RKS Senawang, dari 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Setiap sesi latihan adalah langkah untuk memperkukuhkan stamina, disiplin, keserasian dan semangat berpasukan. πŸ’ͺ

Terima kasih kepada semua pemain yang hadir dan terus memberikan komitmen yang tinggi. πŸ‘

Kita bukan sekadar berlatih β€” kita sedang membina sebuah pasukan! πŸ†

πŸ’ͺ Keep Training. Stay Focused. Play as One.







09/08/2026

Anda bersedia??

Ayuh sahut cabaran ini!
Buktikan kemampuan anda!


Photos from NSWFA's post 02/08/2026

SESI LATIHAN WALKING FOOTBALL

πŸ“… Hari Ini
πŸ•˜ Masa: 9.00 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Lokasi: RKS Senawang, Negeri Sembilan

Sesi latihan hari ini memberi tumpuan kepada persiapan pasukan bagi menghadapi Kejohanan Merdeka Walking Football yang akan berlangsung di Johor.

Fokus latihan merangkumi:
⚽ Kawalan bola & hantaran
⚽ Pergerakan berpasukan
⚽ Taktikal permainan
⚽ Komunikasi dan keserasian pasukan

Semoga semua pemain memberikan komitmen terbaik sepanjang latihan. Terus berusaha, kekalkan disiplin dan semangat berpasukan demi mencapai prestasi terbaik di Johor.

23/07/2026

πŸ”₯ COMING SOON! πŸ”₯
NSWF CUP 2026 semakin hampir!
Bersedia untuk aksi, semangat kesukanan dan persahabatan dalam satu kejohanan yang penuh inspirasi.

πŸ“ UiTM Kampus Seremban
πŸ“… 10 & 11 Oktober 2026

Walking Football, Stronger Together! ⚽

19/07/2026

πŸ”₯ SESUATU YANG BESAR SEDANG MENANTI!

Buat julung kalinya, pasukan Walking Football dari seluruh pelusuk daerah Negeri Sembilan akan berhimpun dalam satu kejohanan yang menyatukan semangat, persahabatan dan kecintaan terhadap sukan.

πŸ“… 10 & 11 Oktober 2026
πŸ“ UiTM Kampus Seremban

NSWFA CUP 2026 bukan sekadar kejohanan.

Ia adalah medan untuk membuktikan bahawa Walking Football Has No Age Limit dan usia bukan penghalang untuk terus aktif, sihat dan berdaya saing.

Bersedia menyaksikan aksi terbaik daripada wakil-wakil setiap daerah di Negeri Sembilan, yang bakal berentap merebut gelaran juara pertama NSWFA CUP 2026.

**UNTUK PENYERTAAN AKAN DIUMUMKAN TIDAK LAMA LAGI**

NSWFA CUP 2026
Walking Football, Stronger Together! πŸ’™πŸ§‘

Photos from NSWFA's post 18/07/2026

SESI MINUM PETANG & LIBAT URUS PAWE BERSAMA NSWFA

Alhamdulillah, program Sesi Minum Petang & Libat Urus PAWE Bersama Negeri Sembilan Walking Football Association (NSWFA) telah berlangsung dengan jayanya pada 17 Julai 2026 (Jumaat) di Angsana Hall, Hotel Sutera, Seremban.

Program ini telah diserikan dengan kehadiran tetamu kehormat:

Pn. Maimunah – Ketua Unit Warga Emas, Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sembilan (JKMNS)

Tn. Azharizal bin Santib – Penolong Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan (JBSNS)

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua wakil Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE), para tetamu jemputan serta semua ahli jawatankuasa NSWFA yang telah hadir dan memberikan sokongan sepanjang program ini.

Program ini menjadi platform yang amat bermakna untuk berkongsi maklumat, mengeratkan hubungan silaturahim serta membincangkan potensi kerjasama strategik dalam memperkasakan aktiviti Walking Football sebagai gaya hidup sihat, aktif dan inklusif dalam kalangan warga emas di Negeri Sembilan.

Semoga jalinan kerjasama antara NSWFA, JKM Negeri Sembilan, JBS Negeri Sembilan serta rangkaian PAWE akan terus diperkukuhkan demi melahirkan komuniti warga emas yang lebih aktif, sihat dan sejahtera.

Terima kasih atas sokongan dan komitmen semua pihak. Semoga kita berjumpa lagi dalam program-program NSWFA yang akan datang.

β€œWalking Together, Staying Active.” ⚽❀️

Photos from NSWFA's post 05/07/2026

Ucapan Penghargaan dan Terima Kasih

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada WAFOMA dan Dr. Dee Dee Mahmood, atas penganjuran dan perkongsian ilmu, di Kursus Pengadil Walking Football yang telah berlangsung pada 4.7.2026.

Kursus ini telah memberikan pendedahan, ilmu pengetahuan serta pengalaman yang sangat bermanfaat dalam meningkatkan kefahaman dan kemahiran sebagai pengadil Walking Football. Semoga segala usaha dan komitmen pihak penganjur dalam memperkasakan sukan ini mendapat ganjaran yang sewajarnya.

Terima kasih sekali lagi kepada seluruh jawatankuasa dan tenaga pengajar atas dedikasi serta layanan yang cemerlang sepanjang kursus berlangsung. Diharapkan lebih banyak program seumpama ini dapat dianjurkan pada masa hadapan demi pembangunan Walking Football di Malaysia.

Tahniah kepada semua peserta!!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Cyberjaya?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Cyberjaya
71400