Persatuan Muaythai Negeri Sembilan-PMN9

Call Website

Persatuan Muaythai Negeri Sembilan-PMN9 Gabungan Kelab/pertubuhan Muaythai dibawah Persatuan Muaythai Negeri Sembilan

Innalillahiwainnalillahirojiun.. Kami dari PMN9 turut berduka dan merasa kehilangan atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah. B...
28/09/2026

Innalillahiwainnalillahirojiun..
Kami dari PMN9 turut berduka dan merasa kehilangan atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah. Buat Tun Mahathir, semoga diberikan ketabahan atas pemergian isteri tercinta.
Semoga Allahyarhamah ditempat disyurga.. Aamin.

23/09/2026

πŸ”₯πŸ₯Š GET READY FOR THE ULTIMATE SHOWDOWN! πŸ₯ŠπŸ”₯

Saksikan aksi penuh tenaga, keberanian dan semangat juang di Muaythai Teras Championship 3.0! πŸ’₯

πŸ“… 26–27 September 2026 (Sabtu–Ahad)
πŸ“ AEON Mall Nilai

Siapakah yang akan menguasai gelanggang dan muncul sebagai juara? Datang beramai-ramai untuk rasai sendiri bahang pertarungan! πŸ†

Jangan lepaskan peluang menyaksikan aksi Muay Thai yang mendebarkan secara langsung!

WeekendAtAEON

14/09/2026

πŸ₯Š TERIMA KASIH PERSATUAN MUAYTHAI NEGERI SEMBILAN! πŸ₯Š

Alhamdulillah, satu penghormatan buat Shadow Strike Combat apabila menerima kunjungan daripada Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sembilan, YBhg. Encik Mohd Ridzuan Bin Abdullah bersama Timbalan Presiden Persatuan Muaythai Negeri Sembilan, Encik Mohd Faizal Bin Mohd Hanif.

Kehadiran mereka ke Dewan Serbaguna Seremban Putra, Sikamat bukan sekadar lawatan, tetapi turut memberi semangat dan motivasi kepada anak-anak Muay Shadow yang sedang menjalani latihan. πŸ’ͺπŸ₯Š

Seramai 15–18 orang anak-anak warga Sikamat turun berlatih pada malam tersebut. Inilah permulaan kita β€” membina disiplin, keyakinan, kecergasan dan semangat juang melalui sukan Muaythai.

Kami amat menghargai masa, sokongan serta perhatian yang diberikan oleh pihak Persatuan Muaythai Negeri Sembilan kepada perkembangan anak-anak muda di Sikamat.

πŸ”₯ DARI SIKAMAT, KITA BINA JUARA.
πŸ₯Š Setiap juara bermula sebagai seorang pemula.

Terima kasih Presiden & Timbalan Presiden atas kunjungan dan sokongan kepada Shadow Strike Combat. 🀝

Persatuan Muaythai Negeri Sembilan-PMN9
Taman Seremban

Merdeka bukan sekadar bebas, tetapi memastikan setiap perjuangan membawa kesejahteraan bersama..Selamat menyambut Hari K...
31/08/2026

Merdeka bukan sekadar bebas, tetapi memastikan setiap perjuangan membawa kesejahteraan bersama..
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia ke 69.

'Yang menang diraikan, yang kalah menjelaskan'.. DARIPADA 12 EMAS YANG DIPERTANDINGKAN, SATU EMAS BERJAYA DIBAWA PULANG ...
24/08/2026

'Yang menang diraikan, yang kalah menjelaskan'.. DARIPADA 12 EMAS YANG DIPERTANDINGKAN, SATU EMAS BERJAYA DIBAWA PULANG KE NEGERI SEMBILAN.

Tahniah buat Abdul Muaz atas kejayaan meraih emas dalam kategori 48kg. Kemenangan ini bukan datang dengan mudah. Ia dibina daripada latihan yang panjang, pengorbanan, disiplin, keberanian dan semangat juang yang tidak mengenal penat.

'Yang menang meraikan, yang kalah menjelaskan.' Tetapi bagi kita, yang kalah tidak perlu menjelaskan apa-apa. Yang kalah kita kuatkan!!
Mereka sudah menjelaskan segalanya di atas ring. Melalui setiap tumbukan, setiap tendangan, setiap siku dan lutut, mereka telah memberikan apa yang mereka ada. Mereka telah berjuang untuk nama Negeri Sembilan dan mereka telah berdiri dengan berani apabila tiba waktunya untuk bertarung.

Menang kita raikan.
Kalah kita hormati.
Kerana pingat hanya mencatat keputusan, tetapi perjuangan mencatat maruah seorang atlet.
Buat atlet yang belum berjaya, jangan tundukkan kepala. Pulanglah dengan pengalaman, bukan dengan rasa kecewa. Ambil setiap kekurangan sebagai pelajaran dan jadikan kekalahan hari ini sebagai alasan untuk kembali lebih kuat.
Hari ini mungkin bukan hari kalian.
Dan, perjuangan kalian belum berakhir.

Kepada Abdul Muaz, raikanlah kemenangan ini dengan rendah hati. Emas ini adalah hasil perjuanganmu dan satu kebanggaan buat Negeri Sembilan. Semoga kejayaan ini menjadi pencetus semangat kepada rakan-rakan seperjuangan untuk terus mengejar impian.

Setinggi-tinggi penghargaan buat para jurulatih, pegawai pasukan, ibu bapa, keluarga, rakan-rakan dan seluruh penyokong yang tidak pernah berhenti memberikan doa, sokongan dan kekuatan kepada para atlet.
Hari ini kita bukan hanya membawa pulang satu emas, tetapi kita pulang dengan sesuatu yang lebih besar.. Kita pulang dengan semangat untuk bangkit.
Seorang juara bukan hanya dinilai ketika dia menang, tetapi dikenali melalui cara dia bangkit setelah tewas.

Dan setiap pejuang Negeri Sembilan, kita banggakan. Kita akan berdiri bersama mereka yang belum berjaya.
Kerana dalam perjuangan ini, kita tidak meninggalkan sesiapa di belakang. Terus semangat untuk athlete muaythai Negeri Sembilan!!

Alhamdullilah..
23/08/2026

Alhamdullilah..

πŸ₯‡ TAHNIAH ABDUL MUAZ β€” PEMENANG PINGAT EMAS! πŸ₯‡

Abdul Muaz dari Negeri Sembilan berjaya muncul sebagai pemenang pingat emas bagi kategori Muaythai Lelaki 48KG di SUKMA 2026.

Satu persembahan penuh semangat, disiplin dan keberanian telah membawa beliau ke puncak kejayaan. Kemenangan ini menjadi bukti bahawa segala usaha, latihan keras dan pengorbanan akhirnya membuahkan hasil.

Tahniah Abdul Muaz atas pencapaian membanggakan ini! Semoga kejayaan tersebut menjadi permulaan kepada lebih banyak kemenangan pada masa akan datang.

WINNER GOLD MEDAL
ABDUL MUAZ
NEGERI SEMBILAN

MUAYTHAI SUKMA 2026
MALE 48KG

Address

Seremban
70400

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Muaythai Negeri Sembilan-PMN9 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share