Abu Garcia

Call Website Contact the business

Abu Garcia Abu Garcia Malaysia PURE FISHING MALAYSIA SDN. BHD. Register number 20001013011(515617-X)

Semasa memburu toman bujang, jarak lontaran boleh menentukan segalanya. Semakin dekat anda dengan ikan, semakin tinggi r...
29/09/2026

Semasa memburu toman bujang, jarak lontaran boleh menentukan segalanya. Semakin dekat anda dengan ikan, semakin tinggi risiko mengejutkannya sebelum gewang anda sempat jatuh ke air. Keupayaan melontar lebih jauh sambil mengekalkan ketepatan membolehkan anda menghidangkan gewang secara semula jadi tanpa mengganggu ikan.

Abu Revo VoltiQ X yang baharu dibina atas platform Revo5 yang telah terbukti. Ia turut menggunakan EXD Concept yang sama, iaitu meningkatkan jarak antara spool dan line guide untuk mengurangkan geseran dan meningkatkan prestasi lontaran. VoltiQ X turut digabungkan dengan Electronic Cast Control, menghasilkan lontaran yang lancar dan konsisten merentasi pelbagai berat gewang.

Di sinilah Revo VoltiQ X benar-benar menyerlah. Sama ada anda melontar soft frog yang ringan atau topwater yang lebih besar, VoltiQ X memberikan anda keyakinan untuk meletakkan gewang tepat di tempat yang penting. Sebab kadangkala, hanya perlu satu bihun untuk anda mengucapkan selamat tinggal kepada ikan idaman anda.

🛍️Shopee: https://my.shp.ee/mzLWyavu

Tiada satu reel yang “terpaling sesuai” untuk memancing ikan toman.Reel yang sesuai bergantung pada di mana dan bagaiman...
25/09/2026

Tiada satu reel yang “terpaling sesuai” untuk memancing ikan toman.

Reel yang sesuai bergantung pada di mana dan bagaimana anda memancing. Sama ada anda menarik ikan keluar dari struktur tebal, blind casting sepanjang hari, atau sight casting untuk toman yang sedang berenang, setiap situasi memerlukan sesuatu yang berbeza. Berikut pilihan utama kami.

Untuk pemancing yang memancing di struktur yang sangat tebal, Abu Beast pilihan kami. Beast dilengkapi dengan rangka aluminium, gear loyang Duragear™ yang oversized, dan drag Carbon Matrix™ 30lbs. Ia dibina untuk memberikan torque maksimum dan kuasa untuk menghentikan ikan, memberikan anda keyakinan untuk mengubah arah ikan sebelum ia sempat menyorok dalam struktur.

Jika anda mahukan setup heavy game tanpa perlu naik ke reel saiz 300, Revo STX s**ar ditandingi. Revo STX dibina atas rangka dan side plate aloi X2-Cräftic™. Ia turut digabungkan dengan drag Power Stack Carbon Matrix™ 25lbs dan sistem brek IVCB-6 yang telah terbukti, menawarkan kekukuhan, prestasi lontaran, dan kuasa untuk menghentikan ikan yang luar biasa.

Untuk pemancing yang mencari all-rounder terbaik, Revo SX memberikan keseimbangan yang sempurna. Revo SX dilengkapi dengan rangka aloi X2-Cräftic™, side plate C6 Carbon, drag Power Stack Carbon Matrix™ 25lbs, dan EXD Concept. Ia sama selesa untuk blind casting, skipping bawah struktur tebal, atau memburu ikan yang sedang berenang.

Jika sight casting gaya kegemaran anda, Revo VoltiQ SX pilihan utama kami. VoltiQ SX dibina atas platform Revo SX yang telah terbukti, menggabungkan Electronic Cast Control, 10 tahap pelarasan brek, dan drag Power Stack Carbon Matrix™ 25lbs. Ini memudahkan anda bertukar antara berat gewang sambil mengekalkan lontaran yang lancar dan terkawal.

Tiada satu reel yang sempurna. Hanya reel yang sempurna untuk cara anda memancing.

🛍️Shopee:
Abu Beast: https://my.shp.ee/X86GANBZ
Abu Revo5 STX:https://my.shp.ee/T9UYtjBV
Abu Revo5 SX: https://my.shp.ee/7KZiX1uf
Abu VoltiQ SX: https://my.shp.ee/mzLWyavu

Belida boleh jadi ikan yang sangat memilih semasa makan. Ia mungkin bukan ikan yang paling kuat melawan, tapi sambaran y...
21/09/2026

Belida boleh jadi ikan yang sangat memilih semasa makan. Ia mungkin bukan ikan yang paling kuat melawan, tapi sambaran yang mengejut sudah cukup untuk buat pemancing asyik kembali memancingnya.

Crankbait kecil selalunya antara gewang paling berkesan untuk memburu belida. Cabarannya ialah melontar gewang yang ringan itu cukup jauh sambil mengekalkan ketepatan lontaran.

Di sinilah spinning reel seperti Abu Revo3 X benar-benar menyerlah. Revo3 X dilengkapi dengan Rocket Line Management™ System. Sistem ini direka untuk meningkatkan jarak lontaran sambil mengurangkan wind knot, membolehkan gewang ringan melayang dengan mudah tanpa menjejaskan kawalan tali.

Bila ikan akhirnya menyambar, sistem Carbon Matrix™ Drag yang lancar turut memainkan peranan penting. Belida mempunyai mulut yang nipis dan lembut, serta terkenal kerana mudah tercabut mata kail semasa dilawan. Drag yang lancar dan progresif membantu mengekalkan tekanan yang konsisten, mengurangkan risiko mata kail tercabut dan meningkatkan kadar pendaratan ikan anda.

Kita semua s**a memancing dengan baitcaster. Tapi kadangkala, keadaan lebih memihak kepada spinning reel.

🛍️Shopee: https://my.shp.ee/Lupw3MwF

Daripada sungai dan tasik, hinggalah ke kolam-kolam kita, memancing sentiasa menyatukan rakyat Malaysia.Sempena Hari Mal...
16/09/2026

Daripada sungai dan tasik, hinggalah ke kolam-kolam kita, memancing sentiasa menyatukan rakyat Malaysia.

Sempena Hari Malaysia ini, mari kita raikan kepelbagaian yang menjadikan negara kita istimewa, serta minat memancing yang menghubungkan kita semua.

Selamat Hari Malaysia daripada kami semua di Abu Garcia Malaysia.

Kenapa Abu Neo S6 Tiada Sistem Brek?Pada mulanya, ia mungkin nampak seperti ada sesuatu yang tertinggal. Tapi Neo S6 mem...
15/09/2026

Kenapa Abu Neo S6 Tiada Sistem Brek?

Pada mulanya, ia mungkin nampak seperti ada sesuatu yang tertinggal. Tapi Neo S6 memang tak pernah direka sebagai reel casting. Ia dibina khas untuk jigging. Sistem brek direka untuk mengawal kelajuan spool semasa lontaran. Bila anda menurunkan jig, mengendalikannya secara menegak, dan melawan ikan dari dasar, anda sebenarnya tak memerlukan fungsi brek yang sama.

Jadi, berbanding menambah sistem yang tak diperlukan, Abu Garcia mengekalkan fokus Neo S6 pada perkara yang penting untuk jigging air masin. Komponen yang lebih sedikit bermakna lebih sedikit bahagian terdedah kepada air masin, sementara reka bentuk yang lebih ringkas turut membantu mengekalkan berat reel yang ringan pada 197g sahaja. Walaupun anda perlu buat lontaran pendek, ibu jari anda sudah lebih daripada cukup untuk mengawal spool, terutamanya bila jarak lontaran maksimum bukan keutamaan.

Neo S6 fokus memberikan ciri-ciri yang anda benar-benar perlukan sebagai reel ringan untuk light jigging dan light slow jigging. Spool dalamnya menyediakan kapasiti tali yang diperlukan untuk perairan kita, mampu menampung lebih 200m tali PE1, manakala handle jigging 95mm memberikan daya ungkit dan keselesaan yang diperlukan semasa mengendalikan jig berjam-jam lamanya.

Hasilnya, sebuah reel jigging yang lebih ringkas dan dibina khusus tanpa komponen yang tak perlu. Sebab itulah Neo S6 tak memerlukan sistem brek. Ia bukan kekurangan ciri.Ia direka tanpa ciri itu, atas sebab yang tersendiri.

🛍️Shopee: https://my.shp.ee/xnRbLDDb

Kebanyakan pemancing mengenali Beast sebagai “killer”  untuk casting, tapi sistem gear loyang Duragear™ yang oversized t...
11/09/2026

Kebanyakan pemancing mengenali Beast sebagai “killer” untuk casting, tapi sistem gear loyang Duragear™ yang oversized turut menjadikannya reel jigging yang cemerlang. Gear yang lebih besar ini menghasilkan torque yang diperlukan untuk mengendalikan slow jig yang berat tanpa banyak tenaga, serta mengarau ikan degil dari dasar dengan penuh keyakinan.

Semasa memancing berhampiran kapal karam atau struktur berat, kuasa untuk menghentikan ikan sama penting dengan torque. Sebab itulah Power Stack Carbon Matrix™ pada Beast 300 menghasilkan drag melebihi 25lbs, memberikan anda kuasa untuk mengubah arah ikan daripada struktur sebelum ia sempat memecut masuk.

Casting. Jigging. Air tawar. Air masin. Abu Beast dibina untuk semuanya.

🛍️Shopee: https://my.shp.ee/X86GANBZ

09/09/2026

Abu Beast 2025 memang terkenal sebagai reel yang power untuk casting. Kali ni, saksikan p**a kemampuan Qua Change X Abu Beast 2025 bila turun jigging!

09/09/2026

Apa yang ramai pemancing terlepas pandang ialah betapa serba boleh reel ini sebenarnya.
Abu Beast dilengkapi dengan sistem gear loyang Duragear™ yang oversized, bearings HPCR, binaan saltwater-ready, serta drag Carbon Matrix™ sehingga 30lbs. Kombinasi ini memberikan torque, ketahanan, dan kuasa henti yang diperlukan untuk jigging offshore juga.

Hari ini anda mungkin melontar untuk toman. Esok p**a, menurunkan jig di atas kapal karam. Itulah kelebihan memiliki satu reel yang boleh buat kedua-duanya.
Anda tak perlu satu reel untuk air tawar dan satu lagi untuk air masin. Anda tak perlu satu reel untuk casting dan satu lagi untuk jigging. Kadangkala, yang anda perlukan cuma satu reel yang menyesuaikan diri dengan cara anda memancing.

Satu reel. Pelbagai teknik. Tiada had. Itulah Abu Beast.

🛍️Shopee: https://my.shp.ee/X86GANBZ

Peluang untuk berhadapan dengan frenzy toman tak selalu datang.Terutamanya di perairan bandar, walaupun ikan sedang akti...
07/09/2026

Peluang untuk berhadapan dengan frenzy toman tak selalu datang.

Terutamanya di perairan bandar, walaupun ikan sedang aktif makan, ia masih boleh jadi sangat pemilih. Selalunya, ikan hanya fokus pada ikan umpan yang lebih kecil, memaksa anda mengecilkan saiz gewang jika mahu dapat sambaran.

Di sinilah Abu Revo VoltiQ SX benar-benar menyerlah.

Dengan 10 tahap Electronic Cast Control, anda boleh menala brek dengan pantas untuk sepadan dengan gewang anda, tanpa perlu buat pelarasan mekanikal yang memakan masa. Sama ada anda bertukar daripada topwater besar kepada pencil kecil atau soft plastic, VoltiQ SX memastikan lontaran anda kekal lancar, terkawal, dan konsisten.

Klik link di bawah untuk lebih maklumat tentang produk kami.
🛍️Shopee: https://my.shp.ee/mzLWyavu

Semasa jigging di laut yang bergelora, setup yang lebih ringan selalunya memberi kelebihan. Tali PE yang lebih nipis men...
04/09/2026

Semasa jigging di laut yang bergelora, setup yang lebih ringan selalunya memberi kelebihan. Tali PE yang lebih nipis menghasilkan rintangan yang lebih rendah dalam arus, membolehkan jig yang ringan kekal lebih dekat dengan dasar untuk tempoh yang lebih lama. Sentuhan dasar yang lebih baik bermakna sensitiviti yang lebih baik, memudahkan anda mengesan sambaran yang paling halus sekalipun.

Itulah pendekatan yang diambil Amirul semasa memancing di kedalaman 40m. Dia menggunakan setup PE1 bersama Abu Neo 3 Way yang baharu. Spool dalam reel ini mampu menampung lebih 200m tali PE1 dengan selesa. Ini memberikan kapasiti tali yang mencukupi walaupun di air yang lebih dalam dan arus yang lebih kuat. Power handle 95mm turut memastikan setiap gerakan terasa lancar dan tidak memenatkan tangan sepanjang hari.

Kadang-kadang, penyesuaian yang paling kecil membawa perbezaan yang paling besar, terutamanya apabila keadaan menjadi lebih mencabar. Mengekalkan jig anda dalam strike zone lebih lama sedikit sudah cukup untuk mengubah hari yang sepi menjadi hari yang tak dapat dilupakan.

🛍️Shopee: https://my.shp.ee/HBQ7xBNm

Address

No. 37-2, Setia Avenue, Jalan Setia Prima S U13/S, Setia Alam
Shah Alam
40170

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Telephone

+603-7832 3380

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Abu Garcia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Abu Garcia:

Shortcuts

Share