MBBT

Contact the business

MBBT MBBT - ARCHERY SPORT

Kita sudah lakukan semuanya dengan sebaik mungkin. Segala usaha, latihan, pengorbanan dan persiapan kita adalah untuk sa...
01/09/2026

Kita sudah lakukan semuanya dengan sebaik mungkin. Segala usaha, latihan, pengorbanan dan persiapan kita adalah untuk satu tujuan melaksanakan amanah dan memberikan yang terbaik.

Mulai saat ini, jangan lagi terlalu memikirkan apa yang akan berlaku esok. Apa yang mampu kita lakukan, kita telah lakukan. Apa yang berada di luar kemampuan kita, serahkan sepenuhnya kepada Allah.

Tenangkan hati. Bulatkan tekad. Percaya kepada kemampuan diri dan pasukan.

Esok kita hanya perlu satu perkara berjuang sehabis baik.

Selebihnya, biarkan Allah menentukan hasilnya.

Kita berusaha. Kita berdoa. Kita bertawakal.

Insya-Allah, apa sahaja yang berlaku esok, kita terima dengan hati yang penuh yakin bahawa itulah yang terbaik daripada-Nya.

01/09/2026

Tinjauan awal lapangan esok untuk 40m Teke bute

01/09/2026
MasyaAllah, TabarakallahAlhamdulillah, Syukur Ya Allah
01/09/2026

MasyaAllah, Tabarakallah

Alhamdulillah, Syukur Ya Allah

Kita semua sedia maklum bahawa format Teke bute ini adalah format yang berasal daripada negara Kyrgystan... Kali ini, ki...
01/09/2026

Kita semua sedia maklum bahawa format Teke bute ini adalah format yang berasal daripada negara Kyrgystan... Kali ini, kita hadir ke bumi mereka untuk berentap dan menguji kemampuan kita di pentas mereka.

Insya-Allah, 2 September nanti adalah hari kita..

Bulatkan tekad bersama.

Mohon doa restu dari sahabat-sahabat.

01/09/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ MALAYSIA HADIR DENGAN MARUAH

Bukan sekadar hadir.
Bukan sekadar melengkapkan barisan.

Malaysia hadir ke World Nomad Games 2026 dengan membawa satu nama, satu maruah dan satu amanah yang tidak ternilai.

Dari tanah air yang jauh, kami melangkah ke pentas dunia dengan Jalur Gemilang di dada, doa rakyat di belakang dan semangat Malaysia di dalam jiwa.

Setiap langkah adalah perjuangan.
Setiap anak panah adalah harapan.
Setiap detik di medan pertandingan adalah kesempatan untuk membuktikan bahawa Malaysia bukan sekadar peserta Malaysia datang untuk berdiri, bersaing dan meninggalkan jejak.

Kami mungkin datang dari sebuah negara kecil di peta dunia,
tetapi kami membawa jiwa yang besar.

Hari ini, di bumi Kyrgyzstan, biarlah dunia menyaksikan:

Malaysia hadir dengan maruah yang terbilang.
Malaysia bertanding dengan penuh kehormatan.
Dan Malaysia akan pulang dengan sejarah terbilang !

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Demi Malaysia. Demi maruah. Demi sebuah perjuangan yang akan dikenang.

TAUHID DI JIWA.
BUSUR DIRENTANG.
ANAK PANAH MELUNCUR.
MALAYSIA DIJULANG. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿน

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ DETIK BERSEJARAH โ€” PERBARISAN MASUK KONTINJEN MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พLangkah disusun, panji dikibarkan, nama Malaysia dijulang.Ha...
31/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ DETIK BERSEJARAH โ€” PERBARISAN MASUK KONTINJEN MALAYSIA ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Langkah disusun, panji dikibarkan, nama Malaysia dijulang.

Hari ini tercipta satu lagi detik bersejarah apabila kontinjen Malaysia melangkah masuk dalam perbarisan rasmi, membawa bersama perjuangan WNG 2026

Demi Jalur Gemilang Demi Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Malaysia Boleh!

Insya-Allah, sejarah akan tercipta. ๐Ÿน๐Ÿ”ฅ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Abdurrazak, atau lebih mesra dikenali sebagai Azak, sedang memburu kejayaan pertamanya di pentas dunia.Sebagai anak muda...
31/08/2026

Abdurrazak, atau lebih mesra dikenali sebagai Azak, sedang memburu kejayaan pertamanya di pentas dunia.

Sebagai anak muda yang mempunyai potensi besar dalam arena memanah tradisional, penyertaan di pentas antarabangsa ini menjadi satu langkah penting dalam perjalanan kariernya.

Semoga pentas WNG 2026 dunia akan mengenali beliau... semoga menjadi titik permulaan kepada kejayaan pertama Azak dan membuka lebih banyak ruang untuknya terus mengukir nama bersama barisan pemanah terbaik dunia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ๐Ÿน

Hj Ahmad Harun  orang lama yang makin mantap.Bukan sekadar nama yang lama dalam dunia memanah, tetapi pengalaman yang di...
31/08/2026

Hj Ahmad Harun orang lama yang makin mantap.

Bukan sekadar nama yang lama dalam dunia memanah, tetapi pengalaman yang ditempa bertahun-tahun menjadikan setiap lepasan anak panahnya semakin di geruni untuk 70m Turkish p**a.

Orang lama, pengalaman luar biasa.
Makin berusia, makin berbisa.
Makin tenang, makin tepat sasarannya.

Di medan World Nomad Games, kita nantikan panahan beliau membuktikan bahawa pengalaman adalah senjata yang tidak ternilai.

Anak jati ganu kite..Terus mengharumkan nama Malaysia! ๐Ÿน๐Ÿ”ฅ


Address

Shah Alam

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MBBT posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MBBT:

Shortcuts

Share

Category