UUM Rainforest Trail Run

UUM Rainforest Trail Run

Share

UUM Rainforest Trail Run 2019. 12km Competitive Run and 5km Fun Run

20/04/2021

Jom pakat 2 join larian dan kayuhan maya p**a. Nak buat trail run kali kedua dah tak boleh sebab PKP. So kita buat larian maya dulu. Ada ruang kita hidupkan semula UUM Rainforest Trail Run

29/09/2019

29 SEPTEMBER 2019 / 29 MUHARAM 1441H

==================================

"UUM : UNIVERSITI PENGURUSAN TERKEMUKA"

(THE EMINENT MANAGEMENT UNIVERSITY)

Oleh: Siti Fatimah Abdullah

Gambar oleh: PERSATU dan Kelab UUM Hikers

PELUMBA LARI KENYA JUARA UUM RAINFOREST TRAIL RUN 2019

UUM ONLINE: Pelumba lari dari Kenya beraksi cemerlang dengan prestasi memukau apabila berjaya menamatkan larian sejauh 12 kilometer (km) dengan masa 1 jam 13 minit pada UUM Rainforest Trail Run (UUMRTR) 2019, baru-baru ini.

Benard Kiplangat memenangi kategori Larian 12km Men Competitive Run melayakkannya merangkul tempat pertama dengan hadiah wang tunai berjumlah RM500, sekali gus mengatasi rekod pelumba lain ketika Simulasi UUM Rainforest Trail Run di UUM dengan catatan masa dua jam.

Tempat kedua dan ketiga p**a di menangi oleh Ku Alif Aiman dan Saipul Iswandy Ahmad dengan membawa p**ang wang tunai masing-masing berjumlah RM300 dan RM100.

Benard Kiplangat mengakui berdepan laluan sukar yang terpaksa ditempuhi termasuklah mendaki dan menuruni beberapa puncak seperti Bukit Ombak Buluh, Bukit Y, Bukit Dagu, Bukit Kelulut, Bukit Senget dan Bukit Toi.

“Walaupun dalam keadaan muka bumi berbukit bukau dengan jalan denai yang sempit, curam dan berbatu, saya tetap terus berlari tanpa henti, malah beberapa kali terjatuh tidak mematahkan semangat untuk meneruskan larian sehingga ke garisan penamat.

“Kemenangan ini memang tidak diduga memandangkan trek yang terdapat di UUM cukup mencabar dan saya gembira dengan kejayaan ini, selain berpeluang berjumpa dengan pelumba daripada pelbagai latar belakang termasuk dari Thailand dan Indonesia,” katanya menuntut di Hong Kong dan kini berada di Kuala Lumpur untuk bercuti.

Bagi kategori wanita p**a, Benjamat Sophon dari Thailand berjaya merangkul tempat pertama dan membawa p**ang wang tunai berjumlah RM500, diikuti oleh Siti Mahani Mohamad (tempat kedua) dengan hadiah wang tunai berjumlah RM300 dan Zura Syazleena Syirin Ahmad Zabidi (tempat ketiga) dengan hadiah wang tunai RM100.

Competition Trail Run (lelaki & wanita) sejauh 12km bermula dari Kompleks Sukan menuju ke PLKN, tapak semaian, mendaki bukit Urat Betis dan Kolam Air menuju ke Pokok 3 beradik, mendaki bukit Y menuju ke Bukit Ombak Buluh, Bukit W, Bukit Dagu, Tasik Sintok, Bukit Kelulut dan Simpang Sg. Badak dan berakhir di Kompleks Sukan UUM.

Manakala kategori Fun Run sejauh 5km bermula dari kompleks Sukan menuju ke PLKN seterusnya ke Tasik Sintok, mendaki Bukit Kelulut, Simpang Sg Badak dan berakhir di Kompleks Sukan. Disamping berlari para perserta juga disajikan dengan keindahan habitat alam semulajadi flora fauna hutan Sintok UUM.

Larian ini berjaya menarik penyertaan lebih daripada 200 peserta dari UUM dan seluruh negara termasuk juga beberapa peserta antarabangsa.

Bagi peserta wanita, Masitah Samsudin yang berasal Kulim menyifatkan pertama kali beraksi di trek hutan simpan UUM sungguh di luar jangkaan yang menyimpan pengalaman berharga dalam memantapkan kemahiran.

Menurutnya, semakin lama semakin teruji dengan laluan sempit, curam, berbatu dengan mengerah keringat seperti mendaki beberapa bukit sampai puncak dan turun semula.

“Paling mencabar ialah Bukit Dagu yang menguji kesabaran mental dan fizikal apabila 100 peratus mendaki mengunakan tali bergetar kaki dan otot.

“Program ini memang menguji, terima kasih kepada semua yang beri sokongan dan tahniah kepada yang menang dan semua peserta yang menamatkan larian,” katanya yang berada di kedudukn ke-6.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Hendrik Lamsali berkata, penganjuran aktiviti seumpama ini secara tidak langsung dapat mempromosikan UUM kepada masyarakat luar.

Menurutnya, program anjuran Persatuan Akademia UUM (PERSATU) dengan kerjasama Kelab UUM Hikers merupakan salah satu aktiviti berbentuk rekreasi yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan mengumpulkan ahli, staf UUM dan orang awam dalam suasana yang santai.

Katanya, PERSATU dan UUM Hikers juga telah bekerjasama sejak dari bulan Januari untuk menjayakan acara ini yang dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Larian 12km Men Competitive Run, 12km Women Competitive Run dan Fun Hike 5km Terbuka.

“Penganjuran aktiviti sebegini merupakan salah satu cara untuk mempromosikan PERSATU, Kelab dan UUM. Beliau mengucapkan Tahniah dan syabas kepada barisan pelaksana program ini atas penganjuran program yang julung kali diadakan ini.

“Kelab UUM Hikers merupakan kelab kakitangan di UUM yang ditubuhkan di bawah Majlis Kebajikan, Sukan dan Kebudayaan (MKSK),” katanya pada Majlis Penutupan dan Penyampaian Hadiah UUM Rainforest Trail Run 2019.

Salah satu aktiviti Kelab adalah penganjuran aktiviti lasak dan mencabar seperti ekspedisi 4x4, perkhemahan di dalam hutan, merentas hutan, sukan mencari harta karun, mendaki gunung dan ekspedisi konvoi.

Pengerusi UUMRTR 2019, Prof. Madya Dr. Chek Derashid juga merakamkan tahniah kepada semua peserta kerana berjaya membuat larian sehingga ke garisan penamat.

Menurutnya, penganjuran seumpama ini adalah berbeza daripada larian biasa yang dijalankan di kawasan terbuka kerana program ini melibatkan keselamatan pelari di dalam hutan yang perlu mengambilkira binatang buas dan keadaan pokok yang terdapat di dalam hutan.

Penyelenggaraan ini dibuat oleh Tarmizi Musa yang merupakan pakar tentang hutan Sintok bersama crew dan pegawai dari Unit Pertanian, Landskap & Perhutanan, Jabatan Pembangunan dan Penyenggaraan (JPP) seawal pagi sebelum peserta dilepaskan pada jam 7.30 pagi.

23/09/2019

Checkpoint # 1: Km ke-5... peserta pertama.. suruh rehat pun x mau.. ha3x

Album Meijie Mosh 23/09/2019

From the eyes of Meijie Mosh..

Album 4 23/09/2019
22/09/2019

Kalau kami buka tempahan baju UUMRTR2019, agak² ada yang berminat tak?

Jangan lupa

Album 3 22/09/2019
Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Sintok?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Sintok