12/10/2026
🥊 LITTLE NAK-MUAY: SETIAP ANAK ADA PROSESNYA SENDIRI ❤️
Kadang-kadang, ada parents yang tertanya-tanya…
“Kenapa formation anak saya belum cantik?”
“Kenapa strength dia macam belum ada?”
Dalam latihan Muaythai, semuanya perlukan masa. ❤️
Nak dapatkan formation yang betul, teknik yang kemas dan strength yang baik bukanlah sesuatu yang boleh dibina dalam sehari dua. Semuanya memerlukan latihan, kesabaran dan proses pembelajaran yang berterusan.
Dan yang paling penting, setiap anak mempunyai tahap perkembangan, kebolehan dan kadar pembelajaran yang berbeza. Ada yang cepat tangkap teknik, ada yang perlukan lebih banyak tunjuk ajar. Ada yang nampak kuat dari awal, ada yang masih membina keyakinan diri. Semuanya normal. 🥰
Sebagai parents, jangan terlalu cepat membandingkan anak kita dengan anak orang lain. Sebaliknya, cuba lihat perkembangan anak kita berbanding dirinya sendiri sebelum ini.
Kalau dulu dia malu-malu, sekarang dah berani mencuba.
Kalau dulu susah nak ikut arahan, sekarang dah mula fokus.
Kalau dulu asyik nak mengalah, sekarang dah mahu cuba lagi.
Itu juga satu kemajuan yang sangat bermakna! 🥹❤️
Bagi Coach, selagi anak-anak datang dengan semangat, mahu mencuba, boleh belajar mengikut arahan dan gembira sepanjang latihan, itu sudah menjadi permulaan yang sangat baik.
Kita bukan berlumba untuk menjadikan anak kita lebih hebat daripada orang lain. Kita sedang membantu mereka menjadi lebih baik daripada diri mereka yang semalam.
Formation boleh diperbaiki. Strength boleh dibina. Teknik boleh diasah.
Yang penting, jangan sampai kerana terlalu mengejar hasil, kita terlupa menghargai usaha kecil anak-anak kita. ❤️
Little Nak-Muay bukan tentang siapa paling kuat atau paling cepat pandai. Tetapi tentang belajar, membesar dan membina keyakinan diri, satu langkah pada satu masa. 🥊✨