12/10/2015
Bulan Muharam mempunyai seribu satu keberkatan bagi mereka yang tahu menghargai dan menilai kelebihannya, melalui amalan yang dianjurkan untuk dilaksanakan umat Islam sepanjang bulan ini. Ada 2 amalan yang boleh kita lakukan yang saya ingin kongsikan disini...
a) Berdoa akhir dan awal tahun - yakni kita berdoa setelah selesai solat Asar esok (13/10/15) untuk akhir tahun dan dituruti selepas solat maghrib dengan membaca doa awal tahun.
b) Berpuasa sunat pada 9 & 10 Muharam (22&23 Oktober 2015)
Semoga kita tergolong dari mereka yang mendapat syafaat dari nabi (Sallallahu alaihi wasalam) dengan melakukan perkara-perkara sunah yang dilakukan oleh Baginda.
Selamat tahun baru hijrah dan salam penuh kejayaan...
08/03/2015
Antara faktor penentu kejayaan adalah keluarga. Kita boleh bertukar pekerjaan tetapi kita tidak boleh tukar keluarga.
Apabila dirumah kita aman dan ceria pastinya kita dapat melakukan tugasan kita dengan lebih fokus dipejabat.
Sayangi lah keluarga kita...
Follow my tweeter
11/09/2014
Pastinya dalam 500k pelajar yang menduduki tahun ini ada yang akan merasa tertekan kerana mereka masih belum 'merdeka' lagi. Ini disebabkan mereka telah set diminda yang mereka boleh pada hari ini. Tidak terkecuali ibubapa yang terlibat... mungkin ada yang sudah membuat perancangan untuk bercuti dan sebagainya. Jika kita jumlahkan secara kasarnya hampir 1.5 juta orang yang akan merasa stress disebabkan kebocoran kertas soalan Science dan English. Jadi sekarang persoalannya, macamana kita hendak mengatasi rasa stress ini sementara menunggu hari re-sit pada 30/9 ni?
#1: Bawa anak pergi bercuti. Habiskan masa bersama mereka dan jangan membincangkan perihal peperiksaan. Ini adalah cara paling berkesan bukan sahaja kepada anak tersebut, tetapi juga amat penting kepada ibubapa yang telah bersama berada disekolah sepanjang musim peperiksaan yang lalu.... take a break!
#2: Berfikiran positif: kadang-kadang dengan penangguhan seperti ini, anak kita akan ada lebih masa untuk mereka membuat ulangkaji. Mungkin kali ini mereka akan lebih fokus kerana mereka telah merasai suasana didalam dewan peperiksaan sebenar, dan ini boleh membuatkan mereka merasakan sebagai peluang kedua untuk mereka melakukan dengan lebih baik lagi. Terutama sekali kertas English yang mereka telah duduki, tetapi perlu duduki semula. Tidak semua pelajar yang mempunyai peluang kedua didalam peperiksaan...
#3: Berikan sokongan. Sentiasa berikan sokongan untuk mereka membuka semula buku untuk membuat ulangkaji atau latihan. Kali ini mungkin ibubapa perlu duduk bersama anak anda supaya mereka lebih bersemangat. Perlu diingat, selepas sahaja cuti semester ini, masih ada peperiksaan PSRA dan selepas itu barulah sambungan kertas Science dan English. Jadi peranan ibubapa sangat penting didalam memberikan sokongan kepada mereka.
#4: Teruskan berdoa, puasa sunat dan membaca Al-Quran. Ini adalah cara yang paling efektif didalam mengawal stress terutama sekali untuk diri kita sebagai ibubapa. Ingat...tiada hijab doa seorang ibu terhadap anaknya. Jadi berdoalah pasti Allah akan memperkenankanya... In Sya Allah
Wallahu A'lam
06/09/2014
Semoga semua anak calon UPSR & PSRA akan tenang menghadapi peperiksaan dan mudah untuk menjawab semua soalan. Semoga beroleh keberkatan dalam kejayaan....
14/08/2014
Assalammualaikum…,
Alhamdulillah hari ni dengan rasminya saya menjejaki usia 40 tahun (mengikut kiraan tahun masihi). Pelbagai rasa sebenarnya yang bermain di benak ini….persimpangan untuk menjadi yang lebih baik atau kekal seperti sedia ada atau yang paling ditakuti jika menjadi lebih buruk (Nau’zubillah).
Seseorang yang menjejaki usia ini sebenarnya berada pada satu tahap kematangan, nilai peribadi serta akhlak yang sempurna dan mampu membuat keputusan dengan matang lagi bijaksana. Umur ini juga sebenarnya adalah permulaan umur dewasa bagi seseorang lelaki yang membolehkanya untuk berfikiran lebih waras dan melakukan sesuatu berasaskan pertimbangan akal yang sempurna.
Didalam Al-Quran sendiri secara spesifik banyak menyebut tentang umur 40 tahun agar menjadi peringatan supaya manusia mula memuhasabah dan memikirkan hala tuju kehidupan, seperti mafhum Nya
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata: Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).
(Surah al-Ahqaf: 15)
Begitu juga dengna mafhum dari hadith Rasulullah yang berbunyi:
‘Seorang hamba muslim bila usianya mencapai empat puluh tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai enam puluh tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepada-Nya. Bila usianya mencapai tujuh puluh tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai lapan puluh tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai sembilan puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang belakangan, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai “tawanan Allah” di bumi.’
(H.R. Ahmad)
Ianya jelas menunjukan bahawa pada usia 40 tahun adalah menjadi penentu untuk seseorang itu menentukan perjalanan hidup seterusnya. Pengalaman hidupnya hampir 40 dekad yang lalu sepatutnya dapat memberikan panduan untuk memilih hala tuju masa akan datang. Jadi apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang yang sudah menjejaki umur 40 tahun dan ke atas ini. Adakah ia suatu permulaan kepada kehidupan yang dipenuhi dengan keseronokan, kelalaian dan kealpaan semata-mata ataupun sebaiknya mula difokuskan untuk melipatgandakan usaha mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan segala kegiatan berfaedah sama ada untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat secara umumnya. Kalau diibaratkan seperti matahari, menjejaki usia 40 tahun ini seperti matahari yang mulai condong ke arah terbenam.
Kesimpulanya… bersedialah untuk menghadapi fasa ke dua kehidupan. Jadikan pengalaman lalu sebagai pelajaran yang teramat penting untuk menuju ke Jannah Allah…
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan kesyukuran kehadrat Allah kerana dikala usia menjejaki 40 tahun ini, saya telah diberikan satu keluarga bahagia dengan seorang isteri yang penyayang dan 4 orang anak yang menjadi aset paling berharga di dunia dan akhirat. Mohon maaf sejujurnya dari hati ini atas segala kekhilafan yang telah saya lakukan samada secara sengaja atau tidak… semoga kita semua sentiasa berada dibawah lindungan Allah jua. Ameen…
15 Ogos 2014 (Jumaat)
21/04/2014
Renungan: "Ketika burung hidup, dia makan ulat...ketika burung mati, ulat makan burung"
Kitaran kehidupan terus berlaku, janganlah kita merendahkan sesiapapun dalan kehidupan...bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita...
14/04/2014
LeadershipInU: A mediocre person tells... a good will demonstrates... a great person will inspires others to see for themselves - so which one is u?
21/01/2014
Adalah lebih bagus kita mencuba sesuatu tetapi gagal, daripada kita gagal untuk mencuba.
13/01/2014
Rasulullah adalah anugerah terhebat untuk umat sejagat. Bersama kita menghayati perjuangan Rasulullah. Semoga kita tergolong sebagai umatnya yang layak menerima syafaat nya di akhirat kelak.
Salam Maulidul Rasul. Jom kita selawat...
10/01/2014
Setiap masalah perlu diselesaikan kerana selagi kita lari darinya semakin dekat ianya menghampiri kita. Jadi uruskanlah setiap masalah dengan bijaksana. Anda pasti Berjaya!!!