Mohammed B. Saleh

Mohammed B. Saleh

Share

Business Coach & Consultant

23/02/2025

Jual kerepek pun dapat RM13 juta...

Azhar Food adalah syarikat ketiga selepas Nestle dan Mydin yang berjaya jana jualan jutaan ringgit dekat Shopee masa PKP dahulu

Keputusan menjual kerepek secara online dari Rengit Batu Pahat ternyata berbaloi

Syarikat itu berjaya jana jualan dari RM100,000 pada bulan pertama

dan melonjak menjadi RM8 juta dalam masa setahun dengan guna satu akaun penjual di Shopee

‘timing’ ketika itu betul-betul cantik, selepas semua orang berkurung di rumah dan memerlukan makanan.

Namun sebelum itu, syarikat Azhar Food yang dikendalikan oleh pasangan suami isteri berusia

dan tidak mahir dengan dunia teknologi maklumat, ibarat hidup segan mati tak mahu.

Perbelanjaan dan hasil jualan sama sahaja.

Anak pasangan itu, Syahme Azhar yang baharu bergraduasi dari UMT, merasa ada sesuatu tidak kena

Apabila diselidiki antara puncanya adalah harga barangan mentah diperolehi daripada pembekal terlalu mahal

manakala pesaing perniagaan dapat menjual kerepek dengan harga jauh lebih murah.

Syahme Azhar kemudian bertindak menyusun semula strategi bisnes, beliau sendiri menubuhkan sebuah syarikat trading

Melalui syarikat ini beliau mengambil alih urusan pemasaran produk

dan memilih platform online seperti dinasihatkan oleh pegawai FAMA tempatnya melakukan internship.

Syahme berkongsikan strateginya ketika itu :

•Buka satu syarikat trading untuk urusan pemasaran online

•Tukar Supplier - Kita tak boleh trust kalau ada satu supplier, direct terus ke kilang, bukan lagi pembekal

•Sentiasa semak review pelanggan di platform jualan, kalau negatif perbaiki, jika pelanggan dapat kerepek rosak, diganti baharu dan percuma

•Sentiasa semak harga pesaing dan bila pelanggan happy, kalau pesaing turunkan harga sekalipun, tak risau sebab sudah dapat trust pelanggan.

•Harga mahal tak jadi masalah kepada pelanggan sebab tahu kualiti makanan dan servis tip top

•Sentiasa alert trend market, setiap minggu buat research, tak boleh rasa selesa.

•Inovasi produk baharu, cipta kerepek seolah olah nachos twisties yang jadi kegilaan pelanggan

•Beliau perasan ketika Tahun Baharu Cina, jualan online merudum, rupa-rupanya banyak kedai tutup dan pelanggan ramai gemar datang ke kedai

•Apabila pelanggan sendiri datang bawa kerepek yang rosak dan mengadu di kedai, dia s**a kerana dapat tahu sendiri apa masalah sebenarnya yang berlaku.

•Dari situ, dia memperbaiki kesilapan dan ambil maklum aduan pelanggan termasuk mengetahui apa produk yang pelanggan s**a

•Offer 8-10 peratus komisen affliate, dan video viral affliate banyak membantu menaikkan jualan

•Hook seperti ‘Menyesal Aku beli sekilo ni, Tak cukup-cukup rupanya’ banyak dapat views tinggi

•Paling penting! CASHFLOW, aliran tunai memang dijaga sebaiknya, sebab itu beliau tak main segmen supermarket sebab byr secara consignment

•Beliau jual secara tunai kepada agen dan stokis selain online

•Tak buat loan untuk besarkan bisnes, guna duit yang ada beranakkan, ayahnya tak setuju dia buat loan, Syahme patuh.

Selepas itu, BOOM!

Dari RM8 juta di Shopee, beliau kemudian melebarkan sayap jualan ke platform TIktok, Nah, kali ini beliau berjaya kaut RM5 juta lagi.

Syahme pesan, duit dunia ini sentiasa berpusing, tak dibakar.

Duit akan sentiasa berpindah dari satu tangan ke tangan yang lain.

Jadi kita kena belajar cara menarik duit itu melalui produk jualan kita

Tonton video penuh temubual bersama Syahme di link di bawah :

https://youtu.be/M1YcOHW8hdQ

15/08/2024

Avoid the toxic ❌️

26/01/2024

😂 Bila Neelofa jual tudung semua beratur beli..
😂 Bila Fizo Mawar jual tudung semua gaduh beli..
😂 Bila Anzalna jual baju kurung semua pakat beli..
😂 Bila Scha Alyahya jual blouse semua nak beli..
😂 Bila Che Ta jual perfume semua teruja nak beli..
😂 Bila Zizan jual t-shirt semua ghairah nak beli..
😂 Bila Shuib jual barang motor n terbaru air BubbleBee smua beratur berejam jam

Semua beli saja... Habiskan wang gaji nak nampak glamour. Sanggup beratur dari subuh sampai malam. Sanggup berasak-asak bawah ketiak orang ramai. Tawar menawar tiada. Beli saja....

Tapi .....

Bila kawan sendiri berniaga , tak lekang di mulut
“ TAK DAPAT KURANG KE ? ”
“ MAHALNYA ... "
" TAKDE HARGA MEMBER KE "
" BELANJA LAH POSTAGE "
" BAGI LAH AKU FREE ALA DENGAN AKU PUN NAK BERKIRA "
Itu nasib baik beli juga katanya support member. Ada p**a nak lalu kedai kawan pun tak selera. Nak like status business kawan-kawan pun berat jari tak sudi. Ada p**a tu kawan jual barang artis ternama pun ada yang cakap “TAKPE LAH SAYA BELI DENGAN DEALER”.

JANGAN CONDEM BILA KAWAN BERNIAGA. Kalau ada yang tak kena, tegur dan bagi nasihat membina.

Nota Kaki :

1. Status ni C&P. Tujuan nak support bisnes kawan-kawan di FB

2. Tambahan : Rasanya ramai yang berniaga bukan untuk kumpul kekayaan tapi untuk survival . Tau tak, kadang-kadang duit untung niaga $5-10 @ komisen 1-2% tu lah satu-satunya tambahan pendapatan beli susu, pampers anak, bayar rumah, kereta dan lain-lain 😀

Tak beli takpe, doakan dan tolong bgtau kat kawan lain pun dah ok. 😉

Baca dan ambil iktibar... Mungkin orang tu baru nak bernafas so please jangan ambil kesempatan diatas dasar nama 'KAWAN'... Bisnes tetap bisnes!

Ok bye...🤭🤗🤗

21/12/2023

Nak borong pakaian di Guangzhou? Simple je bossku.

17/12/2023

Ada yang nak borong dari China ke?
Ingatkan susah, actually senang je rupanya.
Let's go guys.

28/07/2023
Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Singapore?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

Singapore