Egat Prince Cup Hatyai Thailand 2026.
Amierul power clean & jerk 126kg.
Angkat Berat Negeri Perak D.R
Mencari bakat baru bermula umur 10 tahun lelaki & wanita dan melatih atlit bagi mewakili Negeri Perak
Egat King' Cup Hatyai Thailand.
Beraksi satu pentas bersama Pemenang Pingat Perak Sukan Olimpik 2024 Weeraphon Wichuma adalah pengalaman berharga buat atlet Perak Irfan Emeer dalam persediaan menghadapai SUKMA 2026.
30/03/2026
Hari pertama Kejohanan King’s Cup Weightlifting Championships 2026 di Hat Yai, Thailand menyaksikan permulaan yang baik buat atlet angkat berat Negeri Perak.
Qistina Qharisya Suffia yang masih dalam fasa pemulihan kecederaan menunjukkan semangat juang yang tinggi walaupun ini merupakan hanya kejohanan keduanya dalam tempoh dua tahun (2025–2026).
Beliau berjaya meraih:
🥈 Pingat Perak (Sn**ch – 66kg)
🥉 Pingat Gangsa (Clean & Jerk – 84kg)
🥉 Pingat Gangsa (Jumlah – 150kg)
Satu pencapaian yang sangat membanggakan dalam proses beliau kembali ke tahap prestasi terbaik.
Muhammad Sufi Rosidi p**a terus menampilkan prestasi yang konsisten apabila meraih tempat kedua bagi acara Sn**ch dengan angkatan 105kg dalam kategori lelaki 60kg. Beliau kini sedang dalam fasa persiapan rapi bagi mencapai sasaran jumlah angkatan 250kg menjelang temasya SUKMA Ogos nanti. Pencapaian ini merupakan hasil usaha berterusan atlet serta sokongan padu daripada semua pihak yang terlibat.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Majlis Sukan Negeri Perak
atas kepercayaan dan sokongan berterusan dalam pembangunan atlet angkat berat negeri. Perjalanan masih panjang dan usaha akan terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
30/03/2026
29/03/2026
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak, Tuan Haji Mazlan Mohamad,
Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia, YBhg. Datuk Ayub Rahmat , serta Majlis Sukan Negara Malaysia di atas kepercayaan, sokongan dan peluang besar yang telah diberikan kepada atlet-atlet pembangunan negeri untuk membawa cabaran Malaysia ke pentas antarabangsa dalam kejohanan EGAT King’s Cup & Princess’ Cup Weightlifting Championships, Hat Yai, Songkhla, Thailand 🇹🇭
Sokongan padu ini jelas membuktikan bahawa pembangunan sukan angkat berat negara sentiasa diberi perhatian serius dan dirancang secara progresif selari dengan usaha melahirkan atlet berprestasi tinggi di peringkat dunia.
Edisi kali ini menyaksikan penyertaan wakil dari Negeri Perak:
🥈 Danish Amierul Fitri (Kategori 79kg) – Pingat Perak
Adam Rayyan (Kategori 88kg) – Tempat ke-4
🥈 Qhaerul Izzren Syuhada (Kategori 53kg) – Pingat Perak
👩🏫 Jurulatih: Diviya Loganathan
Kejayaan ini bukan sahaja hasil usaha atlet dan jurulatih, tetapi juga hasil daripada komitmen berterusan semua pihak dalam memperkukuh ekosistem sukan negara.
Semoga sokongan seperti ini terus diperkasakan demi memastikan lebih ramai atlet pelapis mampu mengharumkan nama Malaysia di persada dunia 🇲🇾.
28/03/2026
Danish Amierul Fitri atlet Perak yang mewakili Malaysia meraih 3 pingat perak masing-masing dalam acara sn**ch, clean & jerk dan total.
🏋🏻🏋🏻♀️ 2026 Princess’ Cup Weightlifting Championships at Hatyai, Songkla, THAILAND : 5th Day (28 Mar 2026)
🇲🇾Afzanizam MUHAMMAD DANISH from NSC (National Sports Council of Malaysia) grabbed 3 silver medals (Sn**ch 102 kg, C&J 126 kg , Total 228 kg)
Egat Princess Cup 2026
Hatyai Thailand
Qhaerul Izzreen Syuhada atlet negeri Perak mewakili Malaysia meraih 3 pingat perak masing-masing dalam acara sn**ch, clean & jerk dan total.
27/03/2026
Qhaerul Izzren Syuhada berjaya meraih 3 Pingat Perak dalam acara sn**ch, clean & jerk dan Total dengan jumlah angkatan 142kg dalam kategori 53kg.
26/03/2026
Sesi latihan hari pertama atlet angkat berat Perak di Hatyai Thailand sempena Kejohanan EGAT KING'S CUP & EGAT PRINCESS' CUP 2026
📍 Hat Yai, Thailand
📅 25 Mac 2026 hingga 04 April 2026
22/03/2026
Tahniah diucapkan kepada atlet angkat berat Negeri Perak yang telah terpilih mewakili Malaysia 🇲🇾 ke EGAT King’s Cup & EGAT Princess’ Cup Weightlifting Championships 2026 di Hat Yai, Thailand.
Atlet:
🏋️♂️ Danish Amierul Fitri
🏋️♂️ Adam Rayyan
🏋️♂️ Qhaerul Izreen Syuhada
Coach: Diviya Loganathan
Semoga terus cemerlang di pentas antarabangsa dan mengharumkan nama negeri dan negara.
Angkat dengan penuh keyakinan, buktikan kemampuan kita! 💪🔥🇲🇾
คลิกที่นี่เพื่อเป็นสมาชิก?
ที่ตั้ง
ประเภท
เว็บไซต์
ที่อยู่
Hat Yai