04/04/2026
Musim Panas USA
Walaupun sebenarnya secara rasmi masih lagi musim bunga (Spring), tapi cuaca dah panas dah kat US ni. Bila dah panas, ke pantai la kita.
Bandar pesisir pantai di US ni saya tengok , nampak sama je dari Virginia Beach ni sampaila ke Miami. Pantai, broadwalk , lepas tu Hotel², lepas tu jalan utama dan kedai². tak ade penjaja² tepi jalan. Paling dekat foodtrucks ajerla.
Bersih. nak jumpa sepuntong rokok pun susah. kecuali kalau pergi area residensi awam.
02/07/2026
SALJI - NAMPAK COMEL TAPI MENYUSAHKAN
dulu semasa kanak kanak kita selalu dibasuh minda dekat TV melihat betapa syioknya musim salji dalam cerita kartun dan movie kan? Sampaikan hero Hollywood Shah Rukh Khan dan Rani Mukherjee guling-guling atas salji kat Switzerland atau New Zealand.
Hakikat sebenar duduk negara 4-musim? Oh tidakla seromantik itu. Salji masa dia gebu gebas tu memangla comel, boleh kepal kepal dan main baling baling tapi bila die mengeras sebab suhu sekitar sejuk, die beku jadi ais. ni tak kelakar okay? Nak jalan kaki payah, berbasikal apetah lagi. Kereta pun boleh tergelincir kalau jalan tak ditolak dengan jentolak salji. Jalan yang dulunya 3 lane dah jadi satu lane setengah je. Habis jem sana sini trafik.
Pihak berkuasa tempatan pun walaupun dah cuba sebaik mungkin, masih lagi ada bottleneck untuk tolak 'ais' yg membeku atas jalan ni untuk memudahkan orang awam guna jalan. Yerla, bende jadi sekali dua je setahun, so bilangan mesin pun takderla banyak sangat kan? so bila serentak kene ribut salji.. ini la rupenye.
Amerika, oh indahnya (tak)
Juan
Maryland, USA
02/03/2026
SELAMAT TAK USA?
beberapa hari lepas saya dihujani whatsapp dari kawan² dan ahli keluarga lepas insiden tembak-mati kali ke-2 di Minneapolis, Minnesota oleh anggota penguatkuasa ICE Amerika Syarikat, samada semua nya selamat di Washington, D.C.
Saya jawab, ya, semua selamat je sebab bandar Minneapolis tu terletak 1700km jauh ke Barat Washington, D.C. . Keadaan di Minneapolis masih lagi tegang dan sedikit huru hara di masa saya menulis post ini disebabkan demo awam yang menuntut keadilan atas pembunuhan Puan Good dan Encik Pretti oleh anggota² ICE.
Selamatkah Amerika Syarikat buat masa ni untuk dilawat? Saya rasa selamat je di luar Minneapolis ASALKAN pelawat sentiasa baca laman berita AS sperti CNN, FOX News dan lain lain dan sekiranya ade program di bandar² yang bergolak tu, adalah lebih baik untuk lencong le tempat lain je.
Foto saya bersama anak laki main sledge 🛷 dekat taman dekat rumah.
Juan
Washington, D.C.
11/01/2025
Mudah betul pindah rumah kat Amarika ni 😂
✅ sewa lori 3 tan
✅ sewa trailer kereta
✅ sumbat barang dan perabot dalam lori
✅ letak kereta atas trailer
✅ Jalan!
JPJ / Pulis ke ape badan takdak kacau ✌🏻
10/21/2025
TAMAN NEGARA SHENANDOAH, VIRGINIA, USA
Terletak lebih kurang 160km dari Washington D.C. , ibu negeri USA, taman negara Shenandoah ni terkenal dengan keindahan musim luruh dengan daun-daun yg berwarna kuning-oren-merah sana sini 🍁
Saya dan keluarga ambik kesempatan untuk buat day-trip ke sini dengan drive hampir 3 jam ke pintu masuk Selatan, dan drive naik ke DC semula selama 7 jam, termasuk berhenti makan dan rehat. bayaran sekarang takde sebab US tengah shutdown, tapi pusat pelawat masih dibuka tapi hanya untuk bagi maklumat dan jual cenderamata, tapi takde program trekking dsbg.
Kami tak trekking lah sebab anak-anak masih kecik, tapi kami drive di sepanjang Skyline Drive, iaitu jalan tunggal berturap yang merentasi Taman Negara Shenandoah, sepanjang Banjaran Appalachian. Kualiti jalan diorang walaupun berada di atas gunung berketinggian sehingga 4000 kaki dari aras laut, memang tip-top! jarang-jarang jumpa lobang,, tampal apetah lagi. Sampah tepi jalan? nak jumpa kulit gula gula atau puntung rokok pun takde nampak. Tabik spring 🫡
sepanjang hampir 150km jalan bukit, hanya ade satu je stesen minyak so memang kene isi full tank siap siap sebelum masuk taman negara. Sangat recommend andai ada yang nak melancong ke Washington D.C. dan nak lihat benda yang lain sikit daripada biase.
Juan
10/17/2025
RAHSIA KEHEBATAN TEAM BOLA WANITA USA & JERMAN
pemerhatian saya semenjak 8 tahun berada di luar negara, di Jerman dan di Amerika Syarikat, adalah gerakan akar umbi s**an bola sepak untuk wanita mereka.
Team Bola mereka, baik lelaki atau perempuan, tak dilatih oleh cikgu PJ. Yang datang latih mereka adalah pelatih bola professional dari kelab bola tempatan. nak masuk sesi latihan kene bayar, US150/musim (8 minggu, 1x seminggu). memang kerja dia jadi pelatih. kalau la kelab s**an atau team tu kecik, yang datang latih adelah mak-ayah budakhl-budak sekolah tersebut secara s**arela. Yang ni free atau minima aje yurannye.
Nampak dari jauh, latihan diorang memang level kelab la. 2 orang pelatih, ade gol boleh alih, ade kon, ade latihan dribble, latihan passing dan penutup, friendly match siap pakai bib.
Saya ingat lagi sekitar zaman sekolah rendah sampaila ke sekolah menengah, memang tak pernah ade cikgu datang ajar teknik main bolasepak atau training untuk main bola, melainkan saya masuk team bola sekolah. nak dapat bib masa main apetah lagi. bende nampak simple, tapi macamana kita nak tajamkan hantaran kepada rakan sepas**an kalau sekilas pandang pun tak nampak siapa kawan dan siapa lawan?
Juan
Washington D.C.
10/04/2025
DIY AKSESORI KERETA
antara benda yang best kat US ni adalah saya boleh beli aksesori original dari mana-mana brand pengeluar kereta kat sini cth. Subaru dan bawak balik pasang sendiri kat rumah.
Setakat ni saya dah pasang sendiri Dashcam dual channels, trailer hook original Subaru (dengan bantuan kawan kat Delaware), cabin filter dan engine filter, chassis stabiliser / tower bar dan yang terbaru ni, baru je buat petang tadi, window rain deflector original Subaru untuk Outback 2.4L Turbo.
Benda-benda kecik cenggini kat sini kalau semua nak pomen pasangkan, memang hangusla duit 💸
Kadang kadang rindu jugak Malaysia, sebab tukar bulb lampu kereta pun bawak pergi bengkel sebab upahnye RM5 je 🥲
Misi seterusnya? kita nak pasang rear sway bar pulak. barula boleh konar macam Takumi Fujiwara dalam cerita Initial D. 🤣
JuanJerman
Washington D.C. 🇺🇸
06/19/2025
APA BEZA URBAN CYCLIST ?
Urban Cyclist, tak seperti geng basikal roadbike / mountainbike, memang kurang terkenal di Malaysia. Tapi kat Washington D.C. USA dan bandar² utama Eropah, benda biasa. Urban Cyclist tak mengayuh basikal sebab nak fit atau sihat atau sebagai s**an, tapi sebagai pengangkutan peribadi, alternatif kepada motosikal atau kereta. biasenya jarak kayuhan dalam 1-10km, untuk ke tempat kerja, hantar anak sekolah/tadika, ke appointment doktor, supermarket atau restoren / kafe.
kat sini saya nak bagi tips macamana nak memilih pakaian dan gadjet yang sesuai kalau korang nak cuba jadi urban cyclist.
1. Pakaian
- tak perlu la lycra, cukup sekadar baju yg cepat mengeringkan badan (dryfit). Cotton kurang sesuai kalau korang jenis senang berpeluh. Warna cerah kalau boleh.
- seluar stretchable, pendek atau panjang tu pilihan masing² tapi jangan pakai seluar loose atau kain. sangat bahaya kalau sangkut kat rantai atau tayar!
- kasut sneakers yg selesa jalan, kalau boleh yang jenis tapak flat dan sedikit keras supaya lebih efisen dalam tujahan.
2. Helmet
- warna putih atau cerah. pilihan saya lebih kepada helmet yg banyak lubang udara sebab saya senang berpeluh. Helmet Aero? tak perlu, kau bukan nak kayuh 45km/j pun kan.
- saya syorkan MIPS specs untuk perlindungan maksima sekiranya terjatuh dan berkemungkinan terhentak kepala.
3. Basikal
- pilihan peribadi. favorite saya sekarang Vintage MTB 26-inci ber-geometri relaks seperti GT Outpost Trail dengan tayar gemuk. murah untuk dibeli, senang nak dijaga, tahan lama dan walaupun berat sikit sebab Chro-Moly 4130. Ia masih lagi rimbrake dan saya guna tayar MTB 26x2.1" . Kurang efektif di jalanan tapi saya pakai je dulu sebab tengah tunggu set tayar baru sampai.
- mudguard penuh SKS 65mm
- bakul depan Basil utk letak barang.
- pelana (saddle) Brompton.
- gear sistem Shimano Acera 3x7 mekanikal yang lagi berfungsi baik walaupun mungkin dah berumur lebih 30 tahun.
- kickstand / tongkat yang stabil.
- reflektor rim Cat-Eye supaya lebih mudah dilihat oleh pengguna² jalanraya yang lain.
JuanJerman
Washington D.C.
USA
04/07/2025
Servis pertama Subaru Outback Wagon (2.4L Turbo, 260hp AWD).
Kos selenggara kat dealer Subaru $140 untuk servis biasa. Malangnya model ni akan pupus dari produksi kilang Subaru dari tahun 2026. Station Wagon pada pandangan aku, sangat bernilai untuk keluarga sebab ianya luas, selesa, laju, masih lagi drive macam kereta dan cantik di mata (ok ni subjektif).
aku akan cuba jaga si OB ni sebaik mungkin sebab kalau nak ganti, takde dah kategori Wagon harga sama di pasaran USA, yang next level terus Mercedes, Audi, BMW & Volvo.
03/14/2025
BUKAPUASA KOMUNITI MUSLIM WASHINGTON DC US
Alhamdulillah merasa jugak kami tahun ni berbuka puasa bersama komuniti Muslim berkeluarga di DC. Yang datang bukan nama Johan, Farid atau Siti tapi nama Tiffany, Joe, Sofia, Nadja etc.
Vibe dia lain sikit, tak ada rules keras² atau formal sangat, lebih mesra keluarga dan budak² (ada belon, kertas mewarna, crayon dan Pizza 🍕 ) Venue pun hall sekolah rendah je.
Pun begitu Makanan sentiasa padu. Jollof Rice (Nasi Tomato) , Ayam Panggang, Kari Kacang Kuda dan Acar Salad sudah cukup buat kami hampir tersadai kat meja, kenyang. Kos ZERO, sebab ada yang derma dan kumpul duit sama sama
01/29/2025
Dah lama tak menulis ala² car reviewer.
Cuma kalini nak share short review kereta pinjaman dari car dealer Subaru saya sebab kereta saya kene masuk wad 1 malam, sebuah Hyundai Venue (1.6L petrol, 121hp), harga US$20k, compact SUV (SUV ke ni?! Crossover pun belum tentu)
Kereta yang sangat ringan dan lincah dalam bandar, semua benda kat dalam lastik keras bunyi macam² dan suspension sampah keras gila. boleh rasa semua permukaan jalan kat Washington DC, dan ini mengingatkan saya kat my first car, Perodua Kelisa, tapi dengan meter digital dan boleh Android Auto dan jimat minyak (33mpg). haha
Di trafic lights memang champion, tekan minyak die pergi dulu berbanding trak dan SUV anak gajah berenjin 4.5L kat sini 🤣
Juan di Washington D.C.