Arena Juara

Arena Juara

Share

Pentas Untuk Juara! Arena Juara adalah platform Facebook untuk rakyat Malaysia mendapatkan info atau maklumat terkini berkenaan dengan sukan!

Photos from Arena Juara's post 12/07/2023

๐Œ๐„๐‹๐€๐Š๐€ ๐‡๐ˆ๐Œ๐๐”๐๐Š๐€๐ ๐€๐“๐‹๐„๐“ ๐Š๐€๐‘๐€๐“๐„ ๐“๐„๐‘๐๐€๐ˆ๐Š ๐€๐’๐ˆ๐€ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐Š๐€๐‘๐€๐“๐„ ๐€๐’๐ˆ๐€ ๐„๐ƒ๐ˆ๐’๐ˆ ๐Š๐„-๐Ÿ๐Ÿ—

๐˜—๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ด๐˜ช๐˜ข๐˜ฑ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ข๐˜ณ ๐˜ข๐˜ต๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ต ๐˜’๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ ๐˜ฏ๐˜ฆ๐˜จ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข ๐˜ฌ๐˜ฆ ๐˜š๐˜ถ๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ˆ๐˜ด๐˜ช๐˜ข ๐˜๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ป๐˜ฉ๐˜ฐ๐˜ถ

MELAKA (12 JULAI): Edisi ke-19 Kejohanan Karate Asia bakal menyajikan aksi yang bertenaga dan memukau para peminat sukan Karate yang akan berlangsung di Pusat Perdagangan Melaka (MITC), Ayer Keroh bermula 21 Julai sehingga 23 Julai depan.

Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dipilih sebagai venue yang bakal menyaksikan medan pertempuran bagi atlet-atlet Karate terbaik di Asia bertempur merebut kejuaraan serta mengukuhkan dominasi negara masing-masing dalam sukan Karate menjelang temasya Sukan Asia Hangzhou ke-19 di China.

Kejohanan Karate Asia ke-19 yang mempertandingkan sejumlah 17 kategori secara keseluruhan iaitu 11 kategori individu lelaki dan wanita dalam acara Kata dan Kumite mengikut kelas berat masing-masing dan 6 kategori berpasukan Kata dan Kumite lelaki dan wanita.

Dalam edisi yang lepas, seramai 700 atlet daripada 28 buah negara telah mengambil bahagian yang menyaksikan Uzbekistan sebagai tuan rumah kejohanan, Disember tahun lepas.

Jepun yang mengungguli pungutan pingat keseluruhan sebanyak 13 pingat (8 emas, 2 perak, 3 gangsa) bagi edisi kejohanan yang lepas juga mengesahkan penyertaan mereka dengan menghantar seramai 23 atlet Karate bagi kejohanan di MITC, Ayer Keroh, Melaka. Mengikuti rapat persaingan edisi lepas, skuad Karate daripada Jordan mempertaruhkan seramai 11 atlet dan Kazakhstan dengan seramai 19 atlet Karate.

Antara atlet Karate yang bakal menjadi tumpuan adalah Kakeru Nishiyama (Jepun), Assel Kanay (Kazakhstan) dan Abdel Rahman Almasatfa (Jordan) akan membuat penampilan mereka di MITC, Ayer Keroh, Melaka bagi mempertahankan pingat emas yang dimenangi pada edisi lepas dalam acara masing-masing.

Sukan Karate merupakan sukan yang kaya dengan tradisi tersendiri, menitikberatkan aspek kedisiplinan individu dan berpasukan serta keupayaan menguasai kepelbagaian teknik seringkali memukau jutaan penonton dan peminat sukan Karate.

Bagi edisi kali ini, peminat sukan Karate serta pengunjung yang hadir ke MITC, Ayer Keroh, Melaka bakal disajikan dengan aksi bertenaga daripada skuad Karate negara yang ingin menggunakan kelebihan sebagai tuan rumah kejohanan.

Dalam pada itu, Kejohanan Para Karate Asia edisi ke-2 juga akan berlangsung serentak dengan Kejohanan Karate Asia ke-19 bagi memastikan atlet Para menerima tumpuan yang sama ketika kejohanan itu nanti.

Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Nur Azmi Ahmad menzahirkan penghargaan serta ribuan terima kasih kepada Persekutuan Karate Asia (AKF) dan Persekutuan Karate Dunia (WKF) di atas kepercayaan yang diberikan bagi menganjurkan Kejohanan Karate Asia ke-19 dan Para ke-2 di MITC, Ayer Keroh, Melaka.

โ€œMAKAF amat menghargai sokongan yang diberikan oleh pihak AKF dan WKF bagi penganjuran kali ini diadakan di Melaka. Bagi pihak Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) serta penganjur bersama Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) mengalu-alukan kehadiran peminat sukan Karate terutamanya dan orang ramai ke MITC, Ayer Keroh, Melaka menyaksikan persaingan sengit atlet-atlet Karate Asia berentap merebut kejuaraanโ€.

Menurut Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Wira Nur Azmi Ahmad menjanjikan penganjuran berkelas dunia akan dipersiapkan di Kejohanan Karate Asia ke-19 sekaligus menjadikan kejohanan di Melaka sebagai penanda aras bagi penganjuran Kejohanan Karate Dunia di Budapest, Hungary, Oktober nanti.

โ€œPenganjuran kali ini bukan sahaja akan mendatangkan keterujaan dan persaingan yang hebat di antara atlet-atlet dan pasukan dari pelbagai negara Asia malah akan menjadi sebuah platform mempromosikan budaya, warisan dan semangat kesukanan dalam kalangan peminat dan negara yang bertanding,โ€ katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kejohanan Karate Asia ke-19 dan Kejohanan Para Asia edisi ke-2, sila layari laman sesawang rasmi kejohanan.

Photos from Arena Juara's post 27/03/2023

๐Œ๐ˆ๐‹๐Ž ๐Š๐Ž๐Œ๐ˆ๐“๐„๐ƒ ๐๐„๐๐”๐‡๐ˆ ๐€๐’๐๐ˆ๐‘๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐Œ๐€๐ˆ๐ ๐Œ๐”๐ƒ๐€

๐˜š๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ช 116 ๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ช๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ถ๐˜ฅ๐˜ข ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ต๐˜ข๐˜ช ๐˜”๐˜๐˜“๐˜– ๐˜Ÿ ๐˜๐˜ˆ๐˜” ๐˜œ๐˜ญ๐˜ต๐˜ช๐˜ฎ๐˜ข๐˜ต๐˜ฆ ๐˜Œ๐˜น๐˜ฑ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ช๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ค๐˜ฆ

๐๐„๐“๐€๐‹๐ˆ๐๐† ๐‰๐€๐˜๐€ (๐Ÿ๐Ÿ• ๐Œ๐€๐‚): Ramai yang berpandangan bahawa bola sepak adalah satu sukan yang mudah, namun ia memerlukan kerja keras dan minat mendalam bagi memantapkan kemahiran bermain sukan pop**ar tersebut.

Untuk itu, seramai 116 pemain muda telah dipilih bagi menyertai program MILO X FAM Ultimate Experience untuk mendalami sukan bola sepak. Mereka yang terpilih ini terdiri daripada pemain yang telah mempamerkan potensi di sepanjang kejohanan liga komuniti dengan kerjasama MILO.

Keyakinan MILO terhadap peranan sukan sebagai guru terbaik dalam menerapkan nilai-nilai positif seperti berdisiplin dan berkeyakinan diri akan mendorong seseorang untuk berjaya. Menerusi aktiviti sukan di peringkat awal pasti akan membantu anak muda untuk berdepan cabaran dengan penuh keyakinan diri di samping memupuk semangat kesukanan yang tinggi.

Hampir 70 tahun, MILO merupakan penggerak nadi sukan tanah air tetap dengan komitmen penuh untuk memberikan pendedahan yang lebih menyeluruh bagi pembangunan sukan akar umbi lebih-lebih lagi sukan bola sepak, sukan yang paling pop**ar di Malaysia. Jelas, menunjukkan bahawa sukan sebagai wadah penyatuan rakyat Malaysia dan medium terbaik bagi memupuk semangat perpaduan di dalam kalangan generasi muda.

Maka dengan itu, bagi merealisasikan impian anak muda yang menginginkan peluang keemasan untuk merasai pengalaman merasai sendiri berlatih di bawah bimbingan kejurulatihan FAM serta melihat sendiri fasiliti dan kelengkapan pasukan kebangsaan.

Program MILO X FAM Ultimate Experience bertujuan memberikan pendedahan yang lebih menyeluruh kepada pemain muda bagi mengembangkan lagi minat mereka terhadap sukan bola sepak. Pengalaman yang berharga seperti ini pasti sukar untuk diperoleh lebih-lebih lagi pada usia semuda ini.

Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan MILO dan FAM untuk merancakkan lagi pembangunan ekosistem bola sepak akar umbi yang memberi fokus utama terhadap menyediakan program memanfaatkan pemain muda.

Mengulas mengenai penganjuran program ini, Pengurus Pemasaran MILO Malaysia, Kerwin Lim berkata โ€œMILO sentiasa percaya dan yakin bahawa sukan berperanan sebagai guru terbaik yang boleh memupuk kesungguhan serta membentuk keperibadian individu untuk berjaya dalam apa jua bidang sukan yang diceburi.

MILO yang sinonim dengan penganjuran pertandingan sukan di peringkat bawah umur tetap komited untuk memantapkan lagi pembangunan sukan di peringkat akar umbi dan mengalu-alukan penglibatan FAM.

โ€œKerjasama yang sekian lama dijalin bersama FAM akan meneruskan usaha kami menyediakan pentas kompetitif dan platform terbaik kepada pemain muda untuk bersinar di samping bekerjasama melahirkan lebih ramai lagi perintis masa depan bola sepak negara,โ€ ujar Kerwin.

Turut hadir ialah Ketua Unit Pembangunan Akar Umbi FAM, Cameron Ng yang nyata kagum dengan kemahiran dan teknik yang dimiliki oleh para pemain ketika menjalani kem latihan sepanjang program berlangsung.

โ€œMereka yang terlibat dalam program MILO X FAM Ultimate Experience nampaknya memiliki kemahiran yang tinggi dan saya percaya mereka (pemain muda) berada di landasan yang tepat setara dengan usaha kita membangunkan ekosistem yang terbaik untuk mereka bersaing secara kompetitif.โ€

Beliau yang juga merupakan Ketua Jurulatih Malayan Tigress B-20 tahun turut menzahirkan penghargaan kepada MILO Malaysia di atas komitmen mereka untuk bersama-sama membangunkan ekosistem akar umbi bola sepak di Malaysia, sekali gus menyokong kerjasama yang erat antara MILO Malaysia dan FAM.

โ€œSudah pasti kami di barisan kejurulatihan menyambut baik program dan inisiatif yang dilaksanakan oleh MILO Malaysia dalam memberikan peluang kepada para pemain untuk menyerlahkan bakat dan potensi mereka.โ€

Sementara itu, Ryan Khaliq (9 tahun), daripada Akademi Kelab Velocity yang beraksi cemerlang di Saingan Liga Juara-Juara Remaja MILO kategori (B-10) begitu teruja dengan pengalaman yang sukar dilupakan.

Katanya, "Saya gembira dapat berpeluang merasai pengalaman berlatih di sini, tempat pasukan kebangsaan berlatih dan ini akan meningkatkan lagi motivasi serta semangat saya untuk mewakili pasukan kebangsaan, satu hari nanti."

Kerjasama antara MILO dan FAM dalam tempoh beberapa tahun ini menumpukan fokus utama untuk melahirkan lebih 100,00 pemain muda dan 5000 jurulatih bagi diserapkan ke dalam ekosistem pembangunan akar umbi FAM. MILO Malaysia juga akan terus menyajikan pentas kompetitif seperti Saingan Liga Juara-Juara Remaja MILO, Karnival Futsal MILO Hidup Bola yang telah melahirkan beberapa pemain bola sepak kebangsaan seperti Nik Akif Syahiran Nik Mat, Azri Ghani, Shivan Pillay serta Arif Aiman Hanapi yang baru-baru ini dinobatkan Pemain Paling Bernilai pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan (ABK), tahun lalu.

Photos from Arena Juara's post 09/03/2023

๐ž๐‘๐š๐œ๐ข๐ง๐  ๐†๐ ๐๐š๐ง ๐‘๐จ๐ฒ๐š๐ฅ ๐’๐ž๐ฅ๐š๐ง๐ ๐จ๐ซ ๐ญ๐ž๐ค๐š๐ ๐ฆ๐ž๐ง๐ ๐ก๐š๐ง๐ ๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐š๐ง ๐ฌ๐ฎ๐ค๐š๐ง ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฆ๐จ๐ญ๐จ๐ซ๐š๐ง ๐ฌ๐ข๐ฆ๐ฎ๐ฅ๐š๐ฌ๐ข

๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐‹๐”๐Œ๐๐”๐‘ (๐Ÿ— ๐Œ๐€๐‚): Royal Selangor dan Axle Sports memperbaharui kerjasama dengan eRacing GP dan akan memperkenalkan empat litar terkenal di Malaysia kepada pelumba muda sukan simulator daripada pelbagai negara pada edisi musim pertama.

Perlumbaan Global Edition 11: Malaysian Playground telah membuka tirai dengan menyaksikan lebih 90 pelumba simulator dari Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Hong Kong, Brunei, Australia, United Kingdom dan Filipina yang berlangsung pada 24 Februari yang lalu di Litar Antarabangsa Sepang.

Antara litar ikonik ialah para pelumba akan beraksi di litar Shah Alam atau lebih dikenali dengan litar Batu Tiga Shah Alam yang pasti akan menggamit memori pencinta sukan permotoran di pusingan kedua. Sebuah litar sepanjang 3.5 km ini pernah menjadi tumpuan orang ramai serta menjadi tuan rumah pelbagai acara permotoran seperti perlumbaan motorsikal berkuasa tinggi termasuk kereta lumba lagenda Kump**an C pada tahun 1980-an.

โ€œKita ingin memperkenalkan pelumba muda dari pelbagai negara tentang sejarah sukan permotoran yang dahulunya menjadi suatu kebanggaan untuk kita. Dengan harapan supaya pelumba generasi muda ini menghargai peristiwa-peristiwa bersejarah dalam sukan permotoran di Malaysiaโ€, ujar bekas pemandu Formula 1 Malaysia Alex Yoong, yang juga merupakan pengasas Axle Sports, Alex Yoong.

Baki pusingan perlumbaan akan diumumkan sebelum bermulanya dua pusingan akhir kerana ingin mengekalkan elemen kejutan seperti Edisi Global sebelum ini. Perlumbaan Axle Sports memberikan petunjuk bahawa pusingan seterusnya akan membawa semula sebuah litar yang menjadi tumpuan 80 tahun yang lalu pada kejohanan pertama GP di Malaysia.

โ€œKami sangat berbangga menjadi sebahagian daripada inisiatif dalam mendidik, mendorong serta memyediakan platform terbaik kepada pelumba sukan simulator generasi muda. Semoga berjaya kami ucapkan kepada merekaโ€, ujar Pengarah Urusan Royal Selangor, Yong Yoon Li.

Global Edition 11: Malaysian Playground menyaksikan perlumbaan simulator berubah dari Perlumbaan RaceRoom Experience kepada platform perlumbaan Assetto Corsa Competizione. Pusingan kedua dan ketiga akan berlangsung pada 10 dan 24 Mac dengan aksi final dijadualkan pada 7 April. Pelumba di Kelas Emas dan Perak akan bersaing di dalam Jordan 191 dan Kelas Gangsa dan Tembaga akan beraksi di dalam Taatus FA010.

Royal Selangor juga bekerjasama dengan Axle Sports di dalam Endurance Edition yang menyajikan saingan perlumbaan di dalam litar terkemuka dunia pada 1 April yang menyaksikan cabaran 4 hingga ke 8 jam perlumbaan.

Pemenang bagi setiap kategori akan menerima sebuah trofi yang direka khas oleh Royal Selangor. Ini adalah tahun keempat kerjasama di antara Royal Selangor dan Axle Sports.

Untuk maklumat lanjut, sila layari mengenai eRacing GP, anda boleh melayari laman sesawang mereka di www.eracing-gp.com atau laman rasmi sosial media.

Photos from Arena Juara's post 06/03/2023

๐Š๐Ž๐๐“๐ˆ๐๐‰๐„๐ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐‰๐”๐€๐‘๐€ ๐Š๐„๐’๐„๐‹๐”๐‘๐”๐‡๐€๐ ๐Š๐„๐‰๐”๐€๐‘๐€๐€๐ ๐’๐ˆ๐‹๐€๐“ ๐๐‘๐„๐Œ๐ˆ๐„๐‘ ๐€๐๐“๐€๐‘๐€๐๐€๐๐†๐’๐€ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ‘

๐˜š๐˜ฌ๐˜ถ๐˜ข๐˜ฅ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฏ๐˜จ๐˜ด๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ฐ๐˜ฎ๐˜ช๐˜ฏ๐˜ข๐˜ด๐˜ช ๐˜ฑ๐˜ถ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ถ๐˜ต๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฑ๐˜ช๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ต ๐˜ฆ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ด

KUCHING (5 MAC): Skuad kebangsaan muncul juara keseluruhan kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak (SPISC) 2023 selepas menutup saingan dengan pungutan 11 pingat emas 2 perak dan 2 gangsa di Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching, Sarawak.

Sarawak selaku tuan rumah p**a muncul naib juara selepas menamatkan kempen selama enam hari itu dengan pencapaian 9 emas, 9 perak dan 9 pingat gangsa. Singapura p**a dikedudukan ketiga dengan pencapaian 8 emas, 10 perak dan 5 pingat gangsa.

Dengan kejayaan tersebut skuad negara berjaya membawa p**ang hadiah wang tunai untuk juara keseluruhan berjumlah USD20,000 manakala Sarawak menerima USD4,000 dan Singapura p**a menerima USD2,000. Penguasaan barisan pesilat negara dalam acara final bagi kategori senior itu memang luar biasa.

Sembilan wakilnya yang beraksi di final bagi kategori masing-masing ternyata tidak menghampakan dan cabaran yang mereka harungi berakhir dengan kilauan emas.

Misi memburu emas skuad negara itu bermula dengan kemenangan yang dilakar oleh Afiq Aniq Fazly yang tampil tangkas untuk menumbangkan lawannya dari Singapura, Muhd Syahiran Jeffry dalam kategori Putra G senior.

Pada perlawanan akhir itu, Afiq Aniq yang dibimbing bekas juara dunia, Siti Rahmah Nasir menang dengan keputusan 25-15, sekali gus menghadiah emas pertama buat kontinjen negara. Afiq merupakan pemenang pingat gangsa pada kejuaraan Pencak Silat Antarabangsa Terbuka Sultan pada 2020 di Tashkent, Uzbekistan.

Saingan bagi kategori Putri B senior yang menyusul selepas itu berlangsung sengit dan atlet negara, Norsyakirah Muksin dipaksa mengerah tenaga oleh pencabarnya, Syaza Insyirah Roslan dari Singapura.

Kedua-dua pesilat sering berbalas serangan, namun Norsyakirah berjaya mengawal situasi, sekali gus menyaksikannya meraih kemenangan dengan keputusan 19-13 untuk emas kedua negara.

Selepas itu, Mohamad Hazim Amzad p**a menjelmakan kilauan emas buat skuad negara menerusi kemenangannya dalam perlawanan akhir kategori Putra C senior. Hazim menewaskan pesilat Singapura, Aniqโ€™ Asri Mohd Yazid dengan keputusan 25-15.

Rentak cemerlang pesilat berterusan dan kali ini giliran Muhammad Izzul Irfan Marzuki mencatat nama selaku penyumbang emas. Dia menang dengan keputusan 30-28 ke atas pesilat tuan rumah, Mohd Ashraf Amirul Razaman dalam kategori Putra D senior.

Tiga lagi pingat emas yang berjaya dikutip skuad negara adalah menerusi kemenangan Siti Shazwana Ajak (Putri D senior); Nor Farah Mazlan (Putri A senior) dan juga Mohd Abdul Latif Mazakir dalam kategori Putra H senior.

Dua lagi wakilnya yang beraksi di final, Muhammad Robial Sobri sekadar berpuas hati dengan pencapaian pingat perak dalam kategori Putra I senior. Robial tewas 0-15 kepada juara dunia dari Singapura, Sheik Ferdous Sheikh Alauโ€™ddin.

Muhd Amizul Azmi Mohammad Ridzuan p**a dikejutkan dengan kekalahan oleh pesilat Terengganu, Mohd Afifi Nazri dalam kategori Putra A senior.

Menurut jurulatih skuad negara, Siti Rahmah Nasir, pencapaian para pesilat pada SPISC ini menepati apa yang telah mereka sasarkan.

โ€œMereka telah mempamerkan kesungguhan dan SPISC ini merupakan medan terbaik buat kami melakukan persediaan menjelang Sukan SEA Kemboja pada Mei nanti.

โ€œKesemua pesilat yang beraksi pada SPISC merupakan kontinjen yang akan mewakili negara di Sukan SEA nanti dan secara keseluruhannya, mereka sudah siap baik dagi segi mental dan fizikal,โ€ jelas Siti Rahmah yang juga bekas juara dunia.

Sarawak p**a yang mempunyai empat wakil beraksi di final bagi kategori senior ini menyaksikan mereka membawa p**ang dua emas pingat emas untuk menjadikan jumlah keseluruhan 9 emas selepas kejayaan meraih 5 emas dalam kategori junior dan dua menerusi acara seni.

Dua emas yang mereka peroleh malam ini disumbangkan oleh Zulaika Razaman yang menang tanpa bertanding dalam kategori Putri C selepas lawannya, Nur Adilah Mohamad Zamri dari Negeri Sembilan menarik diri.

Muhd Azrie Muhammad Azuan Tiong p**a meraih emas dalam kategori Putra Terbuka 1 selepas menundukkan lawannya Muhammad Rohaizad Shah Mohd Rosul (ATM) 33-15.

Harapan tuan rumah dalam acara Putri E senior menemui kehampaan apabila wakilnya Raveena Jeno gagal menghadiahkan emas selepas tewas kepada pesilat Singapura, Siti Khadijah Mohd. Shahrem.

Tujuh pesilat junior Sarawak layak ke final dalam kategori masing-masing pada sebelah pagi tadi dan lima daripada mereka berjaya menghadiahkan pingat emas buat kontinjen mereka.

Pemburuan emas Srikandi Bumi Kenyalang bermula dengan kejayaan Nor Azeman Pieโ€™e yang mencatat kemenangan 26-13 ke atas lawannya, Muhammad Iman Zhafran Abdul Hamid (Negeri Sembilan) dalam kategori Putra B junior.

Prettia Omeera Abdul Rahman yang turun membuat perhitungan dalam acara final kategori Putri F junior berdepan cabaran dari atlet Perlis, Amna Wong Daniel Wong dan kedua-duanya tampil dengan aksi yang seimbang. Namun, nasib menyebelahi Prettia yang menang tipis 56-54 ke atas jaguh dari Perlis itu.

Kecemerlangan Prettia diteruskan oleh Josh Chua yang menang bergaya dengan keputusan TKO 54-47 ke atas wakil Indonesia, Dapa Riki Ananda, sekali gus menghadiahkan emas tiga Sarawak. Rentetan pungutan pingat emas diteruskan menerusi Sharifah Nurhalimatun Wan Mohamad yang menang mudah ke atas pesilat Brunei Darussalam, Dyg Muna Awg Munir dalam kategori Putri G senior. Sharifah Nurhalimatun menang dengan keputusan 42-12.

Final bagi kategori Putri B junior p**a menyaksikan pesilat Sarawak menamatkan pertarungan tersebut dengan kemenangan pingat emas dan perak. Dua wakil Sarawak beraksi di final yang berkesudahan Nurul Maisyarah menjulang emas selepas menewaskan rakan sepasukannya, Nur Hazeerah Syafiqah Suffian dengan keputusan 40-26.

Kejayaan yang dicapai oleh barisan pesilat remaja Sarawak itu membuktikan bahawa mereka kini mempunyai atlet pelapis yang berwibawa dan ia menjanjikan masa depan yang sangat cerah buat sukan silat di negeri berkenaan.

Edisi sulung kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 yang bermula sejak 27 Februari lalu ditutup secara rasminya oleh Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Usahawan), YB Dr Ripin Lamat yang turut dihadiri Timbalan Presiden Rumpun Silat Sarawak, Datoโ€™ Haji Mohd Yusnar Haji Matalie. Kejuaraan yang menghimpunkan lebih 500 pesilat dari seluruh negara termasuk Amerika Syarikat, Uzbekistan, Kyrgrystan, Belanda, Filipina, Indonesia, Thailand dan juga Singapura.

Photos from Arena Juara's post 02/03/2023

๐’๐‘๐ˆ๐Š๐€๐๐ƒ๐ˆ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š ๐’๐„๐Œ๐€๐Š๐ˆ๐ ๐†๐€๐†๐€๐‡, ๐๐„๐’๐ˆ๐‹๐€๐“ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ ๐Œ๐”๐‹๐€ ๐Œ๐„๐๐†๐Ž๐‘๐€๐Š ๐‹๐€๐๐†๐Š๐€๐‡

KUCHING (2 MAC): Kehebatan srikandi tuan rumah semakin terserlah pada kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak (SPISC) 2023 yang memasuki hari ketiga di Stadium Perpaduan Petra Jaya hari ini.

Pada sesi pagi tadi, tiga atlet Sarawak berjaya mengesahkan tempat ke separuh akhir menerusi kejayaan Azizy Arbi dalam kategori Solo Kreatif Putra senior, Zureen Zulyka Zaidel (Tunggal Baku Putri senior) dan juga menerusi Nur Inatha Khairuniyah Wira yang beraksi dalam kategori Solo Kreatif Putri.

Azizy menewaskan rakan sepasukannya, Mohammad Shamiezal Shapian di suku akhir dengan meraih 9.840 mata. Walaupun berdepan dengan rakan sepasukannya, Azizy tetap mempamerkan persembahan yang mengagumkan untuk mara ke pusingan separuh akhir.

Rentak kemenangan kem silat Sarawak diteruskan menerusi Zureen Zulyka Zaidel dalam kategori Tunggal Baku Putri senior. Zureen menghampakan pencabarnya, Hananzohira Harif dari Angkatan Tentera Malaysia dengan pungutan mata 9.9 berbalas 9.39 sekali gus sekali gus menempatkan diri ke pusingan separuh akhir.

โ€œDengan persediaan yang rapi, saya memasang impian untuk beraksi di peringkat akhir namun saya tetap gembira dengan persembahan yang telah saya tunjukkan pada pagi ini,โ€

Turut menceriakan kem silat Sarawak di Arena 2, pesilat Sarawak, Nur Inatha Kharuniyah juga berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir selepas menundukkan Nur Sofea Nadillah dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pesilat negara, Muhammad Khairul Shaddad Ardi menepati ramalan apabila mengesahkan tempatnya ke separuh akhir acara Tunggal Baku Putra senior.

Begitupun, Khairul yang pernah meraih pingat gangsa acara seni ketika Sarawak menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) pada 2016 lalu, tetap diberi tentangan sengit oleh lawannya dari Brunei Darussalam, Muhammad Ali Saifullah Muhad Suhaimi yang turut memperagakan gerakan-gerakan yang kemas dan tangkas.

Dalam pertarungan tersebut, pesilat negara asal Johor itu menang tipis selepas meraih 9.950 mata manakala lawannya mengumpul 9.9920 mata dan kedua-duanya menepati tempoh persembahan yang ditetapkan.

Saiful tidak keseorangan melangkah ke pusingan separuh akhir kerana dia akan ditemani tiga lagi rakan sepasukannya yang turut melepasi halangan pada saingan peringkat suku akhir pagi tadi.

Nur Syafiqah Hamzah yang menggalas cabaran skuad kebangsaan dalam kategori Tunggal Baku Putri senior menghampakan pencabarnya, Mary Francine C. Padios dari Filipina.

Tampil dengan gaya persembahan yang mengagumkan, Nur Syafiqah berjaya meraih 9.440 mata manakala lawannya sekadar mengumpul 9.905 mata.

Nur Syafiqah yang muncul pesilat pertama negara meraih pingat emas pada kejohanan Pencak Silat Asia Tenggara di Singapura tahun lalu, sudah pastinya memegang reputasi selaku atlet pilihan untuk menggengam emas acara ini pada SPISC 2023.
Turut meneruskan kemaraan adalah pasangan adik-beradik Muhammad Danial Azray Noorazizan dan Muhammad Danial Azroy Noorazizan dalam kategori Ganda Putra senior.

Pasangan tersebut yang tampil kemas serta mempamerkan keseragaman dalam setiap Gerakan yang mereka lakukan berjaya meraih 9.925 mata dan ia sudah cukup untuk mengecewakan harapan gandingan dari Brunei Darussalam iaitu Juzaili Abdullah dan Mohd Arif Ismail yang sekadar mengutip 9.9885 mata.

Turut mencuri tumpuan pada saingan sesi pagi hari ini adalah persembahan daripada regu Perlis yang diwakili Maisarah Zainal, Nurul Huda Usaini dan Siti Nuraida Rohanizi dalam kategori Regu Putri senior.

Mereka tampil dengan gaya persembahan yang sangat memukau dan setiap langkah bergerak kemas dengan tahap keseragaman yang tinggi dan aksi luar bias aitu berjaya memikat hati para juri, sekali gus membolehkan mereka mengumpul 9.920 mata bagi menghampakan trio ATM yang diwakili Hananzohira Harif, Melissa Madiah dan Siti Zubaidah Abdullah.

Selepas tiga hari kejuaraan ini berlangsung, para pesilat semakin mempamerkan gaya persembahan yang berkualiti dan ini menjanjikan masa depan yang cemerlang buat sukan silat di negara ini.

Edisi sulung kejuaraan ini akan berlangsung dari 27 Februari sehingga 5 Mac di Stadium Perpaduan Petra Jaya, Kuching, yang menjanjikan hadiah lumayan sebanyak USD20,000 serta tali pinggang kejuaraan yang pertama kali diperkenalkan untuk edisi kali ini. Orang ramai dijemput hadir beramai-ramai ubagi memberikan sorakan padu kepada pesilat kita, masuk adalah percuma.

Photos from Arena Juara's post 01/03/2023

๐๐„๐’๐ˆ๐‹๐€๐“ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š ๐Œ๐”๐‹๐€ ๐๐€๐Œ๐„๐‘ ๐Š๐„๐๐€๐๐†๐Š๐ˆ๐“๐€๐

๐˜’๐˜ฆ๐˜ฎ ๐˜ด๐˜ช๐˜ญ๐˜ข๐˜ต ๐˜š๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ธ๐˜ข๐˜ฌ ๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ๐˜ง๐˜ข๐˜ข๐˜ต๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ญ๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ช๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ด๐˜ช ๐˜ฅ๐˜ช ๐˜ญ๐˜ข๐˜ฎ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ด๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ฅ๐˜ช๐˜ณ๐˜ช

KUCHING (1 MAC): Sarawak mula menunjukkan kebangkitan selepas beberapa pesilatnya meraih kemenangan pada saingan hari kedua kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 di Stadium Perpaduan Petra Jaya, hari ini.

Josh Chua, Shahamierul Shelby Mohamad Maiden dan Suhaiqal Suhardie adalah antara wira kontinjen Bumi Kenyalang itu yang telah melepasi halangan pada saingan suku akhir dalam kategori masing-masing.

Josh Chua yang turun membawa cabaran Sarawak dalam kategori Putra C junior, tampil tangkas menguasai pertarungan dengan mempelbagaikan gaya serangan mengelirukan lawannya dari Pahang, Mohamad Mirza Danish Abdullah.

Turun beraksi di hadapan penyokong sendiri turut memainkan peranan untuk meningkatkan keyakinan dirinya, sekali gus merealisasikan impiannya melepasi halangan di peringkat suku akhir. Josh Chua menang mudah pertarungan tersebut apabila menewaskan lawannya dengan pungutan mata 72-18.

Seorang lagi rakan sepasukannya, Shahameirul Shelby yang beraksi dalam kategori Tunggal Putra turut mencatat nama sebagai pemenang meskipun mencatat jumlah markah yang sama iaitu 9.9 mata dengan lawannya, Mohd Hearri Chieng Mohd Firdaus Cheng yang mewakili skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Turut menceriakan kem tuan rumah hari ini adalah Suhaiqal Suhardie yang menggalas cabaran dalam kategori Tunggal Baku Putra. Acara tersebut yang terus memasuki peringkat suku akhir hari ini menyaksikan Suhaiqal meraih 9.885 mata berbanding lawannya, Dapa Riki Ananda dari Indonesia yang menamatkan pertarungan tersebut dengan mengumpul 9.850 mata.

Ia kemenangan yang sangat bermakna buat pesilat Sarawak itu kerana dia berjaya mengatasi ancaman daripada lawannya yang lebih berpengalaman itu.

Selain kebangkitan yang dipamerkan oleh pesilat Sarawak, turut mencuri tumpuan hari ini adalah rentak yang diperagakan oleh jaguh dari Amerika Syarikat, Omar Daken.

Menariknya, pesilat ini beraksi dalam dua acara peringkat suku akhir iaitu kategori Tunggal Putra Baku dan kategori Putra C junior.

Dia hanya memiliki masa rehat yang agak singkat untuk meneruskan acara kedua yang yang disertainya dan akibatnya, dia tewas dalam kedua-dua acara kegemarannya.

Dalam pertarungan kategori Tunggal Putra Baku, Omar Daken tunduk kepada pesilat Singapura, Raif Muhd Syariz Muhd Rizal manakala dalam kategori Putra C junior, impiannya dileburkan oleh jaguh Indonesia, Dapa Riki Ananda.

Ketika pertarungan menjadi semakin sengit di semua gelanggang, cerita menarik berlaku di gelanggang Arena 2. Gara-gara gagal mengawal emosi terhadap keputusan para juri, pesilat Singapura, Abdul Raaif Abdul Rashid menerima padah meskipun dia dilihat sebagai pilihan untuk menang pertarungan bagi kategori Putra C junior.

Lawannya, Asadov Ismoil dari Uzbekistan dihadiahkan kemenangan walaupun sepanjang pertarungan tersebut Asadov dilihat lebih banyak bertahan daripada menyerang lawannya.

Pesilat Terengganu turut tampil cemerlang pada saingan hari kedua hari ini yang menyaksikan Mohd Rafiqi Nazri berjaya melangkah ke separuh akhir selepas mengatasi cabaran pesilat Uzbekistan, Azizjonov Abduquddus dalam kategori Putra D junior.

Rafiqi menang pertarungan tersebut selepas memungut 22 mata berbanding Azizjonov yang sekadar menamatkan saingan tersebut dengan mengumpul 6 mata.

Pesilat Brunei Darussalam, Muhammad Ali Saifullah Muhd Suhaimi sangat bernasib baik hari ini selepas melepasi halangan pertama dalam kategori Putra Tunggal Baku apabila menang tipis dengan kelebihan satu mata ke atas Muhammad Ridhwan Ahmad Jani.

Pesilat Melaka, Muhammad Amirul Hakim Jaafar mudah melepasi halangan di peringkat suku akhir kategori Putra C junior selepas mencatatkan kemenangan 55-30 ke atas lawannya dari Terengganu, Muhd Faris Iqbal Zamzuri.

Selepas dua hari bertarung, perjalanan kejuaraan ini terus berjalan lancar dan para pesilat p**a semakin meningkatkan momentum persembahan masing-masing dalam misi untuk memburu kejayaan buat kontinjen mereka.

Corak persembahan yang dipamerkan semua atlet yang bertanding juga semakin menunjukkan peningkatan dan ini bakal membawa aura positif buat sukan silat di rantau ini.

Kejuaraan ini yang pertama seumpamanya dihoskan oleh Sarawak berjaya menarik penyertaan lebih 500 pesilat termasuk dari Amerika Syarikat, Thailand, Filipina, Singapura, Kygryzstan dan juga Uzbekistan.

Photos from Arena Juara's post 01/03/2023

๐Š๐„๐‰๐”๐€๐‘๐€๐€๐ ๐’๐ˆ๐‹๐€๐“ ๐๐‘๐„๐Œ๐ˆ๐„๐‘ ๐€๐๐“๐€๐‘๐€๐๐€๐๐†๐’๐€ ๐’๐€๐‘๐€๐–๐€๐Š ๐๐”๐Š๐€ ๐†๐„๐‹๐€๐๐†๐†๐€๐๐†

21 ๐˜ฌ๐˜ฐ๐˜ฏ๐˜ต๐˜ช๐˜ฏ๐˜ซ๐˜ฆ๐˜ฏ ๐˜ฎ๐˜ฆ๐˜ณ๐˜ฆ๐˜ฃ๐˜ถ๐˜ต ๐˜ฉ๐˜ข๐˜ฅ๐˜ช๐˜ข๐˜ฉ ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ข๐˜บ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜ฌ๐˜ฆ๐˜ซ๐˜ถ๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ข๐˜ฏ

Para pesilat yang mewarnai kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 yang membuka gelanggang di Stadium Perpaduan di Petra Jaya hari ini masih belum memperlihatkan taring mereka yang sebenarnya.

Sebahagian besar memilih untuk tampil dengan aksi yang berhati-hati dan selamat bagi memastikan perjuangan mereka tidak terhenti di peringkat kelayakan.

Pada saingan sesi pagi, gelanggang dibuka dengan perlawanan pembukaan bagi kategori Putra E senior membabitkan pesilat dari Singapura, Raja Zulfadli Raja Mahmood yang menentang pesilat Thailand, Pornteb Pholkaew.

Seperti dijangka, Pornteb yang mengintai peluang untuk beraksi di Sukan SEA Kemboja pada Mei nanti, meraih kemenangan mudah 41-35 ke atas lawannya itu.

Begitupun, Pornteb mengakui ia bukan perlawanan mudah kerana Raja Zulfadli tampil dengan permulaan yang agresif menerusi serangan-serangan yang sukar dijangka.

โ€œSaya cuba menenangkan situasi dan terus fokus untuk menguasai pertarungan,โ€ jelas Pornteb yang enggan meramalkan peluangnya dalam perlawanan berikutnya.

Turut beraksi pada hari pembukaan hari ini adalah pesilat tuan rumah, Muhd Nur Hasri Maxzakir yang turun menentang Muhammad Amirul Iman Zamzulailey dari Melaka, juga dalam kategori Putra E senior.

Malangnya, anak kepada bekas pesilat kebangsaan itu tewas 18-50 kepada Nur Hasri, sekali gus menamatkan perjuangannya dalam kejuaraan yang berstatus lima bintang ini.

Lima lagi aksi bagi kategori Putra E senior yang berlangsung pada sebelah pagi hari ini adalah Muhamad Iskandar Lubis Mahmudin dari Selangor yang mencatat kemenangan 27-16 ke atas pesilat Perlis, Muhamad Aidil Aiman Mohd Zamri manakala pesilat Brunei Darussalam, Muhammad Amirul Aizat Mohammad Faisal p**a memusnahkan impian jaguh dari Terengganu, Muhammad Afiq Mohd Zuki 40-35.

Wakil Filipina, Ian Christopher C. Calo p**a mendapati lawannya Muhammad Luqman Arrif Mohd Rozi (ATM) terlalu unggul untuk ditewaskan meskipun dia cuba tampil agresif sebaik pertarungan dimulakan.

Ternyata, nasib tidak menyebelahi Christopher yang tewas 7-23 kepada Luqman Arrif yang dilihat lebih tenang dan yakin mengharungi pertarungan tersebut.

Selepas itu, giliran atlet Malaysia, Muhammad Raden Sabry Mohd Insan p**a mencatat nama selaku pemenang apabila melakar kemenangan mudah 20-9 ke atas wakil Polis Diraja Malaysia, Zainal Rasid.

Pesilat Sabah, Awangku Tarmizal Awg Tamin p**a menghampakan pesilat Kyrgyzstan, Darkhan Turgumbekov.

Rakan sepasukan Awangku Tarmizal, Muhamad Helmi turut berada di sudut pemenang selepas menewaskan pencabarnya, Muhammad Syabiel Tajul Mulok (Pahang) 5-19.

Bagi kategori Putra D senior p**a, atlet Singapura, Alyff Raihan Mohamed menepati ramalan selepas meraih kemenangan 31-19 ke atas Zulkarnain Zubir dari Perlis.

Turut menarik perhatian pada aksi pembuka tirai kategori Putra D senior hari ini adalah persembahan yang dipamerkan oleh pesilat Amerika Syarikat, Ammar Aftab yang turun menenentang pesilat tuan rumah, Mohd Naseem Razali (Sarawak).

Meskipun Ammar Aftab tewas 19-49 tetapi rentak yang diperagakannya agak memukau penonton kerana asas-asas dalam dunia persilatan mampu ditonjolkannya dengan baik.

Silat bukan sukan yang pop**ar di negaranya, tetapi penampilan mereka pada kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak membuktikan sukan ini mula menunjukkan perkembangan positif di pentas dunia.

Seorang lagi pesilat tuan rumah, Mohd. Ashraf Amirul Razaman turut memulakan rentak bergaya apabila menang 38-16 ke atas Muhammad Hakim Mohd Ariff dari Melaka.

Kejuaraan ini yang pertama seumpamanya dihoskan oleh Sarawak berjaya menarik penyertaan lebih 500 pesilat termasuk dari Amerika Syarikat, Thailand, Filipina, Singapura, Kygryzstan dan juga Uzbekistan.

Upacara perasmian kejuaraan berstatus lima bintang ini disempurnakan oleh Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Bin Tun Datuk Abang Haji Openg.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility?

Website