15/12/2022
- END OF SEASON -
Tamatlah sudah perjuangan bagi musim kali ini. Kita mencapai matlamat tetapi bukan luck kita untuk menjadi champion. Namun kami berjaya membawa pulang segala pengalaman. Terima kasih atas segala kudrat dan sokongan semua.
Sponsored by A.K.A RESOURCES (M) SDN BHD
15/12/2022
Antara aksi-aksi perlawanan Matchweek 11
Careerist vs Mamba pada 1 Disember 2022 yang lalu.
Sponsored by A.K.A RESOURCES (M) SDN BHD
15/12/2022
[ MATCHWEEK 11 ]
Kvleague Shah Alam Divisyen 4 Siri ke-5.
Perlawanan ke-11 dan juga perlawanan terakhir buat Careerist. Kami berjaya memperoleh 3 mata menentang Mamba FC didalam persembahan penutup ini namun harus menunggu keputusan dari pasukan-pasukan lain untuk menghabiskan baki perlawanan bagi menentukan kedudukan di carta liga.
Perjuangan dan persembahan terakhir dari semua pemain untuk liga musim ini. Well done boys 👏🏻
[FULLTIME]
Careerist 3 - 0 Mamba
Sponsored by A.K.A RESOURCES (M) SDN BHD
01/12/2022
Careerist FC mengakhiri aksi liga menentang Mamba FC bagi Matchweek 11. Misi 3 mata penuh!
Perlawanan akan berlangsung pada pukul jam 9.30 malam di Rhino Shah Alam.
Selamat berjuang CAREERIST FC 💪🏻
Sponsored by A.K.A RESOURCES (M) SDN BHD.
27/11/2022
Antara aksi-aksi perlawanan Matchweek 10
Careerist vs TFFT II pada 23 November 2022 yang lalu.
Sponsored by A.K.A RESOURCES (M) SDN BHD
27/11/2022
[ MATCHWEEK 10 ]
Kvleague Shah Alam Divisyen 4 Siri ke-5.
Perlawanan ke-10 buat Careerist. Kami berjaya membawa pulang 3 mata penuh menentang TFFT II selepas mengharungi perlawanan yang agak panas di babak-babak akhir permainan. Perlawanan agak seimbang pada awal dan pertengahan perlawanan apabila kedua-dua pasukan terikat 2 sama namun kerancakan semangat pemain-pemain Careerist membuahkan hasil dengan terhasilnya 2 lagi jaringan sekaligus mendahului perlawanan. Permainan yang tegang dihujung aksi perlawanan menghukum salah seorang pemain pihak lawan dengan layangan kad merah. Aksi yang sangat memuaskan dari setiap bahagian posisi pemain.
Perjuangan akan diteruskan bagi perlawanan yang selanjutnya 💪🏻
Careerist 4 - 2 TFFT II
[GOAL SCORER]
Zahir ⚽️
Amirul ⚽️
Mafo ⚽️
Syafiq ⚽️
[MOTM]
Mafo ⭐️
Sponsored by A.K.A RESOURCES (M) SDN BHD
23/11/2022
Careerist FC meneruskan aksi liga menentang TFFT II bagi Matchweek 10. Misi 3 mata penuh!
Perlawanan akan berlangsung pada pukul jam 11 malam di Rhino Shah Alam.
Selamat berjuang CAREERIST FC 💪🏻
Sponsored by A.K.A RESOURCES (M) SDN BHD.
21/11/2022
Antara aksi-aksi perlawanan Matchweek 9
Istanbul United vs Careerist pada 16 November 2022 yang lalu.
Sponsored by A.K.A RESOURCES (M) SDN BHD
21/11/2022
[ MATCHWEEK 9 ]
Kvleague Shah Alam Divisyen 4 Siri ke-5.
Perlawanan ke-9 buat Careerist. Kekalahan yang kedua pada musim ini dan kekalahan kedua berjumpa Istanbul United. Jaringan awal pihak lawan menerusi sepakan percuma menghukum Careerist dan menjadi impak besar rentak permainan sekaligus menekan para pemain untuk menghasilkan jaringan. Walaupun sudah berjaya menyamakan jaringan tetapi IUFC berjaya mendahului sekali lagi sehinggalah perlawanan diberhentikan pada awal separuh masa ketiga akibat ‘blackout’ dan hujan lebat. Baki perlawanan tidak dapat diteruskan dan tidak disambung mengikut peraturan liga. Careerist harus akur dengan kekalahan ini dan pasukan harus mengaku kesilapan masing-masing. Kita buat baru untuk next game!
Perjuangan akan diteruskan bagi perlawanan yang selanjutnya 💪🏻
Istanbul United 2 - 1 Careerist
Sponsored by A.K.A RESOURCES (M) SDN BHD
16/11/2022
Careerist FC meneruskan aksi liga menentang Istanbul United FC bagi Matchweek 9. Misi 3 mata penuh!
Perlawanan akan berlangsung pada pukul jam 9.30 malam di Rhino Shah Alam.
Selamat berjuang CAREERIST FC 💪🏻
Sponsored by A.K.A RESOURCES (M) SDN BHD.
13/11/2022
Antara aksi-aksi perlawanan Matchweek 8
De One vs Careerist pada 9 November 2022 yang lalu.
Sponsored by A.K.A RESOURCES (M) SDN BHD