Ada Lesen, Takut Memandu, Kami Bantu

Ada Lesen, Takut Memandu, Kami Bantu

Share

Sudah mempunyai Lesen Memandu sejak sekian lama, tetapi masih lagi takut untuk memandu sendiri, kami

27/09/2025


11/01/2024

'Baik bang, sekarang kita akan belok ke kiri, bagi signal kiri ya'

Aku bagi arahan semasa sesi Latihan Memandu Semula - ada Lesen memandu.

'Baik'

Jawab student saya.

'Tolak ke atas kan?'

Dia tanya lagi.

Saya kata.

'Ya'





Semasa sesi Latihan memandu semula, saya s**a bila student tidak menghafal apa yang saya kongsikan semasa kelas teori pada sesi yang pertama.

'Kelas teori?'

Kena masuk kelas ke?

Mungkin ada yang tergerak nak bertanya soalan ni.

Kelas teori ni, maksudnya bukan kena masuk kelas, tapi, saya akan bagi penerangan semuanya semula dari asas.

Kita fahami dulu setiap perkara yang ada depan mata kita, tapi di dalam kereta. Kita kenali dulu setiap bahagian yang kita nampak setelah naik duduk di kerusi pemandu.

Kita kena faham dulu bagaimana, kereta ini akan bergerak hasil dari pengendalian kita dari tempat duduk pemandu. Apa yang mula mula sekali kena buat. Apa yang perlu kita lihat setelah kereta mula bergerak.

Kaki kita perlu ke kita jeling semasa nak kenal pasti mana satu minyak dan mana satu brek. Bagaimana kedudukan kaki semasa nak menekan pedal minyak dan pedal brek.

Semasa masukkan gear, mata kena tengok mana. Macam mana nak turunkan brek tangan. Pusingan stereng perlu buat apa.
Kedudukan tangan bagaimana semasa pusingan stereng itu berlaku.

Dan banyak lagi....

Semua kita akan bagi faham dahulu.
Sebelum kita bagi terus memandu.

Korang yang dah ada lesen memandu tapi masih belum memandu?

Boleh terus wasap saya di 012-695 1284

Cikgu Salim
Cikgu Memandu bagi yg sudah ada Lesen












🚗










08/01/2024

Bila dah boleh memandu, banyak perkara yang kita dapat selesaikan. Sebelum ke urusan yang bukan urusan kita, perkara berkaitan kita itu sendiri dapat kita selesaikan.

Pandu sendiri ke kedai makan yang dihajati. Terus gerak ke pasar raya beli barang dapur. Tak perlu pakat tunggu orang andai kita mahu 'healing' di mana mana lokasi yang boleh 'ootd'. Dan macam macam lagi yang bukan situasi mendesak.

Bila dah boleh memandu, situasi mendesak pun, kita mampu urus sendiri asal ada kunci kereta, kereta depan mata dan minyaknya ada.

Kalau kereta ada, tapi kunci pada suami yang terpaksa bawa sekali semasa ke Pejabat pagi tadi asbab balik kerja nanti nak panaskan enjin, memang tak dapat lah nak teruskan hajat memandu.

Kalau kira perasan, masa cuti memang pakat sesak jalan di sana sini. Hujung minggu Sabtu Ahad pun ada yang sempat memandu ke utara selatan balik kampung halaman. Kita yang baru mula memandu pun, boleh turut serta bertukar tukar memandu bersama suami bila memandu balik kampung ni.

Bila dah boleh memandu, PASTI ada manfaat.

Jangan rasa, belajar balik nanti tak sempat memandu, tak guna juga.

Pastikan bagi sempat. Kalau dah mula, teruskan walaupun setiap kali memandu, tempohnya singkat.

Mula perlahan walau sekadar berlatih praktikkan apa yang di pelajari masa sesi Latihan Memandu Semula - ada Lesen memandu kami.

Sebab, itu lah permulaannya.

Singkat dan dekat.

Baru boleh teruskan ke laluan yang lebih jauh dan bermatlamat.

Jom, mula belajar memandu semula. Jangan di simpan lesen memandu yang ada.

Terus wasap 012-695 1284 andai mula berhajat.

Cikgu Salim












🚗










07/01/2024

'Cikgu, boleh kita belajar guna kereta saya?'

Tanya seorang student yang berminat untuk datang sesi Latihan Memandu Semula - ada Lesen memandu yang saya tawarkan ni.

Saya, siapa wasap saya di 012-695 1284, saya memang akan pasti jawab.

Cepat atau lambat je sebab kadang kita dalam jadual dengan student yang sedang mengikuti Latihan Memandu Semula saya.

'Ya, boleh.'

'Cuma, hanya kawasan tertentu sahaja saya cover sebab tak semua lokasi sesuai untuk sesi latihan memandu semula saya ni'

'Cik tinggal mana?'

Tanya saya.

'Putrajaya'

Jawab student saya ni.





Tak semua lokasi saya akan terima untuk student belajar memandu semula ni. Sebab tak semua lokasi sesuai. Kita tak boleh belajar di jalan utama dan jalan yang sibuk.

Kena ada kawasan sesuai dahulu.

Putrajaya, ada kawasan kawasan tertentu yang saya dah guna dah untuk melatih student yang tinggal di sana.

Mana lagi saya cover?

Wasap saya lah, kita sembang kasi jadi.

Cikgu Salim












🚗










05/01/2024

'Cikgu, ada buat kelas memandu semula?'

Wasap masuk menerusi 012-695 1284

'Ada cik. Siapa nama ye?'

Saya balas laju laju.

'Kak Mel (bukan nama sebenar)'

Wasap masuk lagi tanda soalan di tanya berjawab.

Ada je student yang nak belajar memandu semula ni, mula mula bersembang dah bahasakan diri macam ahli keluarga. Lagi senang sebab masa mengajar, kalau yang Perempuan saya bahasakan ' kakak'. Kalau yang lelaki, saya bahasakan 'bang'..

Tujuannya, nak memudahkan komunikasi semasa sesi belajar dengan saya.

Ok sambung.

'Akak tengah cari cikgu yang boleh ajar akak memandu semula ni'

'dapat pergi masjid kelas mengaji pun cukup dah'

Kak mel hantar lagi wasap kat saya.

Kak mel sambung,

'Akak suruh suami ajar bawak kereta'

'tapi tak boleh la nak belajar dengan dia, asyik nak marah je'

Saya tanya,

'suami akak cikgu memandu ke?'

Kak Mel jawab,

'Tak lah'

Saya sambung,

'sebab tu akak tak dapat belajar dengan dia'
😂😂😂😂





Bila lama tak memandu, memang kena belajar balik semua dari asas. Faham semua balik supaya setiap perincian ada penerangan. Cikgu memandu sahaja yang boleh terangkan secara terperinci bagi setiap perkara di dalam pemanduan.

Nak mula belajar memandu semula?

Rasa dah sampai masa kena mula memandu semula?

Wasap cikgu, okey!

Cikgu Salim












🚗










Photos from Ada Lesen, Takut Memandu, Kami Bantu's post 04/01/2024

Memandu kereta hari ini sudah menjadi satu keperluan. Bukan sepanjang masa kita boleh menggunakan pengangkutan awam. Kadang, keperluan mendesak yang datang, tak dapat di atasi dengan pergerakan menggunakan pengangkutan awam.

Nak kena tunggu teksi nya lagi.
Hala ke tren yang terdekat.
Kemudian kena tukar tren sebab urusan bukan di laluan tren yang kita naik mula mula.

Mesti ada yang akan kata,

'Tempah perkhidmatan e-hailing sahaja lah'

Tetap, bukan terus jatuh dari langit lepas kita pesan.




Macam macam yang mendatang dulu sebelum kita dapat sampai untuk selesaikan urusan mendesak kita itu.

Jadinya, kalau belum ambil lesen, segera pergi ambil selesaikan sampai dapat Lesen yang sah. Jangan ambil yang pakej terbang bagai. Duit terbang, orangnya melayang.




Kalau sudah ada Lesen, tapi masih belum boleh memandu, usahakan mencari yang boleh bantu untuk Latihan Memandu Semula. Belajar balik semua dari asas dan mula memandu secara konsisten ke kawasan kawasan berdekatan tempat tinggal. Jadikan sebagai rutin harian meskipun sekadar satu dua pusingan.

Kalau isteri ada lesen, selama ini tak memandu, encik suami carikan cikgu yang boleh bantu sebab nak mengajar sendiri, mesti rasa seram.

Kalau suami p**a yang sudah ada lesen, perbaharui tanpa gagal saban tahun, tapi masih belum konsisten memandu atas pelbagai alasan, puan isteri wasap terus mana mana cikgu yang menyediakan latihan memandu semula macam Latihan Memandu Semula - ada Lesen memandu ini.

Wasap je terus lagi laju cikgu salim reply.

Wasap ke 012-695 1284. Link nya, ada di bio.




Suami, ada lesen tapi tak boleh memandu?
Ada ke? Ye ke lelaki tak boleh memandu?

Ada, nanti kita sembang di posting berasingan.

Meh sembang.

Cikgu Salim












🚗










03/01/2024

Kita takkan tahu, bila keperluan untuk memandu tu akan datang.

Jadinya, tak salah pun, kalau kita dah mula belajar sekarang untuk memandu semula.

Lesen kita renew setiap tahun tanpa gagal, teruskan renew, tapi selitkan juga, belajar memandu semula balik, sambil sambil.

Bukan nak suruh terus drive balik kampong, tapi, sekurang kurangnya kalau ada apa apa perkara mendesak, kita boleh ja capai kunci kereta dan terus memandu.

Ayuh, jom.

Kalau korang dah merencana utk mula memandu 2024 ni, wasap saya segera di 012-695 1284 utk kita set kelas yang pertama.

Cikgu Salim












🚗










02/01/2024

'Saya dah minta suami ajar, tapi dia tak boleh ajar saya memandu dan asyik marah marah saya sahaja'

Saya pernah dapat ayat sebegini apabila berinteraksi dengan bakal calon yang ingin mengikut Latihan Memandu Semula - ada Lesen memandu yang saya buat.

Biasanya, saya tidak akan sokong, saya juga tidak akan bangkang sebab saya tak kenal pun suami beliau.

Tapi, yang saya nak sampaikan di sini adalah, bila kita minta pasangan atau orang terdekat kita untuk mengajar kita memandu yang kita pernah tahu, tapi dah hilang dari memori kita sebab terlalu lama tidak memandu, yang tukang ajar mungkin tidak tahu apa yang perlu di ajar.

Lazimnya, yang tukang ajar iaitu pasangan sendiri ke atau teman rapat ke, hanya akan mengajar atau menunjukkan cara mereka memandu dan meminta kita untuk tiru dan buat sama seperti apa yang mereka buat.

Kemampuan untuk mengajar memandu ni, mesti kena mula dari asas dan cikgu memandu sahaja yang mampu mula kan dari asas.

Kadang, asas tu lah perkara pertama perlu di fahami, sebelum boleh nak mula memandu. Bila dah faham asas, baru lah boleh nak p**as stereng, tekan pedal minyak, tekan pedal brek dan seterusnya memandu dengan bergaya termasuk menitikberatkan soal keselamatan.

Memandu kini satu keperluan.

Kalau dah ada lesen, cepat cepat belajar memandu semula kalau kalian sudah lama tidak memandu.

Kalau berminat nak ikuti Latihan Memandu Semula saya, boleh terus Whatsapp saya di 012-695 1284 .

Cikgu Salim
Cikgu Memandu 🚘












🚗










01/01/2024

Kalau azam tahun baru 2024 korang ialah nak mula memandu semula, jom wasap saya laju laju untuk Latihan Memandu Semula - ada Lesen memandu

wasap.my/60126951284/lms












🚗










01/01/2024

Kalau azam tahun baru 2024 korang ialah nak mula memandu semula, jom wasap kami laju laju

012-695 1284

24/10/2023

'Kenapa kena belajar asas dahulu Cikgu? Tak boleh ke terus bawa dan ajar saya di jalan raya?'

Pernah ada satu student tanya saya semasa sesi berwasap untuk kelas Latihan Latihan Memandu Semula - ada Lesen memandu.

'Bila last memandu?'

Saya tanya.

'Hmmmm, lebih 10 tahun dah cikgu'

Student jawab.

Saya sambung lagi perbualan menerusi wasap yang student hantar ke saya di 012-695 1284 tu.

'Kalau sesi pertama, saya terus suruh duduk di tempat driver dan kita terus bawa ke jalan raya, cik boleh?'

Soal saya.

'Eh, mana boleh :), saya takut dan tak tahu apa nak buat, mana satu nak buat dulu'

Sambung student.

'ha, jadi semasa sesi pertama, kena la belajar asas dahulu :)'

Terus student set masa dan tarikh untuk kelas pertama.



Sesi Latihan Memandu Semula saya, memang saya akan mula balik dari asas. Saya akan terangkan satu per satu proses bagaimana nak mula memandu. Saya cerita dulu. Saya tunjuk dulu. Saya demo. Kemudian, saya akan tanya andai ada soalan.

Kalau tak faham. Saya ulang.

Tak faham lagi lepas dah mula duduk di seat drive. Saya akan ulang lagi. Saya akan tunjuk video yang di rakam berkaitan bab bab tertentu yang masih belum faham supaya student akan faham dan baru boleh buat.

Faham asas. Semua yang seterusnya akan mudah faham.

Dan cepat la mereka akan mula memandu.

Kita bantu mana mampu!

Cikgu Salim












🚗










Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility?

Telephone

Website