Sunnah Memanah Recurve & Compound Bow.

Sunnah Memanah Recurve & Compound Bow.

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sunnah Memanah Recurve & Compound Bow., Outdoor & Sporting Goods Company, Sungai Petani, Kedah.

“Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

We are striving to make an archery accessible to all.Know that archery and throwing at targets (at present it is shooting) exercises,and learning archery.

19/06/2020

☺️☺️☺️

30/06/2016

senario diserang harimau.

Anda mgkin tidak akan terfikir diserang harimau..tetapi anda yakin bahawa harimau itu tidak akan serang anda ?? ada baiknya pelajari sedikit ilmu supaya tidak panik, sedikit pengalaman dan perkongsian dr ilmu orang tua-tua serta dari pemburu =)

bila jmpa harimau.. ne kedudukan dia sedia nk serang kita, kalau dia berjalan pusing kita, atau suaranya bergema sekeliling khemah atau bukit, anda perlu membuat ungun api yg besar..jika tetap dikelilingi oleh harimau walaupun telah nyalakan api.. anda ada peluang undur dan keluar dari hutan dgn selamat. Sila keluar dgn kadar segera.. jangan tunggu lagi..!!!

kalau ada terserempak dgn harimau dan harimau dah duk mcm tu.. jgn bergerak dgn kadar yg mengejut.. undur setapak demi setapak ke belakang (jangan kalih badan anda, perlu menhadap ke harimau tu), bila jauh sikit.. buat bising kuat2, ada senapang/mercun masa ne guna.. dia spatotnya tkejut dan lari ke arah lain..

TETAPI harimau tu akan berpatah balik dan mengintip anda, dia pasti nk tahu apa yg membuatkan dia terkejut.. contoh baling batu pd kucing, kucing akan terkejut dan lari, setelah jauh kucing tu akan tgok apa yg buat dia terkejut..sama sperti harimau.. jika dia tgok dan terus beredar anda selamat...tetapi kalau dia buat x tahu je still datang dekat ikut kita setapak demi setapak.. maknanya dia xmau lepaskan kita..

smada harimau tu sakit atau dia nk balas dendam, mgkin dia sakit dan x boleh cari makan, anak dia dibunuh/dicuri, atau dia nk balas dendam dgn kematian kwn2 dia.. makanya....

Bersandar di pokok..ada senapang tukar pluru buck shoot / slug dan tembak di kepala bila dia paling dekat dgn kita (jgn tersasar).
Jika tiada senapang. ada parang atau pisau.. jgn berdiri.. duduk bertingung, anda bole perhatikan sekeliling smada ada kayu pasak panjang yg boleh cucuk jantung harimau tu, kalau xda.. anda masih bernasib baik..kerana.. peluang anda hidup 50/50.

boleh baca doa nabi Sulaiman dan laungkan azan, atau baca Surah Al-Fiil dgn pegang seketul tanah atau batu dan baling kepada harimau tu..

jika tiada kesan..jgn risau anda masih berpeluang..caranya tawakal kpd allah.. hnya allah sebaik2 wakil dan tunggu harimau tu dekat.. cuba kata pada harimau tu berkali-kali jika dia dekat akn kau mati atau ditikam.. harimau jarang serang dr depan, jika dr belakng dia akan berlari dan tnpa kita sedar... jika serangan dari depan, ia akan perlahan rapat kepada kita.. 1 shaja serangan.. anda ada 1 peluang utk tikam bawah leher,atau di bawah dada bersebelahan kaki kiri dan kanan. semoga anda tikam jantung harimau tu... anda ada 1 minit sblom harimau tu rebah.. pastikan tgan anda menutup kepala dan leher anda bila diserang harimau.. jika tersasar.. cuba cederakan mata harimau..

anda mgkin terselamat tetapi luka..jika anda berdua atau bertiga, ramai lagi bagus.. buat bulatan dan JANGAN sesekali bertempiaran lari.. bergerak dalam kumpulan.. kalau malam buat ungun api yg besar.. selamat beramal.

Photos from Sunnah Memanah Recurve & Compound Bow.'s post 28/05/2015

~ paracord bracelet ~

ini salah satu dari survival kits yang ingin dikongsi.

saya punya paracord bracelet untuk Jam, kompas kecil, ladung, tali memancing, kail kecil, dan spark fire starter.

Photos 28/05/2015

ILMU HUTAN

Pengalaman masuk hutan, berkawan ngan bebudak asli ni, dan termasuk kengkawan yg memang askar, banyak benda yg saya belajar..iaitu,

1. Lumut Taik Kera. Kalau kita jalan diwaktu malam, terutama di hutan padat dekat dgn air terjun atau sungai (mcm kes saya kat Janda Baik), bila kita jalan dalam gelap, kita akan nampak ada benda2 bercahaya warna hijau..ala2 benda yg pendarcahaya. Benda yg bercahaya tu ialah lumut taik kera, bila siang tak nampak apa2, bila malam dia akan keluarkan cahaya walaupun dgn skit bantuan cahaya dr bulan bintang. Yg bestnya, lumut ni hanya tumbuh didenai (laluan binatang atau orang), so kalau sesat..ikut je laluan ni diwaktu malam, insyaAllah..tak langgar pokok.

2. Ular tedung. Kalau terserempak dgn ular masa dlm hutan, jangan buat gerakan mengejut..stay still dan undur balik. Ular tedung tak mematuk bila kepala dia tengah kembang penuh, sebaliknya akan mematuk bila kepala dia kembang separuh je. Oleh tu, kita acah2 bagi ular tu kembang penuh dgn ranting kayu dan berundur2 pelan2. - belajar dr orang asli.

3. Kera / lutong dan spesis yg sama. Spesis kera takkan lari bila kita libas dgn sebatang ranting kayu, in fact dia leih lincah dr gerakan ranting kita. Utk halau kera, patahkan pokok renek dgn daun dan ranting yg mengembang..dan hayunkan kat kera tu..baru lari (rasionalnya, ranting + daun yg kembang tu nampak lagi besar dr sebatang ranting) - belajar dr askar.

4. Harimau. kalau mancing dlm hutan, sedang dlm hutan tu bunyi penuh dgn unggas serangga, tetiba hutan tu jadik sunyi sepi, biasanya ada haiwan menghendap..terutamanya harimau, harimau akar dan beruang. Selepas hutan jadi 'diam', kemudian disusuli dgn bau hamis..confirm harimau..hehehe..apa lagi, bagi letup satu mercun bola la.. - belajar dr orang asli.

5. Beruang madu. Hutan paya kat Malaysia banyak beruang madu (yg kecik tu, sekerat pinggan dgn dada kaler oren),kalau terserempak, kita yg perlu menjerit dan buat seperti nak kejar, automatik beruang tu akan lari. - belajar dr orang asli.

6. Kepala air. Kalo khemah kat tepi sungai, jangan buat khemah kat tepi air, buat dibahagian /kawasan yg pokok2nya besar. Tandakan satu batu yg besar, kalo tengah malam batu tu hilang, maknanya air tengah naik la tu..- belajar dgn kaki pancing.

7. Tanda-tanda kepala air. Kalo hujan kat hulu, biasanya akan ada kepala air (air naik dr dlm perbezaan paras 5 kaki tak sampai 10 minit). Tanda2 lain yg kita perlu tengok ialah kehadiran buih2 putih kat tempat tak berbuih (klu kat tempat air jatuh for sure ada buih)..maksud saya kat tempat air mengalir biasa, tetiba ada buih2 halus timbul. Tu tandanya arus bawah lagi laju dr arus atas. pastu, akan ada daun basah hanyut, then barulah ada perubahan warna air, dr jernih ke warna oren, coklat dll. Biasanya perubahan ni sekejap saja, dalam 5-6 minit sebelum arus besar datang (kepala air)..sama kes kat Dam Chamang, bentong..saya dah kena. Tambah skit, kalo kepala air datang, bunyi air lebih kuat dr biasa, dr kejauhan dah dengar..

8. Nak masak air. Jangan amik air kat tepi sungai, amik kat tengah sungai atau tempat yg mengalir deras. Rationalnya, tikus, rusa, kancil, babi dll kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing. So, amik yg tengah2. - belajar ngan askar.

9. Binatang besar. Kera atau monyet akan lari dan buat bising bila ada bahaya i.e harimau, gajah, badak, seladang dll. Kalau dr jauh dengar bunyi kera dl buat bising..tentu ada binatang besar tengah lalu. - belajar dgn orang asli.

10. Makan makanan yg dimasak i.e ikan bakar dll. Semasa kat hutan, kami mesti makan sampai habis dan hanyutkan / tanam lebihan makanan sebab bau makanan ni akan menarik perhatian beruang, kera, gajah utk datang bertandang. - ni belajar ngan kaki pancing lain.

11. Buat semua perkara sebelum jam 5.00 petang. Biasanya, bila kami kat hutan, kami akan selesaikan semua urusan (masak, mandi, basuh dll) sebelum jam 5.00 petang. Sebab, dlm pukul 5.00 lebih, hutan dah gelap disebabkan oleh kanopi pokok dan kecondongan matahari. - belajar dr pengalaman.

12. Hutan yg bising dgn bunyi unggas lebih baik di waktu malam drpd hutan yg sunyi sepi. Bila hutan sepi, mesti ada apa2 yg tak kena. - orang asli.

Ok, masuk bab amalan bukak khemah (Rule and system dia la..bukan amalan yg spritual ni..).

1. Cari kanopi yg masih hijau. Bila dah tentukan nak khemah, dongak ke atas, cari pokok muda dan kanopi (rimbunan daun) yg masih hijau..so, risiko kena hempap ranting dahan bila angin kuat rendah.

2. Ketinggian dr paras air. Bila dah tentukan mana bahagian yg lapang nak dibuat, tentukan ketinggian khemah sekurang2 4 kaki dr aras air sungai, kalau landai..jangan buat khemah kat situ, biasanya kawasan landai, akan ada banyak pokok2 rendah dan renek mcm pokok senduduk dll..tu tandanya air selalu naik kat kawasan tu. Cari kat kawasan yg pokoknya besar2.

3. Tentukan laluan / denai didalam radius kawasan 20 meter dr khemah. Jangan buat khemah didalam laluan denai, sebab laluan denai bukan utk manusia sahaja, ianya adalah laluan binatang lain jugak. kang seladang tumpang tidur.

4. Bersihkan lantai tapak perkhemahan drpada daun dan pokok2 renek (potong je pokok2 kecik ni,kang dia tumbuh balik). Pakai je ranting pokok2, sapu sampai nampak tanah dan takdak daun, so, risiko terkena sengat lipan, kala jengking dll tu kurang skit.

5. Dah ready, baru tabur karbaid kaler kuning tu.

6. Kalau pakai khemah jenis igloo atau T shape, pasang khemah kat secara menghadap /berhadapan dan unggun api kat tengah.

7. Dlm nyalaan unggun api tu, standby dgn beberapa batang kayu panjang. Kalo boleh, sesuai dgn jumlah orang yg pergi camping tu. Bila ada bahaya, perimeter diceroboh, apa lagi..capai la kayu yg ada api ni sebagai senjata, parang pisau..binatang tak takut. Api? confirm depa lari..

8. Kalo ikut pengalaman saya, kami memang buat perimeter, risau gak kot2 binatang datang (beruang terutamanya) datang ke khemah sebab bau masakan kami. Kami s**a buat pagar dgn tali tangsi disambing dgn loceng, terlanggar je tali tu, loceng akan bunyi...

Kredit: Harry Lord

Building a Survivalbow and Arrow 06/02/2015

Building a Survivalbow and Arrow

Review and learning experience:

1. Bow: The limbs were a little bit too weak, next time I gonna attach one more limb to make the bow stronger stronger. Maybe birch is not the perfect material for a bow, cause it seems too springy.

2. Arrow: The arrow did a good job, especially the feathers astonished me, but the tip got loose after a couple of shots, so I have to tie the tip tighter to the shaft next time, and glue it in better. The shaft was too soft, with too little spine. The reason was that I used buckthorn for the arrow, which is growing straight but is just too soft.

Youtube link > https://www.youtube.com/watch?v=tKGNDrWHVYY

Building a Survivalbow and Arrow Bow used in this video: Composite Bow "Falcon 3" by Lajos Kassai. Review and learning experience: 1. Bow: The limbs were a little bit too weak, next time I g...

19/09/2014

HOW TO TIE A D-LOOP ON YOUR BOW STRING

refer link to watch more video: facebook.com/MalaysiaArchery

19/09/2014

How To Make a Bow String - Continuous Loop Part 2

refer link to watch more video: facebook.com/MalaysiaArchery

19/09/2014

How To Make a Bow String - Continuous Loop Part 3

refer link to watch more video: facebook.com/MalaysiaArchery

19/09/2014

How to Tie a Nock Set on a Bowstring

refer link to watch more video: facebook.com/MalaysiaArchery

19/09/2014

How To Make a Bow String - Continuous Loop Part 1

refer link to watch more video: facebook.com/MalaysiaArchery

07/09/2014

Starter PVC Bow Overview

- using PVC, design your own bow.

refer link to watch more video: facebook.com/MalaysiaArchery

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kedah?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Sungai Petani
Kedah
08000