17/11/2022
Album | Training
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Saff Etihad, Sports Club, Cairo.
17/11/2022
Album | Training
11/10/2022
Bersempena dengan Hari Sukan Negara, Saff Etihad FT telah melancarkan siri Saff Etihad Mini Tournament yang akan bermula pada 12 Oktober 2022 dan berakhir pada bulan Disember.
Tournament ini dilaksanakan bertujuan untuk merapatkan ukhuwwah dan saling berkenalan antara pasukan-pasukan futsal pelajar Malaysia di Mesir.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk memberi peluang buat pasukan futsal yang sedang mencari tournament yang sesuai untuk disertai bagi meningkatkan kualiti permainan pasukan masing-masing.
Bagi setiap siri, lima pasukan terpilih akan berentap untuk merebut gelaran juara, sekaligus membawa pulang hadiah berupa piala pusingan dan wang tunai.
Dengan ini, pihak penganjur ingin mengajak seluruh mahasiswa Malaysia di Mesir untuk hadir ke Saff Etihad Mini Tournament Siri 1.0 dengan butiran berikut :
Tarikh : 12/10/2022
Hari : Rabu
Masa : 8-11 pm
Tempat : Nadi Syabab, Hayy Sadis
Ayuh ramai-ramai hadir dan memeriahkan suasana.
"Membangun player soleh, qudwah dan beragenda."
"Jiwa kuat, pimpin masyarakat."
19/03/2022
Album | Akademi Saff Etihad
15/03/2022
.
Assalamualaikum gais...
Kami dari pihak saff ettihad membuka tawaran bagi sesiapa yang berminat untuk mempelajari teknik bermain futsal yang lebih baik.
Terdapat beberapa jenis latihan seperti
1. Warm up bola
2. Teknik passing
3. Teknik shooting
4. Teknik positioning
5. Teknik dribbling
6. Teori gameplay futsal
Dan banyak lagi..
Kelas ini akan diadakan pada 19 mac 2022
Tempat : padang futsal anfield, awal sabiek
Waktu : 7am - 9am
untuk pendaftaran bole terus mesej ke no.
Bro Umair : +601157907509
*bayaran mengikut harga padang sahaja
* tarik tutup pendaftaran pada hari khamis 17 mac 2022 jam 10 malam
* ajak kenalan-kenalan yang berminat
17/08/2020
Saff Etihad's Kits
Tempahan dibuka!!!
Harga :
1. Jersi : RM49
2. Nameset : RM10
3. Postage : RM5
4. Combo home away : RM90
Tempahan dibuka sehingga 25 Ogos 2020
Sesiapa yang berminat boleh hubungi +60148489280
https://wa.me/60148489280
17/08/2020
Coming soon..
07/03/2020
Berita | Saff Etihad Menyatukan Ummah
“Jaafar bin Abi Talib digelar nabi sebagai burung syurga kerana mempunyai cita-cita dan semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan agama sehingga syahid ...”
Berita penuh :
Aktiviti | Saff Etihad Menyatukan Ummah. Iskandariah, 4 Mac – “Semua yang yang hadir pada pertandingan ini, kita adalah satu kerana kita semua muslim walaupun kita berjauhan muhafazah, tetapi disebabkan ukhwah yang kuat kita d…
01/03/2020
Galeri | Saff Etihad Cup 1.0
Telah berlangsung Pertandingan Futsal piala Saff Etihad pada 28 Februari yang lalu, bertempat di Stadium Universiti Iskandariah yang melibatkan 4 buah pasukan Saff Etihad di seluruh muhafazah Mesir.
Tujuan utama pertandingan ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi ukhuwah sesama ahli pasukan Saff Etihad seluruh Mesir.
Pertandingan anjuran bersama Saff Etihad dan ISMA Mesir cawangan Iskandariah ini diakhiri dengan keputusan seperti berikut:
Juara - Saff Etihad Kaherah
Naib Juara - Saff Etihad JR
Tempat ke 3 - Saff Etihad Alexandria
Tempat ke 4 - Saff Etihad Mansurah
01/03/2020
Champion of Saff Etihad's Cup 1.0
Saff Etihad cawangan Kaherah
27/02/2020
Lintas Langsung | Saff Etihad Cup
Perlawan antara Saff Etihad Alex menentang Saff Etihad Mansoura. Saff etihad Alex sedang mendahului 2-0.
27/02/2020
🏆 Saff Etihad Cup 1.0 🏆
ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA WARGA WARRIOR FUTSAL SEMUA 🤗
Buat julung kalinya Saff Etihad Alexandria akan menganjurkan Kejohanan Futsal di Pelembahan Nil ⚽🔥⚽🔥
Kejohanan Futsal ini adalah perlawanan antara Saff Etihad dari setiap cawangan. Tujuannya adalah ingin menguatkan lagi ukhwah yang terjalin antara ikhwah dari semua muhafazah.
Siapakah yang akan menjadi JUARA pada tahun ini? Sama sama kita nantikan.
🗓Tarikh : 27 Februari (Khamis).
🕘 Masa : 09 Malam - 12.00 Malam.
🏟Lokasi : Padang Futsal Universiti Iskandariah.
AYUH DATANG BERAMAI-RAMAI.
JUMPA ANDA DI SANA ❗️❗️