10/03/2026
Undian Suku Akhir FA Cup 2026.
Padan muka Manchester City. Dapat team susah.. selalu undian dapat team mudah je..
Liverpool macam biasa dapat team susah ๐ฉ
Catatan steward sambilan
10/03/2026
Undian Suku Akhir FA Cup 2026.
Padan muka Manchester City. Dapat team susah.. selalu undian dapat team mudah je..
Liverpool macam biasa dapat team susah ๐ฉ
22/02/2026
Nottingham Forest 0 - Liverpool 1
Main teruk pun menang.
Sampai terpaksa bergantung kepada lontaran jauh Joe Gomez, dah macam pasukan relegation battler.
VAR batalkan gol Mac Allister konon terkena tangan (tak tahu lah rule sekarang atas siku pun tak boleh ek)
VAR kedua, nampak ofsaid, rupa-rupanya ada player kat belakang Van Dijk..
Yes, tiga mata, tapi letih lah tengok perlawanan macam ni ๐
..
Yes betul Wirtz terpaksa tarik diri saat akhir, tapi takkan lah teruk sangat macam ni.. haih..
Macamana geng, boleh berterusan ke macam ni..
Tak larat la sakit jantung selalu ๐ซฃ๐ซ
Rasa Champion bila tengok balik replay FA Cup Liverpool dengan lagu tema retro Road to Wembley ๐คฉ
11/02/2026
Liverpool pecahkan rekod tanpa kalah Sunderland.
Sunderland masih belum kalah lagi di Stadium of Light musim ini.
Namun ia semua berakhir pagi tadi apabila gol tunggal hasil tandukan Virgil Van Dijk, di samping clean sheet yang diperoleh, cukup bagi memastikan Liverpool pulang dengan 3 mata.
Arne Slot masih Out ke In tuan-tuan?
08/02/2026
Reaksi Konate melihat Jaringan Freekick Luar Biasa Szoboslai..
Zizan pun tak sempat gerak!
Liverpool 1 Man City 0
01/02/2026
Liverpool Bakal Tandatangan Jรฉrรฉmy Jacquet.
Fabrizio Romano melaporkan Liverpool telah memenangi persaingan bagi menandatangani bakat pertahanan tengah antara terbaik di Eropah, Jรฉrรฉmy Jacquet dari kelab Perancis, Stade Rennais FC.
Perpindahan yang memakan modal ยฃ60 juta ini walaubagaimanapun akan bermula pada Jun nanti, dan Liverpool masih lagi akan terus mengalami krisis kecederaan di bahagian pertahanan.
Jacquet tersenarai dalam Best XI kejohanan Euro B-19 pada tahun 2024, naib juara selepas tewas kepada Spain dalam perlawanan akhir.
Jacquet bakal menyertai Van Dijk dan Leoni dalam merebuti kesebelasan utama, kerana Konate masih belum mengesahkan status kontraknya bersama Liverpool yang bakal tamat Jun ini.
01/02/2026
Peminat Harus Maafkan Ibou - atau Meminta Maaf kepadanya.
Mungkin selama ini prestasi terumbang-ambing Ibrahima Konatรฉ adalah kerana risaukan ayahnya yang sakit di kampung halaman.
Kadangkala kita lupa, pemain bola sepak adalah manusia biasa.
Ada masa mereka gembira, ada masa mereka juga dirundung masalah.
Masalah yang menjejaskan permainan mereka di atas padang.
Tidak sedikit herdikan yang dihamburkan buat Konatรฉ - kerana prestasi tidak menentu, serta khabar angin bakal ke Real Madrid selepas tamat kontrak.
Namun, untuk mempamerkan persembahan yang sangat baik dalam perlawanan pagi tadi, di samping menjaringkan gol, hanya seminggu selepas pemergian ayah tercinta..
Bukan mudah seorang lelaki menitiskan air mata, apatah lagi di hadapan ribuan penonton, dan jutaan lagi secara langsung, serta rakaman yang tersebar di media sosial.
Ibrahima Konatรฉ wajar dihormati.
Kita harus memaafkannya.
Dan meminta maaf kepadanya.
Youโll Never Walk Alone.
22/01/2026
Ayah Ibrahima Konate Meninggal Dunia.
Ibrahima Konate telah mengesahkan beliau terlepas aksi menentang Marseille di tanah air sendiri kerana ayahnya, Hamady Konate telah meninggal dunia.
Jenazahnya akan disolatkan dan dikebumikan selepas Solat Jumaat tidak berapa jauh dari kota Paris.
Semoga ruhnya dicucuri rahmat, dan Ibou dan keluarga diberikan ketabahan dan kesabaran atas pemergian ini.
โุฅููููุง ูููููู ูู ุฅููููุง ุฅููููููู ุฑูุงุฌูุนููููู
โุงููููููู
ูู ุงุบูููุฑู ููู ููุงุฑูุญูู
ูู ููุนูุงููู ููุงุนููู ุนููููุ ููุฃูููุฑูู
ู ููุฒููููุ ููููุณููุนู ู
ูุฏูุฎููููุ ููุงุบูุณูููู ุจูุงููู
ูุงุกู ููุงูุซููููุฌู ููุงููุจูุฑูุฏูุ ูููููููู ู
ููู ุงููุฎูุทูุงููุง ููู
ูุง ูููููููู ุงูุซููููุจู ู
ููู ุงูุฏููููุณูุููุฃูุจูุฏูููู ุฏูุงุฑูุง ุฎูููุฑูุง ู
ููู ุฏูุงุฑููุ ููุฃููููุงู ุฎูููุฑูุง ู
ููู ุฃููููููุ ููุฒูููุฌูุง ุฎูููุฑูุง ู
ููู ุฒูููุฌููุ ููุฃูุฏูุฎูููู ุงููุฌููููุฉูุ ูุฃูุนูุฐูู ู
ููู ุนูุฐูุงุจู ุงููููุจูุฑู ููุนูุฐูุงุจู ุงููููุงุฑู.
โุงููููููู
ูู ูุงู ุชูุญูุฑูู
ูููุง ุฃูุฌูุฑูู ูููุงู ุชูููุชูููุง ุจูุนูุฏูู ููุงุบูููุฑูููููุง ููููููุ ููุงุฌูุนููู ุงูุฌููููุฉู ู
ูุฃูููุงู. ุงูููููููู
ูู ุงุฌูุนููู ููุจูุฑูู ุฑูููุถูุฉู ู
ููู ุฑูููุงุถู ุงูุฌูููุงูู ูููุง ุชุฌุนู ููุจูุฑูู ุญูููุฑูุฉู ู
ููู ุญูููุฑู ุงูููููุฑุงูู.
20/01/2026
Punca Liverpool Tak Jadi Beli Marc Guehi.
Sebab nama penuh dia Addji Keaninkin Marc-Israel Guรฉhi.
๐
19/01/2026
Adakah Sadio Mane pada usia 34 tahun adalah pemain sayap yang lebih baik daripada Cody Gakpo yang 8 tahun lebih muda?
Bincangkan.
01/12/2025
Terima kasih Che Nom
Singgah West Ham, bomohkan diaorang bagi tak nampak tiang goal.
05/11/2025
Liverpool 1 Real Madrid 0
Semasa Tragedi Oktober, seluruh alam mebuat kesimpulan awal yang Liverpool bakal dibelasah oleh Real Madrid di laman sendiri.
Namun Liverpool mempamerkan aksi juara. Persembahan yang memukau, yang memadam segenap slogan atau Wirtz Ben 10.
17 percubaan berbalas 8, ini merupakan aksi segenap padang, setaraf perlawanan elit yang diimpikan pecinta bola sepak Eropah.
9 percubaan on target berbalas 2, jelas sekali Liverpool mendominasi.
Thibaut Courtois ibarat sotong kurita bertangan lapan, menepis percubaan demi percubaan. Igauan Final Paris 2022 menjelma di mata peminat. Namun terbukti lapan tangan hnya mampu menepis 8 percubaan, jadi Liverpool buat 9 percubaan tepat. 8 tangan tidak memadai untuk menyelamatkan tandukan pemain terendah dalam pasukan, Alexis Mac Allister.
Dua tahun berturut-turut menang di Anfield, UEFA ada satu undang-undang yang kurang didengari sebelum ini, iaitu musim depan tak boleh lagi Real main di Anfield peringkat kumpulan. Namun tidak ada undang-undang yang boleh menghalang Xabi Alonso daripada tewas buat kali ketiga berturut-turut di Anfield - just in case musim depan dia pindah pasukan lain.
Walaubagaimanapun kita tidak akan dapat melihat Conor Bradley mengunci serangan Madrid di Anfield dengan undang-undang tersebut. Conor Bradley sekali lagi pamer persembahan bertenaga dan berdisiplin, mengunci mati serangan Madrid. Dengan persembahan seumpama ini lawan Real, kelab-kelab Sepanyol mungkin termimpi nak pemain macam dia.
Akhirnya, Cody Gakpo di bangku simpanan .. dan kita dapat lihat yang Wirtz main di posisi Gakpo benar-benar menambah fluidity di bahagian serangan. Bezanya Gakpo menjaring gol tapi menyekat serangan, manakala Wirtz menambah serangan tanpa gol/assist. Mungkin akan ada gol kalau Salah lebih rajin berkongsi.
Melihat Szoboszlai, peminat Liverpool patut bersyukur dia tidak ada masalah cinggey lagi. Dia kelihatan seperti bakal kapten pasukan dengan persembahan konsisten sepanjang musim.
Robbo sekali lagi menghadkan Kerkez di bangku simpanan. Biolehlah dikatakan Kerkez akan hadapi saat sukar untuk mengatasi Robbo pada saat ini.
Tersenarai sebagai pertahanan World XI buat kali kelima sejak 2019, Liverpool membuktikan bahawa sambungan kontrak Virgil van Dijk sangat sangat sangat berbaloi dengan persembahan seperti malam tadi.
Bagi Trent, anda memang tak perlu nak celebrate apa-apa. Gol ke bolos ke, tak perlu celebrate apa-apa. Peminat sedang bantu cat semula mural anda dengan warna jersi Real Madrid, dengan mencampak cat putih!
Bagi yang seronok sangat dengan kemerosotan Liverpool, anggaplah Liverpool hanya bercuti sebulan sepanjang Oktober untuk beri pasukan lain catch up. Lepas ni, cogankata kami adalah Catch Me if You Can!