23/11/2024
Arsenal mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Nottingham Forest di gelanggang keramat Stadium Emirates pada perlawanan ke 12 Liga Perdana Inggeris.
Bukayo Saka membuka jaringan pada minit ke-15, diikuti oleh Thomas Partey yang menjaringkan gol kedua enam minit selepas separuh masa kedua.
Ethan Nwaneri menambah jaringan ketiga dengan gol pertamanya di Premier League pada minit ke-86.
Kemenangan ini mengakhiri rentetan empat perlawanan tanpa kemenangan bagi Arsenal dan menandakan perlawanan ke-250 Mikel Arteta sebagai pengurus pasukan.
23/11/2024
🔴𝗠𝗔𝗧𝗖𝗛𝘿𝘼𝙔⚪️
🏆 Premier League
🆚 Match: Arsenal v Nottingham Forest
🏟️ Venue: Emirates Stadium
⏰ Time: 11.00pm
⚽ Last Match Results: Arsenal 2-1 Nottingham Forest
22/11/2024
🚨 Arsenal telah memulakan rundingan untuk mendapatkan bintang muda Real Madrid, Arda Güler, yang kini berdepan kesukaran mendapatkan minit permainan. Pemain berusia 19 tahun ini hanya memulakan dua perlawanan dalam La Liga musim ini dan sedang mencari peluang untuk berkembang dengan lebih baik.
The Gunners berhasrat untuk meminjam Güler pada Januari, dengan harapan dapat memberikan jaminan masa bermain yang lebih banyak, mirip dengan kejayaan Martin Ødegaard yang juga berpindah dari Madrid. Jika berjaya, Güler berpotensi menjadi bintang baru di Emirates, menambah kreativiti dalam pasukan Mikel Arteta yang sedang bersaing untuk meraih kejuaraan.
10/11/2024
Sudah tiba masanya untuk mengembalikan musim kita ke landasan yang betul. Kembalikan semula keyakinan yang semakin diragui. Inilah masanya untuk membuktikan London tetap merah untuk selamanya.
Come On Your Gunners!. 🫡
06/11/2024
Masa Penuh : Inter Milan 1 - 0 Arsenal
Arsenal tewas tipis kepada Inter Milan pagi tadi dengan keputusan 1-0. Permainan sengit dari kedua-dua pasukan, namun serangan balas Inter berjaya menembusi benteng Arsenal melalui jaringan penalti. Teruskan beri sokongan pada The Gunners – musim masih panjang, dan peluang masih terbuka!
05/11/2024
🚨 Apa yang korang perlu tahu tentang Edu meninggalkan Arsenal secara mengejut ketika ini.
Edu telah ditawarkan jawatan CEO oleh kumpulan kelab Evangelos Marinakis yang memiliki kelab Nottingham Forest, Olympiacos dan Rio Ave. Dia juga telah ditawarkan tiga kali ganda daripada gaji yang dia ada di Arsenal sekarang.
Ia pada asasnya pendapatan gaji besar yang dia tidak boleh tolak.
Nampaknya Arsenal telah tahu tentang potensinya untuk keluar beberapa minggu lalu ketika kelab itu mengumumkan pelantikan James King sebagai pengarah operasi bola sepak.
Menurut catatan Josh Kroenke, Arsenal telah mencari menggantikan Edu dan kelab itu sudah pun mempunyai rancangan penggantian Edu.
Telah dikatakan bahawa Edu mempunyai aspirasi untuk menjadi Ketua Pegawai Eksekutif Arsenal suatu hari nanti, namun buat masa ini masanya di kelab Arsenal telah berakhir.
Mikel Arteta benar-benar rapat dengan Edu dan dilaporkan pengurus Arsenal itu akan terlibat dalam melantik pengarah sukan seterusnya bagi kelab itu.
Perubahan tidak dapat dielakkan. Projek Arsenal tidak dibina hanya oleh seorang lelaki. Kelab itu akan kekal fokus pada strateginya untuk memenangi trofi utama.
02/11/2024
⚽️ Arsenal Away ke St. James' Park ⚽️
Kita bakal bertandang ke St. James' Park, bukan satu tugas mudah untuk bertemu Newcastle di tempat diorang, tapi Arsenal datang dengan misi besar. Harus menang untuk kembalikan momentum yang nampak sedikit pudar.
St. James' Park atau tak, Arsenal tetap datang nak tiga mata penuh! Masa untuk tunjuk yang kita memang contender musim ni. Let's go, Gunners!
02/11/2024
🗣️ Gabriel Jesus mengenai Ethan Nwaneri:
“Saya melihat pemain seperti Phil Foden menunggu peluangnya dan kemudian melihat Phil ketika ini. Dia adalah salah seorang pemain terbaik di dunia. Jadi saya benar-benar berharap Ethan boleh mengekalkan prestasinya di atas padang, berlatih dan terus berlatih, dan kemudian masanya akan tiba untuk dia bersinar.” 🤩🔜
10/02/2024
Tahniah kepada dua pemain Arsenal(Jorginho & Aaron Ramsdale) kerana telah melengkapkan kursus kejurulatihan UEFA B mereka!
20/01/2024
Arsenal XI: Raya; White, Saliba, Gabriel, Zinchenko; Rice, Odegaard, Havertz; Saka, Jesus, Trossard
Subs: Ramsdale, Cedric, Walters, Kiwior, Jorginho, ESR, Nelson, Martinelli, Nketiah
07/01/2024
Our FA Cup journey ends here.