Kelab Taekwondo A&Z - TM/WTF

Kelab Taekwondo A&Z - TM/WTF

Share

KELAB TAEKWONDO A&Z (TM/WTF)

Photos from Kelab Taekwondo A&Z - TM/WTF's post 27/07/2026

UJIAN KENAIKAN TALI PINGGANG SIRI 1/2026

Alhamdulillah, Ujian Kenaikan Tali Pinggang Siri 1/2026 Kelab Taekwondo A&Z (TM/WTF) telah berlangsung dengan jayanya pada 24 Julai 2026 (Jumaat), jam 9.00 malam di Pusat Latihan Utama Permatang Sintok. Sesi ujian telah berakhir pada jam 11.00 malam.

Seramai 99 peserta telah mengambil bahagian dalam ujian kali ini dengan menunjukkan komitmen, disiplin serta semangat yang tinggi sepanjang sesi penilaian berlangsung.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah berjaya lulus ujian kenaikan tali pinggang. Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berlatih dengan lebih gigih, meningkatkan kemahiran serta membentuk jati diri sebagai seorang pengamal taekwondo yang berdisiplin.

Muhammad Afi Zafri bin Zainuddin, 6 tahun, anak bongsu saya juga tidak terlepas daripada menduduki ujian kenaikan tali pinggang kali ini.

Tahniah juga kepada Adik Dhia Zahra binti Razman, 14 tahun, pemegang tali pinggang putih, yang telah dipilih sebagai Peserta Ujian Terbaik atas prestasi cemerlang yang ditunjukkan sepanjang ujian berlangsung. Semoga pencapaian ini menjadi inspirasi kepada rakan-rakan yang lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan.

Insya-Allah, saya akan meneruskan tradisi Kelab Taekwondo A&Z dengan memberikan tali pinggang baharu secara percuma kepada semua peserta yang berjaya bertukar warna tali pinggang. Walaupun kos minimum bagi setiap tali pinggang adalah sekitar RM12.00, saya percaya usaha ini merupakan satu penghargaan kepada setiap peserta atas kesungguhan dan pencapaian mereka.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Master Kasirul yang telah meluangkan masa untuk bertindak sebagai Pemeriksa Ujian bagi Siri 1/2026. Segala tunjuk ajar, pengalaman dan penilaian yang diberikan amat bermakna dalam memastikan standard ujian sentiasa terpelihara.

Terima kasih juga diucapkan kepada semua ibu bapa serta waris yang hadir memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak A&Z. Kehadiran serta sokongan anda merupakan antara faktor penting dalam membina keyakinan dan semangat mereka untuk terus maju dalam sukan taekwondo.

Untuk makluman, tali pinggang dan sijil akan diserahkan kepada semua peserta yang berjaya dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh ujian.

Semoga Kelab Taekwondo A&Z terus melahirkan atlet yang bukan sahaja cemerlang dalam sukan, malah memiliki sahsiah, disiplin dan semangat juang yang tinggi.

Tahniah kepada semua. Teruskan berlatih, teruskan berusaha, dan teruskan melangkah ke tahap yang lebih tinggi!

ZAINUDDIN MOHAMED
Ketua Jurulatih


23/07/2026

Tahniah kepada semua peserta yang berjaya. Kepada yang gagal jangan berputus asa. Teruskan berlatih untuk keputusan yang lebih cemerlang pada kejohanan yang akan datang..!!


Photos from Kelab Taekwondo A&Z - TM/WTF's post 20/07/2026

15TH RTS REMAJA INVITATIONAL TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2026 [HARI KETIGA]

🗓️ 18 Julai 2026 | Sabtu
📍 Dewan Millennium, Kepala Batas

Alhamdulillah, tirai 15th RTS Remaja Invitational Taekwondo Championship 2026 akhirnya melabuhkan tirainya dengan saingan hari terakhir yang berlangsung penuh semangat dan persaingan sengit.

Pada hari ketiga, Kelab Taekwondo A&Z (TM/WTF) diwakili oleh 7 orang atlet yang beraksi dalam acara Kyorugi. Walaupun berdepan saingan yang cukup mencabar, para atlet tetap mempamerkan semangat juang yang tinggi.

Hasilnya, pasukan berjaya menambah kutipan pingat dengan meraih:

🥈 1 Pingat Perak
🥉 1 Pingat Gangsa

Tahniah kepada semua atlet yang telah memberikan komitmen dan persembahan terbaik sepanjang kejohanan. Kejayaan bukan hanya diukur melalui warna pingat, tetapi juga melalui keberanian untuk mencabar diri, disiplin dalam latihan dan kesungguhan untuk terus memperbaiki prestasi.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua jurulatih, pelajar senior, ibu bapa serta penyokong yang sentiasa bersama memberikan sokongan dan semangat kepada pasukan sepanjang tiga hari kejohanan berlangsung.

Alhamdulillah, 15th RTS Remaja Invitational Taekwondo Championship 2026 telah menjadi satu lagi pengalaman yang amat berharga buat keluarga besar Kelab Taekwondo A&Z (TM/WTF). Setiap kemenangan diraikan, setiap kekalahan dijadikan pengajaran untuk terus melangkah lebih jauh.

ZAINUDDIN MOHAMED
Ketua Jurulatih


Photos from Kelab Taekwondo A&Z - TM/WTF's post 19/07/2026

MAJLIS PERASMIAN 15TH RTS REMAJA INVITATIONAL TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2026 [HARI KEDUA]

🗓️ 18 Julai 2026 | Sabtu
📍 Dewan Millennium, Kepala Batas

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YB Kumaran a/l Krishnan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Dalam. Turut hadir memeriahkan majlis ialah YB Azizul Annuar bin Datuk Patinggi Tan Sri Haji Adenan Satem, Presiden Taekwondo Malaysia.

Saya turut berbesar hati apabila Linggeswaran a/l Charmar dan Ponnudurai a/l V. Anthony Srinvasagam, selaku rakan Ahli Majlis MBSP, turut hadir memeriahkan majlis ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Master Rajendran a/l Rajoo atas cenderahati yang diberikan kepada saya. Walaupun kehadiran saya adalah atas kapasiti Pengurus Pasukan Kelab Taekwondo A&Z (TM/WTF), saya amat menghargai penghormatan yang diberikan apabila turut diraikan sebagai Ahli Majlis Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP).

Tahniah kepada Master Rajendran a/l Rajoo selaku penganjur atas kejayaan menganjurkan kejohanan yang mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Lebih membanggakan, kejohanan ini bukan sahaja menghimpunkan penyertaan daripada seluruh negara, malah turut disertai oleh beberapa pasukan dari luar negara.

Semoga kejohanan seperti ini akan terus diperkasakan pada masa hadapan dalam usaha melahirkan lebih ramai atlet yang berdaya saing, berdisiplin dan mampu mengharumkan nama negara di pentas dunia.

Tahniah kepada semua yang terlibat dan semoga terus maju jaya.

ZAINUDDIN MOHAMED
Ketua Jurulatih


Photos from Kelab Taekwondo A&Z - TM/WTF's post 18/07/2026

15TH RTS REMAJA INVITATIONAL TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2026 [HARI KEDUA]

🗓️ 18 Julai 2026 | Sabtu
📍 Dewan Millennium, Kepala Batas

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT. Hari kedua 15th RTS Remaja Invitational Taekwondo Championship 2026 menyaksikan atlet-atlet Kelab Taekwondo A&Z (TM/WTF) sekali lagi mempamerkan semangat juang, disiplin dan kesungguhan yang membanggakan.

Pada hari ini, seramai 7 orang peserta telah beraksi dalam acara Kyorugi, manakala 11 orang peserta menyertai acara Poomsae.

Hasil daripada usaha gigih semua atlet, pasukan berjaya meraih:

🥇 3 Pingat Emas
🥈 5 Pingat Perak
🥉 7 Pingat Gangsa

Tahniah kepada semua atlet atas pencapaian yang sangat membanggakan.
Saya juga berbesar hati apabila dijemput sebagai penyampai pingat kepada para pemenang bagi acara Kyorugi, Poomsae dan Virtual Sparring.

Ramai pelajar senior Kelab Taekwondo A&Z (TM/WTF) turut hadir secara sukarela untuk membantu melancarkan perjalanan pasukan sepanjang kejohanan. Semangat kekeluargaan, saling membantu dan kebersamaan inilah yang menjadi kekuatan utama kelab.

Terima kasih kepada semua penolong jurulatih, pelajar senior, ibu bapa dan penyokong yang sentiasa memberikan komitmen, sokongan dan doa kepada pasukan.

ZAINUDDIN MOHAMED
Ketua Jurulatih


Photos from Kelab Taekwondo A&Z - TM/WTF's post 18/07/2026

15TH RTS REMAJA INVITATIONAL TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2026 [HARI PERTAMA]

🗓️ 17 Julai 2026 | Jumaat
📍 Dewan Millennium, Kepala Batas

Alhamdulillah, selesai sudah saingan Hari Pertama bagi Kelab Taekwondo A&Z (TM/WTF) dalam 15th RTS Remaja Invitational Taekwondo Championship 2026.

Seramai 22 orang peserta telah beraksi dalam acara Poomsae, manakala 5 orang peserta lagi beraksi dalam acara Kyorugi.

Hasil usaha, disiplin dan semangat juang yang ditunjukkan oleh semua atlet, pasukan berjaya membawa pulang:

🥈 3 Pingat Perak
🥉 6 Pingat Gangsa

Tahniah kepada semua atlet yang telah memberikan persembahan terbaik. Walaupun belum berjaya meraih pingat emas pada hari pertama, setiap pengalaman di gelanggang merupakan satu proses pembelajaran yang amat berharga untuk terus meningkatkan prestasi pada masa hadapan.

Terima kasih juga kepada pembantu jurulatih, ibu bapa dan penyokong yang sentiasa memberikan dorongan serta sokongan kepada pasukan.

Semoga perjuangan pada hari berikutnya, khususnya bagi acara Kyorugi, akan membuahkan keputusan yang lebih cemerlang. Terus berjuang, jangan mudah mengalah dan berikan yang terbaik sehingga ke penghujung kejohanan.

ZAINUDDIN MOHAMED
Ketua Jurulatih


Photos from Kelab Taekwondo A&Z - TM/WTF's post 14/07/2026

Latihan persediaan terakhir sebelum menghadapi 15TH RTS REMAJA INVITATIONAL TAEKWONDO CHAMPIONSHIP 2026 yang akan berlangsung di Dewan Millennium pada 17 hingga 19 Julai 2026.

Semoga semua peserta dapat mempamerkan prestasi terbaik, beraksi dengan penuh keyakinan dan semangat kesukanan yang tinggi.

Menang atau kalah adalah adat pertandingan, namun pengalaman, keberanian dan usaha yang diberikan adalah kemenangan yang paling bermakna.

Selamat berjuang dan semoga berjaya kepada seluruh peserta Taekwondo A&Z! 🥋🔥💪


Photos from Kelab Taekwondo A&Z - TM/WTF's post 03/07/2026

LATIHAN SUKAN TAEKWONDO

🗓️ 30 Jun 2026 | Selasa | 8.30 malam
📍 Pusat Latihan Utama Permatang Sintok

Latihan yang kebiasaannya pada hari Rabu diadakan pada hari Selasa memandangkan saya dan pembantu jurulatih berada di luar kawasan pada hari Rabu.

Latihan diteruskan walaupun terpaksa diawalkan menunjukkan komitmen kelab untuk memastikan latihan yang mencukupi untuk atlet.

Kejohanan terdekat ialah 15th RTS Remaja Invitational Taekwondo Championship 2026 yang bakal berlangsung pada 17 - 19 Julai di Dewan Millennium, Kepala Batas.

Saya berharap seramai mungkin ahli Kelab Taekwondo A&Z (TM/WTF) menyertai kejohanan ini. Keberanian seorang atlet Taekwondo perlu diuji dalam gelanggang!!

ZAINUDDIN MOHAMED
Ketua Jurulatih


18/06/2026

PENDAFTARAN KELAS TAEKWONDO @ MEKARSARI KINI DIBUKA

Ingin membina keyakinan diri, meningkatkan kecergasan dan mempelajari seni mempertahankan diri yang berdisiplin?

Kelab Taekwondo A&Z (TM/WTF) kini membuka pendaftaran pelajar baharu bagi Sesi Julai 2026 di Dewan Komuniti Taman Mekarsari.

📅 Hari: Setiap Khamis
🕣 Masa: 8.30 malam
📍 Lokasi: Dewan Komuniti Taman Mekarsari

Latihan terbuka kepada kanak-kanak lelaki dan perempuan serta remaja yang berminat mempelajari Taekwondo dalam suasana latihan yang selamat, menyeronokkan dan berdisiplin.

Antara manfaat menyertai kelas Taekwondo:
✅ Meningkatkan kecergasan dan kesihatan
✅ Membentuk disiplin serta keyakinan diri
✅ Mempelajari kemahiran mempertahankan diri
✅ Peluang menyertai ujian kenaikan tali pinggang dan kejohanan

Tempat adalah terhad. Imbas kod QR pada poster atau hubungi:

📞 Master Zainuddin bin Mohamed – 012-479 4200
📞 Randy Mohd Fauzi Gan – 018-680 6918

Jom sertai keluarga besar Kelab Taekwondo A&Z dan mulakan perjalanan anda dalam dunia Taekwondo hari ini!

Imbas QR di poster untuk pendaftaran atau klik pautan berikut: Taekwondoanz.com

ZAINUDDIN MOHAMED
Ketua Jurulatih


Photos from Kelab Taekwondo A&Z - TM/WTF's post 28/05/2026

2ND PEARL INVITATIONAL TAEKWONDO CHAMPIONSHIP

Wajah-wajah pemenang pingat bagi acara Kyorugi.

Tahniah semua..!!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Muju?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


전라북도 무주군 설천면 무설로 1482
Muju