Persatuan Mahasiswa Malaysia Maghribi PMMM

Persatuan Mahasiswa Malaysia Maghribi PMMM

Share

Laman Facebook Rasmi Persatuan Mahasiswa Malaysia Maghribi (PMMM) Diselia oleh;
Exco Penerbitan dan Dokumentasi PMMM

13/04/2026

“THE HEIST”

The Heist bukan sekadar tentang melarikan diri , tapi tentang mengejar sesuatu yang semua orang mahukan.

Kita datang dari latar berbeza, bahasa tak sama…
tapi kita faham satu perkara - Kemenangan.

One Goal. One Fight. 🥇
SEASGAMES , this is just the beginning.

Photos from Persatuan Mahasiswa Malaysia Maghribi PMMM's post 13/04/2026

𝗠𝗘𝗦𝗬𝗨𝗔𝗥𝗔𝗧 𝗔𝗚𝗨𝗡𝗚 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗣𝗠𝗠𝗠 (𝗠𝗔𝗧) 𝗦𝗘𝗦𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟱/𝟮𝟬𝟮𝟲

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dengan segala hormatnya, pihak kami ingin memaklumkan bahawa Mesyuarat Agung Tahunan PMMM 2026 (MAT) bagi sesi 2025/2026 akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

🗓️ Tarikh : 25–26 April 2026
⏳Hari : Sabtu dan Ahad
🕰️ Masa : 7.30 pagi – 6.00 petang
🏢 Tempat : Dar al-Hadith al-Hassania, Rabat
🤵🏻 Pakaian : Formal

Sehubungan dengan itu, pihak kami berbesar hati menjemput seluruh ahli PMMM untuk hadir dan memeriahkan MAT pada kali ini.

📌 Semua ahli diingatkan agar menepati masa serta mematuhi segala peraturan dan ketetapan yang telah ditetapkan. Kerjasama dan komitmen daripada semua ahli amatlah dihargai demi kelancaran perjalanan mesyuarat.

Semoga kehadiran dan penyertaan semua ahli dapat menyumbang kepada kejayaan MAT serta memperkukuhkan hala tuju PMMM bagi sesi akan datang.

Sekian, terima kasih

𝗔𝗛𝗟𝗜 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗧𝗘𝗥𝗧𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜 𝗣𝗠𝗠𝗠
𝟭𝟬 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝟮𝟮 𝗦𝗬𝗔𝗪𝗔𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛

𝑹𝑬𝑭𝑶𝑹𝑴𝑰𝑵𝑮 𝑭𝑶𝑹 𝑬𝑿𝑪𝑬𝑳𝑳𝑬𝑵𝑪𝑬
𝙀𝙣𝙜𝙖𝙜𝙚 ✦ 𝙀𝙢𝙥𝙤𝙬𝙚𝙧 ✦ 𝙀𝙡𝙚𝙫𝙖𝙩𝙚

Photos from Persatuan Mahasiswa Malaysia Maghribi PMMM's post 13/04/2026

🇲🇾𝗦𝗘𝗔𝗦 𝗚𝗔𝗠𝗘𝗦 𝗫𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲🇲🇾🐯

Malaysia bakal menjadi tuan rumah kepada kejohanan sukan yang menghimpunkan mahasiswa dari 𝗔𝘀𝗶𝗮 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿𝗮! 🐯🌏🔥

Bagi merealisasikan penyertaan ini, kami masih memerlukan dana untuk menampung kos pengangkutan, penginapan, logistik dan keperluan atlet.

✨ Hanya RM40 setiap slot, anda sudah menjadi sebahagian daripada perjuangan ini.💪🏻

Setiap sumbangan bukan sekadar bantuan kewangan, tetapi sokongan moral untuk mahasiswa yang akan membawa semangat Malaysia di persada antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut tentang kejohanan, sila layari :
https://sites.google.com/view/pmmmclick/support-us/sponsorships

📌 𝗦𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗹𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗯𝘂𝘁𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗼𝘀𝘁𝗲𝗿
📌 𝗥𝘂𝗷𝘂𝗸𝗮𝗻: 𝘀𝗲𝗮𝘀𝗴𝗮𝗺𝗲𝘀𝟮𝟲

📞 Hubungi kami di talian :
+60136724598 (Abdullah Muhaimin)
+60108644977 (Syarifah Khaulah)

Sedikit dari anda, besar maknanya buat kami.
Terima kasih atas sokongan dan doa semua !!🙌🏻

𝗘𝗫𝗖𝗢 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡, 𝗞𝗘𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗥𝗘𝗞𝗥𝗘𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗠𝗠𝗠

𝑹𝑬𝑭𝑶𝑹𝑴𝑰𝑵𝑮 𝑭𝑶𝑹 𝑬𝑿𝑪𝑬𝑳𝑳𝑬𝑵𝑪𝑬
𝙀𝙣𝙜𝙖𝙜𝙚 ✦ 𝙀𝙢𝙥𝙤𝙬𝙚𝙧 ✦ 𝙀𝙡𝙚𝙫𝙖𝙩𝙚

Photos from Persatuan Mahasiswa Malaysia Maghribi PMMM's post 13/04/2026

Lensa sekitar 𝘋𝘢𝘝𝘪𝘯𝘤𝘪 𝘙𝘦𝘴𝘰𝘭𝘷𝘦 𝘔𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳𝘤𝘭𝘢𝘴𝘴

📅 29 Mac 2026
📍 Ecole Nationale d’Architecture, Souisi

Terima kasih kepada penceramah, ahli jawatankuasa dan para peserta atas kerjasama dan penyertaan sepanjang program berlangsung.

Semoga program ini dapat memberi pendedahan dan inspirasi kepada para peserta dalam bidang penyuntingan video.

𝗘𝗫𝗖𝗢 𝗣𝗘𝗡𝗘𝗥𝗕𝗜𝗧𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗗𝗢𝗞𝗨𝗠𝗘𝗡𝗧𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗠𝗠𝗠
𝟭𝟬 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝟮𝟮 𝗦𝗬𝗔𝗪𝗔𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛

𝑹𝑬𝑭𝑶𝑹𝑴𝑰𝑵𝑮 𝑭𝑶𝑹 𝑬𝑿𝑪𝑬𝑳𝑳𝑬𝑵𝑪𝑬
𝙀𝙣𝙜𝙖𝙜𝙚 ✦ 𝙀𝙢𝙥𝙤𝙬𝙚𝙧 ✦ 𝙀𝙡𝙚𝙫𝙖𝙩𝙚

Photos from Persatuan Mahasiswa Malaysia Maghribi PMMM's post 13/04/2026

SOROTAN PROGRAM
Nadwah Mahasiswa Timur Tengah 2025

Pada 4–6 Ogos 2025 (Isnin–Rabu), wakil mahasiswa Malaysia di Maghribi telah mengambil bahagian dalam Nadwah Mahasiswa Timur Tengah 2025 anjuran Pejabat Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Program ini menghimpunkan mahasiswa dari pelbagai negara Timur Tengah dalam satu platform perkongsian ilmu, pembinaan jaringan serta pengalaman yang bermanfaat.

📍 Glory Beach Resort, Port Dickson

Antara pengisian:
✨ Jaringan bersama agensi & korporat
✨ Dialog bersama pemimpin negara
✨ Perkongsian isu semasa & kenegaraan
✨ Aktiviti santai dan rehlah

Pihak PMMM merakamkan penghargaan kepada semua mahasiswa yang terlibat. Semoga memberi manfaat dan pengalaman berharga, insya-Allah.

𝑹𝑬𝑭𝑶𝑹𝑴𝑰𝑵𝑮 𝑭𝑶𝑹 𝑬𝑿𝑪𝑬𝑳𝑳𝑬𝑵𝑪𝑬
𝙀𝙣𝙜𝙖𝙜𝙚 ✦ 𝙀𝙢𝙥𝙤𝙬𝙚𝙧 ✦ 𝙀𝙡𝙚𝙫𝙖𝙩𝙚

Photos from Persatuan Mahasiswa Malaysia Maghribi PMMM's post 13/04/2026

🌙 5 Manfaat Kesihatan Berpuasa

Berpuasa bukan sekadar ibadah, malah memberikan banyak kebaikan kepada tubuh badan:

✨ Mengawal berat badan apabila badan menjana tenaga daripada lemak simpanan

✨ Membantu memulihkan sistem pencernaan seperti usus dan perut

✨ Meningkatkan sensitiviti insulin serta membantu mengurangkan risiko diabetes

✨ Meningkatkan kesihatan mental apabila emosi lebih terkawal

✨ Baik untuk kesihatan jantung

📌 Namun, manfaat ini bergantung pada pemakanan yang seimbang ketika sahur dan berbuka.

🌙 Bonus:
Jangan lupa amalan puasa enam hari di bulan Syawal, yang melengkapkan ganjaran seolah-olah berpuasa sepanjang tahun.

Semoga kita terus istiqamah dalam menjaga ibadah dan kesihatan 🤍

𝗘𝗫𝗖𝗢 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗝𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗠𝗠𝗠
𝟮 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝟭𝟰 𝗦𝗬𝗔𝗪𝗔𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛

𝑹𝑬𝑭𝑶𝑹𝑴𝑰𝑵𝑮 𝑭𝑶𝑹 𝑬𝑿𝑪𝑬𝑳𝑳𝑬𝑵𝑪𝑬
𝙀𝙣𝙜𝙖𝙜𝙚 ✦ 𝙀𝙢𝙥𝙤𝙬𝙚𝙧 ✦ 𝙀𝙡𝙚𝙫𝙖𝙩𝙚

13/04/2026

𝐓𝐞𝐚𝐬𝐞𝐫 𝐒𝐄𝐀𝐒 𝐆𝐀𝐌𝐄𝐒 𝐗𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔 🏆

Debaran kian terasa,
bahang perjuangan mula menyala.
Ayuh bersiap siaga di gelanggang perlawanan,
mencipta sejarah yang bakal membanggakan negara.
🇲🇾🔥

“𝑭𝒓𝒐𝒎 𝑷𝒂𝒔𝒔𝒊𝒐𝒏 𝑻𝒐 𝑪𝒉𝒂𝒎𝒑𝒊𝒐𝒏”

Photos from Persatuan Mahasiswa Malaysia Maghribi PMMM's post 13/04/2026

🇲🇾𝗦𝗘𝗔𝗦 𝗚𝗔𝗠𝗘𝗦 𝗫𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲🇲🇾🐯

Malaysia bakal menjadi tuan rumah kepada kejohanan sukan yang menghimpunkan mahasiswa dari 𝗔𝘀𝗶𝗮 𝗧𝗲𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿𝗮! 🐯🌏🔥

𝗦𝗘𝗔𝗦 𝗚𝗮𝗺𝗲𝘀 bukan sahaja merupakan kejohanan sukan, tetapi platform untuk membina semangat kesukanan, persahabatan serta kebersamaan antara pelajar serantau🤝🏻

Untuk menjayakan kejohanan ini, kami sedang berusaha mengumpul dana. Setakat ini, 25% telah berjaya dicapai, namun perjalanan masih jauh💪🏻

Untuk maklumat lanjut tentang kejohanan, sila layari :
https://sites.google.com/view/pmmmclick/support-us/sponsorships

📌 𝗦𝘂𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗯𝗼𝗹𝗲𝗵 𝗱𝗶𝘀𝗮𝗹𝘂𝗿𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗹𝘂𝗶 𝗯𝘂𝘁𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝗽𝗼𝘀𝘁𝗲𝗿
📌 𝗥𝘂𝗷𝘂𝗸𝗮𝗻: 𝘀𝗲𝗮𝘀𝗴𝗮𝗺𝗲𝘀𝟮𝟲

📞 Hubungi kami di talian :
+60136724598 (Abdullah Muhaimin)
+60108644977 (Syarifah Khaulah)

Sokongan anda, walau sedikit, amat bermakna buat kami 🙌🏻
Ayuh sama-sama jayakan !!

𝗘𝗫𝗖𝗢 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗡, 𝗞𝗘𝗕𝗨𝗗𝗔𝗬𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗥𝗘𝗞𝗥𝗘𝗔𝗦𝗜 𝗣𝗠𝗠𝗠

𝑹𝑬𝑭𝑶𝑹𝑴𝑰𝑵𝑮 𝑭𝑶𝑹 𝑬𝑿𝑪𝑬𝑳𝑳𝑬𝑵𝑪𝑬
𝙀𝙣𝙜𝙖𝙜𝙚 ✦ 𝙀𝙢𝙥𝙤𝙬𝙚𝙧 ✦ 𝙀𝙡𝙚𝙫𝙖𝙩𝙚

Photos from Persatuan Mahasiswa Malaysia Maghribi PMMM's post 13/04/2026

🎙️ 𝗙𝗼𝗿𝘂𝗺 𝗜𝗹𝗺𝗶𝗮𝗵; 𝗜𝗹𝗺𝘂 𝗙𝗮𝗿𝗱𝘂 𝗔𝗶𝗻: 𝗣𝗲𝗿𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘁𝗶𝗻𝗴 𝗪𝗮𝗻𝗶𝘁𝗮 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗠𝗲𝗻𝗴𝘂𝗮𝘀𝗮𝗶𝗻𝘆𝗮

Forum ini bakal membincangkan ilmu fardu ain yang menjadi kewajipan asas ke atas setiap muslim yang mukalaf. Kewajipan ini merangkumi tiga bidang utama iaitu ilmu yang 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝘀𝗮𝗵𝗸𝗮𝗻 𝗮𝗸𝗶𝗱𝗮𝗵, ilmu yang memastikan 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗵𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗶𝗯𝗮𝗱𝗮𝗵 serta ilmu yang 𝗺𝗲𝗻𝘆𝘂𝗰𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗵𝗮𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗲𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗮𝗸𝗵𝗹𝗮𝗸 𝗺𝘂𝗹𝗶𝗮.

Penguasaan terhadap ketiga-tiga ilmu ini bukan sekadar tuntutan individu bahkan berperanan seperti sauh dalam kehidupan manusia khususnya buat wanita muslimah. Ini kerana wanita ialah madrasah pertama dalam kehidupan manusia. Keutuhan ilmu dan kefahaman mereka menjadi asas kepada lahirnya masyarakat Islam yang cemerlang.

MADRASAH AL-ULA menjemput semua 𝗺𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺𝗶𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝘂𝘀𝗹𝗶𝗺𝗮𝘁 untuk bersama-sama menghadiri forum ini!

Tarikh: 4 April 2026 (Sabtu)

Waktu:
10.00 pagi - 11.45 pagi (Maghribi) 🇲🇦
5.00 petang - 6.45 petang (Malaysia) 🇲🇾

Pautan forum:-
https://calendar.app.google/5BJzxr2VP5JwEQPL8

Jumpa anda di sana 😊🌷

𝗘𝗫𝗖𝗢 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗠𝗠𝗠
𝟭 𝗔𝗣𝗥𝗜𝗟 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝟭𝟯 𝗦𝗬𝗔𝗪𝗔𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛

𝑹𝑬𝑭𝑶𝑹𝑴𝑰𝑵𝑮 𝑭𝑶𝑹 𝑬𝑿𝑪𝑬𝑳𝑳𝑬𝑵𝑪𝑬
𝙀𝙣𝙜𝙖𝙜𝙚 ✦ 𝙀𝙢𝙥𝙤𝙬𝙚𝙧 ✦ 𝙀𝙡𝙚𝙫𝙖𝙩𝙚

Photos from Persatuan Mahasiswa Malaysia Maghribi PMMM's post 13/04/2026

✨𝑷𝑬𝑵𝑨 𝑴𝑨𝑮𝑯𝑹𝑰𝑩𝑰✨

مَنۡ عَمِلَ صَـٰلِحࣰا مِّن ذَكَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنࣱ فَلَنُحۡیِیَنَّهُۥ حَیَوٰةࣰ طَیِّبَةࣰۖ وَلَنَجۡزِیَنَّهُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا كَانُوا۟ یَعۡمَلُونَ {النهل : ٩٧}

📄Tajuk : Hayatan Tayyibah Salah Satu Janji Allah Buat Soleh Dan Mukmin

✍🏻Penulis : Humaira' Binti Nurolhadi

Pautan Facebook:-
https://www.facebook.com/share/p/1DUZgoStRG/

Pautan Substack:-
https://open.substack.com/pub/penamaghribi/p/hayatan-tayyibah-salah-satu-janji?r=35xaka&utm_campaign=post&utm_medium=web&showWelcomeOnShare=true

𝗘𝗫𝗖𝗢 𝗣𝗘𝗡𝗗𝗜𝗗𝗜𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗠𝗠𝗠
𝟮𝟲 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝟳 𝗦𝗬𝗔𝗪𝗔𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛

𝑹𝑬𝑭𝑶𝑹𝑴𝑰𝑵𝑮 𝑭𝑶𝑹 𝑬𝑿𝑪𝑬𝑳𝑳𝑬𝑵𝑪𝑬
𝙀𝙣𝙜𝙖𝙜𝙚 ✦ 𝙀𝙢𝙥𝙤𝙬𝙚𝙧 ✦ 𝙀𝙡𝙚𝙫𝙖𝙩𝙚

13/04/2026

Alhamdulillah atas kenangan indah Sambutan Hari Raya & Hari Keluarga PMMM 2026 🌙✨
Terima kasih atas setiap senyuman, tenaga dan kebersamaan yang diberikan.

𝑹𝑬𝑭𝑶𝑹𝑴𝑰𝑵𝑮 𝑭𝑶𝑹 𝑬𝑿𝑪𝑬𝑳𝑳𝑬𝑵𝑪𝑬
𝙀𝙣𝙜𝙖𝙜𝙚 ✦ 𝙀𝙢𝙥𝙤𝙬𝙚𝙧 ✦ 𝙀𝙡𝙚𝙫𝙖𝙩𝙚

Photos from Persatuan Mahasiswa Malaysia Maghribi PMMM's post 13/04/2026

Assalamualaikum WBT 🌙✨

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana Program 𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗔𝗶𝗱𝗶𝗹𝗳𝗶𝘁𝗿𝗶 & 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗹𝘂𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗣𝗠𝗠𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟲 telah berjaya dilaksanakan dengan baik dan lancar.

Pihak penganjur ingin merakamkan 𝘀𝗲𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶-𝘁𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗵𝗮𝗿𝗴𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗶𝗺𝗮 𝗸𝗮𝘀𝗶𝗵 𝗸𝗲𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗲𝗹𝘂𝗿𝘂𝗵 𝘄𝗮𝗿𝗴𝗮 𝗣𝗠𝗠𝗠 yang telah hadir serta memberikan kerjasama, tenaga dan komitmen dalam menjayakan program ini ☺️

Sesungguhnya, kemeriahan dan kejayaan program ini tidak akan tercapai tanpa 𝘀𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗸𝗲𝗯𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝘂𝗸𝗵𝘂𝘄𝗮𝗵 yang ditunjukkan oleh semua.

Semoga segala usaha dan pengorbanan kita diberkati dan hubungan yang terjalin ini terus diperkukuhkan.

✨ Terima kasih kerana mencipta kenangan indah bersama di perantauan.

𝗝𝗔𝗕𝗔𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗘𝗦𝗜𝗗𝗘𝗡
𝟮𝟱 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟲 | 𝟲 𝗦𝗬𝗔𝗪𝗔𝗟 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛

𝑹𝑬𝑭𝑶𝑹𝑴𝑰𝑵𝑮 𝑭𝑶𝑹 𝑬𝑿𝑪𝑬𝑳𝑳𝑬𝑵𝑪𝑬
𝙀𝙣𝙜𝙖𝙜𝙚 ✦ 𝙀𝙢𝙥𝙤𝙬𝙚𝙧 ✦ 𝙀𝙡𝙚𝙫𝙖𝙩𝙚

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Rabat?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


17, Avenue Bir Kacem
Rabat
10050