Wangsa Maju Recreational Club

Wangsa Maju Recreational Club

Share

Kelab ini ditubuhkan untuk menggalakkan aktiviti sihat dikalangan pemuda pemudi.

Photos from Wangsa Maju Recreational Club's post 27/02/2024

Ahad 25022024

KEJOHANAN BOLA JARING PIALA YB WANGSA MAJU 2024

Syukur ke hadrat Illahi atas limpah kurniaNya WAMRECT telah berjaya mengadakan kejohanan yang pertama kalinya di Wangsa Maju iaitu Kejohanan Bola Jaring PIALA YB WANGSA MAJU.

Seramai 16 pasukan yang terdiri dari seluruh Wangsa Maju dan kawasan sekitar telah berjaya mendaftarkan diri bertanding pada sesi kali ini. Kejohanan turut diserikan dengan kehadiran Ikon Bola Jaring Negara, Fazdlun Abas dan YB Zahir Hasan sendiri.

Tahniah diucapkan kepada Tuan Zack Rockstar selaku Pengarah Program yang turut sama menyaksikan pasukan dari PPR Gombak Setia telah berjaya menjadi johan pertama kejohanan ini. Kepada semua yang lain, jagn risau dan khawatir kerana akan banyak lagi kejohanan yang akan kita bawakan kepada anda semua pemain dan peminat Bola Jaring.

Sebagai penganjur, kami memohon jutaan kemaafan di atas segala kekurangan pada edisi sulong ini. InsyaAllah akan kita perbaiki dari masa ke semasa. Tahniah dan syabas buat semua. Kita jumpa lagi.

BERSAMA MEREALISASIKAN IMPIAN




Kepala air ragut nyawa dua pendaki wanita, ini kronologi kejadian di Gunung Suku 19/05/2022

Takziah diucapkan kepada mangsa kejadian Kepala Air yg berlaku ketika aktiviti mendaki di Gunung Suku baru² ini. Semoga kejadian ini menjadi iktibar dan melahirkan waspada yg tinggi kepada setiap pendaki². Sentiasa bersiap sedia dan elakkan treking dia laluan air.

TANDA KEMUNCULAN KEPALA AIR

Awas bagi pencinta aktiviti rekreasi pendakian. Sentiasa berhati-hati kemunculan kepala air. Berikut beberapa panduan tanda-tanda kepala air;

1.Langit gelap di hulu sungai atau kawasan puncak bukit. Ia akan disertai bunyi petir dan guruh yang kuat.

2.Kedengaran bunyi dentuman gerakan batu-batuan dan air dari hulu sungai.

3.Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba.

4.Daun kering dan ranting kayu muncul dengan banyak pada permukaan air.

5.Bunyi siren amaran.

6.Perubahan arus sungai dan keadaan cuaca. Perhatikan tanda-tanda langit gelap di kawasan hulu.

7.Sentiasa peka dengan perubahan cuaca. Walaupun tiada hujan di kawasan mandi manda, hujan di hulu sungai boleh mengakibatkan kepala air.

8.Apabila terjadi tanda-tanda kepala air, kita hanya mempunyai masa sekitar 10 hingga 15 minit sahaja untuk menyelamatkan diri.

Diharapkan info ini mengurangkan risiko kemalangan dan kematian akibat kejadian kepala air.

Kepala air ragut nyawa dua pendaki wanita, ini kronologi kejadian di Gunung Suku   KEPALA air amat berbahaya kerana arusnya yang kuat membawa bersama bersama kelodak dan pelbagai objek yang ada di laluannya seperti batu dan kayu.

Photos from Wangsa Maju Recreational Club's post 19/12/2021

Kelab telah berjaya mendapatkan bantuan sumbangan 100 kotak Bakul Rezeki dari Pusat Pungutan Zakat pada tanggal 14 Disember 2021 yang lalu.

Sekalung tahniah buat NGO dalam Wangsa Maju yg telah turun mengenalpasti penerima yg memerlukan bantuan. Terima kasih :
- ADAT
- PAJAM
- KAM1 Wangsa Maju
- My Wangsa Maju

Bertempat di Dewan Aktiviti Masyarakat Wangsa Maju, serahan telah berjaya dilakukan oleh Yang Berusaha Tuan Mazlan Abd Latif selaku penasihat dan koordinator bagi program sumbangan ini kepada penerima & wakil² penerima yg terdiri dari penduduk sekitar:
- Menara Alpha
- Desa Setapak
- Seksyen 1
- Seksyen 2
- Flat Sri Kedah
- PPR Gombak Setia
- Medan Idaman
- Tmn Setapak Indah
- Flat Danau Kota
Dan pelbagai kawasan lain dalam Wangsa Maju.

Kelab Rekreasi Wangsa Maju akan terus cakna menyebarkan dan berkongsi kebaikan di kalangan kita.

Tahniah semua.







02/12/2021

DAFTAR SEGERA!!!!!!


Assalamualaikum wbt...

Ramai di antara kita yang mempunyai perniagaan dan syarikat. Senang sebenarnya nak mendaftarkan syarikat, apatah lagi perniagaan. Namun apakah langkah seterusnya dalam memastikan perniagaan kita itu berjalan dengan baik dan teratur?

Begitu juga dengan para aktivis mahupun belia yang aktif dalam persatuan. Mendapat kelulusan selepas mendaftar di ROS, ROY, ROSA dan sebagainya yang penuh berliku. Adakala hingga perlu bermula semula dari kosong. Namun setelah berjaya didaftarkan, apakah itu sahaja peranan kita?

Tidak. Ianya tidak terhenti di situ. Setiap syarikat, perniagaan, ngo dan kelab perlu mempunyai Akaun Bank agar segala perbelanjaan dapat direkod dan disimpan dengan selamat. Apa? Mahal? Ya benar. Kosnya agak tinggi, bergantung kepada Bank yang anda pilih. Paling tidak pun tetap perlu keluar modal untuk buka akaun kan? Akaun peribadi pun bermodal, apatah lagi akaun syarikat dan lain².

Atas keprihatinan dan tanggungjawab bagi memastikan warga Wangsa Maju ini terus dididik dengan perilaku yang betul dalam berorganisasi, UMNO Wangsa Maju melalui Biro Pendidikan Wangsa Maju dan kerjasama Bank Islam dan NGO kawasan membawakan Program Buka Akaun Bank Islam SECARA PERCUMA kepada semua. Tiada kos tersembunyi, bukan cakap kosong. Daftar sekarang dan kami akan hubungi dan bantu anda dalam pembukaan akaun ini.

Sebarang pertanyaan, boleh hubungi atau whatsapp di wasap.my/60183886898.

JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!!!!!! DAFTAR SEKARANG!!!!

https://forms.gle/EixJRigKhXJPyXfW7








Photos from Wangsa Maju Recreational Club's post 14/02/2021

14 Feb 2021

Dalam kita menjalani PKP dan Darurat Politik ini seusahanya kita perlu bertanya khabar akan rakan² taulan dalam kawasan. Sempat beramah mesra bersama KP UMNO Bahagian Wangsa Maju, YBhg Datuk Fazly Zainuddin dan NKPnya, Sdr Ameer Hakim dalam berkongsi pendapat mengenai belia² dalam kawasan.

Diberitakan oleh mereka akan keadaan sebuah keluarga muda dalam kawasan Flat Taman Melati yang isterinya diuji dengan penyakit tulang belakang akibat kuman yang menyerang selepas melahirkan puteri sulong pada tahun 2018 dahulu. Pesakit kini terpaksa berjalan menggunakan bantuan dan dirawat di Pusat Rehabilitasi Perkeso, Melaka.

Atas sifat keprihatinan dan kesetiakawanan, WAMRECT telah menghubungi Sdr Halim yang merupakan Ketua Pemuda UMNO Flat Taman Melati bagi merancang pertemuan dengan keluarga pesakit bagi menyalurkan bantuan dan sumbangan.

Alhamdulillah petang tadi, kami telah mewakili WAMRECT dalam menyampaikan beberapa barang keperluan bagi meringankan beban keluarga pesakit. Buat pengetahuan semua, suami pesakit iaitu Encik Mohd Fitdle merupakan pekerja di Aeon AU2 Setiawangsa dan bekerja secara syif 6 hari seminggu. Kini terpaksa menjaga anak beliau bersama dengan ibunya yang tinggal berhampiran. Dugaan yang amat besar bg keluarga muda ini di dalam kawasan bandar yang sentiasa berkehendakkan komitmen seharian yang tinggi. Kami bersimpati atas dugaan dan cabaran yang dihadapi beliau sekeluarga. Semoga dipermudahkan segala urusan keluarga beliau dan disihatkan kembali tubuh badan serta dijauhkan dari segala penyakit.

Semoga sumbangan kecil ini dapat sedikit sebanyak membantu dan menaikkan semangat En Fitdle sekeluarga dalam menempuhi hari² yang mendatang.





01/01/2021

Jom Bukit Dinding...

Setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat.
6.45pagi.

JUMPA DI SANA!!!!


Photos from Wangsa Maju Recreational Club's post 01/01/2021

Sumbangan Juadah Berbuka buat sahabat² WAMRECT sekitar Wangsa Maju..



05/12/2018

Haa musim2 hujan ni, kema lebih berhati2..

Eloknya jauhkan diri dari layan sungai yer..

Photos from Wangsa Maju Recreational Club's post 06/11/2018

Selamat pagi semua..

Jom kita tengok aktiviti sahabat2 kita minggu lepas hingga ke hari ini..

Ada yg memancing..
Ada yg ke Kinabalu..
Ada yg ke Nuang..
Ada yg berlari dalam KL..
Ada yg mengayuh sekitar putrajaya..
Ada yg ke Bukit Dinding..

Senang cerita, jangan sia2kan hari cuti anda..



Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Thongwa?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


Thongwa