Persatuan Tarik Tali Negeri Terengganu

Persatuan Tarik Tali Negeri Terengganu

Share

Laman Rasmi Persatuan Tarik Tali Negeri Terengganu

07/01/2026

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Tuan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kelahiran Tuan Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu Shahrizal Yahaya .

Semoga diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan, amalan dan ibadat. aamiin.

Photos from Persatuan Tarik Tali Negeri Terengganu's post 13/10/2025

11 Oktober 2025 | Sabtu
Kompleks Sukan Negeri Terengganu, Kuala Nerus
Kejohanan Tarik Tali Terengganu sempena Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Terengganu

Pasukan Gajah Hitam membawa pulang RM1,000.00 sebagai Johan bagi edisi tahun ini.

Tujuan utama penganjuran acara ini adalah untuk memupuk semangat kesukanan, mengeratkan silaturahim serta mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan tarik tali. Pertandingan ini terbuka kepada pasukan dari dalam dan luar negeri Terengganu dan mendapat sambutan yang baik dari semua institusi dan agensi yang terlibat.

Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan oleh YB Tuan Adam Adli Abdul Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Hadir bersama ialah YB Ustaz Hishamuddin Abd Karim, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan NGO, Ybhg. Dato Haji Kahar Abd Latif, Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Terengganu, Puan Chan Hing Jin, Timbalan Ketua Setiausaha Strategik Kementerian Belia dan Sukan, Tuan Haji Asmadi Bin Mohamad, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu dan Anas Hazizul Bin Mohamad, Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu.

Tahniah kepada pemenang dari pasukan Air Pahang Tuggers, Jerung Sesat dan Caterpillar masing-masing merangkul tempat kedua hingga tempat keempat.

KBSMalaysia
Adam Adli
Hishamuddin Abdul Karim
Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Terengganu
Majlis Belia Negeri Terengganu




29/09/2025

Kejohanan Tarik Tali Terengganu sempena Hari Sukan Negara 2025 peringkat Negeri Terengganu

15/09/2025

‼️ *KEJOHANAN TARIK TALI TERENGGANU* ‼️

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu dengan kerjasama Persatuan Tarik Tali Negeri Terengganu akan mengadakan Cabaran Tarik Tali Terengganu sempena Hari Sukan Negara 2025 Peringkat Negeri Terengganu

Jom sama sama kita memeriahkan HSN25 Negeri Terengganu sambil menyaksikan cabaran tarik tali beraksi!

Kategori : Terbuka Tradisional
Tarikh : 11 Oktober 2025, Sabtu
Masa : 8 pagi
Tempat : Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Terengganu

HADIAH
Johan : RM1000 + Sijil + Medal
Naib Johan : RM500 + Sijil + Medal
Tempat 3 : RM300 + Sijil + Medal
Tempat 4 : RM200 + Sijil + Medal

💵 Yuran Pendaftaran

Yuran : RM 80/pasukan
(Terhad untuk 16 pasukan sahaja)

Untuk Pendaftaran, Boleh isi link di bawah:-

https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSfQoSHYiddLz90clMi6Hts4EKw7M-kis-Sn6sb_BFIqRoht0Q/viewform?usp=header

‼️Tarikh Tutup Penyertaan‼️

⛔ 4 Oktober 2025 ⛔

Untuk pertanyaan, hubungi:

En. Nik
www.wasap.my/60189127365

Jangan lepaskan peluang!

"SLOT ADALAH TERHAD"

24/08/2025

Presiden dan Seluruh Jawatankuasa Persatuan Tarik Tali Negeri Terengganu mengucapkan Tahniah kepada pasukan Mahkamah Terengganu kerana berjaya merangkul pingat Gangsa dalam Multaqa Mahkamah Syariah 2025. Anda telah melakukan yang terbaik demi lencana di dada.


Photos from Persatuan Tarik Tali Negeri Terengganu's post 15/07/2025

13 JULAI 2025 | AHAD

Presiden PTTNT Sdr. Nik M. Shafiq telah mengadakan lawatan ke sesi latihan pasukan tarik tali Mahkamah Terengganu. Lawatan ini bertujuan memberi sokongan moral dan melihat sendiri komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh pasukan.

Turut bersama hadir, Sdr. Zamarul Aiman Atlet Rowing Malaysia yang turut memberi nasihat dan ajar bagi memantapkan lagi pasukan.

Tahniah dan Semoga berjaya kepada pasukan tarik tali mahkamah Terengganu di Kejohanan Sukan Mahkamah Malaysia yang akan berlangsung pada bulan Ogos ini.

Photos from Persatuan Tarik Tali Negeri Terengganu's post 30/06/2025

29 JUN 2025 | AHAD
Perjumpaan bersama Mahkamah Terengganu

PTTNT berpeluang dijemput oleh Mahkamah Terengganu untuk menyampaikan taklimat dan penerangan mengenai Sukan Tarik Tali.

Hasil daripada sesi tersebut telah terjalin satu kerjasama antara Persatuan Tarik Tali Negeri Terengganu dan Mahkamah Terengganu. Satu langkah positif dalam usaha memartabatkan Sukan Tarik Tali ini diperingkat yang lebih tinggi.

Sukan Tarik Tali bukan sekadar aktiviti fizikal, tetapi juga mencerminkan nilai kerjasama, kekuatan mental dan semangat berpasukan.

Semoga lebih banyak institusi dan agensi tampil menyokong pembangunan Sukan Warisan ini.

18/06/2025

18 JUN 2025 | RABU
Mesyuarat Pengurusan Persatuan Tarik Tali Negeri Terengganu

PTTNT telah mengadakan Mesyuarat Pengurusan Bil. 2/2025 yang dipengerusikan oleh Encik Nik M. Shafiq Presiden PTTNT.

Mesyuarat ini membincangkan pelbagai perkara penting termasuk :-
- Perancangan program pembangunan sukan
- Cadangan kerjasama bersama rakan strategik
- Perancangan kejohanan peringkat antarabangsa
- Mempromosikan sukan tarik tali

Semoga mesyuarat ini menjadi pemangkin kepada pengurusan yang lebih cekap, program yang lebih mantap, serta kerjasama yang lebih erat demi manfaat bersama.

06/06/2025

Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H / 2025M

Kami ingin merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam, khususnya kepada Penggiat Sukan Tarik Tali di Terengganu.

Aidiladha membawa makna yang amat besar dalam kehidupan kita sebagai Muslim. Ia bukan sekadar hari untuk menyambut perayaan, tetapi merupakan detik penting untuk menghayati erti pengorbanan, keikhlasan, dan ketaatan kepada perintah Allah SWT.

Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S. dan ketaatan Nabi Ismail A.S. menjadi teladan sepanjang zaman, mengajar kita bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas akan sentiasa diberi ganjaran oleh Allah SWT. Dalam konteks organisasi dan masyarakat, nilai-nilai ini amat penting dalam membentuk integriti, kepercayaan dan semangat kerjasama.

Sempena hari yang mulia ini, kami mendoakan agar semua ibadah korban yang dilakukan diterima oleh Allah SWT, dan semoga kita semua diberi kekuatan untuk terus berbakti dalam apa jua lapangan yang kita ceburi.

Selamat Hari Raya Aidiladha.

Ikhlas daripada,
Presiden dan Seluruh Jawatankuasa
Persatuan Tarik Tali Negeri Terengganu

03/06/2025

Julung Kali.. Bakal Beraksi..

Festival Sukan Pantai Terengganu 2025 bakal berlangsung
di Pantai Teluk Ketapang, Kuala Nerus, Terengganu.

InsyaAllah, Oktober 2025 ini.. Nantikan...

Seluruh Malaysia dan Negara Asean-asean dijemput memeriahkannya nanti..

Negeri CANTIK..
Pantai yang INDAH...
Orangnya BAIK-BAIK...

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Alor Limbat?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Alor Limbat
21300