09/07/2023
Kedah vs PDRM
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Sokongan Sepanjang Zaman - Kedah DA, Sports Club, Alor Setar.
09/07/2023
Kedah vs PDRM
09/07/2023
15/01/2023
Penyokong dan Peminat Sang Kenari yang saya muliakan.
Kami di KDA FC telah cuba melakukan yang terbaik untuk meletakkan Sang Kenari di landasan yang terbaik di musim baru.
Barisan kejurulatihan dan kecergasan. Barisan pemain tempatan dan import. Prasarana dan fasiliti. Kewangan dan kelestarian.
Kini sampailah masa kami di KDA FC - dengan penuh rasa hormat dan jati diri - menagih dan mendambakan sokongan para penyokong & peminat KDA FC bagi menyokong kelab kesayangan kita untuk terbang tinggi di awan biru. Sokongan, sumbangan dan partisipasi anda dalam semua projek kewangan dan perniagaan KDA FC - serendah mana sekali pun - adalah besar maknanya kepada kami di KDA FC.
Sokongan dan partisipasi anda ibarat saluran oksigen kepada kelab kita. Sama-sama kita tolong menolong. Kegemilangan dan sorakan meriah di setiap perlawanan bermula dari sokongan & partisipasi anda semua.
Sasaran KDA FC adalah untuk menjana 5,000 keahlian KEPAK KENARI, sesuatu yang tidak mustahil jika anda semua menyokong perjuangan ini.
Jom kita sokong semua inisiatif kewangan dan perniagaan KDA FC bagi musim 2023.
Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar
Diakui Kedah beraksi dibawah prestasi sebenar malam td.. Tapi Kedah sewajarnya dihadiahkan sepakan Penalti sebab bola jelas terkena tangan pemain tranung.. Siap tangan dia bum2 bola lg tu.. Maafkan reff sebab tiba2 jd buta.. Huhu
21/10/2020
𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐔𝐋 𝐀𝐌𝐀𝐍 NAMA BAHARU KELAB BOLA SEPAK KEDAH
"KFA telah memutuskan selepas ini Kelab Bola Sepak dari Kedah akan dikenali sebagai 𝗞𝗘𝗗𝗔𝗛 𝗗𝗔𝗥𝗨𝗟 𝗔𝗠𝗔𝗡 (𝗞𝗗𝗔)."
𝗬𝗕 𝗠𝗢𝗛𝗗 𝗙𝗜𝗥𝗗𝗔𝗨𝗦 𝗕𝗜𝗡 𝗔𝗛𝗠𝗔𝗗
𝗘𝘅𝗰𝗼 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗱𝗮𝗵 𝗗𝗮𝗿𝘂𝗹 𝗔𝗺𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗽 𝗦𝗲𝘁𝗶𝗮𝘂𝘀𝗮𝗵𝗮 𝗞𝗲𝗵𝗼𝗿𝗺𝗮𝘁 𝗞𝗙𝗔
//𝑃𝑒𝑡𝑖𝑘𝑎𝑛 𝑑𝑎𝑟𝑖 𝑆𝑖𝑑𝑎𝑛𝑔 𝑀𝑒𝑑𝑖𝑎 𝑜𝑙𝑒ℎ 𝑌𝐵 𝑀𝑜ℎ𝑑 𝐹𝑖𝑟𝑑𝑎𝑢𝑠 𝐴ℎ𝑚𝑎𝑑, 𝐸𝑥𝑐𝑜 𝐾𝑒𝑟𝑎𝑗𝑎𝑎𝑛 𝑁𝑒𝑔𝑒𝑟𝑖 𝐾𝑒𝑑𝑎ℎ 𝐷𝑎𝑟𝑢𝑙 𝐴𝑚𝑎𝑛 𝑚𝑒𝑟𝑎𝑛𝑔𝑘𝑎𝑝 𝑆𝑒𝑡𝑖𝑎𝑢𝑠𝑎ℎ𝑎 𝐾𝑒ℎ𝑜𝑟𝑚𝑎𝑡 𝐾𝐹𝐴 𝑠𝑒𝑙𝑒𝑝𝑎𝑠 𝑚𝑒𝑠𝑦𝑢𝑎𝑟𝑎𝑡 𝐸𝑥𝑐𝑜 𝐾𝑒𝑟𝑎𝑗𝑎𝑎𝑛 𝑁𝑒𝑔𝑒𝑟𝑖 𝐾𝑒𝑑𝑎ℎ 𝑝𝑎𝑑𝑎 21 𝑂𝑘𝑡𝑜𝑏𝑒𝑟 2020.
30/12/2019
Aidil Sharin: Banyak Aspek Lain Perlu Dinilai Dalam Pra-Musim, Bukan Keputusan Sahaja Lebih kurang sebulan Kedah telah menjalani latihan pra-musim di Stadium Sultan Abdul Halim dan beberapa aksi pemanas badan dalaman sudah dilalui. Namun, bagi sesetengah penyokong, ada yang mempersoalkan mengenai pasukan yang ditentang Kedah. Bagi sesetengah penyokong, ada yang mempersoalkan lawan ya...
16/12/2019
06/12/2019
RM32 juta diperlukan Lang Merah harungi musim 2020
Sebanyak RM32 juta dianggarkan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) sebagai persiapan menghadapi Liga Malaysia dan Aksi Kelayakan Kump**an Liga Juara-Juara AFC (ACL) 2020.
Bagaimanapun, Presiden KFA, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, persatuan akan berusaha berbelanja secara berhemah seperti musim ini apabila berjaya menjimatkan kira-kira RM3.9 juta berbanding anggaran RM30.4 juta.
"Beberapa langkah penjimatan kita cuba buat contohnya kos pengangkutan. Mana-mana perbelanjaan yang boleh kita kurangkan, kita akan buat dan seboleh-bolehnya kita tidak mahu berbelanja melebihi anggaran yang ditetapkan setiap tahun.
"Walaupun langkah penjimatan dilaksanakan namun Kedah tetap berjaya meraih Piala FA 2019, muncul Naib Juara Piala Malaysia 2019 dan berada di tangga keempat Liga Super 2019," katanya pada sidang media selepas Kongres KFA Kali ke-44 di Wisma Darul Aman hari ini.
Mukhriz berkata, dana yang besar perlu dicari kerana tanggungan KFA tidak tertumpu kepada pasukan utama Liga Super sahaja.
Menurutnya, persatuan itu turut mempunyai Pasukan Piala Presiden bawah 21 tahun, Pasukan Piala Belia bawah 19 tahun, Pasukan Lang Muda bawah 17 tahun dan bawah 14 tahun, pasukan bola sepak wanita, pasukan futsal lelaki dan wanita, pasukan bola sepak pantai serta program Kedah Kenari Kid.
"Berkenaan baki geran berjumlah RM 1.5 juta yang dijanjikan pembayarannya oleh MFL pada November masih belum diterima. Ini adalah penangguhan kali kedua yang asalnya dijanjikan pada Ogos 2019 tetapi ditangguhkan kepada November.
"Terkini, kita dimaklumkan perkara tersebut akan dibincangkan p**a semasa Kongres Luarbiasa MFL pertengahan bulan ini. Kelewatan ini menimbulkan masalah kepada persatuan-persatuan bola sepak negeri serta kelab seperti KFA yang mempunyai dana terhad," katanya.
Mengulas mengenai penaja baharu bagi musim 2020 p**a, Mukhriz berkata, pihak pengurusan tertinggi KFA kini berada di peringkat akhir perbincangan untuk mendapat beberapa tajaan rasmi.
*Berita BOLA SEPAK KEDAH* 🔰
06/12/2019
KFA GUNA SALURAN BETUL DAN TIDAK PUTUS ASA CARI KEBENARAN DALAM KES PERPINDAHAN AKHYAR RASHID
Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA) masih meneruskan usaha mencari kebenaran di dalam kes perpindahan pemain, Akhyar Rashid ke Johor Darul Takzim FC (JDT FC).
Setelah kes di peringkat awal iaitu peringkat Jawatankuasa Status Pemain dan peringkat Rayuan di tolak FAM, kes ini dirujuk p**a ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di Kuala Lumpur dan keputusannya akan kita ketahui selewat-lewatnya Januari ini.
Untuk kes tuntutan KFA terhadap JDT FC p**a, ianya seolah-olah tidak menemui langkah positif kerana hingga kini ia masih belum memasuki fasa rayuan. KFA mengharapkan FAM akan bertindak telus dalam menyelesaikan isu ini dengan segera.
Untuk makluman juga, sumbangan yang telah dikumpul dari orang ramai tahun lepas bagi Tabung CAS-KFA yang berjumlah RM50,000 dahulu telahpun habis digunakan untuk menampung kos guaman untuk dua kes di atas dan jumlah tersebut masih tidak mencukupi, malah KFA menanggung segala kos tambahan bagi mencapai hasrat untuk menegakkan keadilan dalam kes ini.