06/03/2026
17 Ramadan 1447H | 7 Mac 2026
Bersempena dengan peristiwa agung Nuzul Al-Quran, pihak Pengurusan, Barisan Jurulatih serta seluruh warga pasukan THB Wanderers FC ingin mengucapkan Salam Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam.
Semoga peristiwa turunnya Al-Quran ini menjadi peringatan kepada kita semua untuk terus mendekatkan diri kepada Allah SWT, memperbanyakkan membaca, memahami serta mengamalkan ajaran Al-Quran dalam kehidupan seharian.
Kami juga berdoa agar bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini memberi kekuatan, kesabaran dan keberkatan kepada kita semua dalam menjalani ibadah serta tanggungjawab masing-masing.
Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran
Semoga Al-Quran sentiasa menjadi panduan dan cahaya dalam kehidupan kita.
Ikhlas daripada:
Pengurusan, Jurulatih & Seluruh Pasukan
THB Wanderers FC
19/02/2026
๐๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ญ ๐๐๐ง๐ฒ๐๐ฆ๐๐ฎ๐ญ ๐๐๐ฆ๐๐๐๐ง ๐๐ฅ-๐๐ฎ๐๐๐ซ๐๐ค โจ๐
Bulan Ramadan yang mulia kini kembali menemui kita, bukan sekadar tempoh menahan lapar dan dahaga, tetapi madrasah terbaik untuk menyucikan jiwa, melatih kesabaran, memperkukuh disiplin diri, serta menanam rasa empati dan kasih sayang terhadap sesama insan.
Pengurusan dan seluruh pemain THB Wanderers FC dengan penuh barakah ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak kepada seluruh muslimin dan muslimat di mana sahaja berada.
Semoga kehadiran bulan suci ini:
๐ฟ Membawa ketenangan jiwa dan hati yang damai
๐ฟ Dilimpahi rahmat dan keberkatan yang melimpah
๐ฟ Menguatkan ukhwah dan kasih sayang sesama kita
Mari kita jadikan Ramadan ini peluang untuk mempertingkatkan amal ibadah, mengeratkan silaturrahim, dan menyemai kebaikan dalam setiap tindakan.
Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak
THB WANDERERS FC
16/01/2026
ISRAโ MIโRAJ 1447H
Sempena peristiwa agung Israโ Miโraj, kami daripada Pengurusan dan Pasukan THB Wanderers FC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyokong setia.
Sebagaimana firman Allah SWT yang memperjalankan Nabi Muhammad SAW pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa untuk diperlihatkan tanda-tanda kebesaran-Nya, peristiwa ini mengajar kita erti iman, kesabaran dan keyakinan dalam setiap perjalanan.
Nilai inilah yang kami pegang dalam perjuangan di atas padang terus melangkah dengan disiplin, usaha dan tawakal.
Terus bersama kami.
Satu Pasukan. Satu Semangat. Satu Perjuangan.
Ikhlas daripada
Pengurusan & Pasukan
THB Wanderers FC
06/09/2025
ADDHA DARI THB WANDERERS FC DIPILIH PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN SUKU AKHIR 4
Tahniah buat MUHAMMAD ADDHA NAZMAN dari THB Wanderers FC, walaupun pasukannya tewas di Suku Akhir, tetapi aksi beliau mendapat perhatian panel pemilihan petang ini.
Beliau menerima wang tunai RM100 tajaan Nelis Burger yang disampaikan oleh AJK Teknikal PBMK, Encik Maulud dan Setiausaha Kehormat PBMK, Encik Abu.
Tahniah!
SUKU AKHIR PBMK KEDAH LEAGUE 2025
SUKU AKHIR 3๏ธโฃ
Masa penuh AET:
BINTONG FC II 2-1 THB WANDERERS FC
Stadium Arena MPKP Jitra
06/09/2025
โฝ๏ธ Suku Akhir PBMK Kedah League 2025
Arena MPKP Jitra
๐ด Bintong FC II 2-1 THB Wanderers FC (AET)
Kami sudah berikan segalanya di atas padang ๐ช. Perlawanan sengit, terikat 1-1 hingga 90 minit, sebelum lawan menjaringkan gol kemenangan di masa tambahan.
๐ THB Wanderers FC menerima kekalahan dengan penuh profesional.
Terima kasih atas sokongan padu penyokong setia kami! โค๏ธ๐ค
Perjalanan musim ini jadi pengalaman berharga. Kita bangkit lebih kuat selepas ini! ๐ฅ
Credit Persatuan Bola Sepak Melayu Kedah
03/09/2025
โฝ SEMANGAT WANDERERS! MASA UNTUK BERJUANG! โฝ
SUKU AKHIR PBMK KEDAH LEAGUE 2025 kini tiba!
Inilah medan kita membuktikan THB WANDERERS FC bukan calang-calang pasukan!
๐
6 September 2025 (Sabtu)
๐ 4.15 petang
๐ Stadium Arena MPKP Jitra
BINTONG FC II ๐ THB WANDERERS FC
Turunlah beramai-ramai, penuhkan stadium dengan warna dan sorak Wanderers.
Jadikan gegaran sorakan anda sebagai nadi kekuatan pemain di padang!
SATU HATI. SATU SEMANGAT. SATU WANDERERS.
Ayuh kita melangkah ke separuh akhir bersama!