Seni Silat Minangkabau Kumango

Seni Silat Minangkabau Kumango

Share

Kumango style- Melayu Style ( Paksu Dan ) Nagari Kumango is located around 8 (eight) kilometres from Batusangkar.

History - Silat Kumango originated from Kumango, a village (we, in Minangkabau call the term of village Nagari) situated in Tanah Datar Regency whose capital city is Batusangkar, in Sumatera Barat, Indonesia. It is composed of characteristically Minangkabau footwork which puts the operator close in on the enemy so that seizure can be followed by striking and/or throwing attacks. Soft, flexible act

13/05/2021
06/05/2021

Pencak dan Silat

Kupasan Tuo Silek (guru silat) dengan dua rangkap kata menunjukkan perbezaan antara pencak dan silat:

Mamancak di laman
Basilek jo urang.

Mamancak(berpencak) di laman (di khalayak ramai)
Maksudnya apabila dipertontonkan di khalayak ramai bukan silat yang ditunjukkan tapi hanyalah permainan silat. Pencak itu ertinya permainan silat Yang dipertontonkan. Kalau disini kita katakan silat pulut. Permainannya hanya dimengerti oleh yang faham sahaja.

Basilek jo urang(bersilat dengan musuh)
Silek/Silat adalah kaedah tempur yang mematikan. Tidak kira bagaimana kondisi kita ketika diserang, samada dalam keadaan berdiri, duduk, berbaring, mencangkung dsbagainya atau dimana sahaja pesilat berada samada di tanah yang datar,di cerun bukit, di dalam rumah,di bawah rumah, di atas sampan, dilantai yang licin,silat yang digunakan mampu mematikan atau melumpuhkan musuh dan sekaligus mampu membela diri pesilat.

PENCAK ITU PERTUNJUKKAN
SILAT ITU ILMU PERANG..
Nak dapat isi kena belajar sampai tamat kalau tidak dapat kulit je lah...

Kredit: TJ

09/01/2021

Generasi pelapis perguruan silat minangkabau kumango kedah

02/01/2021

dalam sejarah perperangan antara KEDAH vs SIAM telah di rekodkan terdapat sebahagian besar pejuang Kedah terdiri dari Srikandi yang turut turun ke medan jihad membebaskan Kedah dari cengkaman Siam dan seramai 600 lebih serikandi melayu gugur syahid sepanjang perperangan tersebut.

moga-moga titisan perjuangan srikandi terus mekar di bumi melayu khususnya di Kedah ini, Al Fatihah buat semua srikandi yang gugur syahid.

Photos from Seni Silat Minangkabau Kumango's post 12/11/2020

Bendera lama kedah, Bendera/Panji Merah Harimau Emas Menerkam yang pernah berkibar di Kota Kuala Kedah suatu ketika dahulu.

Ramai juga orang bukan asal dari Kedah hat mana minat sungguh dengan sejarah Kedah pakai gambaq bendera ni buat DP/pic profile sementara depa, dua-tiga hari.

Solidariti sempena memperingati tarikh 12 November 1821 satu-satunya kota binaan Melayu iaitu Kota Kuala Bahang atau la ni dikenali sebagai Kota Kuala Kedah yang jatuh ke tangan Siam (Ligoq) proksi kerajaan Thai. Hari yang sama bendera ni diturunkan Siam.

Orang Kedah tau dak ni ?

JELAJAH GELANGGANG | EP.7 | Perguruan Seni Silat Minangkabau Kumanggo 06/11/2020

Sekreteriat Media & Penerangan Persatuan Dunia Seni Silat Melayu(DSSM) bersama Channel Alam Mala’u membawakan khas :-

JELAJAH GELANGGANG : PERGURUAN SENI SILAT MINANGKABAU KUMANGGO (Taman Aman,Anak Bukit)

Subscribe, Like ,Share tanda sokongan kepada usaha melestarikan Seni Silat Warisan Tradisi Melayu Islam- Islam Melayu

JELAJAH GELANGGANG | EP.7 | Perguruan Seni Silat Minangkabau Kumanggo Dalam Siri Jelajah Gelanggang Dibawah Unit Media & Penerangan Dunia Seni Silat Melayu Negeri Kedah -Jelajah Gelanggang Episode 7 -Perguruan Seni Silat Minang...

28/10/2020

Selamat Menyambut Hari Kelahiran Baginda Rasulullah saw

Photos from Seni Silat Minangkabau Kumango's post 11/09/2020

adik-adik SRIKANDI SENI SILAT MINANGKABAU KEMANGAU (KUMANGO) negeri Kedah Darulaman di Majlis Pembukaan Gelanggang Seni Silat Melayu Asli di Kampung Brokhas Pedu.

Photos from Seni Silat Minangkabau Kumango's post 10/09/2020

"Oooo silat ni mai dari Rembau, lagu mana boleh ada di Kedah ni?'

ini antara persoalan yang acap kali di tanya oleh rakan persilatan, orang sejarah mahupon orang yang mencari, ketahuilah angkatan Rembau sudah banyak kali membantu Kedah dalam konflik yang berlaku antara Kesultanan Kedah dan penjajah samada British maupon Siam.

Catatan terawal yang di rekodkan Kedah meminta bantuan Rembau ialah pada lewat tahun 1700M di mana Sultan Abdullah ketika itu yang menjadi pemerintah tertinggi negeri Kedah sedang melancarkan perang dengan Franchis Light di Pulau Pinang.

Kemudian sekitar tahun 1838M sekali lagi angkatan Rembau di gerakkan membantu Kedah mengusir Siam keluar dari bumi Jelapang Padi, maka setelah berjaya membantu Kedah maka Sultan Ahmad Tajuddin meminta pahlawan-pahlawan Rembau terus menetap di Kampung Alor Ganu dan Padang Sejana bagi memastikan negeri ini bebas dari ancaman musuh. perlu di ketahui bahawa Alor Ganu dan Padang Sejana dahulunya adalah kubu kuat pertahanan Kedah bagi mengekang serangan darat namun telah di tawan dan di rampas kemudian menjadi markas dan kubu bagi Siam Ligor hampir 20 tahun lamanya sebelum di rampas kembali oleh angkatan Kedah dan sekutunya.

Alhamdulillah setelah hampir 200 tahun warisan angkatan Rembau masih kekal wujud terutama ilmu persilatan yang masih asli kekal seperti ratusan tahun dahulu.

semoga semua roh para panglima-panglima Rembau diangkat syahid dan berada di sisi Allah swt, al Fatihah.

27/08/2020

JIWA SILAT

Langkah sembah bermaksud ibu segala permainan atau ibu kaedah bagi silat. Baik zahir mahupun batin, hakikat atau makrifat.

Bukan pandai² buat atau suka² buat melainkan setiap gerakan ada makna dan rahsia tertentu.

Langkah sembah, gabungan permainan langkah, letak kekuatan badan, gerak nafas, pandangan diri zahir, serta pandangan diri batin.

Dalam gerak bunga sembah terdapat ciri-ciri asas kaedah silat iaitu seperti ‘Langkah’, ‘Kekuda’, ‘Jalan’, ‘Gerak’, ‘Garik’, ‘Sikap’, dan ‘Arah’. Tujuh ciri-ciri asas tersebut merupakan rahsia yang terkandung dalam bunga sembah.

Kita buka sikit rahsia, Jangan dibanyak sangat ... kita beri huruf "LAM ALIF", rahsia pandai pandai lah cari sendiri hehe ...

Bergerak dalam kalimah... Mudah-mudahan kita sentiasa ingat pada Dia.

"Tumpuan hati berdiri atas diri terperi ...
Gerak atas gerik ...
Rasa atas resa ...
"AGAM" ... aku gerak ALLAH menggerak"

Hebatnya orang melayu ni ... Bukan sahaja dalam ilmu perang, bahkan dalam pembuatan rumah, busana, dan macam² yang lain ... semua aplikasi Tauhid tahap tinggi.

Sungguh rugi pesilat yang hanya tahu menghafal bunga, Tetapi tidak tahu rahsia yang terkandung di dalamnya.

Bunga silat adalah tarian para Hulubalang suatu ketika dahulu. Tetapi ianya bukanlah semata-mata tarian, Setiap bunga yang dipersembahkan mengandungi rahsia yang tersembunyi.

Bangsa Melayu tinggi adabnya walaupun ketika bertarung, Adakalanya bunga dimainkan sebelum atau ketika pertarungan untuk menunjukkan pesilat menghormati pertarungan.

Bangsa Melayu menyanjung tinggi adab dan budi bahasanya. Dalam sopan orang Melayu ada kerasnya. Seperti bunga silat, indah lembut berseni geraknya tersimpan gerakan rahsia yang membunuh.

"Gerak silat asalnya Ilham, Lalu disimpan di dalam Bunga, Dari bunga terbitnya Buah"

Manusia diberikan naluri untuk mempertahankan diri dan menyelamatkan diri dari bahaya, Kita ini adalah sebaik-baik ciptaan-NYA. Setiap gerakan berdasarkan naluri yang sukar dijelaskan dan bukannya gerakan sembarangan.

Ilham ini datang dalam pelbagai cara seperti mimpi, sumber dari pertapaan dan pemerhatian terhadap gerak binatang. Sumber ilham hakikatnya ini datang dari Pemberi Ilham (Rujuk Sifat 20). Ianya dizahirkan dengan pergerakan seni yang dinamakan Bunga.

Setiap Gerakan memiliki pelbagai maksud tersirat dan dari asas gerak ini munculnya gerakan menepis, gerakan tapak, tumbukan, mengunci, menjatuhkan lawan, melangkah dan sebagainya. Gerak abstrak ini dipercayai menyimpan pelbagai gerak rahsia dan beribu buah.

"Setiap gerak ada seni, Setiap seni ada rahasia, Setiap rahasia ada rahasia, Hanya yang bergerak dan digerak yang mengetahui erti Gerak-NYA"

Kredit: TengkuDaengMawelle

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

http://isfsilatusa.com/index.php, http://www.youtube.com/watch?v=Tb93qi6p3OI

Address


Alor Setar
05700