Kedah Softball Association

Kedah Softball Association

Share

Info, foto dan hebahan Persatuan Sofbol Kedah.

19/08/2026

π’π”πŠπŒπ€ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ πŸπŸŽπŸπŸ” : πŠπ„ππ”π“π”π’π€π 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍

Perlawanan ke-3 dan terakhir untuk Pasukan Kedah dalam Pool B adalah pertemuan menentang Negeri Sembilan. Perlawanan yang akan menentuka siapa yang akan layak ke pusingan XY.

Perlawanan dimulakan dengan giliran Kedah memukul. Langkah kanan untuk pasukan Kedah setelah berjaya mendapat satu run dalam Top Inning Pertama. Namun ketika giliran Negeri Sembilan memukul, mereka berjaya mengambil kesempatan untuk mendapat 4 run.

Negeri Sembilan berjaya menambah 2 lagi run masing-masing di Inning ke-3 dan ke-5. Walaupun Kedah telah berusaha keras dengan taktikal 'short game' dan 'power game', namun pukulan-pukulan itu tidak dapat diterjemahkan dalam bentuk run.

Perlawanan ditamatkan di Inning ke-7 dengan Negeri Sembilan diisytiharkan sebagai pemenang.

Dengan tewasnya Kedah di perlawanan terakhir kumpulan ini, maka Kedah telah tersingkir dari saingan merebut pingat.





Photos from Kedah Softball Association's post 18/08/2026

π’π”πŠπŒπ€ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ πŸπŸŽπŸπŸ” : πŠπ„ππ”π“π”π’π€π 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍

Perlawanan kedua bagi atlet kita menyaksikan pertembungan antara Kedah menentang Terengganu, penyandang naib johan edisi Sukma Sarawak.

Kedah mendahului Terengganu 3-0 hingga ke Top Inning ke-4 melalui skor run di Inning pertama, ke-3 dan Inning ke-4. Terengganu bangkit dengan semangat juang yang tinggi dan menyamakan mata 3-3 di Bottom Inning ke-4.

Kedah cuba menjarakkan diri dengan menambah run di Inning ke-5, namun Terengganu berjaya menghakang taktikal Kedah. Sebaliknya Terengganu berjaya menambah 3 lagi run di Inning ke-5 menjadikan skor Kedah 3 - Terengganu 6.

Terengganu disytiharkan sebagai pemenang perlawanan setelah tamat Inning ke-6.

Mari sama-sama menyokong Kedah pada hari ini yang akan turun menentang Negati Sembilan pada hari ini. Perlawanan ini bakal menentukan siapa yang akan mengiringi Terengganu ke pusingan XY.

Di kesempatan ini, kami ingin mengajak semua untuk sama-sama menyedekahkan bacaan Al-Fatihah kepada Allahyarham Wan Mohd Shymin Amirul bin Wan Mohd Sofli, Jurulatih Sofbol Lelaki Terengganu, yang telah meninggal dunia semalam.





17/08/2026

π’π”πŠπŒπ€ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ πŸπŸŽπŸπŸ” : πŠπ„πƒπ€π‡ 𝐕𝐒 𝐓𝐆𝐀𝐍𝐔

https://vt.tiktok.com/ZS9kmg6rbhj7n-LygS5/

masuk guys..

16/08/2026

π’π”πŠπŒπ€ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ πŸπŸŽπŸπŸ” : π’πŽπ…π“ππ€π‹π‹ π†π‘πŽπ”π 𝐒𝐓𝐀𝐆𝐄

Kedah bermula baik pada hari ini setelah berjaya menewaskan Sarawak dalam saingan yang sengit.

Inning pertama menyaksikan kedua-dua pasukan hanya cuba menduga taktikal lawan dan masing-masing tidak berjaya mendapat sebarang 'run'.

Sarawak berjaya mendahului dengan satu run masuk inning ke-2. Namun Kedah bangkit ketika giliran memukul di inning yang sama untuk mendahului setelah berjaya memperoleh 3 run.

Persaingan sengit antara kedua-dua pasukan memuncak apabila masuk inning ke-3. Sarawak cuba berbagai-bagai taktikal untuk cuba mendapatkan run namun berjaya dipatahkan oleh pertahan Kedah. Run bagi kedua-dua pasukan kekal hingga inning ke-5.

Di akhir inning ke -6, Kedah berjaya menambah 1 run sebelum disytiharkan pemenang untuk perlawanan ini.

Jangan lupa untuk memberi sokongan untuk perlawan kedua menentang Terengganu pada pukul 1pm πŸ”₯πŸ”₯.

Majlis Sukan Negeri Kedah





Photos from Kedah Softball Association's post 15/08/2026

π’πŽπ…ππŽπ‹ π’π”πŠπŒπ€ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ πŸπŸŽπŸπŸ” : 𝟏 π‡π€π‘πˆ π‹π€π†πˆ

Alhamdulillah atlet-atlet Sofbol kita telah selamat mendarat di bumi Darul Ehsan..

Hari ini berpeluang untuk menghadiri sesi penyesuaian padang.. tampak gagah dan bergaya masing-masing mengukur setiap inci diamond yang bakal menyaksikan pergelutan merebut pingat emas nanti..

Esok perlawanan pertama, Sukma Kedah bakal menentang Sukma Sarawak pada pukul 1:00 tengah hari. Mari sama-sama datang memberikan sokongan kepada mereka bagi yang berdekatan..

Kami akan mengkongsikan pautan live jika ada..





Photos from Kedah Softball Association's post 14/08/2026

π’πŽπ…ππŽπ‹ π’π”πŠπŒπ€ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ πŸπŸŽπŸπŸ” : 𝟐 π‡π€π‘πˆ π‹π€π†πˆ

Kedah Softball Association ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Puan Hajah Saniah binti Che Omar, Pengetua Cemerlang Gred Utama C Smk Sultan Badlishah Kulim, atas kesudian memberikan kebenaran kepada kami untuk menggunakan padang sekolah serta asrama sekolah bagi tujuan Latihan Pusat Pecutan Akhir bagi Pasukan Sofbol Lelaki SUKMA Kedah. Tidak lupa juga guru-guru pentadbiran, para guru serta kakitangan sekolah yang telah menjayakan latihan pusat ini.

Sokongan dan kerjasama daripada pihak sekolah amat kami hargai. Kemudahan padang dan penginapan yang disediakan memberi ruang kepada para pemain untuk menjalani latihan dengan lebih baik, meningkatkan prestasi serta membuat persiapan sebaik mungkin menjelang SUKMA.

Terima kasih kerana sudi membuka ruang dan memberikan kepercayaan kepada pasukan kami. Semoga segala jasa, sokongan dan kebaikan pihak sekolah menjadi sebahagian daripada perjalanan kami dalam memburu kejayaan dan mengharumkan nama Kedah Darul Aman. πŸ’ͺπŸ₯ŽπŸ†





Photos from Kedah Softball Association's post 13/08/2026

π’πŽπ…π“ππ€π‹π‹ π’π”πŠπŒπ€ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ πŸπŸŽπŸπŸ” : πŸ‘ π‡π€π‘πˆ π‹π€π†πˆ

Debaran makin terasa.. Pasukan Sofbol SUKMA bakal turun bertarung demi lencana di dada..

Diharapkan "tips" dan "tricks" yang dititipkan oleh Coach Vipers Bee VPS Softball & Baseball Equipment dapat dipersembahkan ketika beraksi nanti. Atlet-atlet sangat bertuah kerana mendapat perkongsian dari Jurulatih pasukan Sofbol (W) Malaysia yang telah berjaya merangkul pingat Gangsa pada Kejohanan 30th Philippine Sea Game.

Biarlah tak lena tidur.
Biarlah tak lalu makan.
Biarlah tak basah mandinya.

Asalkan tidak hilang fokus πŸ”₯.

Majlis Sukan Negeri Kedah





Photos from Kedah Softball Association's post 12/08/2026

SOFBOL SUKMA SELANGOR 2026 : 4 HARI LAGI

Jutaan terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Haji Muhammad Radhi Bin Haji Mat Din, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan & Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan), kerana sudi meluangkan masa untuk meraikan dan memberi kata-kata motivasi untuk atlet Sukma Sofbol Lelaki ketika mereka menjalani latihan pusat fasa akhir.


Apabila legenda sukan berbicara, tunduk dan patuh atlet-atlet sofbol kusyuk mendengar. Sebagai nakhoda Pasukan Bola Sepak Kedah dari tahun 1991 hingga tahun 2000 dan juga antara "tactician" dalam kejuaraan Kedah mendapat "Double Treble" pada tahun 2007 dan 2008, pasti banyak coretan pengalaman yang disulami dengan kata-kata hikmah yang telah dikongsikan oleh beliau. Semoga atlet-atlet dapat menyerap "winning mentality" yang ada pada YB dan membawa semangat itu untuk membawa pulang pingat emas nanti.

Kami mengharapkan sokongan dari semua untuk doakan kejayaan kami di Sukma Selangor 2026. Kami akan berusaha bukan sahaja untuk membawa pulang pingat, tetapi juga kebanggaan kepada para penyokong kami.

Majlis Sukan Negeri Kedah




Photos from Kedah Softball Association's post 09/08/2026

π’πŽπ…ππŽπ‹ π’π”πŠπŒπ€ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ πŸπŸŽπŸπŸ” : πŸ• π‡π€π‘πˆ π‹π€π†πˆ

Terima kasih kepada pasukan SUKMA PERAK kerana sudi menerima kunjungan kami untuk menguji tahap kesedian pasukan. Kami mengucapkan jutaan terima kasih atas nasihat serta input yang kami terima semasa sesi sparring berlangsung.

INI MASA UNTUK PECUTAN TERAKHIR! πŸ’ͺπŸ”₯

Setiap latihan terakhir.Setiap peluh yang jatuh.Setiap jeritan semangat.Setiap detik bersama pasukan…

SEMUA ITU ADA SEBABNYA.

πŸ† SUKMA bukan sekadar tentang siapa paling hebat.Ia tentang siapa yang paling bersedia, paling berani dan paling mahu berjuang hingga saat terakhir.

7 hari lagi untuk kita kemaskan segala kekurangan.
7 hari lagi untuk kuatkan mental.6 hari lagi untuk satukan hati.
7 hari lagi sebelum kita turun membawa nama KEDAH! πŸ’šπŸ’›

πŸ”₯ PECUT!
πŸ”₯ JANGAN UNDUR!
πŸ”₯ JANGAN LEMAH!
πŸ”₯ JANGAN BAGI PELUANG!

Apa yang kita bina selama ini, kita bawa ke Selangor.

BILA MASANYA TIBA β€” KITA TAK DATANG UNTUK MENYERTAI.KITA DATANG UNTUK BERJUANG!

πŸ’ͺ KEDAH β€” LAST PUSH!
πŸ† LAST CHANCE. FINAL DANCE.
πŸ”₯ KITA PECUT SAMPAI GARIS AKHIR!

Majlis Sukan Negeri Kedah





08/08/2026

π’πŽπ…ππŽπ‹ π’π”πŠπŒπ€ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘ πŸπŸŽπŸπŸ” : πŸ– π‡π€π‘πˆ π‹π€π†πˆ

8 hari bukan masa untuk kita takut.
8 hari bukan masa untuk kita ragu-ragu.
8 hari adalah masa untuk kita percaya pada diri sendiri, percaya pada pasukan dan percaya pada kerja keras yang kita dah lalui.

πŸ’ͺ Setiap latihan.
πŸ”₯ Setiap peluh.
❀️ Setiap pengorbanan.
πŸ₯Ž Setiap bola yang kita pukul, baling dan tangkap.

Semua itu ada nilainya.

Kita bukan datang ke SUKMA untuk sekadar melengkapkan penyertaan.
Kita datang untuk BERJUANG!
Kita datang untuk membuktikan kemampuan kita!
Kita datang membawa nama KEDAH di dada. πŸ’šπŸ’›
7 hari terakhir.

Buang segala keraguan.
Tingkatkan fokus.
Kuatkan mental.
Percaya pada teammate.
Dan bila kaki kita melangkah masuk ke padang nanti…

πŸ₯Ž MAIN DENGAN HATI.
πŸ”₯ BERJUANG SAMPAI AKHIR.
πŸ’ͺ JANGAN TAKUT SESIAPA.
πŸ† KITA KEJAR KEMENANGAN!
Satu pasukan. Satu hati. Satu misi.
πŸ’šπŸ’› KEDAH BOLEH! KEDAH FIGHT! KEDAH MENANG! πŸ’šπŸ’›

Majlis Sukan Negeri Kedah






Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Alor Setar