Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Kedah - Official

Call Directions Contact the business

Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Kedah - Official Page Rasmi - (PESAKA KEDAH)

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UNDengan penuh rasa dukacita, Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Kedah (PESAKA Kedah) ...
28/09/2026

INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN

Dengan penuh rasa dukacita, Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Kedah (PESAKA Kedah) merakamkan ucapan takziah atas pemergian

Allahyarhamah Tun Dr. Hasmah Mohd Ali
Isteri kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad,
bekas Perdana Menteri Malaysia.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa, dilapangkan kuburnya serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Marilah kita bersama-sama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarhamah.

Al-Fatihah.

Alhamdulillah, Kejuaraan Bakat Remaja Kebangsaan telah melabuhkan tirainya dengan penuh bermakna.Pasukan Remaja Kedah te...
20/09/2026

Alhamdulillah, Kejuaraan Bakat Remaja Kebangsaan telah melabuhkan tirainya dengan penuh bermakna.

Pasukan Remaja Kedah telah berjaya membawa pulang 7 pingat, iaitu:

3 Emas | 1 Perak | 3 Gangsa

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh atlet Pasukan Remaja Kedah atas semangat juang, disiplin dan komitmen yang telah ditunjukkan sepanjang kejohanan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Tuan YDP Pesaka Kedah Tuan Guru Kasturi Bin Dato' Dr. Raja Abdul Majid, yang turut hadir memberikan sokongan serta menyampaikan elaun kepada semua pesilat Remaja Kedah.

Ribuan terima kasih juga diucapkan kepada Pengurus Pasukan - Tuan Guru Achik Khoharullah atas sumbangan dan tajaan jaket serta penginapan homestay untuk kegunaan seluruh pasukan sepanjang kejohanan.

Penghargaan khusus buat seluruh Ahli Jawatankuasa PESAKA Kedah yang telah bertungkus-lumus dalam usaha mencari, mengenal pasti dan membimbing bakat-bakat muda sejak dari awal sehingga lahirnya barisan Pasukan Remaja Kedah yang kita banggakan hari ini.

Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada Team Teknikal PESAKA Kedah atas segala usaha, komitmen dan kerja keras dalam memastikan persiapan serta pengurusan teknikal pasukan berjalan dengan baik.

Terima kasih juga kepada Cikgu Ismail selaku ketua jurulatih serta seluruh barisan jurulatih dan coach yang tidak mengenal penat lelah mencurahkan ilmu, tenaga dan pengalaman dalam membimbing para pesilat.

Kejayaan ini bukanlah hasil usaha seorang atau dua pihak sahaja, tetapi merupakan hasil kerjasama seluruh keluarga pencak silat Kedah atlet, jurulatih, pengurusan, teknikal, ibu bapa dan semua yang sentiasa memberikan sokongan.

Semoga kejayaan ini menjadi titik permulaan untuk Pasukan Pencak Silat Remaja Kedah terus melangkah lebih jauh dan mengharumkan nama Kedah Darul Aman serta Malaysia di persada antarabangsa.

Tahniah Pasukan Remaja Kedah.
Teruskan berjuang. Teruskan melakar kejayaan.

Insya-Allah, Kedah terus gagah di persada pencak silat.





31/08/2026

SESI LIBAT URUS BELANJAWAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Naib-Naib Yang Di-Pertua Pesaka Kedah, Coach Shawn, Cikgu Adi Badran, Setiausaha Eksekutif Pesaka Kedah Cikgu Khuhazry hadir ke Sesi Libat Urus Belanjawan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta sesi soal jawab bersama YB Menteri Belia dan Sukan yang berlangsung di KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN (KOMBES).

Kehadiran ini menjadi platform penting untuk menyuarakan pandangan, cadangan serta keperluan pembangunan sukan, khususnya dalam memperkukuhkan lagi pembangunan seni bela diri dan sukan silat di Negeri Kedah.

PESAKA Kedah komited untuk terus memainkan peranan aktif dalam memastikan agenda pembangunan sukan negeri sentiasa mendapat perhatian dan sokongan yang sewajarnya.

Suara Sukan. Aspirasi Belia. Demi Kedah.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 MALAYSIA 🇲🇾Seluruh warga Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Kedah (PESAKA Keda...
31/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 MALAYSIA 🇲🇾

Seluruh warga Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Kedah (PESAKA Kedah) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Ke-69 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan, menghargai jasa para pejuang terdahulu serta terus memperkukuh semangat perpaduan, patriotisme dan kecintaan kepada tanah air.

TERIMA KASIH DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAANPESAKA Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ...
23/08/2026

TERIMA KASIH DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN

PESAKA Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh Ahli Jawatankuasa PESAKA Kedah yang telah bersama-sama memberikan komitmen, sokongan dan tenaga dalam mengiringi serta memberikan semangat kepada para atlet Pencak Silat Kedah sepanjang perjuangan di pentas SUKMA XXI Selangor 2026.

Penghargaan turut ditujukan kepada Majlis Sukan Negeri Kedah atas segala sokongan, kepercayaan dan bantuan yang diberikan kepada kontinjen Pencak Silat Kedah.

Tidak dilupakan, setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan EXCO Kerajaan Negeri Kedah yang turut hadir memberikan sokongan moral dan semangat secara langsung kepada para atlet. Kehadiran serta sokongan yang diberikan menjadi pembakar semangat buat seluruh kontinjen untuk terus berjuang membawa nama Kedah.

Terima kasih juga kepada para jurulatih, pengurus pasukan, pegawai, penyokong dan seluruh keluarga Pencak Silat Kedah yang sentiasa berdiri teguh di belakang para atlet.

Sesungguhnya kejayaan yang dicapai bukanlah hasil usaha atlet semata-mata, tetapi hasil daripada kekuatan sebuah pasukan yang saling menyokong dan percaya antara satu sama lain.

Dari Kedah, untuk Kedah.

Teruskan berjuang. Teruskan mengharumkan nama negeri.

KEDAH BOLEH!

TAHNIAH & SYABAS ATLET PENCAK SILAT KEDAH – KATEGORI SENIPESAKA Kedah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepa...
23/08/2026

TAHNIAH & SYABAS ATLET PENCAK SILAT KEDAH – KATEGORI SENI

PESAKA Kedah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada para atlet Pencak Silat Kedah atas kejayaan mengharumkan nama negeri di pentas SUKMA XXI Selangor 2026 bagi kategori Seni.

PINGAT EMAS
Nur Afrina Nasrin binti Mohamad Nazri
Pencak Silat – Jurus Tunggal Puteri

PINGAT GANGSA
Nor Alya Najwa binti Azizan & Puteri Ainul Mardhiah binti Mohd Irwan
Pencak Silat – Ganda Puteri

Kejayaan ini merupakan hasil daripada komitmen, disiplin, latihan berterusan serta semangat juang tinggi para atlet bersama barisan jurulatih dan seluruh pasukan Pencak Silat Kedah.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diberikan kepada semua pihak yang sentiasa memberikan sokongan dan kepercayaan kepada para atlet dalam usaha mengangkat martabat Pencak Silat Kedah di pentas SUKMA.

Tahniah Wira dan Wirawati Kedah!

Teruskan berjuang, teruskan mengharumkan nama Kedah.

KEDAH BOLEH!

TAHNIAH DAN SYABAS 10 ATLET PENCak SILAT TANDING KEDAH DI SUKMA XXI SELANGOR 2026PESAKA Kedah merakamkan setinggi-tinggi...
23/08/2026

TAHNIAH DAN SYABAS 10 ATLET PENCak SILAT TANDING KEDAH DI SUKMA XXI SELANGOR 2026

PESAKA Kedah merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada 10 orang atlet Pencak Silat Kedah yang telah berjuang dengan penuh semangat, disiplin dan keberanian dalam acara Pencak Silat Tanding di pentas SUKMA XXI Selangor 2026.

Hasil perjuangan para pesilat Kedah, sebanyak 10 pingat berjaya diraih di kategori Tanding.

3 PINGAT EMAS

1. Muhammad Fayyadh Zaid Ali bin Zaker Ali – Kelas J Putera
2. Nur Ramadhani Atulia binti Mohd Koharullah – Puteri Bawah 45KG
3. Intan Zara Sofia binti Mohamad Nizan – Kelas D Puteri

1 PINGAT PERAK
4. Ahmad Nasrul bin Ahmad Nasri – Kelas E Putera

6 PINGAT GANGSA
5. Muhammad Nair bin Abdullah – Kelas C Putera
6. Nurul Sakinah binti Amin – Kelas C Puteri
7. Shahrul Nizzarriefzman Shah bin Mohd Zaher – Kelas D Putera
8. Mohamad Danish Hezri bin Mohd Khairul Nizam – Kelas B Putera
9. Muhammad Aidil bin Mohd Aziwan – Kelas H Putera
10. Harith Safwan bin Anuar Kifli – Kelas A Putera

Jumlah keseluruhan: 3 Emas, 1 Perak dan 6 Gangsa.

Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada para jurulatih, pegawai pasukan, keluarga serta semua pihak yang telah memberikan sokongan dan kepercayaan kepada barisan pesilat Kedah sepanjang persiapan dan kejohanan ini.

Setiap pingat adalah hasil daripada latihan yang panjang, pengorbanan, disiplin dan semangat juang yang tinggi.

Tahniah Wira dan Wirawati Pencak Silat Kedah!

Teruskan mengharumkan nama Kedah dan menjulang martabat Pencak Silat di persada sukan negara.

KEDAH BOLEH!







Dengan penuh rasa dukacita, Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Kedah Darul Aman (PESAKA Kedah) merakamkan ucapan takzia...
28/07/2026

Dengan penuh rasa dukacita, Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Kedah Darul Aman (PESAKA Kedah) merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga atas pemergian Allahyarham Abdul Ghapar bin Dato' Dr. Raja Abdul Majid @ Tokbat Gurun, seorang Tokoh Persilatan Negara serta Dewan Pendekar PESAKA Kedah.

Pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar kepada dunia persilatan tanah air. Segala jasa, pengorbanan dan sumbangan beliau dalam memartabatkan seni silat Melayu akan sentiasa terpahat dalam ingatan serta menjadi inspirasi kepada generasi pewaris.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, melimpahkan rahmat-Nya, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan roh Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh ahli keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang penuh dukacita ini.

Al-Fatihah.

Ikhlas daripada
Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Kedah Darul Aman (PESAKA Kedah)

ANALISA PUNGUTAN PINGAT PEMILIHAN ATLET PENCAK SILAT REMAJA NEGERI KEDAH 2026Alhamdulillah, tirai Pemilihan Atlet Pencak...
26/07/2026

ANALISA PUNGUTAN PINGAT PEMILIHAN ATLET PENCAK SILAT REMAJA NEGERI KEDAH 2026

Alhamdulillah, tirai Pemilihan Atlet Pencak Silat Remaja Negeri Kedah 2026 telah melabuhkan tirainya dengan penuh semangat kesukanan dan persaingan yang sihat.

Tahniah kepada semua pasukan yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan. Berdasarkan analisa pungutan pingat, PSSPGM Pusat muncul sebagai Johan Keseluruhan dengan kutipan 12 Emas, 4 Perak dan 8 Gangsa (24 pingat), diikuti TMT Fighter di tempat kedua dan PSSGMK Kedah A di tempat ketiga.

Secara keseluruhan, sebanyak 107 pingat telah dipertandingkan melibatkan: • 35 Pingat Emas • 30 Pingat Perak • 42 Pingat Gangsa

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua atlet, jurulatih, pengurus pasukan, pengadil, sukarelawan, ibu bapa serta rakan strategik yang telah menjayakan pemilihan ini.
Semoga kejohanan ini menjadi medan terbaik dalam melahirkan barisan atlet yang bakal mengharumkan nama Negeri Kedah di pentas kebangsaan dan antarabangsa.

Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada seluruh peserta!

Terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami
20/07/2026

Terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami

Address

Alor Setar

Telephone

+60134219225

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Kedah - Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persekutuan Silat Kebangsaan Negeri Kedah - Official:

Shortcuts

Share

Category