Pasukan Pilihan PIALA DUNIA 2026 ?? Jom terjah!
Persatuan Bola Sepak Kedah
Laman Facebook Rasmi Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman
Official page of Kedah Football Association (KFA)
Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (PBKDA) atau Kedah Football Association (Kedah FA) dalam Bahasa Inggeris adalah sebuah pasukan bola sepak professional yang bertanding di dalam pertandingan bola sepak di Malaysia mewakili Kedah Darul Aman. The Kedah FA or Persatuan Bolasepak Negeri Kedah Darul Aman (PBKDA) In Malay is a professional football team that competes in Malaysian football competition
11/06/2026
Selamat pagi kepada seluruh π£ππ‘π¬π’ππ’π‘π πππππ π¦ππ₯ππ§π-π₯ππ§π π°
10/06/2026
Muhammad Aqil Irfanuddin telah merekodkan 4 bantuan jaringan sepanjang kempen Liga A1 Semi-Pro 2025/26, sekali gus membuktikan peranannya yang cukup penting buat Kedah FA di kedua-dua bahagian padang. Pemain pertahanan ini juga sentiasa mempamerkan karakter kepimpinan yang tinggi setiap kali turun beraksi.
Bantuan jaringan pertamanya hadir pada pusingan pertama ketika membantu Kedah FA menewaskan Bunga Raya FC 3-0 di tempat lawan. Prestasi konsisten yang dipamerkan terus meningkat pada pusingan kedua apabila beliau menambah tiga lagi bantuan jaringan dalam kemenangan ke atas Armed Forces FC (2-1), UM-Damansara United (3-2) dan Seoul Phoenix FC (3-0).
Walaupun beraksi di posisi pertahanan tengah, Aqil tidak hanya berperanan mengawal benteng pasukan, malah turut menjadi antara pencetus serangan yang berkesan. Sumbangannya dalam mencipta peluang jaringan serta ketenangan mengemudi barisan pertahanan menjadikan beliau antara tonggak penting yang membantu Kedah FA muncul sebagai salah satu pasukan dengan rekod pertahanan terbaik sepanjang musim.
09/06/2026
π§€ ππ πππππ ππππππ, πππππππ πππππ ππππ
Dengan rekod cemerlang 17 clean sheets, V. Rajendran muncul sebagai penjaga gol paling banyak mencatatkan aksi tanpa bolos dalam saingan Liga A1 Semi-Pro 2025/26.
Satu pencapaian yang membuktikan ketenangan, konsistensi dan kualiti yang dimiliki penjaga gol muda Hijau Kuning ini sepanjang musim.
Teruskan melakar kecemerlangan bersama Kedah FA, ._16 !
08/06/2026
πππππ πππππ πππππππ ππ ππππ πππππ ππππ
Persatuan Bolasepak Kedah Darul Aman (KFA) berbesar hati mengumumkan pelantikan ππ€π¦ππ₯ ππ’π³ππ₯ ππ‘π¦ππ πππ€π‘π₯π’ sebagai Ketua Jurulatih Kedah FA bagi mengharungi saingan Liga A1 Semi-Pro musim 2026/2027.
Jurulatih berusia 45 ini juga merupakan Lagenda Bola Sepak Hijau Kuning, kini telah bersedia untuk membuka lembaran baharu dalam usaha membina sebuah pasukan yang kompetitif, berdaya saing dan menjadi kebanggaan rakyat Kedah.
Kepulangan beliau mampu membawa nafas baharu kepada pasukan, di samping membantu merealisasikan perancangan jangka pendek dan jangka panjang yang telah dirangka oleh KFA.
KFA juga berharap seluruh penyokong Hijau Kuning akan terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada pasukan serta barisan kejurulatihan dalam mengharungi saingan musim baharu nanti.
Selamat datang, Coach Akmal Rizal,
Hijau Kuning Lambang Kemegahanπ°
π SIARAN MEDIA: PELANTIKAN KETUA JURULATIH KEDAH FA BAGI SAINGAN LIGA A1 SEMI-PRO 2026/2027
06/06/2026
ππ π£ππ§ π£ππ₯πππͺππ‘ππ‘, π¦ππ§π¨ π£π₯π’π¦ππ¦ π£ππ πππππππ₯ππ‘ π
Kempen awal Kedah FA B-20 dalam saingan Piala Presiden 2026 bermula dengan cabaran getir apabila skuad kendalian Mohd Fauzie Nan tewas 0-2 kepada pasukan elit, Selangor FC di tempat lawan.
Perjalanan tidak menjadi lebih mudah apabila skuad muda ini turut mengalami dua kekalahan berturut-turut di laman sendiri, masing-masing kepada JDT III (0-1) dan Terengganu FC B-20 (2-3).
Namun di sebalik keputusan tersebut, graf prestasi pasukan jelas menunjukkan peningkatan dari satu perlawanan ke satu perlawanan. Daripada gagal menjaringkan gol dalam dua aksi awal, Kedah FA B-20 mula memperagakan karakter dan keberanian menyerang apabila berjaya menghasilkan dua jaringan menentang Terengganu sebelum akhirnya meraih kemenangan sulung 1-0 ke atas Sabah FC II di laman sendiri.
Kemenangan itu bukan sekadar tiga mata, malah menjadi bukti bahawa proses pembangunan sedang berada di landasannya. Dengan majoriti pemain masih dalam fasa pembelajaran, setiap perlawanan menjadi pengalaman berharga untuk membentuk skuad yang lebih matang dan kompetitif.
Perjalanan masih panjang, tetapi kebangkitan sudah bermula. Teruskan usaha dan berikan segalanya!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No. 4127 Jalan Stadium
Alor Setar
05100
Opening Hours
| Monday | 09:00 - 17:00 |
| Tuesday | 09:00 - 17:00 |
| Wednesday | 09:00 - 17:00 |
| Thursday | 09:00 - 17:00 |
| Sunday | 09:00 - 17:00 |