Kedah Half Marathon 2025

Kedah Half Marathon 2025

Share

Kedah Half Marathon 2025
Event Date : 8th Feb 2025 (Saturday)
Event Location : Jambatan Pulau Bunting, Yan, Kedah

10/03/2025

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Pihak Olive House ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu sepanjang penganjuran Kedah Half Marathon 2025 tempoh hari.

Kerjasama yang diberikan dari segi tenaga kerja, peralatan dan barangan yang disediakan amat membantu pihak kami dalam penganjuran Kedah Half Marathon kali ini.

TERIMA KASIH ! TERIMA KASIH ! TERIMA KASIH !

18/02/2025

VIDEO HIGHLIGHT KEDAH HALF MARATHON 2025

Haritu min dah payung gambar-gambar runners semasa Kedah Half Marathon 2025, hari ini min nak payung video highlight p**a! πŸ˜†

Jom sama-sama kita saksikan video highlight event yang penuh dengan semangat dan kegigihan dari peserta-peserta yang hebat ini.

18/02/2025

E-CERTIFICATE KEDAH HALF MARATHON 2025 DAH READY!

Ada berita baik untuk runner-runner Kedah Half Marathon 2025! E-certificate untuk kategori 5km, 10km dan juga 21km dah boleh download!

Klik link ini untuk download e-certificate anda https://url-shortener.me/BDZ

Terima kasih atas kesabaran dan sokongan anda semua. ❀️

runnersunite.racetecresults.com

12/02/2025

GAMBAR ANDA SEMUA DAH READY! πŸ“Έ

Seperti yang min janjikan, ini dia gambar-gambar eksklusif yang telah diproses dan diedit khas oleh team media untuk kesayangan runners semua! πŸƒβ€β™‚

Selepas berhempas p**as memilih dan menyunting gambar terbaik, kini tiba masanya untuk anda menikmati momen indah sepanjang Kedah Half Marathon 2025.

Jom belek satu per satu dan pilih gambar favourite anda untuk dikongsikan di media sosial!

Jangan lupa tag Kedah Half Marathon 2025 dan OH Runners Club naa!

Ikhlas dari kami untuk para peserta KHM2025!

Terima kasih atas kesabaran dan sokongan anda semua. ❀️

πŸ”— Link gambar:

Media Kedah Half Marathon 2025 MEDIA COLLECTION ROUTE HALF MARATHON – 21KM Koleksi Media ROUTE RUN 10KM & 5KM Koleksi Media CANDID MOMENT Koleksi Media PRIZE GIVING & LUCKY DRAW Koleksi Media

Photos from OH Active's post 10/02/2025

πŸƒβ€β™‚οΈ 21KM KEDAH HALF MARATHON 2025πŸ…

POSTING SANTAI PART 2 - 21KM!

Tahniah geng 21KM yang berjaya sampai ke garisan penamat! Setiap kilometer yang anda conquer bukan sekadar angka, tapi bukti kekuatan, determination dan semangat yang luar biasa. You did it! πŸ’ͺ

Ini cuma selected shots, jangan risau, min akan share link website nanti untuk anda download gambar ikut kategori.

Stay tuned!

Photos from OH Active's post 10/02/2025

πŸƒβ€β™‚οΈ 21KM KEDAH HALF MARATHON 2025πŸ…

POSTING SANTAI PART 1 - 21KM!

Ini cuma selected shots, jangan risau, min akan share link website nanti untuk anda download gambar ikut kategori.

Stay tuned!

09/02/2025

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Kami dari pihak penganjur, Olive House ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, sukarelawan, rakan strategik, dan pihak berkuasa yang telah menjayakan Kedah Half Marathon 2025. Kehadiran dan semangat anda semua telah menjadikan acara ini satu pengalaman luar biasa yang penuh dengan inspirasi dan keazaman.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf atas sebarang kekurangan atau kesulitan yang mungkin dialami oleh peserta sepanjang acara ini berlangsung.

Segala maklum balas yang diterima amat kami hargai dan boleh disalurkan di https://forms.gle/gL8vVQAsM6Yt4Qa59 dan akan dijadikan panduan untuk menambah baik penganjuran pada masa hadapan.

Gambar - gambar para peserta dan e-cert program sedang diproses oleh team media KHM 2025.Kami akan update dari semasa ke semasa.

Terima kasih kerana menyokong acara ini dan kami berharap dapat sedikit sebanyak membantu dalam agenda merealisasikan gaya hidup Aafiyat.

Salam hormat,
OLIVE HOUSE


Kedah Half Marathon 09/02/2025

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera para runners..

Berikut link untuk anda lihat keputusan larian anda bagi kategori 10KM dan 21KM..

Kedah Half Marathon

09/02/2025

Gambar-gambar semasa KHM2025 sedang diproses ya.
Team media tengah dalam proses susun dan edit gambar.🫰🏻Nanti link gdrive gambar akan diberi di dalam page ini dan juga di group Whatsapp rasmi pesertaπŸ₯°

Photos from Kedah Half Marathon 2025's post 06/02/2025

Day 1 Race Kit Collection Start !!!

Kami tunggu hampa semua di Level G Bangunan Ampang Business Center, Alor Setar sampai jam 5.30 petang..

Yang mana xsempat jangan risau,kami akan buka semula esok di tapak event sehingga satu jam sebelum flag off okayπŸ˜‰

Larian Anda, Pengalaman Anda !!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Alor Setar?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Address


Ampang Jajar
Alor Setar
06250