Majlis Sukan Negeri Kedah

Call Directions Website

Majlis Sukan Negeri Kedah "reformtoperform"

27/09/2026

πŸš΄β€β™‚οΈ LTdL 2026 KEMBALI MENYENGAT DI KEDAH!

Kejohanan berbasikal lebuh raya berprestij di rantau Asia, Le Tour de Langkawi (LTdL) Edisi Ke-30, secara rasminya membuka tirai dari 27 September hingga 4 Oktober 2026! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸŒ

Kemeriahan LTdL kini kembali mewarnai negeri Kedah Darul Aman apabila dua peringkat perlumbaan bakal berlangsung di bumi Hijau Kuning! πŸ’šπŸ’›

🏁 PERINGKAT 2 | 28 SEPTEMBER 2026
πŸ“ Taiping, Perak– Puncak Gunung Jerai, Kedah

🏁 PERINGKAT 3 | 29 SEPTEMBER 2026
πŸ“ Sungai Petani, Kedah– Kuala Kangsar, Perak

⛰️πŸ”₯ Lebih istimewa, pendakian ke Gunung Jerai menjadi antara tarikan utama LTdL edisi ke-30 dan mencipta sejarah tersendiri dalam penganjuran perlumbaan ini, dengan cabaran pendakian di Gunung Jerai buat julung kalinya menjadi sebahagian daripada laluan LTdL.

jom kita sama-sama pakat kluaq sokong perlumbaan ni!

⚠️ MAKLUMAN KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA JADUAL PENUTUPAN JALAN

28 SEPTEMBER 2026 (ISNIN)
TAIPING – GUNUNG JERAI
Laluan: Dataran Warisan Taiping, Kulim Hi-Tech Park, Sungai Petani hingga ke Gunung Jerai.
⏰ Masa: 11.00 pagi – 2.40 petang.

JALAN GUNUNG JERAI (FT 252)
Laluan: Seksyen 0.00 – 11.00 KM.
⏰ Masa: 12.00 tengah hari – 4.00 petang.

29 SEPTEMBER 2026 (SELASA)
PERINGKAT 3: SUNGAI PETANI – KUALA KANGSAR
Laluan: Taman Jubli Perak, Kuala Ketil, Gerik, Lenggong, Tasik Raban hingga ke Dataran Pavilion Kuala Kangsar.
⏰ Masa: 10.00 pagi – 2.15 petang.

Laluan yang akan digunakan akan ditutup 30 minit awal sebelum ketibaan pelumba LTDL.

Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, menggunakan laluan alternatif dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi memastikan kelancaran trafik serta keselamatan semua pihak.








BUDAK PULAU PULUN NAK TAKLUK JEPUN'UMAI' KE SUKAN ASIA 2026! πŸ‡―πŸ‡΅πŸ”₯Tahniah dan syabas diucapkan kepada Atlet SUKMA Kedah, U...
20/09/2026

BUDAK PULAU PULUN NAK TAKLUK JEPUN

'UMAI' KE SUKAN ASIA 2026! πŸ‡―πŸ‡΅πŸ”₯

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Atlet SUKMA Kedah, Umaira Subri yang terpilih mewakili pasukan Olahraga Malaysia ke 2026 Asian Games Aichi-Nagoya, Jepun! πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨

Ianya satu pencapaian yang membanggakan buat Kedah dan seluruh keluarga sukan negeri. Semoga Umaira terus melakar kejayaan dan mengharumkan nama Malaysia serta Kedah di pentas Asia! πŸ’ͺπŸ’šπŸ’›

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada ibu bapa, guru-guru, jurulatih, JPN Kedah, serta semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membentuk dan menyokong perjalanan kejayaan Umaira.






DARI NAPOH KUBANG PASU KE NAGOYAπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯ DUA ATLET KEDAH GALAS CABARAN RAGBI MALAYSIA DI PENTAS ASIA! πŸ”₯πŸ‡―πŸ‡΅Tahniah dan syabas d...
19/09/2026

DARI NAPOH KUBANG PASU KE NAGOYA

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯ DUA ATLET KEDAH GALAS CABARAN RAGBI MALAYSIA DI PENTAS ASIA! πŸ”₯πŸ‡―πŸ‡΅

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 2 atlet β€˜oripadi’ Amar Syamim Nor Herman (bekas pelajar SMK Hosba) dan Muhammad Izham Alif Abd Rani bekas pelajar Sek Men Sains Kubang Pasu) atlet SUKMA Kedah yang terpilih mewakili Malaysia ke 2026 Asian Games – Aichi-Nagoya, Jepun! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ’ͺ

Bawa semangat Hijau Kuning ke pentas Asia. Teruskan perjuangan, berikan yang terbaik dan harumkan nama Malaysia serta Kedah! πŸ’šπŸ’›

Tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa,guru guru,jurulatih jurulatih,JPN Kedah, Kedah Rugby dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak
langsung untuk kedua dua atlet ini






SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ
16/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 πŸ‡²πŸ‡Ύ




πŸ”₯ KARNIVAL TENPIN BOLING PARA KEDAH 2026 πŸ”₯Jom sertai dan meriahkan Karnival Tenpin Bowling Para Kedah! 🎳πŸ’ͺ
15/09/2026

πŸ”₯ KARNIVAL TENPIN BOLING PARA KEDAH 2026 πŸ”₯

Jom sertai dan meriahkan Karnival Tenpin Bowling Para Kedah! 🎳πŸ’ͺ




ATLET HOKI KEDAH DINOBATKAN MAN OF THE MATCH! πŸ‡°πŸ‡·πŸ”₯Tahniah diucapkan kepada atlet hoki lelaki SUKMA Kedah 2026, Muhammad N...
15/09/2026

ATLET HOKI KEDAH DINOBATKAN MAN OF THE MATCH! πŸ‡°πŸ‡·πŸ”₯

Tahniah diucapkan kepada atlet hoki lelaki SUKMA Kedah 2026, Muhammad Nazirul bin Jasni, dari Sungai Pasir, Sungai Petani Kedah atas pemilihan mewakili Pasukan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) ke 2026 Seoul International Youth Hockey 5s Tournament yang berlangsung pada 4 hingga 12 September 2026 di Jamwon Han River Park, Hockey 5s Stadium, Seoul, Republik Korea. πŸ‡°πŸ‡·

Lebih membanggakan, Muhammad Nazirul bin Jasni turut dinobatkan sebagai β€œMan of the Match” dalam aksi menentang Korea dan membantu Malaysia mencatat kemenangan dalam perlawanan tersebut. πŸ”₯πŸ‘

Pemilihan dan pencapaian ini membuktikan bahawa Kedah tidak ketandusan bakat muda dalam arena hoki serta mampu melahirkan atlet yang menyerlah di pentas antarabangsa.

Semoga kejayaan ini menjadi pembakar semangat buat Nazirul untuk terus melakar kecemerlangan dan mengharumkan nama Malaysia serta Kedah.






MELABUH TIRAI PARA SUKMA SELANGOR 2026 πŸ†πŸ‡²πŸ‡ΎMalam penuh kenangan apabila tirai Para SUKMA Selangor 2026 rasmi dilabuhkan s...
10/09/2026

MELABUH TIRAI PARA SUKMA SELANGOR 2026 πŸ†πŸ‡²πŸ‡Ύ

Malam penuh kenangan apabila tirai Para SUKMA Selangor 2026 rasmi dilabuhkan sebentar tadi di Selangor International Trade and Exhibition Centre (SITEC).

Tahniah dan syabas buat seluruh atlet, jurulatih, pegawai, urus setia serta semua Para Helang Perang Kedah yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan temasya ini. πŸ‘πŸ”₯

Lebih daripada sekadar pingat dan kemenangan, Para SUKMA menyaksikan semangat juang, keberanian dan ketabahan luar biasa para atlet yang menjadi inspirasi kepada kita semua.

Anda semua adalah juara! ❀️‍πŸ”₯

Terima kasih!! Biar Jasa Jadi Kenangan

πŸ₯ˆ ππˆππ†π€π“ ππ„π‘π€πŠ πŒπˆπ‹πˆπŠ πŠπ„πƒπ€π‡!πŸ₯ˆPingat terakhir kontinjen Para Helang Kedah datangnya dari Doubles 50m Round Compound wanita...
10/09/2026

πŸ₯ˆ ππˆππ†π€π“ ππ„π‘π€πŠ πŒπˆπ‹πˆπŠ πŠπ„πƒπ€π‡!πŸ₯ˆ

Pingat terakhir kontinjen Para Helang Kedah datangnya dari Doubles 50m Round Compound wanita yang terdiri daripada Nor Wahyuni binti Mohd Subri dan Sharon A/P James!!!

Tahniah!! Tahniah!! πŸ”°πŸ’šπŸ’›
πŸ“… 10 SEPTEMBER 2026
⏰ 11.00 am
πŸ“ Kompleks Belia Dan Sukan Selangor

β€œπ—£π—¨π—Ÿπ—¨π—‘ π—žπ—˜π——π—”π—› π—£π—¨π—Ÿπ—¨π—‘β€



πŸ₯ˆ ππˆππ†π€π“ ππ„π‘π€πŠ πŒπˆπ‹πˆπŠ πŠπ„πƒπ€π‡!πŸ₯ˆMuhammad Amirul Akmal terus menuai pingat di kolam renang dan hari ini beliau berjaya menggo...
10/09/2026

πŸ₯ˆ ππˆππ†π€π“ ππ„π‘π€πŠ πŒπˆπ‹πˆπŠ πŠπ„πƒπ€π‡!πŸ₯ˆ

Muhammad Amirul Akmal terus menuai pingat di kolam renang dan hari ini beliau berjaya menggondol pingat PERAK dalam acara 100m backstroke p**a.

Tahniah!! Tahniah!! πŸ”°πŸ’šπŸ’›

πŸ“… 10 SEPTEMBER 2026
⏰ 9.00 am
πŸ“ Selangor Aquatics

β€œπ—£π—¨π—Ÿπ—¨π—‘ π—žπ—˜π——π—”π—› π—£π—¨π—Ÿπ—¨π—‘β€




Address

KOMPLEKS SUKAN MUADZAM SHAH, LEBUHRAYA SULTAN ABDUL HALIM
Alor Setar
05400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047027441

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Sukan Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category