30/03/2022
Assalmkm salam hormat,
berkenaan video yg tular seorang wanita sebagai Profesor di UITM kami pihak NGO Pertubuhan Seni Silat Pusaka Selendang Putih mengecam sekeras kerasnya tidakan Profesor tersebut dengan menghina pelajarnya dan menghina B40.
Kami berharap agar pihak UITM mengambil tindakan sekeras kerasnya terhadap Prof. tersebut, agar perkara ini tidak berulang lagi. Sebagai kakitangan pengajar dan pendidik tidak seharusnya mengeluarkan kata kata yang menyakitkan hati pelajar. Beliau seharusnya memahami situasi semua pelajar² dan membimbing ke arah kebaikan bukan penghinaan. Kami mengutuk sekeras kerasnya dan wajib di ambil tindakan atau membuang Prof tersebut dan merekodkan beliau tidak layak menjadi seorang pembimbing dan pendidik.
Sekian Harap Maklum
Maha Guru Terutama Perguruan Seni Silat Pusaka Selendang Putih
22/12/2020
Mohon sahabat sahabat support chanel ni
https://youtu.be/2NdspFVtDjQ
Saya dan Mahaguru buat Chanel youtube " JEJAK MISTERI MALAM"
KISAH SERAM SUNGAI CONGKAK PART 1 - GENDUROWO MENGINTAI
SEGALA KISAH / KEMBARA YANG KAMI LAKUKAN INI ADALAH HIBUaRAN SEMATA-MATA. TIDAK ADA KENA MENGENA DENGAN YANG HIDUP ATAU YANG TELAH MENINGGAL DUNIA. SEKIRANYA...
13/11/2020
Bismillahirrahmannirrahim,
Assalammualaikumwarahmatullohiwabarakatuh...
Saya bersyukur kehadrat illahi, kerana berpeluang membuka group facebook ini hanyalah semata mata memberi peluang seluruh ahli ahli mengetahui segala gerakan atau aktiviti yang di laksanakan.
Group ini juga akan membuka ruang setiap ahli memberi pendapat dan pandangan yang bernas. Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh Ahli Jawatan Kuasa Pertubuhan Seni Silat Pusaka Selendang Putih, kerana sentiasa memberi komitmen yang amat baik dan bekerjasama demi nama baik Pertubuhan.
Saya amat berharap kepada seluruh A.J.K agar dapat meneruskan perjuangan demi mempertahankan budaya warisan datuk nenek moyang.
Bersama kita layarkan bahtera walau ombak setinggi gunung kita harungi sehingga ke pantai. Inilah semangat kemelayuan agar kita terus bangkit jangan undur.
Dulu kita Selendang Putih, kita Panji Satria kini kita wajah nan baharu dengan membawa Pusaka lama Pusaka Selendang Putih. Jangan kita pandang dibelakang kita terus mara dihadapan demi kebangkitan darah budaya warisan datuk nenek moyang.
Dengan akhir kata saya berharap agar semua ahli Pusaka Selendang Putih bangkit bersama Ahli Jawatan Kuasa bekerja sama berganding bahu demi menjaga nama baik Seni Silat Pusaka Selendang Putih.
Wabillahitaufikwalhidayah
Wassalammualaikumwarahmatullohiwabarakatuh..
Ucapan Pengasas Seni Silat Pusaka Selendang Putih
Ustaz Khalid Bin Md. Said