OdH Outdoor Division

OdH Outdoor Division

Share

We Provide Community.. Event Management.. Travels.. Adventurous.. Outdoor Activity..for Satisfaction.. Motivation and Healthy Environment..

The way we hike..Bagi kami, apabila kami keluar untuk meneroka keindahan alam semulajadi dengan segala kelengkapan di galas di bahu..dengan ilmu beserta pengalaman di dada, ianya akan memberikan kami kepuasan..senyuman serta gambaran yang jelas akan tujuan utama kami.

17/06/2023

Salam & Salam Sejahtera all my prend

On my way back..Insyaallah

I look deep into the nature.. And
I understand everything better...

13/04/2022

The day that I travel solo in Thai...
Berkayuh sendirian di Laluan yang tidak ada penghujung memang banyak kejutannya.. Yang paling ketara, kita juga akan di kejut kan dengan kemampuan diri kita sendiri...

Tak cuba tak tahu..lets go my prend2.. It's time for an adventure again..

Yang belum jengok channel youtube saya Silakan ye.. Dah tengok video pengembaraan saya sebelum keluar jangan lupa subscribe like dan share.. Jumpa butang lonceng tu jgn lupa tekan untuk perkongsian pengembaraan seterusnya..

Terima kasih prend2 yang setia menunggu..

PTGS☕ODH Vietnam Coffee roasted locally in Malaysia | Shopee Malaysia 04/07/2021

OFFICIAL!!
Kopi Vietnam ODH boleh di beli di Shoppe!
Terima kasih Sahabat.. Dan juga Stokis Rasmi Kami di Pantai Timur..

PTGS☕ODH Vietnam Coffee roasted locally in Malaysia | Shopee Malaysia serbuk kopi vietnam premium ODH diperbuat dari biji kopi berkualiti tinggi yang diimport khas dari negara vietnam dan dipanggang oleh roaster tempatan yang berkemahiran tinggi. Produk bumiputera Pahang olak d hilir didatangkan dalam pek 100g - Buy PTGS☕ODH Vietnam Coffee roasted locally in Malaysi...

Photos from OdH Outdoor Division's post 03/07/2021

Salam n Salam Sejahtera all My Prend.
Bieng Agile and Move forward..with off course the positive mindset..

Maka dengan ini, dengan perkenan dari penyimpan mohor2 Rakyat2 marhain yang selalu di politikkan...saya memperkenalkan Produk pertama dari OdH Outdoor Division ..KOPI VIETNAM.

Medium Roast - Di panggang dengan Api yang sederhana, secukup rasa dengan Keseimbangan dari segi Rasa, Aroma dan Acidity.

Kategori Campuran biji Kopi Premium terus dari ladang.

Telah berada di pasaran sekarang
Untuk maklumat lanjut, boleh DM atau Whatsapp..TQ

Berdoa Supaya Polis Tak Saman Semasa Kayuh Basikal di Highway 11/06/2021

Dari banjaran akhirnya sampai ke laut..ayat Abg Mie..ko gila la olak!!
Eh kalau saya gila Abg pun sama gila la jugak..😂😂

Hari ke lapan kami mula kayuh keluar dari pengkalan utama Kuala Berang berhadapan dengan Lawit Lodge pada pukul 10pagi setelah menikmati keindahan Tasik Kenyir sambil merancang kayuhan hari ini. Destinasi pertama kayuhan pagi ini.. Pengkalan Gawi untuk bersarapan. Selesai menikmati sarapan pagi berlatar belakangkan keindahan Tasik Kenyir kami mula berkayuh..destinasi utama kayuhan hari ini p**a adalah pesisir pantai di Negeri Terengganu.

Marang adalah pilihan terbaik yang ada, selain dari keluar ke tepian pantai melalui bandar Kuala Terengganu. Walaupun mengikut perancangan asalnya kami akan berkayuh ke Kuala Terengganu (Yellow House Pulau Duyung) kami ubah perancangan bagi memendek kan jarak kayuhan kerana keadaan cuaca yang buruk. Hujan lebat dan agin yang kuat.

Pengkalan Gawi..jalan Kuala Berang ..pintas masuk ke jalan Kuala Telemong..keluar ke kg Tok Imam Lapar..seterusnya kami berkayuh melalui highway Bukit Payung, Telemong menuju ke Pekan Marang.

Kayuhan sudah mula banyak menurun dan kami sudah mula berkayuh melalui Jalan2 Kampung. Hujan mencurah dengan lebatnya semasa kami berhenti untuk makan di Pekan Kuala Telemong. Dan sekali lagi hujan mencurah curah turun dari langit semasa kami tengah berkayuh di jalan Bukit Payung Telemong..apa lagi lenjun, basah kuyup hari ke 8.

Tiba di Marang kami berkhemah di tepian Pantai Pulau Kekabu yang merupakan kawasan jeti utama untuk ke Pulau Kapas. Dan hujan turun lagi dengan lebatnya di kawasan perkhemahan kami .. Alhamdulillah

Berdoa Supaya Polis Tak Saman Semasa Kayuh Basikal di Highway Berdoa Supaya Polis Tak Saman Semasa Kayuh Basikal di Highway dari Bukit Payung Telemong menuju ke Pekan Marang, pada hari ke 8 kayuhan susur sempadan 3 Nege...

Mandi Tepi Jalan Semasa Berkayuh di Laluan Paling Mencabar 09/06/2021

Mandi Tepi Jalan Semasa Berkayuh di Laluan Paling Mencabar

2 November 2020 Hari ke 7 genap seminggu berkayuh akhirnya kami sampai ke Tasik Kenyir Terengganu, setelah kayuhan kami menyeberangi sempadan ke 2 di dalam pengembaraan berbasikal kali ini, Sempadan Kelantan Terengganu. Ini merupakan destinasi kemuncak pengembaraan berbasikal menyusuri 3 sempadan negeri Pantai Timur.

Dari Gua Musang ke Tasik Kenyir melalui jalan Felda Aring.. Alhamdulillah kami lalui selama 2 hari dengan menggunakan basikal.

Seawal jam 6pagi, hujan turun lagi, membuatkan kami terpaksa menunggu sehingga pukul 7.30pagi untuk meneruskan kayuhan dari Tapak Khemah tepi jalan di tepian Sungai Lebir. Masih dalam mod pendakian yang tidak ada ampun maaf sehingga lah ke Tasik Kenyir. Ini lah cabaran berkayuh di sini, turun naik yang tidak ada penghujung. Target kami ataupun Checkpoint kayuhan pada hari ini adalah ke warung rehat dan rawat Poksu..BUKAN POKMAN seperti yang di nyatakan di video..Sorry,.. Kerana selepas melalui Warung Poksu ini menuju ke Tasik Kenyir , barulah dikatakan ianya agak kurang berisiko dari ancaman binatang liar, gajah khususnya. Nak lalu ..kayuh basikal di jalan ni, pastikan tidak terlalu pagi (subuh) dan tidak terlalu gelap (maghrib ke atas)... Alhamdulillah sebelum pukul 2ptg kami sudah sampai ke Warung Poksu. Barulah Jantung berhenti berdegup kencang dan kami dapat menikmati segala keindahan di laluan penuh mencabar ini..Subhanallah Menakjubkan..Cantik !!

Next sempadan Terengganu Pahang..susur tepian laut p**ak..Insyaallah

Mandi Tepi Jalan Semasa Berkayuh di Laluan Paling Mencabar Mandi Tepi Jalan Semasa Berkayuh di Laluan Paling Mencabar 2 November 2020 Hari ke 7 genap seminggu berkayuh akhirnya kami sampai ke Tasik Kenyir Terengganu,...

Terpaksa Pacak Khemah Tido Tepi Jalan Hari ke 6 Kayuhan 06/06/2021

Salam my prend2

Terpaksa Pacak Khemah Tido Tepi Jalan di Jalan Falda Aring 6 Gua Musang berhampiran Sungai Lebir.

Hari Ke 6 Kayuhan Susur 3 Sempadan Negeri.

Setelah berehat panjang pada hari ke 5 di Bandar Utama Gua Musang kami memulakan hari baru dengan penuh debaran, kerana hari ini bermula la episod paling mencabar.

Hari ini kami perlu merentasi banjaran yang menjadi pemisah kepada 2 sempadan Negeri, Kelantan dan Terengganu. Jalan Felda Aring di Kelantan Ke Jalan Kuala Berang di Terengganu. Jalan ini adalah merupakan laluan yang menyusuri Kawasan Hutan Simpan Negara (Taman Negara Kuala Koh) serta Menyusuri juga kawasan Hutan Simpan Negeri Terengganu di Tasik Kenyir yang telah di wartakan menjadi pusat pemeliharaan hidupan liar khususnya Gajah. 9 Jam tempoh masa paling kurang berisiko untuk berkayuh di laluan ini. Dari Pagi setelah matahari menerangi bumi jam 8 Pagi lebih kurang, sampai la ke petang sebelum matahari menutup tirainya dalam pukul 5, lebih kurang macamtu..kata seorang penduduk tempatan..malam, subuh, senja..gajah selalunya keluar berehat di atas jalan di sepanjang laluan kebiasaannya dari area Felda Aring 8 Sampai la ke Kawasan Tasik Kenyir. Keadaan permukaan jalan juga agak berbukit bukau, ini akan melambatkan perjalanan.

Hasil dari maklumat2 ini kami merancang perjalanan. Kami bahagikan perjalanan kami kepada 2 bahagian dengan bahagian pertama kami akan berhenti berkayuh sebelum memasuki kawasan Felda Aring 8, ini adalah supaya kami dapat mengurangkan risiko pada laluan ke Tasik Kenyir nanti dan supaya kami dapat memastikan yang kami tidak akan perlu bermalam di sepanjang laluan itu.

Ternyata..Alhamdulillah perancangan kami ini tepat, kerana kami tiba di tepian Sungai Lebir yang terletak di persempadanan Felda Aring 6 dan 8 pada pukul 5.30 petang, walaupun jaraknya hanya lah dalam lingkungan 30km sahaja dari simpang utama, kerana laluan yang berbukit. Kawasan ini telah kami kenal pasti sebagai kawasan perkhemahan bagi pemancing2 Ikan Kelah. Walau bagaimanapun apabila kami sampai kami dapati ianya sudah tidak lagi di gunakan serta laluannya sudah pun di tutupi oleh semak samun serta sudah tidak boleh di lalui akibat hakisan. Memandangkan hari yang sudah mula gelap kerana kebetulan hujan p**a mula turun membasahi kami, kami terpaksa memutuskan untuk terus bermalam di situ.

Jumpa lagi Untuk Hari Ke 7... dan jangan Lupa like, komen SUBSCRIBE serta Share video ini untuk menyebarkan maklumat2 sekiranya ada dan untuk mengikuti perkembangan cerita2 dari pengembaraan saya pada masa akan datang..Insyaallah

Terpaksa Pacak Khemah Tido Tepi Jalan Hari ke 6 Kayuhan Terpaksa Pacak Khemah Tido Tepi Jalan di Jalan Falda Aring 6 Gua Musang berhampiran Sungai Lebir. Hari Ke 6 Kayuhan Susur 3 Sempadan Negeri, Selamat berjumpa...

Melepasi Sempadan Pertama Pahang Kelantan Kayuh basikal Susur 3 Sempadan Negeri Vlog 5 05/06/2021

Salam Dan Salam Sejahtera my prend2

Melepasi Sempadan Pertama Pahang Kelantan.

31/10/2020 hari ke 5 kami berkayuh dari Warisan Campsite Chenor menuju ke persempadanan Pahang Tengah menyusuri sempadan Negeri Kelantan dan Terengganu. Hari ini adalah hari Cuti kayuh basikal bagi kami, setelah 5 hari berkelana, bermusafir mengembara dengan basikal ataupun berkayuh basikal, kami perlu berehat seketika sambil mengisi semula keperluan perjalanan. Di dalam dunia basikal touring, setiap pengembara memerlukan off/cheat day sekiranya mengembara dengan basikal dalam jangka waktu yang lama. Ini untuk memastikan setiap rutin/kitaran perjalanan seterusnya berjalan dengan risiko yang paling minimum.

Jarak Perjalanan Hari ini, Hari ke 5 hanyalah 30km sahaja. Dari Merapoh kami memulakan kayuhan pada pukul 10.30am dan sampai ke bandar Gua Musang, melepasi sempadan pertama kami di dalam pengembaraan kali ini sempadan Pahang Kelantan pada tengaharinya.

Terima kasih kerana berkunjung ke Channel Fairul Kamarudin ini dan jangan lupa Like, SUBSCRIBE dan Share maklumat2 yang saya kongsikan. Dari seorang pengembara berbasikal saya kongsikan semula pengalaman, perjalanan serta pengajaran kepada pengembara berbasikal.

Melepasi Sempadan Pertama Pahang Kelantan Kayuh basikal Susur 3 Sempadan Negeri Vlog 5 Melepasi Sempadan Pertama Pahang Kelantan, Kayuhan Susur 3 Sempadan Negeri.31/10/2020 hari ke 5 kami berkayuh dari Warisan Campsite Chenor menuju ke persempa...

Photos from OdH Outdoor Division's post 03/06/2021

Salam dan Salam Sejahtera Semua My Prend.

Seperti yang di rancang, pada bulan Jun ini Kami ODHOD & WARISAN CAMPSITE CHENOR akan menganjurkan acara BIKECAMPING Vol 3. Walaubagaimanpun seperti yang kita semua maklum, dengan keadaan sekarang peluang untuk merealisasikan acara Bike camping Vol 3 kali ini adalah mustahil. TUNDA LAGI..buat kali ke 3. Buat masa sekarang tidak ada Tarikh baru yang kami tetapkan, Insyaallah akan di maklumkan nanti. Mungkin kita akan dapat skala yang lebih besar selepas ini..aamiin

Di kesempatan ini, kami di Warisan Campsite mengambil peluang membaiki serta menambah baik keperluan dan kemudahan asas di campsite kami. Kita sudah ada tandas yang selesa untuk Lelaki dan Perempuan, Garage, pentas, surau atau kawasan khemah berbumbung juga telah siap sepenuhnya dan mampu untuk menampung 7\8 khemah. Tapak Perkhemahan juga sedang di selenggara dan kami akan bekalkan kemudahan Elektrik dan kemudahan untuk memasak serta membasuh di setiap sudut kawasan perkhemahan. Kawasan Rehat dan Santai juga telah di kemaskini dan kami ada menyediakan dapur utama serta Kantin Kopi untuk digunakan bersama. Manakala di bahagian dalam Rumah Warisan telah pun di jadikan sebagai Rumah Penyimpanan dan Pameran pelbagai senjata serta barangan tradisi Melayu yang berasal dari Chenor dan Pahang.

Untuk Aktiviti Outdoor dan Pelancongan p**a, kami sedang merangka pelbagai Package bagi memudahkan kawan2 beraktiviti apabila berada di Warisan Campsite. Antaranya, Bot Penambang atau Bot Pelancongan yang boleh memuatkan seramai 8/10 orang untuk bersiar menyusuri Sungai Pahang dan juga untuk aktiviti memancing. Rakit House yang lengkap dengan kemudahan Tandas dan Dapur yang boleh menempatkan seramai 8/10 orang, Hiking, Kayak, Perlumbaan Bot Laju, Sewa Bot Laju, Berakit dan sudah tentu acara berbasikal. Untuk Berbasikal beberapa laluan baru dan destinasi baru telah di wujudkan. Kita bukan sahaja boleh berkayuh menyusuri sungai Pahang sejauh 42km ke Kem Kuala Chini, kita juga boleh berkayuh ke Air Terjun Terapai dan Jerangkang di samping berkayuh santai di sekitar kawasan kampung Tradisi Melayu Lama Chenor.

Untuk Makluman semua.. aktiviti Outdoor dan Pelancongan serta Tapak perkhemahan kami sudah beroperasi sepenuhnya, cuma sekarang ianya di tutup untuk tempoh PKP. Boleh Contact Admin dan Olak untuk sebarang pertanyaan.

Kami di Warisan Campsite mengucapkan Jutaan Terima kasih kepada semua kawan2 yang membantu serta menyokong kami selama ini dan berharap kita semua akan dapat berkumpul semula serta beraktiviti bersama sama di BIKE CAMPING Vol 3 nanti. ..Dengar2 Marin Bike Malaysia bersedia untuk Join..Insyaallah.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ampang?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address


Ampang