27/04/2026
Selamat ulang tahun kelahiran kepada coach Misbun Shawal Datuk Misbun .
Semoga Allah SWT sentiasa memberkati kesihatan, sukses dalam memikul amanah sebagai jurulatih berkaliber serta diberi kesejahteraan hidup bersama isteri tercinta.
18/04/2026
Uzair Hydar Zulkifly meneruskan momentum kemenangan selepas muncul juara perseorangan lelaki Bawah 12 Tahun pada Kejohanan Badminton Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Lahat Datu, Sabah kelmarin.
Bagi acara beregu lelaki kategori umur yang sama, Uzair kekal berpuas hati apabila melayakkan diri ke pentas final dan dia tidak bernasib baik untuk menggapai kejuaraan berganda.
11/04/2026
Inilah wajah generasi pertama staff kejurulatihan dan barisan pemain yang bernaung di bawah Nusa Mahsuri.
Dari kiri ialah Soo Beng Kiang, Rashid Sidek, Yong Hock Kin, Misbun Sidek, Tey Seu Bock, Jalani Sidek, Tan Kim Her, Ong Ewe Hock dan Pang Chen.
------
This is the face of the first generation of coaching staff and players under the Nusa Mahsuri.
From left are Soo Beng Kiang, Rashid Sidek, Yong Hock Kin, Misbun Sidek, Tey Seu Bock, Jalani Sidek, Tan Kim Her, Ong Ewe Hock and Pang Chen.