22/07/2026
Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Perlis
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Perlis, Sport & recreation, BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) CAWANGAN, Arau.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM Perlis mengurus kebajikan pelajar selaras Akta 173 & 174 sejak 1976, di bawah kawalan Naib Canselor, demi melaksana tanggungjawab dan fungsi dalam sistem universiti.
22/07/2026
22/07/2026
[SEDEKAH HARI INI, BANTU WARGA KITA]
Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera,
Warga UiTM Perlis yang dikasihi, marilah kita bersama-sama menyemai budaya prihatin dan berkongsi rezeki menerusi Tabung Sedekah UiTM Cawangan Perlis.
Sumbangan anda akan terus disalurkan untuk:
🔹 Bantuan Segera: Pelajar yang ketiadaan wang makan.
🔹 Bantuan Musibah: Staf & pelajar yang ditimpa ujian/sakit.
🔹 Urusan Fisabilillah: Kebajikan umum yang diredhai Allah.
đź’ˇ Cara Menyumbang (Mudah & Pantas):
-> Scan QR Code pada poster, ATAU
-> Tekan Link pautan: https://uitmpay.uitm.edu.my/giving/products/AAR1/02/3094
Satu sumbangan kecil anda hari ini mampu meringankan beban besar insan lain serta menjadi asbab keberkatan rezeki yang berterusan.
📞 Sebarang Pertanyaan:
Hubungi Ustaz Mohd Rizal Hanafi (Penolong Pendaftar Hal Ehwal Islam / Setiausaha Tabung Zakat & Sedekah) di talian 04-9882141/019-2839166.
“Melestarikan Budaya Memberi, Menyuburkan Nilai Insani”
21/07/2026
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sukarelawan Karnival Liga Bola Sepak IPT Divisyen Dua 2026.
đź—“ Tarikh Kejohanan
9 – 15 Ogos 2026
đź—“ Tarikh Taklimat Sukarelawan
8 Ogos 2026 di Kompleks Sukan UiTM Perlis
đź—“ Tempoh masa Bertugas
Maksimum 5 jam Sehari (730am - 1200pm) Tertakluk kepada perubahan
⚽️Skop Tugas
Ball picker / stretcher bearer / teknikal pertandingan bola sepak
Sebagai Sukarelawan, anda akan ditawarkan:
âś…Pengalaman mengendalikan kejohanan sukan berskala besar peringkat kebangsaan
âś…Pakaian rasmi Sukarelawan LBSIPT2026
âś…Elaun Sukarelawan
âś…Sijil Sukarelawan
âś…Peluang membina jaringan, pengalaman serta kemahiran pengurusan acara
⏳ Tarikh Tutup Permohonan: 28 Julai 2026
⏳ Sukarelawan yang terpilih akan dihubungi selewatnya: 5 Ogos 2026
Keutamaan kepada pelajar UiTM yang bermastautin di sekitar negeri Perlis dan mempunyai kenderaan sendiri.
📲 Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR / layari : https://forms.gle/hUKgh746Nu11LYbu8
📞 Sebarang pertanyaan:
012-8570442 (En Faizan)
Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian dari sukarelawan Karnival Liga Bola Sepak IPT Divisyen Dua 2026.
đź—“ Tarikh Kejohanan
9 – 15 Ogos 2026
đź—“ Tarikh Taklimat Sukarelawan
8 Ogos 2026 di Kompleks Sukan UiTM Perlis
đź—“ Tempoh masa Bertugas
Maksimum 5 jam Sehari (730am - 1200pm) Tertakluk kepada perubahan
⚽️Skop Tugas
Ball picker / stretcher bearer / teknikal pertandingan bola sepak
Sebagai Sukarelawan, anda akan ditawarkan:
âś…Pengalaman mengendalikan kejohanan sukan berskala besar peringkat kebangsaan
âś…Pakaian rasmi Sukarelawan LBSIPT2026
âś…Elaun Sukarelawan
âś…Sijil Sukarelawan
âś…Peluang membina jaringan, pengalaman serta kemahiran pengurusan acara
⏳ Tarikh Tutup Permohonan: 28 Julai 2026
⏳ Sukarelawan yang terpilih akan dihubungi selewatnya: 5 Ogos 2026
Keutamaan kepada pelajar UiTM yang bermastautin di sekitar negeri Perlis dan mempunyai kenderaan sendiri dan penginapan tidak disediakan.
📲 Daftar sekarang dengan mengimbas kod QR / layari : https://forms.gle/hUKgh746Nu11LYbu8
📞 Sebarang pertanyaan:
012-8570442 (En Faizan)
09/07/2026
PEMAKLUMAN BERHUBUNG LAMAN WEB KEWANGAN PELAJAR PALSU
Universiti Teknologi MARA (UiTM) ingin memaklumkan bahawa pihak universiti telah mengesan kewujudan sebuah laman web palsu yang menyamar sebagai laman web Sistem Kewangan Pelajar UiTM. Laman web berkenaan bukan merupakan laman web rasmi UiTM dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan Universiti Teknologi MARA atau Jabatan Bendahari UiTM.
Hasil pemantauan awal mendapati laman web tersebut dipercayai diwujudkan bagi mengumpul maklumat log masuk pengguna melalui kaedah penipuan (phishing). Sehubungan itu, semua pelajar dan warga UiTM dinasihatkan supaya tidak mengakses laman web tersebut serta tidak memasukkan sebarang maklumat log masuk, termasuk nama, nombor matrik, kata laluan, maklumat peribadi.
Bagi mengurangkan risiko keselamatan siber, pengguna disarankan agar:
· Mengakses sistem UiTM hanya melalui laman web rasmi universiti atau pautan yang telah disahkan.
· Menyemak alamat laman web (URL) dengan teliti sebelum memasukkan maklumat log masuk.
· Tidak mengklik pautan yang diterima melalui e-mel, SMS atau aplikasi pemesejan daripada sumber yang tidak dikenali atau mencurigakan.
· Tidak berkongsi kata laluan, kod pengesahan (OTP) atau maklumat log masuk dengan mana-mana pihak.
Sekiranya mana-mana pengguna telah memasukkan maklumat log masuk ke laman web tersebut, tindakan berikut hendaklah diambil dengan SEGERA:
1. Menukar kata laluan akaun yang terlibat.
2. Menukar kata laluan bagi mana-mana perkhidmatan lain sekiranya kata laluan yang sama turut digunakan.
3. Menghubungi Unit ICT di kampus masing-masing atau pihak yang berkaitan bagi mendapatkan bantuan lanjut.
4. Memantau akaun masing-masing dan melaporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan dengan segera.
UiTM melalui Jabatan Digital sedang mengambil tindakan sewajarnya bagi menangani isu ini, termasuk melaksanakan pelaporan kepada pihak penyedia perkhidmatan yang berkaitan bagi tujuan menyekat laman web tersebut serta menjalankan pemantauan berterusan bagi melindungi keselamatan sistem dan data warga universiti.
UiTM sentiasa komited dalam memastikan keselamatan sistem ICT dan perlindungan data warganya. Semua warga universiti disaran agar sentiasa berwaspada terhadap sebarang cubaan penipuan dalam talian serta hanya menggunakan saluran rasmi UiTM bagi urusan berkaitan sistem dan perkhidmatan universiti.
Sebarang pertanyaan atau laporan berkaitan insiden ini boleh disalurkan melalui saluran rasmi UiTM di https://aduan.uitm.edu.my.
Sekian, terima kasih.
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Tarikh: 8 Julai 2026
09/07/2026
BHEP UiTM CAWANGAN PERLIS MENYANTUNI PELAJAR DI HOSPITAL TUANKU FAUZIAH
Kangar, 8 Julai 2026 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UiTM Cawangan Perlis telah menziarahi dua orang pelajar yang sedang menerima rawatan di Hospital Tuanku Fauziah Kangar, iaitu saudara Muhammad Firdaus bin Zakaria, pelajar Ijazah (Kepujian) Pengurusan Matematik, yang dimasukkan ke hospital selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 6 Julai 2026 dan saudari Nur Fatihah binti Larizun, pelajar Diploma Sains Matematik yang sedang menerima rawatan sejak 3 Julai 2026.
Lawatan ini merupakan tanda keprihatinan dan sokongan moral daripada pihak universiti terhadap mahasiswa yang sedang diuji dengan masalah kesihatan. Selain bertanya khabar mengenai perkembangan kesihatan mereka, pihak BHEP turut menyampaikan kata-kata semangat dan mendoakan agar kedua-dua pelajar diberikan kesembuhan yang segera serta dipermudahkan segala urusan.
Semoga Muhammad Firdaus dan Nur Fatihah terus tabah menghadapi ujian ini, dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat kembali meneruskan pengajian seperti sediakala.
08/07/2026
MyGENTERA (Gerakan Generasi Sejahtera Malaysia) ialah inisiatif yang menggabungkan pendidikan, kreativiti, dan komuniti untuk membentuk generasi muda yang berdaya saing, beretika, serta prihatin terhadap keselamatan jalan raya. Pendekatan komunikasi visual kreatif ini digunakan khusus bagi menangani isu peningkatan kes kemalangan dalam kalangan belia.
Pertandingan Mencipta Logo MyGENTERA dianjurkan bertujuan untuk membangunkan identiti visual rasmi gerakan ini. Logo tersebut bukan sekadar simbol, malah berfungsi sebagai medium komunikasi yang mencerminkan:
1. Nilai Kesejahteraan: Lambang kehidupan komuniti yang selamat.
2. Tanggungjawab Sosial: Kesedaran sivik yang tinggi dalam kalangan masyarakat.
3. Semangat Anak Muda: Penggerak utama perubahan ke arah keselamatan jalan raya yang lebih baik.
07/07/2026
Wajah-Wajah Kecemerlangan BHEP ...
TAHNIAH KEPADA PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG (APC) 2025
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), UiTM Cawangan Perlis merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada lima (5) orang warga BHEP yang telah menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025.
Pengiktirafan ini merupakan penghargaan atas komitmen, dedikasi, integriti serta kecemerlangan yang telah ditunjukkan dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab.
Penerima APC 2025:
* En. Iswadi Efendi Ismail – Pegawai Eksekutif (N5)
* En. Muhammad Nur Aiman Nor Asli – Pegawai Eksekutif (N5)
* En. Abd. Kadir Abd. Rahman – Penolong Pegawai Belia dan Sukan (S5)
* Pn. Siti Ajar Musa – Kerani Kanan (N2)
* Pn. Nurazwani Harun – Kerani (N1)
Semoga pengiktirafan ini menjadi pemangkin untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik serta menyuntik inspirasi kepada seluruh warga BHEP dalam membudayakan kecemerlangan, profesionalisme dan integriti demi kemajuan UiTM.
Sekalung tahniah dan syabas kepada semua penerima APC 2025. Terus melakar kecemerlangan, terus menginspirasi! đź’śđź’›
"Kecemerlangan bukan sekadar pencapaian, tetapi lahir daripada komitmen, disiplin dan usaha yang konsisten."
06/07/2026
Hebahan: Pertandingan Mencipta Logo MyGENTERA
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Sukacita dimaklumkan bahawa PLUS Malaysia Berhad, MIROS dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) menganjurkan Pertandingan Mencipta Logo MyGENTERA (Gerakan Generasi Sejahtera Malaysia). Pertandingan ini menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM11,400.00, dengan hadiah utama sebanyak RM5,000.00, dan terbuka kepada semua pelajar UiTM.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 31 Julai 2026. Maklumat lanjut serta syarat penyertaan boleh diperoleh melalui kod QR yang disediakan pada poster pertandingan.
Kerjasama dan sokongan pihak tuan/puan dalam mempromosikan penyertaan pelajar amatlah dihargai bagi memastikan pertandingan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada warga UiTM.
30/06/2026
https://training9.uthm.edu.my/sentuhan-prihatin-hep-uitm-perlis-ringankan-beban-bakal-mahasiswa/
Jabatan Pendidikan Tinggi - JPT
Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Teknologi MARA Shah Alam
Naib Canselor Universiti Teknologi MARA
Universiti Teknologi MARA - Media Rasmi
UiTM Cawangan Perlis
Sentuhan Prihatin HEP UiTM Perlis Ringankan Beban Bakal Mahasiswa - MySiswa Now Oleh: Dewi Anis Othman Arau, 26 Jun 2026 – Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis terus memperkukuhkan komitmennya dalam memperkasa agenda kebajikan mahasiswa menerusi pelaksanaan Program Ziarah Kasih 2.0, sebuah inisiatif yang menyantuni bakal mahasisw...
29/06/2026
SELAMAT BERSARA: TERIMA KASIH ATAS 35 TAHUN JASA BAKTI ENCIK HAMUNIR HAMZAH
Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM Cawangan Perlis menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Hamunir Hamzah, Kerani Tertinggi, Unit Sukan, atas segala jasa, bakti, dan komitmen tidak berbelah bahagi yang telah dicurahkan sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sejak tahun 1991.
Dedikasi, kesungguhan, serta sumbangan yang diberikan sepanjang lebih tiga dekad (35 tahun) ini telah meninggalkan impak yang amat besar kepada pembangunan organisasi serta kesejahteraan seluruh warga kampus Arau.
"Segala pengalaman, bimbingan, dan nilai-nilai murni yang beliau tunjukkan akan sentiasa dikenang, dihargai, dan menjadi inspirasi buat kita semua."
Kami mendoakan semoga persaraan ini membuka lembaran baharu yang penuh dengan kebahagiaan, kesihatan yang berpanjangan, serta keberkatan yang melimpah-limpah bersama keluarga tercinta.
Selamat bersara, Encik Hamunir. Terima kasih atas segala khidmat bakti yang tiada galang gantinya kepada UiTM Cawangan Perlis!
Click here to claim your Sponsored Listing.
Location
Category
Telephone
Website
Address
BAHAGIAN HAL EHWAL PELAJAR, UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) CAWANGAN
Arau
02600
Opening Hours
| Monday | 08:00 - 17:00 |
| Tuesday | 08:00 - 17:00 |
| Wednesday | 08:00 - 17:00 |
| Thursday | 08:00 - 17:00 |
| Friday | 08:00 - 12:15 |
| 14:45 - 17:00 |