Unit Sukan UiTM Perlis

Unit Sukan UiTM Perlis

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Unit Sukan UiTM Perlis, Sports, UiTM Cawangan, Arau.

Menyediakan perkhidmatan kemudahan dan aktiviti sukan kepada seluruh warga UiTM Cawangan Perlis serta menyediakan perkhidmatan penyewaan kemudahan sukan kepada masyarakat luar.

09/06/2026

๐Ÿ“ข JEMPUTAN KE PROGRAM UNFITNESS HAPPINESS

Warga UiTM Cawangan Perlis dijemput hadir memeriahkan program UNFITNESS HAPPINESS yang akan berlangsung seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“… Tarikh: 10 Jun 2026 (Rabu)
โฐ Masa: 5.30 Petang
๐Ÿ“ Tempat: Kompleks Sukan UiTM Cawangan Perlis

๐ŸŽ‰ Jom luangkan masa bersama rakan-rakan dalam suasana santai, ceria dan penuh kegembiraan. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda!

โœ… E-Merit disediakan
โœ… Terbuka kepada semua pelajar dan staf UiTM Cawangan Perlis

Kehadiran anda amat dialu-alukan bagi sama-sama memeriahkan program ini.

โ€œMencipta Kemenangan, Menyatukan Kepelbagaianโ€

09/06/2026

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐Ž๐‹๐€๐‡๐‘๐€๐†๐€๐–๐€๐“๐ˆ & ๐Ž๐‹๐€๐‡๐‘๐€๐†๐€๐–๐€๐ ๐“๐Ž๐“ ๐”๐ข๐“๐Œ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada Nur Hasya Nabilah Hairee dan Mohamad Akmal Haziq Mohd Zahari, pelajar Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi, UiTM Cawangan Perlis atas pengiktirafan sebagai Olahragawati dan Olahragawan Temasya Olahraga Tahunan (TOT) UiTM 2026.

Kejayaan ini merupakan hasil daripada komitmen, disiplin, semangat juang yang tinggi serta kecemerlangan yang dipamerkan sepanjang temasya berlangsung. Pencapaian ini bukan sahaja membanggakan diri dan keluarga, malah turut mengharumkan nama Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi serta UiTM Cawangan Perlis.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga mahasiswa untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang sukan dan akademik. Seluruh warga UiTM Cawangan Perlis mendoakan agar kedua-dua atlet terus melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐”๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง

09/06/2026

Tahniah Kontinjen UiTM Perlis๐Ÿ†

๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐Š๐Ž๐๐“๐ˆ๐๐‰๐„๐ ๐”๐ข๐“๐Œ ๐‚๐€๐–๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh atlet, jurulatih, pengurus pasukan serta warga kontinjen UiTM Cawangan Perlis atas kejayaan cemerlang dinobatkan sebagai Juara Temasya Olahraga Tahunan (TOT) UiTM 2026.

Kejayaan gemilang ini merupakan hasil dedikasi, disiplin, semangat kesukanan yang tinggi serta komitmen berterusan daripada seluruh warga kontinjen dalam mengharumkan nama universiti. Pencapaian ini membuktikan bahawa usaha yang dilaksanakan secara berpasukan mampu menghasilkan kejayaan yang membanggakan.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan dan mengukuhkan lagi reputasi UiTM Cawangan Perlis sebagai antara kontinjen terbaik dalam arena sukan universiti.

โ€œBerjuang dengan semangat, bersatu mencapai kejayaan.โ€

๐”๐ง๐ข๐ฏ๐ž๐ซ๐ฌ๐ข๐ญ๐ข ๐”๐ง๐ ๐ ๐ฎ๐ฅ ๐๐ž๐ฆ๐š๐œ๐ฎ ๐๐ฎ๐ฆ๐ข๐ฉ๐ฎ๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐๐ซ๐จ๐Ÿ๐ž๐ฌ๐ข๐จ๐ง๐š๐ฅ
ุงูˆุณู‡ุง ุชู‚ูˆู‰ ู…ูˆู„ูŠุง

08/06/2026

Ucapan Timbalan Rektor HEP

08/06/2026

UiTM Perlis ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

Photos from Unit Sukan UiTM Perlis's post 07/06/2026

Lansa ๐Ÿ“ธ TOT 2026

Photos from Unit Sukan UiTM Perlis's post 07/06/2026

UiTM Perlis Juara Temasya Olahraga Tahunan UiTM 2026

Stadium UiTM Shah Alam menjadi saksi kontinjen UiTM Perlis dinobatkan sebagai Juara Temasya Olahraga Tahunan UiTM 2026. Kontinjen UiTM Perlis telah menamatkan saingan temasya dengan membawa pulang 13 Emas, 9 Perak dan 9 Gangsa.

Kejayaan edisi ini lebih manis buat kontinjen UiTM Perlis apabila Olahragawan dan Olahragawati turut dibawa pulang. Ratu Pecut temasya iaitu Saudari Nur Hasya Nabilah Hairee telah dinobatkan selaku Olahragawati Kejohanan manakala Saudara Mohamad Akmal Haziq Mohd Zahari pembawa bendera kontinjen turut dinobatkan selaku Olahragawan Kejohanan.

Tahniah buat kontinjen UiTM Perlis.

06/06/2026

UiTM Perlis Juara Keseluruhan Temasya Olahraga Tahunan (TOT) UiTM 2026
๐Ÿ†

06/06/2026

Anugerah Olahragawan & Olahragawati Milik UiTM Perlis๐Ÿ†๐Ÿ†๐Ÿ†๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ”ฅ

06/06/2026

UiTM Perlis Juara Keseluruhan Temasya Olahraga (TOT) UiTM 2026๐Ÿ”ฅ๐Ÿ†๐Ÿ†๐Ÿ”ฅ

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Arau?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address


UiTM Cawangan
Arau
02600

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00