10/05/2026
ππππ | ππ πππ ππππ
Terima kasih kumpulan SBLTN BLACK WOOD HILL dari Negeri Kedah kerana memilih lokasi UniMAP Paintball Park sebagai tempat riadah bersama rakan-rakan.
Maaf jika ada kekurangan dari pihak kami. Kami sedia menerima teguran serta cadangan dari anda untuk meningkatkan kualiti servis kami. Terima kasih.
"πnπ’Pπ πUπAπ πEπAπAπ πAπNπBπLπ πAπK"
10/05/2026
ππππππππ | π πππ ππππ
Learning never exhausts the mind!
Every expert was once a beginner.
Embrace the journey...
"πnπ’Pπ πUπAπ πEπAπAπ πAπNπBπLπ πAπK"
26/04/2026
Terima kasih Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perlis.
Aktiviti riadah sambil bermain bola cat yang dianjurkan oleh kakitangan jabatan. Turut hadir, YBrs. Tuan Mohammad Aβsim bin Md Ali,
Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Perlis.
Merah menyala si buah ceri,
Sungguh cantik berseri-seri.
Terima kasih ucapan diberi,
Kerana sudi datang ke mari.
"πnπ’Pπ πUπAπ πEπAπAπ πAπNπBπLπ πAπK"
23/04/2026
Calling All Paintball Team Captains and Managers!
You have less than one month to register your team.
Register now and book your slot today!! π Just click here to register! https://forms.gle/Wx9j6bW9PB9TG84XA
Need more info? Have questions? WhatsApp Ms Fifi Rahman +6012-4941366 and Mr Mazlan Masood +6012-3424202
PlayMPL
20/04/2026
Tahniah pasukan Cobra A & B dan juga pasukan TOXIC. Walaupun terkandas di peringkat suku akhir anda telah memberikan komitmen 100%.
Langit tak selalu cerah dan kemenangan bukan milik kita kali ini. Namun semangat tak pernah padam. Percaya pada rezeki Allah.
Terima kasih kepada Jurulatih Zul Yanie yang banyak memberi tunjuk ajar serta semangat kepada generasi baru. Kita cuba lagi pada pertandingan akan datang.
"πnπ’Pπ πUπAπ πEπAπAπ πAπNπBπLπ πAπK"
18/04/2026
Terima kasih kepada pelajar dari Universiti Utara Malaysia.
Pengalaman baru kepada yang belum pernah bermain bola cat dan juga yang pernah mencuba sebelum ini.
Harap ampa semua enjoy dari segi taklimat keselamatan, permainan dan juga teknik asas bermain bola cat.
Terima kasih daun keladi. Ada masa kita berjumpa lagi.
"πnπ’Pπ πUπAπ πEπAπAπ πAπNπBπLπ πAπK"
13/04/2026
Setinggi puncak Kinabalu, setinggi itu juga semangat dan azam yang dibawa.
Tahniah kepada Muhammad Alif bin Junid, pemain bola cat kelahiran Negeri Perlis, atas kejayaan menawan Gunung Kinabalu pada 12 April 2026 jam 5.45 pagi.
Kejayaan ini membuktikan bahawa dengan keberanian, usaha dan doa, tiada impian yang mustahil untuk digapai.
Semoga langkah hebat ini menjadi inspirasi buat seluruh pemain bola cat untuk terus melangkah yakin mengejar kecemerlangan.
"πnπ’Pπ πUπAπ πEπAπAπ πAπNπBπLπ πAπK"
12/04/2026
πππππ | ππ πππππ ππππ
Seramai 43 pelajar UniMAP telah hadir bagi mengikuti kelas minggu pertama Kursus Kokurikulum Paintball (SMZ13001) bagi Semester 2, Sidang Akademik 2025/2026 UniMAP bertempat di UniMAP Paintball Park, Kampus UniMAP Kubang Gajah.
Semoga Jurulatih Khairi Johari & pelajar terus bersemangat mengharungi semester ini dengan cuaca yang sangat panas di negeri Perlis.
Terima kasih kerana sudi bersama UniMAP Paintball Park dalam memeriahkan pembangunan sukan paintball di negeri Perlis.
Jumpa lagi nanti di kelas kedua.
"πnπ’Pπ πUπAπ πEπAπAπ πAπNπBπLπ πAπK"
31/03/2026
πππππ | ππ πππ ππππ
Terima kasih kepada Kolej Matrikulasi Arau Perlis kerana memilih UniMAP Paintball Park sebagai lokasi bagi Program Adrenaline Rush yang dianjurkan sendiri oleh pelajar Kolej Matrikulasi.
Kami berbesar hati menjadi sebahagian daripada kejohanan yang penuh bermanfaat ini. Tahniah kepada semua pelajar Kolej Matrikulasi Arau Perlis.
"πnπ’Pπ πUπAπ πEπAπAπ πAπNπBπLπ πAπK"
19/03/2026
πππππππ ππππ ππππ ππππππ
ππππ πππππ/πππππ
Semoga Aidilfitri membawa kegembiraan, keberkatan, dan mengeratkan silaturahim.
Selamat menyambut lebaran dengan kesyukuran dan kemaafan, semoga impian tercapai serta rezeki melimpah.
Taqabbalallahu minna wa minkum
(Semoga Allah menerima amalan kami dan kalian).
Pagi hari memetik mangga,
Mangga masak rasanya manis,
Syawal tiba membawa bahagia,
Senyuman ikhlas wajah pun manis.
"πnπ’Pπ πUπAπ πEπAπAπ πAπNπBπLπ πAπK"