Rasmi - SK Jaya Mulia Pontian

Rasmi - SK Jaya Mulia Pontian

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Rasmi - SK Jaya Mulia Pontian, School Sports Team, Kampung Parit Panjang, Ayer Baloi.

22/05/2026

Sama-sama kita berpesan kepada anak-anak...

Malang tidak berbau....Gurauan boleh membawa padah!





JANGAN BUAT GURAUAN MELAMPAU DI SEKOLAH!

Apa yang dianggap sekadar gurauan oleh kita, boleh menjadi pengalaman yang menyakitkan bagi orang lain. Perbuatan seperti menarik kerusi, mengejek, merampas makanan atau mengganggu barang rakan bukan satu hiburan, malah boleh mengakibatkan kecederaan fizikal, tekanan emosi dan menjejaskan keyakinan diri mangsa. Sekolah sepatutnya menjadi tempat selamat untuk belajar dan memupuk rasa hormat sesama rakan.

Jadilah pelajar berakhlak mulia dan berfikir sebelum bertindak. Ingat, setiap kata dan perbuatan memberi kesan kepada orang lain. πŸ€πŸ’™

β€œBergurau berpada-pada, hormat sesama kita.”





#21052026

Photos from Rasmi - SK Jaya Mulia Pontian's post 18/05/2026

βœ¨πŸ…’πŸ…πŸ…œπŸ…‘πŸ…€πŸ…£πŸ…πŸ… πŸ…—πŸ…πŸ…‘πŸ…˜ πŸ…–πŸ…€πŸ…‘πŸ…€ βž‹β“Ώβž‹βžβœ¨
***Peringkat SK Jaya Mulia***

🌷 Guru Bitara Nadi Negara 🌷

πŸ—“ 18 Mei 2026
🌞 Isnin
⏰ 7.30 Pagi
πŸ“ Dewan Al-Ghazali

Selamat Menyambut Hari Guru kepada seluruh warga pendidik SK Jaya Mulia, Pontian. Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi yang dicurah dalam mendidik anak bangsa tanpa mengenal penat lelah. Menyampai ilmu, membimbing akhlak mencetus inspirasi dan membentuk insan dan masa depan negara.

Sekalung penghargaan buat YB Datuk Seri Dr. Haji Ahmad bin Haji Maslan, Ahli Parlimen Pontian dan Ahli Jawatan Kuasa PIBG SK Jaya Mulia atas sumbangan kek dan cenderahati kepada kami sempena Sambutan Hari Guru 2026 ini.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua murid serta ibu bapa atas ingatan, ucapan dan cenderahati yang amat bermakna kepada kami. Sesungguhnya ia menyuntik semangat kami untuk terus menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Semoga hubungan erat antara pihak sekolah, ibu bapa dan murid terus kukuh demi kecemerlangan bersama.

Terima kasih kepada Jawatan Kuasa Sambutan Hari Guru 2026 Peringkat SK jaya Mulia atas penganjuran program yang lancar dan penuh bermakna untuk semua ini.






Photos from Rasmi - SK Jaya Mulia Pontian's post 11/05/2026

Kempen 5 Minit Sekolah Selamat
Negeri Johor Darul Ta'zim

Tarikh: 11 Mei, 2026
Masa: 7.30am-8.00am
Tempat: Dewan Al Ghazali

Sesi kempen telah berjaya dilaksanakan sebagai aktivti sisipan semasa Perhimpunan Rasmi Minggu Ke-17 SK Jaya Mulia.

Cikgu Sharipah Nora,, GPK Hal Ehwal Murid selaku pengucaptama perhimpunan telah menyampaikan intipati kempen kepada semua warga SK Jaya Mulia.

Sama-sama kita memastikan persekitaran SK Jaya Muliasebagai zon selamat untuk semua.



Photos from Rasmi - SK Jaya Mulia Pontian's post 08/05/2026

πŸ“š SKJM - Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-45 Tahun 2026

πŸ—“ Tarikh: 26 April 2026
⏰ Masa: 7.30 pagi – 12.00 tengah hari
πŸ“ Lokasi: Dewan Al Ghazali

Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-45 telah berjaya dilaksanakan dengan lancar hasil kerjasama dan komitmen semua pihak yang terlibat.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada barisan pentadbir, guru-guru, AJK PIBG serta ibu bapa yang telah bersama-sama menjayakan program ini. Semoga hubungan erat antara pihak sekolah dan ibu bapa terus diperkukuhkan demi kecemerlangan murid dan sekolah. ✨

Tahniah juga kepada barisan AJK PIBG bagi sesi 2026 - 2028 yang telah dilantik. Semoga dengan barisan ahli baru kepimpinan PIBG dapat sama-sama mencemerlangkan lagi sekolah dari segi kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum🌟



08/05/2026

PERHATIAN!

Anda perlu mematuhi larangan diberikan.

Anda perlu mendapat kebenaran Ketua Jabatan SK Jaya Mulia sebelum masuk ke mana2 kawasan sekolah diwartakan.

08/05/2026

Panduan Keselamatan Lalu Lintas di Kawasan Sekolah.

07/05/2026

Keselamatan Sekolah Tanggungjawab Bersama!

Prihatin, Waspada, Cakna dan Bertanggungjawab kunci sekolah selamat.



07/05/2026

Sekolah Zon Selamat!

Gurauan boleh membawa padah.

Mari bersama-sama ingatkan anak-anak elakkan gurauan sebegini...



JANGAN TARIK KERUSI KAWAN.

Hari ini kita terbaca perkongsian seorang ibu tentang kes anaknya yang didakwa terjatuh selepas kerusi ditarik di sekolah. Kes itu sedang melalui proses mahkamah, jadi kita hormati proses undang-undang dan tidak menjadi hakim di media sosial.


Tetapi sebagai mesej kesihatan awam, ada satu perkara yang sangat jelas.

Perbuatan menarik kerusi bukan gurauan kecil.

Orang nampak mungkin cuma jatuh terduduk. Kelas mungkin gelak beberapa saat. Yang menarik kerusi mungkin rasa itu cuma β€œmain-main”.

Tapi tubuh yang terhentak itu boleh menanggung sakit lama. Tulang tongkeng boleh cedera.

Pinggang dan belakang boleh terkesan. Ada yang selepas jatuh mula rasa sakit mencucuk, kebas, susah duduk lama, takut bergerak, takut ke sekolah, dan menyimpan trauma yang orang lain tidak nampak.


Sebab itu kita perlu berhenti normalisasi budaya β€œbergurau sampai orang sakit”.

Tarik kerusi. Tolak kawan. Sembunyi beg. Ketuk kepala. Sepak kaki. Gelakkan orang jatuh.

Semua ini sering dibungkus dengan ayat yang sama.

β€œAlah, main-main je.”

Tetapi apabila kesannya sampai ke badan dan emosi orang lain, itu bukan lagi main-main. Itu sudah melukakan.

Kepada anak-anak, jangan jadikan tubuh kawan sebagai bahan lawak.

Kepada ibu bapa, ajar anak bahawa lucu tidak boleh dibina atas kesakitan orang lain.

Kepada sekolah, jangan tunggu kecederaan jadi parah baru mahu panggil ia serius.

Satu saat perbuatan boleh mengubah hidup seseorang untuk bertahun-tahun.

Kawan mungkin jatuh sekejap.
Tapi sakitnya boleh tinggal lama.

07/05/2026

"Rushing" boleh membawa padah!

Mari jadikan zon sekolah sebagai kawasan selamat..



Ada anak yang keluar pagar sekolah dengan beg masih di bahu.

Dalam kepala dia mungkin cuma fikir nak balik rumah. Nak makan. Nak buka kasut. Nak cerita apa yang berlaku di sekolah hari itu.

Tapi di zon sekolah, satu saat leka boleh jadi penamat kepada satu nyawa.

Kita selalu anggap depan sekolah itu tempat biasa. Tempat berhenti sekejap. Tempat reverse sekejap. Tempat turunkan anak cepat-cepat sebab lambat kerja.

Sebenarnya, depan sekolah ialah kawasan paling rapuh.

Anak kecil rendah. Kadang-kadang mereka berada di blind spot kenderaan. Mereka belum cukup matang untuk menilai kelajuan, jarak dan bahaya. Bila loceng balik berbunyi, kawasan sekolah jadi penuh dengan van, kereta, motosikal, ibu bapa, pengawal, penjaja dan murid yang bergerak serentak.

Sebab itu zon sekolah bukan tempat untuk berebut jalan.

Bukan tempat untuk marah-marah sebab kereta depan lambat.

Bukan tempat untuk β€œkejap je”.

Bukan tempat untuk tekan minyak sebab mahu cepat keluar.

Kalau bawa van, kereta atau motosikal di kawasan sekolah, perlahanlah walaupun tiada orang nampak. Berhenti betul-betul. Pandang kiri kanan. Periksa depan, belakang dan sisi kenderaan. Jangan bergantung pada cermin sahaja.

Anak orang bukan kon, bukan halangan jalan, bukan bayang-bayang kecil yang boleh kita abaikan.

Mereka adalah dunia seseorang.

Hari ini mungkin kita cuma terlambat 5 minit.

Tapi ada keluarga yang mungkin kehilangan sepanjang hayat.

Photos from Rasmi - SK Jaya Mulia Pontian's post 25/04/2026

SKJM - Pertandingan Kolaj Sempena Sambutan Raya Sekampung SK Parit Selangor

Tarikh: 25 April 2026
Masa 7.30am - 12.00pm
Lokasi: Dewan Gemilang, SK Parit Selangor

Penyertaan:
1. L12 - M.Kashfi : Ke - 3
2. P12 - N. Najiha Ajwa : Ke - 5
3. L11 - M. Azizul Hakim : Ke - 3
4. P11 - A. Alesya : Ke - 3
5. L10 - M. Syahmi Zikry : Ke - 4
6. P10 - A. Nursyifa : Ke - 3

Bersempena Sambutan Raya Sekampung SK Parit Selangor, SK Jaya Mulia telah menghantar beberapa orang murid untuk menyantuni pertandingan yang dianjurkan.

Enam orang murid telah dibawa menyertainya dan mencapai beberapa pencapaian yang memberangsangkan seperti di atas.

Syabas dan tahniah kepada semua yang mewakili SK Jaya Mulia Pontian.

Kami berbangga dengan keberanian dan kesungguhan anda.



Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Ayer Baloi?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kampung Parit Panjang
Ayer Baloi
82100