19/04/2021
Jika anda sedang mengalami simptom seperti sakit kepala, pening, terlalu tidak bermaya, mulut dan kulit yang kering melampau ketika berpuasa ini..
Kemungkinan anda mengalami DEHIDRASI❗️
Pastikan anda ambil air secukupnya 8 gelas sehari / 2 liter semasa di Bulan Ramadan ini..
Bagi mereka yang terdedah lebih kepada cuaca panas dan kerja berat mungkin anda perlukan lebih daripada saranan ini.
17/04/2021
Kasihan. Kulit tersebut bukan sahaja tidak dapat diselamatkan. Ianya menyebabkan komplikasi kepada kulit dan merebak ke tempat lain. Si kecil dapat jangkitan kuman selepas seluruh tangannya melecur terkena air panas. Ini kerana rawatan awal yang diberikan si ibu adalah salah.
Masih terdapat nasihat di media sosial memberikan maklumat yang salah. Berhenti guna gamat, ubat gigi pada luka melecur. Ianya salah. Hanya perlu lalukan air dan balut dengan plastik pembungkus. Bawa terus pesakit ke hospital. Lebih awal pesakit dirawat lebih tinggi peluangnya untuk sembuh.
16/04/2021
Semoga Dipermudahkan urusan kita :)
12/04/2021
Terkejut mentua apabila membuka peti sejuk rumah anda dengan stok makanan yang sudah berkurun lama tersimpan dan expired. Terasa malu sangat. Peti sejuk penuh dengan makan lama bagaikan muzium. Dah la kotor. 😭
Bilakah makanan-makanan ini perlu dibuang? Jom saksikan infografik di bawah. Hujung minggu ini kita gotong royong bersihkan peti sejuk ya.
09/04/2021
Peti sejuk bukan muzium!
Jika anda masih menyimpan sisa makanan dari musim cuti yang lalu... mungkin sudah tiba masanya untuk membersihkan ruangan peti sejuk anda 😅😅
Untuk bertahan lebih lama, masukkan ke dalam ruangan sejuk beku. Lepas raya nanti pun masih boleh dimakan 👌🏻
08/04/2021
Perhatian kepada pemandu dengan lampu putih terang, Walaupun pandangan anda lebih jelas dengan jarak penglihatan yang lebih luas tetapi anda TIDAk sendirian di jalan raya.
Penggunaan lampu putih HID sememangnya boleh menyebabkan gangguan kepada pengguna jalan raya lain.
Cahaya lampu putih yang terlalu terang menyebabkan pandangan menjadi silau dan ini boleh menyebabkan risiko kemalangan maut.
Keadaan akan menjadi lebih serius pada waktu hujan kerana cahaya putih ini akan diserakkan oleh titisan hujan sehingga menyebabkan penglihatan pemandu lain terganggu.
Kemalangan jalan raya merupakan antara pembunuh utama rakyat Malaysia dan penggunaan lampu putih HID ternyata menyuluh jalan pintas ke liang lahad bagi pemandu lain.
06/04/2021
Gelisah. Tekak rasa penuh dan s**ar nak telan. Perut rasa panas. Sentiasa sendawa dan angin. Ingatkan lepas makan nasi tadi akan hilang gejala ini. Malam ini kalau tak hilang juga mesti s**ar nak tidur malam.
Tuan-tuan dan puan-puan.
Ini adalah gejala GERD(reflux asid perut). Orang badan berisi dan mengandung selalu terkena. Yang s**a makan lewat malam pun sama.
Yang sudah biasa, ubat gastrik reflux memang ada di dalam peti ais. Namun ada juga yang tidak menyediakan stok sendiri. Nak pergi beli ubat gastrik p**a kedai jauh dan dah tutup malam- malam ini. Macam mana nak cegah dan atasinya?
Ubahlah diet anda.
Kami senaraikan beberapa makanan yang membantu dalam mengatasi masalah GERD anda. Simpan gambar ini. Jadikan rutin dalam makanan anda selepas ini.
1) dada ayam - kalau boleh panggang
2) air putih - air gula tak bagus untuk GERD
3) Teh halia. Minum kopi dan teh lain banyak caffien. Tak bagus untuk GERD
4) Tembikai - buah yang kurang berasid dan penuh dengan air. Ini bagus untuk mengurangkan tahap asid di dalam perut. Jangan gatal makan oren. ☺️
5) nasi perang- nasi yang lebih lama untuk dicerna. Bagus untuk GERD.
6) oat- sarapan yang bagus. Penuh perut dan tahan lama
7) kentang - panggang atau bakar. Jangan goreng dengan bawang tau. Boleh menyebabkan lagi teruk gastrik
8. minyak zaitun. Makanan berminyak akan buat gerd semakin teruk. Tapi kalau nak yang lebih lembut, cuba masak menggunakan minyak zaitun
9) sayur salad. Sangat baik. Kurang angin.
Semoga apa yang kami senaraikan membantu anda dalam menangani masalah GERD. Namun jika ianya masih tidak membantu, anda mungkin memerlukan bantuan daripada doktor. ☺️
01/04/2021
Lindungi diri, lindungi semua :)